NUFFNANG

Thursday 11 September 2008

16 September: Anwar sanggup ke Taiwan...Mustafa Ali kata takkan berlaku

16 September: Anwar sanggup ke Taiwan...Mustafa Ali kata takkan berlaku

source : agendadaily

Makin dekat 16 September , makin kalut nampaknya ‘peserta-peserta larian menuju Putrjaya’. Paling menyerlah ialah bagaimana pembawa obor 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup membuat lairn obor hingga ke Taiwan bagi mengejar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kini sedang mengikuti rombongan sambil belajar ke negara itu.

Bagi menyakinkan lagi bahawa usahanya itu sesuatu yang terancang, Anwar menyatakan isu 16 September telah dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP dalam beberapa siri pertemuan termasuk perjumpaan dua hari lalu yang memutuskan keperluan untuk berlepas ke Taiwan.

Namun apa yang menarik, salah seorang orang kuat PAS yang selama ini memang terkenal sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS kerana kepakarannya dalam strategi pilihan raya, Datuk Mustafa Ali tidak yakin obor yang dibawa Anwar itu mampu menyala di Putrajaya pada 16 September ini.

Ini berdasarkan kenyataannya bahawa , setahu beliau PKR tidak pernah merujuk secara rasmi mengenai cadangan pembentukan kerajaan baru dengan PAS dan dengan itu menyebabkan pemimpin parti itu tidak membincangkan isu itu dalam mana-mana mesyuarat.

Kenyataan beliau itu yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu adalah senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa sehingga kini beliau tidak pernah melihat senarai nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

“Saya kata tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia betul,” kata Mustafa merujuk kepada usaha Anwar hendak membentuk kerajaan baru pada 16 September.

Berdasarkan maklumat dan rentetan ’larian obor Putrajaya 16 September’ ini, umum mengetahui bahawa usaha Anwar ini hanya didokong oleh kumpulan Erdogan dalam PAS yang diketuai oleh Naib Presidennya, Husam Musa.

Kumpulan Erdogan adalah kalangan pemimpin muda PAS yang menyokong Anwar dan mereka memang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar seperti Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli.

Namun kalangan pemerhati politik berpendapat, Husam memang bersungguh-sungguh mahukan Anwar berkuasa kerana beliau sedar nasib politiknya banyak bergantung kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan itu sebagai persiapan, beliau dan kumpulan Erdogan perlu berada dalam ’kerajaan Anwar’ demi survival politiknya.

Namun jika kenyataan Mustafa Ali diambil kira yang senada dengan Hadi, dakwaan Anwar bahawa PAS telah dirundingi adalah meragukan. Mungkin Anwar mendapat sokongan padu daripada kumpulan Erdogan tetapi bagaimana dengan pendirian rasmi PAS.

Menghurai lebih lanjut, Mustafa Ali berkata beliau tidak nampak bagaimana sebegitu ramai Ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang.

Alasan beliau ialah biasanya pembangkang yang akan melompat menyertai kerajaan dan adalah sesuatu yang sukar diterima pihak kerajaan akan melompat ke pembangkang.

“Terbaru kejadian lompat parti melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1984, tetapi PBS ketika itu pembangkang dan menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan mengikut sumber parti itu, orang yang bertanggungjawab terhadap perkara itu ialah Anwar.

“Saya akui Anwar ada pengalaman dalam hal ini tetapi waktu itu beliau berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebab itu hendak dapatkan tidak kurang 30 orang wakil rakyat supaya lompat parti adalah tidak mudah,” ujarnya.

Seperkara lagi yang menarik lontaran oleh Mustafa ialah jumlah majoriti kerajaan yang disebut-sebut akan dibentuk oleh Anwar.

Katanya, jika diandaikan 30 daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli Parlimen BN 110 orang dan kerajaan baru sebanyak 112 orang termasuk Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

“Kalau Ibrahim melompat ke BN, ini akan menjadikan kedudukan seri 111-111, masih tidak ke mana-manalah,“ katanya.
kzso - hmmm.... what say you anwar, saifuddin and husam?

No comments: