NUFFNANG

Sunday 28 September 2008

Anwar Lidah Bercabang : 1. Mengenai ISA 2. Mencabar Pemimpin PAS dan 3. Sikap Pemimpin PAS

Anwar yang kita amat ketahui sememangnya pandai dan amat licik dalam berkata-kata. Baca dan tatapilah apa yang pernah Anwar kata mengenai ISA, cabaran beliau kepada pemimpin Pas dan sikap pemimpin Pas.

Buat kepimpinan, ahli dan penyokong Pas serta penyokong Anwar serta umat Melayu beragama Islam yang tergoda dengan keterampilan dan imej Anwar, janganlah terpedaya dengan kelicikan, permainan dan "matlamat menghalalkan cara" Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga sanggup mengadai kesucian Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Hak Keistimewaan Orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Ikutilah sumber dari blog info corner : medan interaksi info mengenai lidah bercabang anwar ini...

Part 1; Anwar Lidah Bercabang

APA PERNAH KATA ANWAR MENGENAI AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA)

Petikan kenyataan Anwar dalam sidang akhbar selepas berucap pada majlis makan tengahari meraikan para peserta Mesyuarat Agung Antarabangsa ke 27 Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik [PBEC] di Kuala Lumpur pada 24 Mei 1994.

Sewaktu dalam kerajaan memegang tampuk pimpinan negara, Anwar belasah secukupnya pembangkang dan tegas dalam tindakan kerajaan bertindak terhadap mana mana pihak yang mengganggu gugat keselamatan negara.

Tetapi apabila Anwar berada diluar kerajaan dia mahu jadi HERO TAMIL!

Mula berkokok nak hapuskan ISA!

Inilah pemimpin yang sangat sangat disayangi oleh kaum yang terkena sindrom TAKSUB!

Memang tepat ungkapan kata kata Tun Mahathir bahawa “melayu mudah lupa”, sekarang kita lihat ramai orang melayu yang meyokong Anwar Ibrahim ini menghalalkan semua tindak tanduk Anwar sewaktu beliau memakai uniform kerajaan dan menyerang pihak pembangkang….

Semoga ahli ahli PAS akan sedar dan kembali ke pangkal perjuangan mereka untuk menegakkan negara Islam.

Kita saksikan sendiri sekarang ini bagaimana teruknya perpecahan dalam PAS yang ujud sekumpulan pasukan “Erdogan” yang dikuasai oleh Anwar dengan janji manis memberikan jawatan jawatan menteri dalam kerajaan Mat Jenin Anwar Ibrahim…..

Kumpulan “Erdogan” ini sudah alpa dan khayal di fantasia kabinet Anwar, asas mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam bukan lagi menjadi PRIORITI mereka!

Tunggu….!!!!


Part 2; Anwar Lidah Bercabang

ANWAR PERNAH CABAR PEMIMPIN PAS!

Kalau dibaca dari petikan ucapan Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Kampung Seberang Marang Trengganu pada 14 Mac 1986, beliau bukan sahaja mencabar pemimpin PAS malah menyatakan pemimpin PAS bermimpi disiang hari untuk memerintah negara ini…..

Sekarang ini beberapa kerat pemimpin PAS yang termaktub dalam “team Erdogan” tersangat taksub kepada Anwar dan sudah benar benar bermimpi disiang hari memasang impian fantasia mahu menjadi jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Mat Jenin milik Anwar Ibrahim…..

Tunggu espisod seterusnya…


Part 3; Anwar Lidah Bercabang

APA ANWAR KATA MENGENAI SIKAP PARA PEMIMPIN PAS

Disiarkan dibawah ini sekiranya image diatas sukar hendak dibaca

“Pas sepatutnya menukar nama yang lebih sesuai dengan sikap para pemimpin mereka yang suka memaki hamun. Sesetengah pemimpin PAS jelas tidak mencerminkan cara berpakaian dan tawaduk mereka”[Anwar berkata pada Perhimpunan Bersama Rakyat di Kuala Kedah pada 21 Januari 1995]

“Kita melihat dengan jelas kepura-puraan dan peribadi sebenar pemimpin-pemimpin PAS janganlah yang sanggup menuduh, mencerca dan menghina para pemimpin negara atas nama Islam.” “Para pemimpin PAS janganlah menjadikan diri mereka sebagai “pelawak sarkas” yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedang mereka hanyut dalam tepukan. PAS kini telah bersedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang Melayu dihapuskan”[Anwar Ibrahim berkata semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Parit di Perak pada 22 Mac 1987]

“Islam yang cuba ditegakkan oleh pemimpin PAS dengan kata-kata semata mata itu hanyalah ‘Islam ayat Kerusi’ dan ‘Kerusi Parlimen’ sahaja kerana mereka dengan jelas menolak setiap kebenaran dan usaha meningkatkan syiar Islam di negara ini hanya kerana dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional”[Anwar berkata semasa berucap di majlis Ceramah di Mesjid Lama Kg Seberang Marang, Trengganu pada 14 Mac 986]

Sekarang ini Anwar sudah sanggup menjilat tapak kaki pemimpin PAS untuk mencapai cita citanya mahu menjadi Perdana Menteri!

Sindrom penyakit mahu jadi menteri ini menular dikalangan beberapa kerat pemimpin PAS yang menyertai “Team Erdogan”.

Ahli-ahli Team Erdogan ini memiliki sifat “Anwarisme” yang cukup menebal.

Mereka ini lebih condong kepada Anwar dan sanggup “derhaka” kepada pemimpin ulama PAS yang sudah hilang syahwat dengan nyanyian serta tarian Anwar Ibrahim.

Tunggulah wajah ahli ahli Team Erdogan sedikit masa lagi, tungguuu…!!

kzso - mengapalah PAS mudah lupa atau adakah PAS sengaja buat-buat lupa demi kelangsungan politik mereka sehingga umat Islam berpecah-belah?




1 comment:

Anonymous said...

Bro
Nuar ni bukan je lidah bercabang, batang dia pun bercabang wooo!!
Depan boleh , belakang pun boleh!!