NUFFNANG

Thursday, 29 May 2014

PRK TELUK INTAN: AYAT AL-QURAN DIGUNAKAN OLEH KAFIR DAP UNTUK MENARIK UNDI KEPADA CALON MENOLAK ISLAM

PRK TELUK INTAN: AYAT AL-QURAN DIGUNAKAN OLEH KAFIR DAP UNTUK MENARIK UNDI KEPADA CALON MENOLAK ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم

klik sini : 

Steven Sim guna ayat Al Quran dalam kempen di Teluk Intan






Apa sudah jadi dengan orang islam di Malaysia ini, kerana politik kita lupa tentang agama. Perseteruan PAS dan UMNO sudah berada di fasa kesesatan. Orang islam membiarkan orang kafir menggunakan ayat Al-Quran berkempen, lebih menyedihkan orang kafir ini menggunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi untuk memenangkan calon DAP yang telah berikrar untuk menolak hudud di Parlimen. Dimana bijak pandai agama PAS dalam isu ini. 

Steven Sim dari DAP telah menggunakan Ayat ke-6 dalam surah Al-kafirun لَکُمۡ دِیۡنُکُمۡ وَلِیَ دِیۡنِ (Lakum dinukum wa-liya dini) yang bermaksud “Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. Orang kafir DAP ini secara tidak langsung telah berkempen supaya umat islam berhenti dari berdakwah kepada bukan islam, sedangkan ia adalah kewajipan umat islam untk berdakwah seperti yang dinyatakan dalam surah Al-imran.

"Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: “Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku.” Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi 190): “Apakah kamu (mau) masuk Islam”. Jika mereka memeluk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." [Ali ‘Imran (3): 20] 

Bukan setakat berkempen meminta umat islam berhenti berdakwah, malah berkempen untuk memenangkan calon yang akan MENOLAK HUKUM ISLAM. Paling menyedihkan orang islam yang mendengar kempen ini, berTEPUK TANGAN tanda setuju dan ada yang menyebut Allahuakabar.

Cukup sedih melihat perkara ini berlaku. Kita umat islam berpecah sehingga begini sekali. Sanggup kita biarkan orang kafir menggunakan islam secara salah asalkan saudara seislam kita yang kita musuhi itu kalah. Apa yang penulis lihat umat islam di pihak PR meletakkan dendam kepada BN mengatasi keimanan kepada Allah SWT.

Selain isu Steven Sim ini, banyak lagi isu berkaitan agama yang nampaknya PAS mempertahankan yang batil hanya kerana memenangkan DAP. Agak-agak parti DAP ini didaftarkan di padang masyar nanti ke?. Pada PRK Teluk Intan kali ini parti PAS banyak menyimpang dari ajaran islam, dan menyebabkan penyokongnya terikut-ikut kesilapan itu.

Penulis ingin menyeru kepada umat islam supaya menjaga kemuliaan agama islam mengatasi politik tidak kira anda dari parti mana sekalipun. Sekiranya perkara yang dilakukan adalah salah disisi islam, katakan ia berdosa. Janganlah berdolak dalih hanya kerana mempertahankan parti. ingatlah akhirnya kita akan dihisab oleh Allah, bukan parti politik. Sekiranya UMNO buat salah, cakap sahajadia salah. Kalau PAS salah, sebut sahaja dia salah. Jangan berdolak dalih kerana politik. merugikan umat islam.

Penulis teringat kepada kisah kerajaan Pagaruyung, dimana golongan adat dan golongan agama bergaduh sesama sendiri. Akhirnya pihak belanda mengambil kesempatan untuk menakluk kerajaan itu. Akhirnya golongan adat kalah dan golongan agama pun kalah yang menang Belanda. Kalau kita tidak berjaga-jaga, UMNO dan PAS akan kalah. dan yang menang DAP. Parti yang ingin menolak islam dan melayu. Renungkan lah....

الله أكبر     الله أكبر      الله أكبر

No comments: