NUFFNANG

Wednesday, 3 September 2008

BERTEMU AL-LIWATI DI BUNTUTI STREET, DI STOR KUNYIT BANGKOK

BERTEMU AL-LIWATI DI BUNTUTI STREET, DI STOR KUNYIT BANGKOK

by syed hussein al-attas

Pukul 6 pagi, hari Jumaat waktu Bangkok, 25 Julai 2008, saya berdiri di tepi tingkap dari bilik 1442, Hotel Dusit Tani sambil memerhatikan cahaya merah menandakan munculnya sang matahari dari belakang bangunan pencakar langit di Bandaraya Bangkok. Di depan saya tersergam indah Taman Lumpari yang menghijau di tengah keriuhan kota.

Saya tak kisah bunyi bising dari kenderaan di jalan raya yang bertingkat. Tingkap dibuka untuk menghirup udara pagi, langit yang tidak begitu cerah, berwarna gelap oleh awan mendung yang tak menjanjikan apa-apa. Mencari ‘ilham’ berbeza dengan mencari ‘bukti’. Saya ke Thailand untuk mencari ‘ilham’ untuk buku baru tapi mana tahu kalau terjumpa bukti seperti apa yang diceritakan keluarga Saiful kepada saya yang Anwar dan Saiful pernah tinggal di hotel ini.

Sambil menghirup kopi panas yang saya buat sendiri sambil berfikir bukan mudah mahu membuat orang yang berfikir di dalam ‘kotak’ supaya mempunyai pemikiran yang terbuka apa lagi pemikiran yang kritikal terutama mereka yang telah menjadikan Anwar Ibrahim idola mereka yang mahu menjadikan saudara Anwar sebagai jambatan, menunggang Anwar untuk mencapai apa yang dihajati. Apakah Anwar tahu hal-hal seperti ini. Apa lagi mereka yang kaki mengampu ‘membodek’ atau ‘kaki cium bontot Anwar’.

Kita kena terlebih dahulu celikkan ‘mata hatinya’ dahulu. Kita perlu bawa orang yang mahu mendengar cerita kita itu mengembara bersama kita biar dia dapat melihat dengan ‘mata kepala’. Betul ke Penasihat Parti Keadilan Rakyat perlu membawa seorang ‘coffee boy’? Apakah di hotel lima bintang di bilik Presiden suite tak boleh mendapat seorang butler?

Mahu melihat dengan ‘mata hati’ menggunakan ‘ilmu firasat’ perlu kesucian jiwa. Sepatutnya saya tak kaitkan cerita Anwar dituduh meliwat Saiful dengan ilmu tasauf. Tapi Pak Sheikh yang terkenal alim mempunyai mentor seperti Hassan Al-Bana, Syeid Qutub Yusuf Al-Kardawi, jadi tak mengapa.

Kita mahu menulis mengenai pemimpin yang dianggap bersih dari dosa liwat, di mana jutaan rakyat Malaysia tak percaya maka kita perlu ketahui bahawa sesuatu yang ‘bersih’ itu amatlah dituntut oleh Islam. ‘Kebersihan jiwa’ itu bermula dari ‘dalam diri manusia’. ‘Hati’ kena bersih, kena jernih, kalau ‘hati’ kotor, gelap, diselaputi oleh hasad dengki, angkuh, kejam mustahil anda dapat melihat apa yang ada di depan mata saya kerana ‘penglihatan basirah’ itu ‘hak’ Allah.

Bila Ulama sebagai pewaris Nabi leka dengan politik, leka dengan dunia terlepas pandang melihat segala permasalahan yang dikemukakan kepada mereka sebagai fardhu kifayah. Siapa kalau bukan penulis yang melakukan Amar Makruf Nahi Mungkar yang pernah disampaikan semasa menjadi pemimpin Abim dulu?

Menjadi kritikal bukanlah bererti menjadi pembangkang pada setiap perkara yang kita dengar akibat ‘mata hati’ kita buta. Kita perlu mempunyai baik sangka ‘husnuzan’ kepada satu perubahan yang cuba dilakukan demi pembangunan insan. Setiap yang baru akan membawa bersama-sama kesan ‘positif’ dan ‘negatif’ kerana setiap yang baru tidak lari daripada kelemahan. Homosex, seks luar tabie, hubungan sejenis jantan sama jantan, betina sama betina adalah ‘benda’ yang baru dalam masyarakat kita.

Apakah kita lupa selaku manusia biasa setiap manusia pasti mempunyai kelemahan dan kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan seperti kata peribahasa ‘bumi mana tak ditimpa dek hujan, lautan mana yang tidak bergelombang’. Nabi Musa tumbuk orang sampai mati. Nabi Ibrahim A.S bila ditanya siapa yang memecahkan berhala suruh tanya berhala besar. Yang maksum Cuma Nabi kita, orang Islam, Nabi Muhammad S.A.W. Macam mana orang macam Anwar Ibrahim boleh dianggap maksum?

Setiap kelemahan mungkin ada kebaikan dari pandangan berbeza. Itu tanda yang kita ini hanya seorang ‘manusia biasa’. Cara penafsiran dan pemahaman yang berbeza memungkinkan setiap sesuatu itu boleh digambarkan berbeza-beza. Asasnya, perbahasan boleh menjuruskan ke satu cara pendekatan yang lebih baik, kalau pun tidak sempurna.

Sebab itu kita perlu pembukaan ‘mata hati’ disusuli dengan ‘sikap mental’, mental attitude yang tinggi iaitu ikhlas, ihsan, himmah yang kuat dan jika kita ingin mencari kebenaran. Islam menentang sifat-sifat ‘negatif’, mengumpat ‘gosip’, apa lagi menfitnah dengan cerita ‘half truth’ dan ‘zero truth’.

Islam menentang sifat munafik dan pura-pura, pentingkan diri sendiri dan ego, tidak mahu kepada ‘kebenaran’. Saya ke Bangkok untuk mencari kebenaran dengan menggunakan cara ‘critical thinking’. Critical Thinking ini sebenarnya dianjurkan oleh Anwar sendiri, cuba baca bukunya ‘The Asian Renaissance’. Inilah cara yang ditakuti oleh Mahathir dan orang disekelilingnya. Apakah tidak mustahil seorang penulis yang juga mempunyai critical thinking tumpang bertanya dengan 50 persoalan mengikut pendapat dan presepsinya yang kononnya menimbulkan kesangsian kenapa Anwar tak boleh jadi PM?

Sebenarnya critical thinking memang dianjurkan oleh Al-Quran kerana kitab suci ini hanyalah untuk orang-orang yang berfikir menggunakan akaliahnya yang tak dipisahkan oleh Al-Quran. Bila menyebut critical thinking, mari kita fikirkan mengenai Albert Einstein, perintis critical thinking dalam dunia sains yang pernah saya tulis dalam buku Sunnah Nabi Muhammad SAW vs Sunnah Mahathir Mohamad. Ini kerana sains dan Al-Quran itu tidak dapat dipisahkan disebabkan Islam tanpa sains pincang dan sains tanpa Islam buta. Sains adalah undang-undang Allah yang tetap dan tidak boleh diubah-ubahkan. Sebab itu tuduhan Anwar meliwat Saiful perlu dibuktikan menerusi DNA dan sumpah menggunakan Al-Quran. Kenapa ulamak yang mengaku pewaris nabi tidak menyuruh Anwar berbuat sedemikian. Kalau tak buat dosa takut apa dengan manusia?

Sebagai contoh hukum graviti yang ditemukan, penjelasannya oleh Isaac Newton manusia tak boleh hidup tanpa oksigen. Islam terkenal di seluruh Eropah ketika Barat masih meraba-raba dalam kegelapan. Ilmu dari Al-Quranlah yang memberikan mereka kejayaan di bidang sains. Apabila umat Islam meninggalkan sains, maka pincanglah mereka. Dan apabila Al-Quran tidak difahami mengikut ilmu hakikat yang menjadi nur, yang datangnya dari Tuhan maka umat Islam menjadi buta dan hidup dalam kegelapan dalam dunia yang terang benderang hasil daripada ciptaan sains sebab itu kita perlu menggunakan pendekatan Islam. Salahkah jika Al-Quran sebagai rahmatanlilalamin, pembawa rahmat sekian alam kita gunakan untuk menerangkan manusia yang mata suara hatinya buta, tidak mahu melihat kebenaran?

Al-Quran yang menganjurkan pemikiran kritikal kerana ia merupakan satu buku rujukan sains terpenting dan merupakan ‘the mother of all scientific references’ atau ibu kepada segala rujukan sains. Tapi disebabkan ramainya umat Islam hanya tahu mengaji macam burung kakak tua tapi tidak mahu berfikir dan mengkaji maka mereka pisahkan Al-Quran dan sains. Akhirnya jadilah mereka itu seperti ulama-ulama yang sanggup menyelewengkan akidah dan menyerahkan diri di bawah cengkaman, telunjuk para diktator, kemudian mereka salahkan Tuhan, marahkan Tuhan. Kata Tuhan tidak adil tetapi sebenarnya merekalah yang patut dipersalahkan kerana tidak pernah melihat ke dalam diri, tidak mencari kekuatan dan kebesaran dalam diri untuk dicantumkan dengan ‘basirah’ Allah Yang Maha Besar, Maha Bijaksana.

‘Orang kita’ pandai buat peribahasa kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang. Kalau tidak ada api masakan ada asap. Kalau tak ada ‘kebenaran’, tak ada ‘bukti’ yang cukup, masakan seorang anak muda berani menyabung nyawa mengheret orang sehebat dan selicik Anwar ke mahkamah?

Manusia yang suka berfikir jangan sekadar pandai menggunakan ‘mata kepala’ mencari rahsia, buang masa guna ‘mata kasar’, mata ikan kering, mata kotok, mata kapal atau mata katak. Kita perlu membaca apa yang tersirat. Kebiasaannya kepada manusia yang hidupnya kalau tak lihat dengan mata, tak percaya. Mereka terlupa berapa ramai manusia yang sudah tertipu, terpedaya oleh pandangan mata?

Selaku seorang investigatif writer, penulis yang perlu membuat penyelidikan, saya ke daerah Pat Pong, syurga dunia bagi mereka yang suka ‘berzina’, meliwat, wanita yang mahu cari jantan, sundal, banana boy dan jantan al-Jubri Al-buntuti. Di sebatang jalan raya menuju ke Pat Pong yang tidak jauh dari Dusit Tani Hotel inilah terletaknya syurga bagi kaum ‘gay’. Dan Dusit Tani Hotel lima bintang ini pernah didiami oleh penghibur terkemuka dunia Tom Jones dan ramai pembesar dunia pernah menginap di hotel ini.

Mari kita bertanya, untuk apa Anwar membawa ‘pembuat kopi’ yang mengikut dakwaan Saiful dijadikan macam nasi bungkus, tak ada class bawak nasi bungkus ke tempat makanan buffet yang terdapat segala macam hidangan sup bontot, sup gear boxpun ada.

Betulkah Anwar dan Saiful pernah tinggal disini? Hanya Anwar yang boleh jawab? Saiful dah mengaku. Betul ke Anwar ada simpan ‘coffee boy’? Sama ada meliwat atau tidak itu lain cerita. Kalau tidak untuk apa Anwar jumpa Saiful dan tidur di hotel di Bangkok ini? Cerita dia diliwat di Kondo Damansara semua orang sudah tahu, dah jadi perbualan di sana sini. Saya tak tulis cerita macam itu.

Kata peguamnya, Saiful yang berumur 23 tahun itu bukan ‘gay’ dan dia bekerja sebagai pegawai peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim Penasihat Parti KeADILan dan mengesahkan yang dia tukang mengatur perjumpaan sulit Anwar. Siapa yang boleh mengesahkan yang Anwar sebagai lelaki suka pelihara ‘jambu’ untuk jadi ‘coffee boy’? Ada berapa orang ‘coffee boy’ Anwar? Mungkin Mohd Ezam boleh membongkar ‘rahsia’ bila tiba masanya. Ini satu tuduhan yang amat berat.

Seseorang Islam yang baik hendaklah sentiasa berusaha agar jiwanya selalu dibersihkan dari segala kekotoran ‘nifaq’ dan sebagainya. Jiwa yang bersih akan dapat melahirkan manusia yang bersih, yang bersih untuk dirinya dan masyarakatnya. Untuk menjadi Perdana Menteri seorang pemimpin bukan saja perlu kelihatan bersih tapi benar-benar bersih apa lagi dikaitkan dengan najis Al-buntuti. Dan bukan mudah mahu membersihkan nama Penasihat Parti KeADILan Rakyat selagi dia tak dapat membersihkan diri dari tuduhan liwat.

Karl Marx dengan ideologi Komunisme berjaya memisahkan pentadbiran sebuah negara dari ketuhanan dan menganggap bahawa agama itu madat, ‘drug’ ataupun dadah bagi manusia. Namun Karl Marx gagal mengekalkan pengaruh Komunis di Eropah. Negara dibangunkan oleh manusia. Manusia itu datangnya dari Tuhan menerusi agama. Kehancuran kebanyakan ‘sistem’ dan ‘ideologi’ dan ‘isme’ ciptaan manusia adalah akibat memisahkan agama dan manusia.

Manusia yang sempurna adalah manusia yang berjaya menjadikan dirinya Al-Quran yang bergerak, penyampai yang haq.

Bolehkah kita salahkan semua muka surat akhbar tempatan mengutamakan ‘cerita main belakang’ liwat atau sodomy dan memberikan tempat di muka depan? Memang pelik. Benda yang ‘busuk’, busuk hari ini harganya tinggi. Cuba pergi ke pasar malam berapa harga seikat petai? Betapa mahalnya harga jering padahal punyalah ‘hancing’, orang cari juga cencaluk, budu, pekasam dan ikan bacin. Bolehkah kita pisahkan cerita sensasi dan isu dengan pemberita yang mahu menjual cerita kepada masyarakat yang suka pada ‘gosip’ mengenai artis? Cerita negatif? Berapa orang suka, baca mengenai ilmu tasauf, ilmu hakikat dan ilmu makrifat atau mendengar cerita mengenai hari kiamat? Atau cerita mengenai Tok Kenali, Tok Khurassan?

Salahkah penulis menulis cerita, tempat, manusia yang tak takut ‘dosa’, yang memberi ruang kepada berita yang dianggap ‘fitnah’ akibat pemimpin sendiri memancing ‘fitnah, kerana tak adanya sifat ‘fatanah’? Ejaan mengenai perkataan dalam bahasa Arab ini kena betul, tersilap taip lain maknanya.

Memang mudah menyalahkan pemberita dari akhbar arus perdana atau blogger menyiarkan cerita yang dianggap ‘fitnah’ kononnya penulis tak takut Allah, tak takut hari pembalasan yang suka buat kerja-kerja terbalik? Siapa sebenarnya yang suka buat kerja terkutuk, ‘sedap’, seronok kemudian menyalahkan orang lain menyebarkan berita? Kalau tak ada pelanggaran antara sesama kereta atau keretapi dengan kereta bolehkah diada-adakan cerita?

Bukan mudah mahu membuktikan ‘rumah berhantu’ biarpun ada orang yang merasakan mereka telah diganggu oleh makhluk asing di rumah itu. Ada orang tidur dua tiga hari tak jumpa hantu tapi ada orang tengok dari jauh tahu disitu memang ada hantu, makhluk halus. Memang ada manusia yang Allah anugerah dengan ‘mata ketiga’, ilmu ‘kashaf’.

Apakah tak mustahil Saiful dan Anwar pernah menjadi kekasih? Kalau tak betul cerita biarpun peguamnya menafikan yang Saiful ‘gay’. Saiful Bohari seorang pemuda yang baik. Biarpun dia ‘ganteng’ meminjam perkataan Indonesia yang bermakna ‘handsome’, kacak,‘cute’, boleh menggoda seorang ‘sexmaniak’, tak boleh tengok belakang punya.

Lebih baik berjalan dihadapan harimau dari berjalan di belakang perempuan - peribahasa Arab. Memang bergoyang iman tengok punggung perempuan, ‘zina mata’, boleh gian bagi orang yang suka punggung perempuan.

Orang Johor mengelar lelaki yang suka simpan ‘jambu’ taukeh ‘stor kunyit’, pengamal ‘homoseks’ dan lelaki yang disimpan dengan panggilan ‘jambu’. Ada masanya menyerah akibat izin dalam paksa.

Kalau dia tak mengadu dia disodomy ‘setor kunyitnya’ telah ditembusi oleh bekas bossnya yang pernah dituduh melakukan liwat dengan beberapa lelaki sebelum ini. Disodomy, disondol dari belakang tak kira dimana kerana dia mengadu punggungnya sudah disumbat, itu fakta. Kenapa kita tak boleh terima ‘fakta’? Ini bukannya cerita mengenai isu yang belum tentu ada fakta. Cuma bagaimana hendak membuktikannya sebab itu saya ke Bangkok.

Anwar sepatutnya selaku seorang tokoh yang dihormati, dimuliakan kerana boleh jadi imam, pernah baca khutbah, pemimpin yang di percayai oleh Tok Guru Nik Aziz dan orang PAS. Apakah kerana Anwar menjadi idola ribuan mungkin jutaan manusia maka dia bersifat ‘maksum’? Anwar hanyalah seorang manusia biasa. Lagi tinggi keimanan manusia, lagi besar cubaan yang diterimanya.

Saiful membuat laporan polis berpandukan ‘fakta’. Kita perlu dengar cerita dari dua belah pehak. Ingat mudah ke mahu tanya Anwar betul ke dia main belakang Saiful? Hendak mampus? Anwar garang tengok siapa saja yang boleh merosakkan rancangannya untuk jadi Perdana Menteri ‘court dalam saman’. Kenapa kita mesti percaya yang Anwar innocent’? Anwar tak buat? Anwar suci dari dosa?

Di Indonesia perkataan ‘liwat’ bukan bermakna ‘sodomy’, orang yang meliwati orang lain tak salah. Kenapa ‘salah’, sekadar jalan dulu, macam menyebut perkataan ‘sop bontot’ pun tak salah kerana perkataan buntut itu ertinya ekor. Dalam bahasa Inggerisnya ‘buttok’ yang salah kalau sebut dubur lubang tahi. Dalam bahasa Inggeris anus atau ass-hole mengikut orang Amerika manusia bajigan. Peliwat adalah ass-hole. Sop ekor disebut sop bontot, tapi kalau kita kata lelaki itu suka buntut, kita boleh diheret ke mahkamah. Anda kena fikir apakah yang akan diceritakan ini semata-mata ‘isu’ atau ‘fakta’? Orang akan menuduh anda kurang ajar, tak reti bahasa, tak beradab bila tersalah guna bahasa.

Berbezanya fakta dan isu, ‘fitnah’ dan ‘fatanah’ dari segi sebutan dan makna. Pemimpin mesti mempunyai sifat selain dari ‘siddik’, ‘amanah’, ‘tabligh’. ‘Fatanah’ ertinya bijaksana, ‘wisdom’. Bijaksana tak sama dengan cerdik pandai yang pandai mempermainkan kata-kata. Tak sama dengan ulamak suk yang menjual ayat-ayat Al-Quran dengan harga yang murah disebabkan mereka ada kedudukan.

Fakta dan isu dua benda yang berbeza. Saiful membuat lapuran di balai polis yang dia ‘disodomy’ oleh Anwar, kerana meliwat. Ramai yang percaya, bagi penyokong yang ‘fanatik’ yang menjadikan Anwar idola ‘mati hidup balik’ pun tak percaya.

Inilah masalah bila undang-undang kita ‘a man is innocent before proven guilty’ Ingat mudah ke mahu menuduh seorang idola berjuta manusia sebagai orang yang melakukan seks diluar tabie? Kenapa hal peribadi antara Saiful-Anwar dibawa ke pengetahuan umum? Apakah kerana Anwar seorang ‘public figure’ yang didewa-dewakan sebagai pejuang hak asasi manusia maka Anwar mesti bersih dari segala macam dosa? Apakah dia seorang dewa?

Anwar adalah ahli politik yang paling pintar berkarismatik, pemidato terhebat di Malaysia namun apakah Anwar adalah hero orang Melayu pembela kaum India dan Cina yang dikagumi oleh mereka yang mahu menjadikan Malaysian Malaysia dan rakyat Malaysia?

Bukan mudah mahu menuduh seorang tokoh yang setapak lagi jadi Perdana Menteri disebabkan dia ada ‘track rekod’ yang dia pernah teraniaya, dizalimi, merengkok dalam penjara semata-mata mahu menyelamatkan Mahathir yang mahu mengekalkan kuasa, siapa mahu percaya? Ini kali kedua ada berita yang dia sudah buat kerja yang dia saja tahu rahsianya?

Bila Anwar dituduh melakukan ‘sodomy’ dengan pegawai peribadinya siapa yang sanggup mempersoalkan idola mereka sebagai penjenayah melakukan seks luar tabie? Polis pun tak sanggup simpan Anwar lama, penyokong yang beribu sanggup mati kerananya.

Sukar masyarakat mahu percaya Anwar yang pernah dipenjara kerana rakyat sudah tidak percaya pada kerajaan semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri. Siapa punya angkara ni? Apakah kita tak percaya C.I.A punya angkara? Apakah tak mustahil Tun Mahathir Mohamad punya angkara, nama Tun jadi busuk hingga Tun terpaksa letak jawatan memilih Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai gantinya. Dan yang pelik semua kesalahan dilonggok ke bahu Dato Seri Abdullah Badawi. Ada yang berkata inilah akibat melepaskan anjing yang tersepit.

Siapa pun tak boleh menentukan Rahim Nor Ketua Polis Negara menumbuk mata Anwar jadi lebam sebelah satu sandiwara dirancangkan? Begitu juga konspirasi yang dilakukan oleh Mahathir menggunakan isu ‘liwat’ untuk mengaibkan Anwar? Bijak Anwar mengalih pandangan masyarakat, setiap kali dia hampir tertangkap dia membaling satu bom yang baru, mempersoalkan Gani Patail, mempersoalkan Ketua Polis Negara yang baru, di mana masyarakat sudah hilang kepercayaan kepada AG dan Ketua Polis Negara juga pada mahkamah. Tapi siapa pun tak berani mempersoalkan sejauh mana Anwar bersih?

Saya sendiri pun pada mulanya sukar mahu percaya maka selaku orang yang kerjanya mendokumentasi apa yang berlaku maka saya lahirkan buku ‘Konspirasi, Reformasi, Kopi Kasi, Wang Kasi, Tak Ada Saksi’. Bukan mudah mahu menuduh orang berzina tanpa empat orang melihat Anwar saksi dan saksinya pula orang yang taqwa, inikan pula orang yang melakukan ‘liwat’ itu kawan baik pemimpin PAS.

Anwar sendiri kata mahkamah sudah tak boleh dipercayai, polis dan menteri ada ‘konspirasi’, jadi kita hendak percaya cakap siapa lagi kalau bukan Anwar sendiri? Mana ada orang yang berak dijalan mahu mengaku, itu kata orang dulu. Mungkin Anwar tak seberani Chua Sai Lek yang mengaku dia ada buat buhungan sulit tapi bukan buat kerja luar tarbie. Sebab itu dia tak malu nak mengaku dan dia gentleman. Dia berani letak jawatan.

Bila saya diminta memberi pendapat, betul ke Anwar ‘Raja Liwat’? Bukan sekadar meliwat Saiful kerana kalau kita tengok dalam Youtube, pengakuan yang dibuat oleh mereka yang pernah diliwat, boleh jadi betul. Melayu mudah lupa, berapa orang yang masih ingat pengakuan mereka? Diceritakan pun mereka yang sudah taksub pada Anwar, cari pasal aje.

Untuk mengelak ‘fitnah’ cuba kita fikir, sebagai contoh seorang pemain golf dalam keretanya ada tersimpan ‘set golf’. Orang terjumpa dia di kelab golf. Dia pergi ‘sembahyang’ atau pergi main golf atau main layang-layang? Ada peminat tanya saya simpan kuda di rumah jika bukan untuk ditunggang, buat apa?

Kalau betul dia tak buat, Anwar kena buktikan yang dia bukan jenis manusia yang nalurinya minat manusia yang sejenis dengannya. Biarpun ‘homoseks’ ini adalah satu perkara biasa.

Bukan tidak ada lelaki yang ‘hetroseks’, depan suka, pusing belakangpun suka juga. ‘Belakang’ bukan gomen punya. Apakah kerana takut dilabel sebagai ‘hetroseks’ Anwar takut DNA diperiksa? Macam-macam persoalan bermain dikepala saya.

Yang menjadi persoalan bukan ‘isu’ tapi ‘fakta’. Betul ke Anwar meliwat Saiful? Anwar kena jawab didepan masyarakat, tak payah junjung Quran, tak payah hendak bersumpah dalam masjid, tak perlu melaporkan ke pejabat agama yang dia difitnah. Untuk apa menyaman Saiful sedangkan dia tak percaya pada mahkamah?

‘Liwat’ bukannya cerita yang ‘pelik’ tapi dia jadi ‘pelik’ bila terlibat dengan Dato Seri Anwar Ibrahim manten Timbalan Perdana Menteri yang pernah merangkap Perdana Menteri Malaysia, pernah dituduh meliwat beberapa lelaki 10 tahun lalu.

Siapa ‘kita’ hendak melarang ‘jantan’ yang suka ‘pecah stor kunyit’ yang suka simpan ‘jambu’, jantan cantik, jantan comel ikut istilah orang Kelantan merogol jantan, melakukan seks luar tabie? Cinta sejenis sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan luar biasa memang ‘dahsyat’, cemburunya extrem. Mereka saja yang akan marah mengila bila dikecewakan, ‘frust’ menonggeng, terperanjat beruk hingga tergolek ‘dog’.

Sepatutnya cerita liwat ‘homosexual’ tak perlu diperbesarkan tapi kerana Anwar memperbesarkannya, dia saman Saiful, dia saman Musa, dia saman AG, dia bergaduh dengan Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri. Nak tunjuk dia berani. Betulker dia berani? Atau sekadar berani lalat saja. Baru kena sergah dengan Saiful sembunyi di kedutaan Turki.

Dia buat bising yang dia kena telanjang, doktor suruh dia buka baju dan buka seluar, itu dia kata dia ditelanjangkan. Untuk mengelak dari orang bercakap pasal kes liwat Saiful, orang lupa mahu bertanya bagaimana masa dia melakukan ‘liwat’? Kalau betul cerita Saiful yang dia diliwat oleh bossnya? Apakah dia buka baju dan seluar Saiful?

Kalaulah betul Dato Sri Najib yang suruh Saiful bekerja dengan Anwar untuk memerangkap Anwar kalau Anwar tak meliwat Saiful seperti yang dilaporkan kepada polis apakah Saiful berani membuat laporan polis?

Ini bukan ‘isu’, ini ‘fakta’. Ini bukan mahu membuka aib orang, bukan bertujuan mahu memalukan tapi dia minta orang ramai tahu dia diliwat oleh penasihat PKR.

Ini bukan sekadar mahu menuduh. Kalau cerita dia diliwat oleh Anwar tak betul masakan dia berani bersumpah, junjung Quran dalam masjid, tentu dia takut bila disaman oleh Anwar?

Orang tua-tua kata anjing kalau tak makan tahi kerana sudah jadi kebiasaan bila terbau tahi pasti ‘gian’, tentu cium tahi pun jadilah sekadar buang ‘gian’. Apakah kita tak boleh fikir peribahasa?

Kita sepatutnya minta Tuhan jauhkan diri kita dari bersubahat orang yang ‘fasik’ dan ‘munafik’. Memang tak patut kita bersetuju mengatakan Anwar bersalah, apakah kita mempunyai empat orang saksi yang melakukan liwat terhadap Saiful? Apakah kita tak takut ‘menfitnah’ Anwar kononnya dia memang seorang ‘homeseks’? Ini satu tuduhan yang berat. Bukan mudah mahu dapatkan empat saksi menyaksikan perbuatan liwat tersebut. Pelik bila cerita ‘homosexual’ yang Nabi Muhamamd SAW tak mengaku umat diberi publisiti besar-besaran, tak ada yang mahu menggunakan ‘common sense’, guna akal fikiran bukan emosi.

Ramai yang terperangsangka Anwar adalah satu langkah yang paling baik untuk US untuk masuk menjajah ke dalam politik Malaysia. Betulkah Anwar seorang yang sangat memerlukan US untuk menyelesaikan kes-kes yang dihadapinya di Malaysia dengan segala obsesi yang dimilikinya? Tak bolehkah kita mengadakan satu perbincangan? Betulkah ada ‘conspiracy plot’ di mana Anwar menjadi pelakon utama?

Rakyat mahu pandangan yang tulus, apakah ‘plot’ yang sedang berjalan bukannya satu ‘plot’ besar penjajah yang cuba menjajah minda orang kita?


"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri"

-Al-Quran

kzso - the truth will prevail.

No comments: