NUFFNANG

Sunday 7 September 2008

Dr Osman - Saman Anwar Ibrahim & Petra.

Dr Osman - Saman Anwar Ibrahim & Petra.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin mengutarakan 3 perkara yang saling bercanggahan di antara satu sama lain.

1. Laporan wawancara eksklusif MalaysiaKini dengan Dr Mohd Osman.

2. Laporan Kesihatan Saiful Azlan yang ditandatangani oleh Dr Mohd Osman.

3. Protokol yang wajib digunakan oleh DOKTOR PAKAR ketika melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa sodomi.


1. Laporan wawancara eksklusif MalaysiaKini dengan Dr Mohd Osman.

Di antaranya :-Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor."Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.............

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.

Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar. (MalaysiaKini)

Penjelasan :-

1. Sebagai seorang doktor, penulis bersetuju dengan pendirian Dr Osman bahawa 'PR examination' atau pun 'per-rectal examination' atau pun 'pemeriksaan dubur' adalah wajib di ketahui oleh setiap doktor.

2. Tetapi, MalaysiaKini GAGAL melaporkan bahawa PR examination boleh dilakukan oleh sebarang doktor HANYA jika kes tersebut adalah kes-kes yang biasa dan TIDAK melibatkan kes medico-legal (kes yang berkemungkinan berbentuk jenayah).

3. Di dalam kes Saiful, ianya jelas menunjukkan kes medico-legal dan secara automatiknya, doktor biasa tidak berkelayakan untuk memeriksa Saiful.

Maka kerana itu, Dr Osman telah merujuk kes Saiful Azlan ke Hospital Besar untuk pemeriksaan selanjutnya.


2. Laporan Kesihatan Saiful Azlan yang ditandatangani oleh Dr Mohd Osman.

Berikut pula adalah salinan laporan kesihatan Mohd Saiful Azlan yang ditulis dan di tandatangani oleh Dr Osman sendiri.

Penjelasan :-

1.Jika kita rujuk laporan kesihatan di atas, selepas melakukan pemeriksaan dubur Saiful menggunakan alat proktoskop, Dr Osman melaporkan:-
"...After that I informed the patient my observation. At that time he told me he was sodomised by VIP and wanted to report to the police. I advised him to go and see a doctor at any government hospitals because according to his complaints, it was a criminal."

2. Kenyataan Dr Osman jelas menunjukkan bahawa pemeriksaan beliau BUKAN untuk memeriksa kemungkinan Saiful Azlan telah diliwat.

3. Ini adalah kerana Saiful hanya memberitahu Dr Osman bahawa beliau diliwat HANYA SELEPAS Dr Osman selesai melakukan PR examination.

4. Hakikatnya, Saiful tidak memberitahu Dr Osman sebelum beliau melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

5. Dan setiap doktor biasa WAJIB merujuk setiap kes berbentuk jenayah ke mana-mana hospital untuk diperiksa oleh pakar-pakar yang berkelayakan untuk melakukan pemeriksaan forensik. Perkara inilah yang dilakukan oleh Dr Osman apabila Saiful menceritakan hal yang sebenarnya iaitu menasihat Saiful rujuk ke hospital kerajaan.

6. Dan jika merujuk kepada laporan Dr Osman, semasa mengambil sejarah penyakit (medical history), Dr Osman tidak terlintas untuk menanyakan samada Saiful pernah meliwat atau diliwat.

7. Kenyataan di atas jelas menafikan laporan MalaysiaKini dan portal tersebut telah menyalahertikan kenyataan Dr Osman.


3. Protokol yang wajib digunakan oleh DOKTOR PAKAR ketika melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa sodomi.

Berikut adalah protokol yang wajib digunakan oleh pakar forensik (bukannya doktor biasa seperti Dr Osman) semasa melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sodomi.

Prosedur ini sebenarnya rumit kerana ianya mesti diikuti satu persatu dan tekniknya mesti betul manakala pengambilan bukti-buktinya mesti mencukupi. Examination Technique Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness, abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal laxity. (calar di sekitar dubur, petechiae, bengkak, lelehan, pendarahan, sakit apabila disentuh, calar kecil, calar dalam, kemerahan, inflammasi dan kekejangan/kekenduran bahagian dubur yang dilihat (tidak dilaporkan oleh Dr Osman) )

1. Use good light source (Gunakan sumber cahaya yang baik)

2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope (Gunakan mignifikasi dengan otoskop, visor atau colposkop)

3. Separate anal folds to visualize injuries (Asingkan lipatan dubur untuk melihat kecederaan)

4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention ( pemeriksaan menggunakan jari tidak diperlukan kecuali jika terfikirkan terdapat bendasing)

5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain. (penggunaan alat anoskop digunakan hanya jika terdapat pendarah aktif atau pun sakit di dubur)

6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION. (Lubrikasi harus digunakan jika menggunakan alat anoskop. Untuk menggelakkan kontaminasi, lakukan anoskop HANYA SELEPAS MENGUMPUL SAPUAN FORENSIK) (Tidak dilakukan oleh Dr Osman)

7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION. (gunakan bahan kimia Toludine biru untuk mengenal calar-calar di permukaan kulit HANYA SELEPAS MENGUMPUL SAPUAN FORENSIK) (tidak dilakukan oleh Dr Osman)


Penjelasan :-

1. Dr Osman jelas tidak mengikuti protokol yang betul apabila melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

2. Di dalam laporan kesihatan Saiful, Dr Osman tidak melaporkan:-
a. visual anal laxity
b. tidak melakukan forensic swab collection sebelum menggunakan proktoskop(anoskop)
c. tidak menggunakan Toluidine biru (digunakan untuk melihat calar-calar yang tidak nampak oleh mata kasar).

Kesimpulan

1. MalaysiaKini telah menyalahertikan keterangan Dr Osman dan membuat penilaian yang salah.

2. Dr Osman telah melakukan PR examination tetapi BUKAN untuk memastikan Saiful diliwat atau pun tidak.

3. Jika benar seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini bahawa Dr Mohd Osman Abdul Hamid melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu, Dr Osman sebenarnya telah melakukan kesalahan besar kerana tidak mengikut protokol wajib dan juga boleh didakwa kerana telah merosakkan bukti.

Saman Anwar Ibrahim dan Petra

The STAR pula telah melaporkan kenyataan Dr Osman yang kecewa kerana nama baik beliau telah tercemar dek isu Saiful dan hospital Pusrawi.

Penulis bersimpati dengan Dr Osman dan penulis menyarankan agar beliau dan peguam beliau mengambil langkah berani dengan menyaman Anwar Ibrahim dan Raja Petra kerana telah memalsu, memperalatkan laporan kesihatan, menjatuhkan maruah dan kredibiliti beliau sebagai seorang doktor.

Penulis pasti peguam beliau tidak mempunyai kesulitan untuk menyaman Anwar Ibrahim dan Raja Petra jika peguam tersebut benar-benar ikhlas mewakili Dr Osman di atas nama kebenaran.

Pautan penting : Artikel 1 , artikel 2.


kzso - pusrawi's credibility is at stake. looks like they don't have competent doctor in their clinic/hospital. i for one insyaALLAH won't go to pusrawi for medical check-up especially when the doctor's name is the said respective's doctor (unless there is the really need to go there ) . you don't know how they'll honor your patient-doctor confidentiality, whether your medical records won't be flying here and there and also whether they have competent doctor with them who doesn't event know how to differentiate simple medical check-up or extensive medical check-up.

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

U NI BAIK PUNYA. MANA DAPAT SEMUA DOKUMEN? AKTA RAHSIA RASMI TAK APA KE? APA PUN TUNGGULAH MAHKAMAH.. NANTI SEMUA AKAN BUKA CERITA... BUKAN CERITA ANUAR SAJE.. SAIFUL PUN AKAN CERITA HABIS.... BUKAN SIKIT... MA... HABIS!