NUFFNANG

Thursday, 29 May 2014

#PRKTelukIntan : Penghormatan terakhir kepada DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Al-Fatihah. @NajibRazak @DrNovandri @P076_TelukIntan #PRKTelukIntan #JomPilihMah #BattleOfTelukIntan #DyanaSofya #Dyana4TelukIntan #BNSesaje

#PRKTelukIntan : Penghormatan terakhir kepada DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Al-Fatihah. @NajibRazak @DrNovandri @P076_TelukIntan #PRKTelukIntan #JomPilihMah #BattleOfTelukIntan #DyanaSofya #Dyana4TelukIntan #BNSesaje











ALFATIHAH. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala menempatkan roh DYMM Sultan Azlan bersama para syuhada' dan solihin. 

Dalam hayatnya, Bagindalah seorang Raja yang paling berkebolehan memberi rumusan dan pencerahan isu-isu dan persoalan-persoalan undang-undang dengan bijaksana dan berilmiah. Malah pakar undang-undang se-antero dunia khususnya didalam negara-negara "Commonwealth" yang berlunaskan "thecommon law of England", mengiktiraf ketinggian taraf atau mutu ketangkasan Baginda memberi hujah dan menghuraikan pendapat didalam kes-kes yang menjadi rujukan mercu-tanda (landmark references) dalam beberapa bidang ilmu undang-undang. 

Alhamdulillah, Baginda telah meninggalkan kesan yang begitu dihargai sebagai contoh yang disegani untuk menjadi seorang hakim yang sangat bijaksana dan adil. Dengan sendirinya Baginda telah melonjakkan semangat juang buat anak-anak sebangsa seagama atau senegaranya di dalam mendalami ilmu undang-undang, falsafah dan kemahiran berfikir secara bijak-pandai munasabah dan adil. Kita tetap akan sentiasa merindui Tuanku.

Bak kata seorang teman, "Sultan Azlan dalam kehidupan kami bekas pelajar Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar memang tidak dapat dipisahkan. Sekolah dibantu Istana Iskandariah dalam pelbagai segi terutama ketika zaman Ustaz Musa menjadi mudir. Setiap minggu malam Jumaat pasti dinantikan kerana hari tersebut pelajar yang bertuah dapat membaca yassin dalam istana dan kemudian dijamu dengan hidangan yang lazat-lazat. Setiap tahun baginda Sultan Azlan pasti menziarahi sekolah bagi bertanya khabar. Tapi itu cerita 20 tahun lalu ketika aku masih bergelar pelajar Madrasah Idrisiah Bukit Chandan Kuala Kangsar.


Ya Allah ya tuhanku.... aku sebagai pelajar MIBCKK, sebagai anak Perak, sebagai rakyat negeri Perak Darul Ridzuan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh almarhum baginda Sultan Azlan bersama golongan mereka yang beriman.

Kepada anak didik bekas MIBCKK sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada almarhum... al-fatihah..."



انا لله وانا اليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
اعظم الله اجركم واحسن عزاءكم وغفر لميتكم
ولله ما اعطى وله ما اخذ وكل شيء عنده بمقدار 
فلتصبر ولتحتسب






source : mymassa

No comments: