PERFUME TAIKI AYAMI - Dari buku "MAHATHIR MUDAH LUPA - 2002"
syed hussein al-attas Adat manusia setiap tegahan akan dilanggar. Kalau ada fatwa dari Majlis Fatwa Malaysia yang mengharamkan tahi ayam punai dihidu, pasti ada saja manusia yang mencari tahi ayam candu untuk dihidu. Padahal bukan senang nak cari tahi ayam. Cuba tanya anak-anak yang dibesarkan di apartment atau di kondo di Kuala Lumpur misalnya, macam mana rupa tahi ayam? Apa lagi tahi ayam punai yang juga dipanggil tahi ayam candu yang baunya jika terpalit melekat tiga hari tak hilang. Boleh berdengung kepala bila terhidu perfume `Taiki Ayami' yang warnanya hijau macam hijaunya bulu burung punai.
Nabi Allah Adam a.s dikeluarkan dari syurga kerana tak ikut firman Tuhan. Tuhan sudah pesan, `Adam engkau jangan sekali-kali makan buah khuldi. Itu buah larangan, " Pada mula Adam tak makan tapi bila Hawa yang merayu supaya dia makan, perempuan punya sweet talk berkecai iman Nabi. Akhirnya dia makan. Siapa penyebab Adam terkeluar dari syurga kalau bukan kerana Hawa, syaitan yang nyata. Perempuan itu syaitan yang nyata, sabda Rasulullah s.a.w.
Khabil juga membunuh adiknya Habil. Kerana perempuanlah pembunuhan pertama berlaku di atas muka bumi ini, dan Khabil belajar dari burung gagak hitam bagaimana cara mahu menanam adik kandung yang menjadi mangsa pembunuhannya. Dan tentunya hingga ke hari ini ada keturunan Khabil yang gemar membunuh ibarat memakan bangkai saudaranya sendiri. Itulah dosa-dosa besar seorang pembunuh.
Syaitan akan menggoda setiap manusia yang lupa pada Tuhannya. Maka jangan kau tunduk dan jadi yes-man syaitan, bukankah yang menyuruh kami berbuat kejahatan itu syaitan padahal kau sudah berjanji hanya tuhan saja yang kau sembah? Manusia yang lalai dan leka akhirnya tunduk pada hawa nafsu, itulah musuh manusia yang sebenarnya. Maka perangilah nafsumu.
Syaitan dalam bahasa Arab maknanya sesuatu yang sombong dan terusir. Contohnya Azazil ketua segala malaikat, dimurkai Tuhan disebabkan ego, Azazil merasakan dia hebat, dia tak mahu tunduk pada manusia yang dianggap tidak sedarjat dengannya. Apa bezanya dengan manusia yang merasakan dia tinggi darjatnya sedangkan manusia itu sama asalnya dari setitik air mani jua yang hina. Bila pakai baju raja jadi raja. Demikian juga jika pakai baju YB, tapi kalau asyik nak menyondol dan menyundal sahaja jadi macam babi. Menteri, Perdana Menteri, Janeral atau penggali kubur, tukang baca talkin, imam di masjid atau tukang kebun mahupun hanya buruh kasar di bandaraya. Manusia itu sama jika sudah kenal diri dan sudah kenal Tuhannya. Mereka yang takwa saja yang mulia.Bila Tuhan tarik jawatan tinggi dari mereka, baru yang bodoh sombong tersentak. Rupa-rupanya darjat dan pangkat itu cuma satu amanah, pakaian luaran semasa hidup. Orang yang berkuasa jangan lawan perintah Allah dan jadi orang munafik nanti mati dalam kehinaan.
Kalau hidup cari makan, jangan cuba nak lawan taukeh. Sudah tahu awak bersalah, mengalah sajalah. Hendak tunjuk hebat, akhirnya sendiri punya basikal sendiri kena kayuhlah. Kalau cari makan, jadi yes-man sajalah dengan boss. Dengan Tuhan jangan tunjuk derhaka, jangan tunjuk hebat, tunjuk kuasa.
Syaitan tak puas hati, syaitan pendendam, busuk hati, buta perut, inilah baru syaitan namanya. Kalau tak kejam, tak zalim, tak melawan, taat saja perintah Allah, yang itu malaikat namanya. Dalam masyarakat banyak manusia yang macam syaitan. Payah nak cari yang macam malaikat.
Setiap manusia ada nafsu seks. Bintatang pun ada nafsu. Tapi binatang melakukan seks disebabkan mahukan keturunan. Sebab itu seks dikalangan binatang bermusim, seks dilakukan di musim mengawan sahaja, lepas itu anjing jantan tidur sebelah anjing betina, tak perlu pakai cawat besi. Dia tak buat apa-apa. Kita tak pernah tengok bapa anjing rogol anak anjing, syaitan pun tak rogol anak sendiri. Jauh sekali anjing ditangkap meliwat. Anjing pun tahu yang mana boleh, yang mana tak boleh. Tak ada anjing betina yang lesbian.
Hari ini ramai yang pergi masjid, sembahyang tak tinggal, naik haji tapi perangai lebih rendah dari binatang dan sikitpun tak ada rasa malu-malu menipu, membohong, memfitnah kerana nak rebut kuasa selain suka berzina dan meliwat.
Pimpinan telah mengharamkan politik wang. Makin ketat tegahan makin menjadi-jadi politik wang tapi sebabkan bini tamak kuasa, mak datin mahukan laki memegang jawatan tinggi kekal jadi menteri, jantan yes man ikut saja syaitan yang nyata. Yang beri undi pula bukan tak tahu, bermacam-macam skandal, rasuah tapi kerana politik sudah jadi satu bisness, mahu tak mahu terpaksa gadaikan prinsip hidup, agama, bangsa dan tanah air sekadar retorika.
Kita kutuk Amerika sebagai negeri kafir, tapi setiap orang yang mahu menjadi presiden mesti bermoral, mesti bersih, mesti wangi, tak boleh pakai perfume ‘Taiki Ayami’. Jika terhidu tahi ayam candu, pasti tak boleh jadi Presiden. Barulah bila berhenti tak jadi ‘pemimpin tahi kucing’.
Cuba baca syarat orang yang mahu jadi Presiden Amerika, ramai pemimpin ikut saja nafsu, tak guna akal, nasib baik kita tak dengar ada binatang yang marahkan anaknya dengan berkata, "engkau ni macam manusialah," alangkah hinanya manusia yang tak pakai akal, tapi pakai kereta besar duduk di rumah besar.
Memang benar ular lidahnya bercabang, tapi ular tak pandai bercakap. Macam mana bila kita marah manusia yang berbohong kita samakan macam ular? Memang sifat semula jadi ular, berbelit sesame ular tetapi itu kebiasaan. Yang kaki belit, kaki putar alam, kaki menipu, orang politik kawan baiknya sendiri pun dia main.
Susah kita hendak tengok binatang yang perangai macam syaitan, memang rupa binatang tak secantik rupa paras manusia, binatang tak pandai pakai baju, tapi dia tak bangga menunjuk aurat, tak buat kerja-kerja terkutuk macam pelajar di pusat pengajian tinggi yang bertudung tapi berbuat maksiat di tempat-tempat terbuka. Inilah jenis-jenis Islam kosmetik yang merosakkan imej Islam.
Tak ada binatang yang munafik. Binatang tak menghasut, tak mengutuk, tak bodoh sombong, mudah diajar. Kawan terbaik manusia ialah anjing yang dipandang najis. Tapi cinta dan taat setia anjing pada tuan membawa sampai ke mati. Anjing tak pilih rupa, tak pilih bangsa dan pangkat. Kalau dulu tuannya kaya raya, tapi sesudah itu jatuh miskin, hilang penglihatan tapi anjing tak akan tinggalkan tuannya. Cinta anjing pada tuannya tak bersyarat, ‘love without condition’.
Sekali kita ajar beruk panjat kelapa, dia taat sampai mati jadi beruk panjat kelapa. Beruk diperbodohkan oleh manusia o.k. sebab dia beruk.
Kenapa ada bapa yang sanggup zina dan liwat anaknya sendiri. Sumbang mahram sudah jadi satu gejala yang amat memalukan. Allah telah tetapkan garis panduan kepada manusia bagaimana kita harus salurkan nafsu. Biar dia pandai macam mana sekali pun kalau dia berhajat untuk mendapatkan seorang cucu, dia kena suruh anaknya bernikah, anak dialah yang tolong buat cucu untuknya, baru dia boleh bergelar datuk. Ini dia kahwin dengan anak sendiri, jadilah penzina, perogol dan sumbang mahram.
Apa boleh buat tahi kambing bulat-bulat, anak bunting bapa buat, taubat-taubat tahu buat…
Nabi SAW berpesan, ada dua perkara yang mesti dipercepatkan, pertama ada saja orang mati cepat-cepat kita kebumikan. Ada anak perempuan cepat-cepat dinikahkan.
Nabi kata nikah itu sunnah ku bukan zina, itu sunnah ku maka jauhilah engkau dari zina. Sebab itu kita perlu tahu definisi perkataan sunnah kerana kita ikut ahli sunnah wal jamaah. Nabi tak larang seks "isterimu seperti kebun mu, datangilah dia dari sudut mana sekali pun asal sah nikah." Lantak pilah, bukan dia reput, atas unta pun kalau laki hendak isteri kena bagi. Dahsyat orang laki noo… ilmu seks ini ada pada orang Islam, ilmu munakahat namanya (babul jimak) yang perlu diajar tapi diabaikan macam tu saja, member dapat member tibailah…
Memang Islam menghormati seks sebagai hak asasi yang mesti disalurkan mengikut ketetapan Allah. JAKIM dan semua pejabat agama menjadikan perkahwinan itu satu perkara yang paling rumit dan susah. Mahkamah syariahlah jabatan yang paling teruk cara pentadbirannya. Sebab itulah Dr. Mahathir mahu satukannya. Allah membenarkannya orang lelaki kahwin lebih dari satu. Di negeri Johor, siapa nak nikah mesti periksa ada AIDS atau tidak. Dia orang ini tambah-tambah hukum nikah kahwin. Patutkah dia cipta hukum syarak ikut suka hati emak dia? Terdapat hukum dalam enekmen yang tak ada dalam Quran dan Sunnah Rasul. Ini satu perbuatan bidaah, lebih teruk dari sesat, tapi ada kuasa punya pasal, langgar terus hukum Allah, tak apa.
Seks dibicarakan dalam Al-Quran begitu mendalam. Islam menyediakan saluran yang halal. Pernah tonton filem P. Ramlee 'Musang berjanggut', itulah perangai ulama suk. Ulama yang tak berani menegakkan Hukum Allah dan Sunnah Rasul. Maka bila rosak akidah ulama maka rosaklah akidah umat.
Dalam negara ada dua hukum yang berbeza diatas satu kesalahan yang sama. Siapa yang patuh pada undang-undang yang digubal oleh ulama Thai Kam Lat, satu jenis ubat, makanan ulama suk. Thai Kam Lat itu satu jenis pil. Asal namanya Chi Kam, ianya dibawa oleh Mr. Kelempong. Dr. Kelempong jual pil Chi Kam kepada jenis manusia Pak Pandir ynag ramai terdapat pada masyarakat Melayu. Asalnya ubat tenaga batin untuk seks macam Viagra dan Tongkat Ali. Lelaki tak guna, Jantan sial akan beli.
Dia makan pil cirek kambiang. Cirek maknanya tahi. Disingkatkan jadi Chi Kam. Bila dialih bahasakan ke bahasa nusantara dia jadi tahi kambing bulat-bulat, anak bunting bapa buat', apa nak buat, tahu buat, tak tahu taubat... taubuat, taubat. Ini semua shit punya pasallah, asyik cerita tahi saja.
Inilah susahnya bila ada ulama yang macam syaitan. Sombong, ego besar cuba monopoli agama jadi milik diri dan puak-puaknya saja. Tanpa disedari ulama kehilangan rahmat Tuhan. Orang Islam yang sepatutnya berkasih sayang yang dirasakan bukan nikmat Tuhan tapi laknat sebab itu masyarakat yang celik tidak lagi hormat pad aulama politik. Ulama busuk terusir dari rahmat Allah hiduplah macam syaitan.
Tapi ulama busuk boleh hidup dikalangan syaitan manusia yang berpura-pura jadi Islam. Islam bukan pad anama dan pakaian tapi keperibadian dan hati Islam.
