NUFFNANG

Thursday, 29 May 2014

TOLAK Hudud: Penyokong PAS Tetap Akan Sokong Dyana “Tak Jadi Kafir Ker?

TOLAK Hudud: Penyokong PAS Tetap Akan Sokong Dyana “Tak Jadi Kafir Ker?

Oleh rmf
TELUK INTAN – Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub percaya isu hudud tidak akan mempengaruhi penyokong parti itu untuk memboikot calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Beliau berkata, tiada masalah yang timbul sekiranya penyokong PAS mendapatkan penjelasan yang tepat mengenai isu berkenaan dan kemudiannya akan menyokong DAP.
“Saya percaya ia tidak sampai ke tahap boikot. Jika ada pun, kita akan memberikan penerangan kepada mereka tentang penjelasan isu hudud ini.
“Masyarakat mesti dididik dengan pengetahuan dan ilmu yang dapat membantu mereka untuk memberikan penilaian terhadap mana-mana isu,” katanya kepada pemberita di Kampung Padang Tembak di sini.
Dyana sebelum ini menyatakan beliau tidak menolak hukum hudud tetapi akan menentang jika rang undang-undang mengenai pelaksanaannya dibentangkan di Parlimen.
Salahudin berkata, isu hudud tidak berbangkit buat PAS untuk bersama-sama dengan DAP dalam kempen PRK Teluk Intan.
“Sewaktu kita (PAS) mula-mula mengenali DAP, mereka sudah tidak bersetuju tentang hudud.
“DAP pun tahu tentang pendirian PAS tetapi itu tidak menghalang kita bersama-sama untuk menubuhkan Pakatan Rakyat.
“Ia juga sama sekali tidak menghalang PAS untuk terus memperjuangkan syariat Islam dalam negara kita,” katanya.
Mengenai kempen PAS pada PRK Teluk Intan, parti itu menggunakan pendekatan eksklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.
“Antara yang kita lakukan adalah mengadakan kempen dari rumah ke rumah dan ceramah kelompok yang telah disusun setiap hari,” katanya. – mStar Online

source : rmf7

No comments: