by syed hussein al attas
7hb. Ogos, di Indonesia disebut Augustus 2008, sebaik saja saya bersama kawan saya Mazlan duduk di meja sebuah restoran, pelayan yang genit bersopan santun bertanya, "Mahu makan apa Pak?" Mazlan yang tidak biasa dengan makanan Indonesia meminta supaya saya yang membuat pesanan. "Satu sup Bontut, dua nasi rawan".
Perkataan ‘bontut’ ini kalau di Indonesia ia bukanlah satu perkataan yang kotor, bukan mencarut, bontut tidak boleh melambangkan perkara jijik. Bontut bukan jubur atau dubur. Di Indonesia anda boleh order ‘sup bontut’ tetapi kalau order ‘sup bontut’ di negara kita walaupun di Wong Solo Restoran Indonesia dianggap pelik mungkin anda akan dikatakan biadap, kurang ajar sedangkan sup bontut ialah sup ekor lembu.
Begitu juga perkataan ‘Butuh’, kalau di sini sudah dianggap mencarut tetapi kalau di Indonesia ianya membawa maksud ‘perlu’. Pernah dengar dialog drama Indonesia, "aku butuh pertolongan kamu?". Begitu juga perkataan ‘gampang’, gampang boleh memberi erti ‘bastard’ anak luar nikah, kasar tetapi tidak di Indonesia. Begitu juga liwat, "saya liwat dulu ya Pak?"
Tapi kalau di Malaysia, hendak mampus, hendak main liwat-liwat, nanti jadi macam saudara Anwar Ibrahim, kes ‘liwat’ punya pasal huru-hara satu negara. Ramai yang percaya Anwar meliwati Saiful, ramai juga yang tak percaya.
Di meja sebelah kami ada beberapa orang ‘guy’ sedang ‘ngobrol’ bincang-bincang sambil memerhatikan ‘laptop’. Mereka tak pedulikan kami.
Sambil makan saya teringat 7hb. Ogos 1965, hari Singapura keluar dari Malaysia. Singapura diberi hak membentuk kesatuan dengan Malaysia selepas diberi hak memerintah sendiri.
Saya ke Jakarta dengan Air Asia. Ini kali pertama saya menggunakan Air Asia. Mengikut pendapat Dalai Lama, selama setahun sekali kita perlu jumpa kawan baru, melakukan sesuatu yang baru atau pergi ke tempat yang baru. Mahu menulis mengenai Anwar Ibrahim kita perlu ke luar negara terutama Indonesia di mana Anwar mempunyai ramai peminat terutama ketika pergeseran dengan Tun Mahathir. Dan Amin Rais, Gus Dur dan beberapa orang lagi pemimpin Indonesia adalah kawan baik Anwar. Berita mengenai Anwar mendapat perhatian di Indonesia.
Saya bertanya Budi yang menjemput kami dari lapangan terbang yang disebut ‘bandar udara’ Bandar Sukarno Hatta. Kalau di Malaysia dihebuhkan dengan cerita Saiful mendakwa dibontuti, disodomi Anwar Ibrahim, di Indonesia perkataan ‘meliwat’ dan ‘melewati’ tak bererti disodomi. Jadi tak keberatan perkataan liwat digantikan dengan ‘bontut’.
Perkataan ‘bontuti’ lebih halus jika dibandingkan dengan perkataan duburi atau al-juburi, apa lagi ‘main belakang’ begitu menakutkan seperti filem ‘Jangan Pandang Belakang’. Di belakang ada hantu, belakang al-bontuti adalah hantu balakangi.
Baru-baru ini ketika di Malaysia kecuh dengan cerita Saiful dengan Anwar mengadakan seks luar tabie, di Indonesia tersebar luas kisah seorang homoseks "sodomy" melakukan pembunuhan bersiri. Mangsa sodominya dikerat 12, Ferry Idam Henyansyah alias Ryan melakukan pembunuhan di Apartment Margonda, Depok dan jenazah yang dipotong 12 dibuang di Jalan Kebagusan, Ragunan, Jaksel.
Polda Jatim memeriksa dua orang tuanya di Laboratorium Forensik (Labfor) Mabes Polri Cabang Surabaya. Achmad Sadikun dan Siatun menjalani uji kebohongan melalui lie detector. Penyilidik ingin mengetahui apakah ada kesamaan antara keterangan Ryan dan orang tuanya. "Pemeriksaan kedua orang tua Ryan guna mengetahui keterkaitan keterangan Ryan dengan keduanya, apakah berbohong atau tidak," kata Direskrim Polda Jatim Kombes Rusli Nasution.
Selama dalam proses penyidikan, keduanya mengaku tidak tahu menahu seluruh tindakan Ryan. Padahal, pembunuhan itu dilakukan di rumah yang selama ini menjadi tempat tinggalnya. "Jadi, akan ketahuan apakah keduanya memang bohong atau tidak tahu sama sekali. Uji kebohongan ini sebagai salah satu bahan untuk penyidikan lebih lanjut," katanya. Kadiv Humas Polri Irjen Abu Bakar Nataprawira mengatakan tes kebohongan bukan sebagai alat bukti dalam berita acara pemeriksaan (BAP). "Hasil uji kebohongan hanya digunakan sebagai petunjuk untuk penyidikan polisi dalam mencari alat bukti dan pengungkapan suatu kasus," ujarnya. Media Indonesia 7 Agustus 2008
Berdasarkan pengalaman di Indonesia, pengalaman berinteraksi dengan beberapa rakan dari Indonesia membuatkan saya terfikir mengenai kesan menuntut ‘kebebasan bersuara’ dan ‘hak asasi’ di negara kita akibat terpengaruh dengan ‘reformasi’. Di Indonesia jika disalah gunakan boleh sahaja meruntuhkan negara dan bangsa kerana Indonesia dan Malaysia tak sama biarpun nasib peribumi Indonesia dan Malaysia tak banyak beza antara yang kaya tambah kaya, yang miskin tambah miskin, menderita dalam kemiskinan.
‘Demokrasi’ dan ‘kebebasan bersuara’ yang tidak disertai dengan pemikiran ‘rasional’ dan ‘jati diri’ rakyat yang kuat hanya menyumbangkan kepada keruntuhan sesebuah negara. Rakyat perlu ada kekuatan ‘jati diri’. Kekuatan ‘jati diri’ bermula dengan ‘mind power’ kekuatan pemikiran manusia selaku ‘model insan’ yang diperkenalkan oleh Dato Seri Abdullah Badawi.
Apakah elok rakyat sesebuah negara yang masih lagi belum begitu matang dari segi pemikiran dan emosinya membiarkan menggunakan sentimen apabila membicarakan mengenai demokrasi? ‘Kebebasan bersuara’ dan menuntut ‘hak asasi’ yang merupakan antara cara Barat untuk menundukkan negara Islam menguntungkan mereka yang ada ‘jati diri’, yang ekonominya kuat dan mereka ada agenda yang tersendiri.
Kita hidup di zaman ‘langit terbuka’, ‘dunia tanpa sempadan’, zaman di mana apa yang berlaku di Kuala Lumpur boleh diketahui dan dilihat dengan mata kepala menerusi internet, website dan telefon bimbit di seluruh dunia. Selaku makhluk yang mempunyai brain power kita sepatutnya mengajar cara mempertingkatkan 90% kekuatan daya pemikiran manusia yang tertidur. Siapakah orang yang tertidur itu? Siapa lagi kalau bukan Melayu yang mudah lupa?
Kita kini berada di era ‘reformasi’ yang diperkenalkan ketika Anwar pertama kali ditangkap kerana tuduhan ‘sodomy’. Ketika itulah kebebasan bersuara dijunjung tinggi, di mana rakyat begitu bersimpati dan muncul perasaan benci pada kerajaan dibawah pimpinan Tun Mahathir.
Bolehkah kita salahkan Anwar meraih simpati masyarakat bila ‘orang kita’ yang semakin parah dari segi sosial, ekonomi, pendidikan, semakin hari semakin terus menderita? "Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu bangsa melainkan bangsa itu sendiri." - Al-Quran.
Sambil makan saya berfikir, dari kita menumpukan sepenuh perhatian kisah ‘bontut’ Saiful kena main dengan Anwar yang beritanya tersiar di seluruh dunia di mana Anwar sudah pun diberikan kesempatan mengikat jamin lebih baik kita berbicara mengenai brainpower (kekuatan daya pemikiran) kerana pengetahuan ini boleh menguntungkan ribuan orang Melayu dari pelajar, mahasiswa, anggota polis, mereka yang berniaga, para profesional dan termasuk juga para pemimpin Melayu.
Cara berfikir mereka yang tidak ‘positif’, penuh emosi dan sensitif sukar sekali untuk membangunkan bangsa kita yang sudah ketinggalan jauh ke bontut, ke belakang, sebab itu kita perlu alihkan pandangan bagaimana mahu memulakan pembangunan pola pikir? Jangan sampai ‘virus negatif’ bontuti yang termasuk dalam pikiran ‘orang kita’ boleh mengalahkan virus positif yang semakin parah dalam pikiran bangsa Malaysia yang sakit akibat gila politik.
Apakah kita selaku orang Melayu lupa bila Persekutuan Tanah Melayu bertukar menjadi Malaysia, tak sampai berapa tahun orang Melayu kehilangan Singapura sejak 7 Ogos 1965. Apakah 7 Ogos hari Anwar dibicarakan bukan hari yang malang bagi bangsa Melayu?
Sesudah 50 tahun merdeka tertubuhnya Pakatan Rakyat bermula dengan tertubuhnya Parti Keadilan Rakyat untuk membela Anwar Ibrahim, Pulau Pinang jatuh ke tangan Lim Guang Eng anak Lim Kit Siang yang dulunya PAP tetapi bertukar jadi DAP bila Malaysia kehilangan Singapura. Kita kehilangan Batu Putih dan hampir kehilangan kuasa politik satu-satunya milik Melayu?
Berperilaku baik atau buruk bukan cuma soal akhirat dan Tuhan, tapi siapakah yang akan menentukan nasib ‘orang kita’, orang Melayu selepas pilihanraya ke-12? Tidak tahu ke mana arah tuju? Bagaimana dengan masa depan anak cucu kita? Ini yang perlu kita bincangkan. Ini yang perlu kita fikir secara ‘serius’. Rakyat tak peduli Anwar dilabel al-bontuti atau al-sodomi? Peduli apa kisah Saiful dibontuti oleh Anwar Penasihat PKR? Itu hal peribadi mereka. Anwar patut selesaikan dengan Saiful saja. Kenapa heret sama masyarakat? Macam mana nak memimpin negara, kes lubang tahi yang kecil itupun tak boleh selesai?
Kubur dia, dia jawab. Orang nak kata apa pun Anwar sanggup turunkan harga minyak. Anwar dilihat sebagai pembela nasib rakyat yang miskin sedangkan kes dia dengan Saiful menyusahkan berjuta manusia. Kalau tak salah, takut apa bersumpah terbuka, tak payah junjung Quran, kumpul beribu manusia, lafazkan " Wallahi, Wabillahi, Watallahi saya tak main bontut Saiful. Saiful pembohong." Rakyat pasti percaya cakap Anwar.
Selaku seorang penulis sama ada menggunakan blog, media massa atau media eletronik sepatutnya lebih mengutamakan mindset yang mampu mengubah nasib rakyat yang miskin menjadi sejahtera, yang sakit menjadi sehat, yang gagal menjadi sukses, yang jahat menjadi baik. Siapa yang hendak tukar ‘mindset’ orang kita supaya yang bodoh menjadi cerdas, yang jahat menjadi baik? Amar makruf nahi mungkar yang dituntut oleh Tuhan kepada hamba-Nya yang bernama manusia. Biar alim ulama dan ketua-ketua agama melakukan tugas dan tanggungjawab tersebut.
Apakah kita perlu membuktikan kekuatan daya pemikiran, ‘mind power’ mempunyai keajaiban yang luar biasa?
Tanggungjawab siapa pula untuk memberitahu rakyat yang sudah taksub pada Anwar dan parti Pakatan Rakyat mengenai pemikiran bawah sedar masyarakat yang telah diracuni virus akibat diserang informasi negatif dari empat penjuru angin - menerusi segala bentuk alat informasi bermula dengan telefon bimbin, radio, talevision, akhbar, blog dan filem? Sana sini, pagi petang, siang malam, lain tak ada, cerita liwat, sodomi, percaya, tak percaya dan pilihanraya.
Bagaimana cerita main bontut boleh menimbulkan jutaan simpati rakyat Malaysia terhadap Anwar dan kepercayaan terhadap pemerintah semakin hari semakin berkurangan? Bukankah ini tanda-tanda bahawa mindset bangsa Malaysia kini berada dalam keadaan yang parah? Apakah tidak mungkin ini permainan CIA supaya negara kita menjadi seperti Pakistan atau Afghanistan atau Palestin? Dengan mengadu dombakan dua puak yang percaya Anwar main bontut dan Anwar ibarat Dajjal suci.
Saya kasihan ‘orang kita’ yang berada dalam keadaan ‘sakit’ akibat pemikiran negatif dan terkena virus. Bila lagi kita mahu menyedari pentingnya buku-buku dan latihan motivasi perlu diberikan kepada ahli politik, pemimpin, wartawan media dan para bloggers? Jika masyarakat kita tidak pernah tersentuh pendidikan motivasi, mereka akan menjadi korban informasi negatif yang datang dari delapan penjuru angin. Penelitian menunjukkan 80% informasi di sekitar kita adalah negatif. Tanpa kita sedari media massa, internet, opinion leader, masyarakat di sekitar kita, orang tua, para pendidik, dan semua orang di lingkungan kita adalah negatif. Kita sudah jadi macam permainan budak-budak, Pak Pak Alang berbontot-bontot. Main ikut suka saja ‘blind follower’, kaki cium bontut pemimpin, penyembah idola.
Menjadi harapan saya agar ‘orang kita’ tidak lagi terperangkap dalam pemikiran dalam kota k. Mahu memperbaiki nasib bangsa ia bermula dengan memiliki ‘mindset positif’ barulah bangsa kita segera bangkit dari leka dengan cerita Anwar dan bontut Saiful. Sebab itu saya cuba menulis kisah dua homoseks biarpun mereka melakukan atas kehendak suka sama suka, misalnya jika cerita ini benar biar mahkamah yang menghukum mereka.
Penulisan karya investigative journalism memang bukan perkara mudah. Namun jika kita mahu membuka minda agar rakyat dapat melihat dosa tetap dosa, tak kira siapa saja yang melakukannya, maka kita boleh terima hakikat yang mudah dengan mudah.
Dalam sesebuah investigative journalism, fakta menjadi alat yang sangat penting. Itulah yang menyebabkan saya datang ke Jakarta sambil menikmati ‘sup bontut’. Saya boleh cerita pasal ‘orang kita’ yang terlupa Hari Raya sudah dekat, kemudian tahun baru, buku sekolah anak-anak, dengan harga barang makin meningkat. Kita tak memikirkan itu semua, kita leka dengan cerita al-bontuti.
Saya bukan penulis straight news yang memberikan hidangan cepat saji, ‘fast food’ yang dagingnya ayam pelatok atau lembu yang dagingnya belum tentu halal. Bimbang lembu ‘gila’ atau ayam yang kena selsema burung akibat cerita ‘half truth’, ‘zero truth’ maka bangsa kita telah diserangi ‘virus negatif’ seperti yang diceritakan oleh Raja Petra.
Ada yang mengucap dan melabelkan tulisan saya sebagai talking journalism atau jurnalisme bercakap-cakap semata-mata, tidak ilmiah, tulisan bercampur aduk dan lintang pukang, tak mengapa. Ada juga yang mengatakan yang buku saya tidak baik. Memang betul saya menulis seperti cara saya bercakap. Apakah tulisan saya boleh dilabel sebagai ‘talking journalism’ semata-mata? Apakah saya tidak buat ‘homework’ sebelum dicurahkan didalam tulisan saya? Kajian, analisa, saya rasa ia perlu hati-hati dan teliti? Tahun ini saja lebih dua juta manusia melayari shalattas.com selain tulisan disiarkan di Buletin Utama, di Agenda Daily kemudian dibukukan. Maafkan saya jika terdapat kesilapan yang tidak disengajakan.
Saya terpaksa menghidangkan straight news, telus, tak berselindung di sebalik kata-kata sastera, ayat bombastik supaya ia mudah difahami dalam bentuk talking news. Saya lakukan ini semua mungkin terdapat kesilapan dalam ejaan bahasa, apakah itu bererti saya tidak punya tempat dalam jurnalisme dewasa ini? Di mana kita boleh membawa manusia satu ribu tahun ke belakang dan seribu tahun mendatang kerana kita berbicara dengan pembaca dari hati ke hati, ia tersemat didalam hati.
Bukan mudah bagi seorang wartawan yang berkerja dengan akhbar mahu melakukan investigasi kerana rutin dan dikejar deadline. Begitu juga bagi para akademik yang mahu menulis tulisan yang berbentuk ilmiah pula mereka perlu ‘footnote’ dan saya tidak perlu ‘footnote’, saya sepak terajang terhadap mereka yang lidahnya tak bertulang.
Rakyat Malaysia perlu melihat keberadaan Anwar yang mahu bertanding pilihanraya di Permatang Pauh yang kerusinya telah dikosongkan oleh isterinya Presiden PKR, Dr. Wan Azizah. Rakyat mahu tahu siapa Anwar Ibrahim yang mahu jadi pemimpin nombor satu negara? Betul ke Anwar bersih? Kalau kotor diselaputi najis, Anwar kena bersih dari tuduhan liwat. Mungkin ada yang boleh terima yang Anwar seorang ‘homoseks’ kerana ada yang mengatakan Presiden Turki pun ‘homoseks’ juga dan di Turki jantan sama jantan boleh kahwin, begitu juga lesbian. Apa lagi menjadi Raja Liwat Al-bontuti. Liwat ini kerja kotor, ia melibatkan ‘lubang tahi’. Kita tak mahu Anwar jadi ‘shit’, kepala tahi seperti Tun Mahathir yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam bukunya ‘SHIT’ kerana semua orang tahu dulu Anwar adalah anak emas Mahathir, ‘Mahathir’s blue eye boy’.
Rakyat yang mahukan pandangan yang strategik mahu tahu apakah yang sedang berlaku terhadap Anwar ini satu ‘plot’ yang sedang berjalan selain satu ‘plot besar’ jangka masa panjang penjajah yang cuba menjajah minda ‘orang kita’? Mungkinkah Anwar adalah satu langkah yang paling baik untuk AS untuk masuk ke dalam politik Malaysia? Anwar nampaknya seorang yang sangat memerlukan AS untuk menyelesaikan kes-kes yang dihadapinya di Malaysia dengan segala obsesi yang dimilikinya dan kenapa beria-ia benar Amerika mahu campur tangan dalam kes liwat Anwar?
Sebab itu saya perlu menulis dari segi investigatif. Bolehkah kita mengadakan satu perbincangan dengan Anwar dan bertanya betulkah ada "conspiracy plot" di mana Anwar menjadi pelakon utama? Kita sepatutnya minta Tuhan jauhkan diri kita dari bersubahat. Kalau betul Anwar terlibat semata-mata kerana kita ada agenda politik memang tak patut kita bersetuju mengatakan Anwar tak ‘bersalah’ biarpun apa yang telah berlaku pada mereka berdua suka sama suka atau izin dalam paksa.
Kita perlu tahu bahawa kebebasan bersuara juga boleh diguna dan dimanipulasikan oleh individu dan pihak-pihak yang berkepentingan dan pandai memainkan emosi rakyat untuk mendapatkan apa yang diingini termasuklah untuk kepentingan politiknya. Ini yang berlaku di Malaysia dan Indonesia yang mengakibatkan penyakit negatif, virus dalam ‘mindset’ orang kita.
Pendek kata ‘kebebasan bersuara’ tidak boleh digunakan sehingga mengizinkan golongan yang bersifat cauvinis dan pelampau mengambil kesempatan meniupkan api perkauman, fitnah dan hasutan demi untuk kepentingan politik mereka kerana mereka menggunakan Anwar dan Anwar juga menggunakan mereka untuk tujuannya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Siapa kalau bukan penulis yang menjadi tempat rujukan? Orang mahu tahu cerita sebenar, tak menulis kita dianggap ‘pengecut’, ‘dayus’ atau ‘bersubahat’. Tapi menulis untuk menyelamatkan bangsa dan negara kita mesti sanggup berkorban dan jadi korban. Penulis tidak sekadar melapur, yang kita nampak siapa yang terlibat? Di mana? Bila? Dan kenapa?
Biarpun blog boleh digunakan secara bebas, ia tetap satu dosa besar jika kita ‘menfitnah’ Anwar kononnya dia memang seorang ‘homoseks’. Sodomi satu tuduhan yang berat. Ia memerlukan empat saksi menyaksikan perbuatan liwat biarpun Saiful sudah diperiksa oleh doktor dan membuat laporan polis. Anwar sudah dibebaskan dengan ikat jamin.
Pelik bila cerita ‘homosexual’ yang Nabi Muhamad SAW tak mengaku umat diberi publisiti besar-besaran dan saya sendiri pun terpaksa terlibat sama dalam menjalankan tugas selaku ‘investigative reporter’. Saya terpaksa menimbulkan cerita ‘positif thinking’, ‘critikal thinking’, ‘lateral thinking’ kerana adanya pemimpin dan mereka yang mengaku ahli agama yang tak mahu menggunakan ‘common sense’, guna akal fikiran tapi menggunakan emosi semata-mata kerana mereka mempunyai pengaruh, ada kuasa politik, mahu menegakkan benang basah.
Hanya melalui investigasi, penyiasatan seperti seorang ‘spy in special branch’, berpandukan bahan rahsia dari ‘intelegencies’, penulis penyiasat mampu melaporkan hal-hal yang sengaja disembunyikan dari masyarakat supaya masyarakat berfikir di luar kotak, tidak dengan mudah melontarkan semua kesalahan di atas bahu Perdana Menteri dan Kerajaan semata-mata.
Bukan mudah melakukan penyelidikan sebab dalam pelaporan investigatif, berbagai pihak dapat menuntut ganti rugi yang bernilai jutaan ringgit kerana pencemaran nama baik (libel). Selain dari terperangkap dengan undang-undang ISA, OSA dan macam-macam yang berkaitan dengan media.
Akibat kebanyakan pemimpin UMNO ambil sikap ‘look and see’ sikap ada mata pandang, ada mulut tutup melainkan isu yang ‘selamat’ baru bersuara. Itu pun sekadar melepas batuk di tangga. Siapa kalau bukan seorang ‘investigative writer’ yang mesti bersuara? Terserah pada siapa yang hendak percaya! Silakan berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah, yang tak mahu percaya, suka hati dia.
Investigasi memerlukan pengalaman, kontek, dengan kemampuan yang khusus, selain kerja yang lebih gigih, tak mudah menyerah, selain kewangan dan keberanian yang luar biasa. Syukur pada Allah kerana mengurniakan ilmu firasat sehingga ada kalanya kita perlu daya tembus yang lebih tinggi melihat dengan mata kepala dan ‘mata hati’.
Kerana memerlukan waktu yang lama untuk menemukan hasil yang baik selain nasib baik, ‘good luck’ sebab itu dalam blog tak termuat cerita-cerita yang baru. Saya harap pembaca blog saya dapat memahami dan memaafkan saya.
Rakyat sudah ‘letih’ dengan cerita yang sama, Al-Bontuti, Al-Tantuya dan Al-Hantuya. Orang nak tahu siapa sebenarnya yang melakukan ‘konspirasi’? Anwar atau Najib Tun Razak? Siapa yang boleh mengkuburkan cerita konspirasi yang menyusahkan rakyat seluruh negara? Siapa yang boleh membongkar ‘rahsia’ di sebalik liwat Al-bontuti dan Altantuya Alhantuya? Rakyat mengharapkan ketelusan cerita benar ‘the truth’ dan ‘the truth nothing but the truth’ dari pencerita yang ikhlas. Cerita yang benar memang pahit. Siapa makan cili dia rasa pedas. Penghunjung cerita siapa mati dulu? Siapa sebenarnya lawan siapa? Siapa yang berkonspirasi?
kzso - Ya ALLAH ya tuhan kami, kami hambaMu yang kecil dan kerdil ini memohon kepadaMu agar ditunjukkan kebenaran dalam perkara hambaMu yang bernama anwar bin ibrahim. Berikanlah kebenaran dan tunjukkanlah kebesaran dan keagunganMu agar hamba-hambaMu di bumi ini tidak berpecah-belah sehingga rosaknya agamaMu dan bumi tercinta ini disebabkan angkara hambaMu yang bernama anwar bin ibrahim dan hamba-hambaMu yang lain yang mementingkan kuasa dan harta di dunia . Ya ALLAH ya tuhan kami, perkenankanlah doa kami ini dan berilah pembalasan yang seadilnya kepada mereka yang memecah-belahkan hamba-hambaMu dan agamaMu. Aameeeeeen.
No comments:
Post a Comment