Hari ini mereka berada di pihak majoriti, yang sedikit yang mahu ikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah terpaksa mengalah, jika mereka mahu terus hidup dalam keadaan kerosakkan hari ini.
Agama itu ada pada orang yang berilmu dan berakal, hanya dengan ilmu pengetahuan kita dapat bebaskan diri dari mendewa-dewakan manusia. Sebab itu orang Islam ditemankan dengan Al-Quran dan akhlak Muhammad SAW mesti dijadikan ikutan.
Hidup mana boleh untung saja, mana boleh menang saja. Mana boleh duduk diatas saja. Hidup macam roda pedati, sekali diatas, sekali dibawah. Ini musim kebangkitan Islam kita tengok siapa pemimpin Melayu yang ikut AL-Quran dan Sunnah Rasul?
Islam begitu adil, hanya agama Islam saja yang menuntut menegakkan keadilan. Keadilan untuk manusia sejagat. Orang yang adil akan berlaku murah hati terhadap semua makhluk. Mencintai semua makhluk Allah. Sedia memaafkan apa juga kesalahan. Bukan menuntut keadilan untuk memperjuangkan seorang manusia saja. Sebab itu saya beri tajuk buku ini Mahathir Mudah Lupa. Memang Mahathir mudah melupakan semua kesalahan yang dilakukan terhadapnya. Dia lupa kejahatan menteri-menteri yang pernah memusuhi dan cuba menjatuhkannya.
Membawa sifat Tuhan pemurah lagi penyayang, ikutlah sifat yang dinamakan Rahmatan Lil Alamin. Hati manusia sepatutnya seperti lautan yang luas yang mana manusia lain boleh mengaut sebanyak mana keuntungan ibarat dari dasar lautan. Jangan sebut pasal keadilan. Jika tidak berani mengaku kesalahan diri.
Islam bukan saja adil terhadap umatnya tetapi juga kepada seluruh manusia di muka bumi ini tetapi masih ramai dikalangan ulama suk yang mengutuk dan menentang orang Islam. Mereka merasakan Islam ikut Sunnah Nabi sudah tak releven lagi di zaman moden. Mereka rasa dengan memburuk-burukkan orang Islam yang tak duduk dalam kelompok mereka orang ramai akan terpengaruh dengan fitnah mereka.
Dunia semakin maju, tapi manusia semakin mudah tunduk pada nafsu. Tak guna akal, tak guna Al-Quran. Sebab itu seks bebas semakin berleluasa. Akal dan Al-Quran tak boleh dipisahkan, macam laut dan pantai. Langit dan bumi. Lelaki dan perempuan. Tanda-tanda seorang itu Islam dia mesti mengamalkan cara hidup Islam ikut Nabi Muhamamd SAW. Bukan Islam pada kad pengenalan saja. Di mana ada orang Islam mesti ada kemakmuran dan kedamaian. Itulah dia Rahmatan Lil Alamin yang cuba diperkenalkan oleh Ma'ahad Al-Zaytun.
Saya akui masalah seks bukan satu masalah baru, tapi ianya berada di tahap yang membimbangkan, yang sedihnya ketua-ketua agama diam membisu seribu bahasa, bukankah apa saja yang berlaku sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka? Takkan masalah agama pun hendak dibubuh di bahu Dr. Mahathir juga?
Saya begitu gusar, Allah akan menurunkan bala kepada kita seperti mana yang terjadi kepada umat Nabi Luth dan sebelum Tuhan terbalikkan negeri itu, orang yang pertama dibenamkan ialah ulama bisu yang leka beramal, ada kuasa tak boleh menegur, tak buat apa-apa.
Saya percaya menentang fenomena penyakit sosial ini patut dijadikan fardhu ain bukan lagi fardhu kifayah. Keadaan yang dialami sekarang melebihi tahap pengikut Nabi Luth. Seks bebas, lesbian, homoseks, guy, filem lucah dan sebagainya begitu berleluasa dan tak terkawal lagi, mengharamkan buku ini tidak akan menyelesaikan masalah.
kzso - Ya ALLAH ya tuhan kami... mohon dilindungi kami dari fitnah dan kejahatan dari musuh-musuhMu dan musuh-musuh kami demi agamaMu, bangsa kami dan tanahair kami ini...
No comments:
Post a Comment