source : anwaribrahimdotcom.blogspot.com
Kenapa Anwar gugurkan barisan peguam senior mengendalikan kes liwat 2008 ? Kenapa pula tidak kekalkan Zulkifli Nordin, sedangkan sebelum ini, beliau setia menjadi peguambela Anwar ?. Dari kanan Raja Aziz Addruse, Christopher Fernando, Sankara Nair, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh. Christopher telah meninggal dunia. Kecuali Sankara, kesemua yang lain tidak lagi menjadi peguam Anwar
Semuanya bermula dari tarikh 26 Jun 2008. Tarikh penting bagi Saiful yang mendakwa dirinya diliwat oleh bekas majikannya. Dua hari selepas itu, 28 Jun, bekas pembancuh kopi Anwar, Saiful Bukhari buat laporan polis, jam 5.45 petang.
Apabila mengetahui bekas pembancuh kopinya buat laporan polis (bernombor 4350/08) di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur, pada malamnya, Anwar pula melarikan diri berlindung di Kedutaan Turki. Baca artikel sebelumnya klik di sini.
Itu yang dipersoalkan oleh blogger penarik beca. Anwar dakwa punya alibi pada tarikh kejadian (26 Jun), tetapi kenapa terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki ?
Alibi 26 Jun
26 Jun, tarikh penting bagi Saiful. Tetapi mungkin bukan tarikh penting kepada Anwar, kerana pada Anwar, tarikh pentingnya 16 September.
Menurut Saiful pada tarikh itu, dia mendakwa diliwat oleh bekas majikannya. Kata Saiful, pada tarikh itu, Anwar (bekas majikannya) meliwatnya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Anwar pula secara berkias, tidak menafikan pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan oleh Saiful itu.
Menurut peguam peribadi Anwar, Sankara Nair pula, pihaknya mempunyai alibi yang jitu pada tarikh berkenaan. Katanya sekurang-kurangnya Anwar telah berjumpa dengan "kira-kira lima orang alibi".
Kalau berpandukan kenyataan peguam peribadi Anwar ini, sudah tentu Anwar tidak perlu takut, kerana mempunyai alibi. Sebab itu logik benar blogger penarik beca bertanya, 'kalau sudah mempunyai alibi, kenapa masih terkincit-kincit lari ke Kedutaan Turki?
'Tetapi sepanjang tarikh 26 Jun hingga tarikh didakwa di mahkamah (7 Ogos), hujah Anwar bukan persoalan alibi, tetapi sebaliknya persoalan laporan Hospital Pusrawi.
Sepatutnya jika persoalan alibi yang lebih jitu, Anwar boleh menepis tanpa perlu bersusah payah menggunakan dokumen Hospital Pusrawi yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai bukti mahkamah. Malahan Dr Osman pula dipertikaikan kepakarannya serta dipercayai rakan sekonspirasi Anwar.
Bermakna jika Anwar berhujah berdasarkan laporan Hospital Pusrawi, hujah Anwar tidak lengkap, kerana terdapat satu lagi laporan berauoriti yang turut dicadangkan oleh Dr Osman iaitu Laporan Hospital Kuala Lumpur. Sehingga ke hari ini Anwar gagal memberi bukti menggunakan bukti sah hospital itu.
Secara tidak langsung, Anwar sendiri mengakui alibinya tidak kuat sebagaimana yang didakwa oleh peguam peribadinya. Memang diragui alibi Anwar, kerana terdapat percanggahan antara kenyataan peguam Anwar dengan kenyataan Nurul Izzah, anak Anwar sendiri. Peguam Anwar berkata, pada tarikh itu, Anwar berjumpa dengan sekurang-kurangnya 'lima orang', tetapi Nurul Izzah pula mengatakan Anwar berada dengan keluarganya pada ketika itu. Wan Azizah pula hanya tunduk, tidak mengiakan atau menafikan. Sila tonton video di bawah.
Anwar didakwa di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta, 7 Ogos
Bermula dari 28 Jun, hampir sebulan Anwar terpaksa berhempas pulas mempertahankan dirinya. Kalau bukan report polis itu, tiada siapa kenal pun siapa Saiful Bukhari Azlan. Tiada siapa tahu pun tentang wujudnya 'pusat operasi rahsia Anwar' di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Malah tiada siapa tahu pun wujud jawatan khas 'pembancuh kopi Anwar'.
Hampir sebulan Anwar terpaksa membuka satu persatu rahsia dalaman berkenaan fungsi Saiful sebagai 'pembancuh kopi' yang pada awalnya cuba disasarkan sebagai 'budak Najib', berasaskan sekeping foto, Saiful bergambar dengan pegawai khas Najib di pejabat TPM. Masyarakat jadi bingung, siapa sebenarnya 'pembancuh kopi Anwar' itu kerana Anwar menyembunyikan identiti budak itu sebagai bekas pekerjanya yang telah berkhidmat dengan Anwar sejak Mac 2008 lagi.
Siapa sebenarnya 'budak pembancuh kopi' itu ? Perlukan Anwar mempunyai seorang 'pembancuh kopi khas' yang bukan setakat kerjanya membancuh kopi untuk Anwar di rumah peribadinya Bukit Segambut dalam, atau pejabatnya di Seksyen 16 atupun di 'kondominium rahsia', di Bukit Damansara.
Untuk gambaran lebih lanjut, baca artikel sebelumnya; Misteri hubungan Anwar & Saiful ? dan 'Anwar tumbang kerana seorang lelaki ?'
Turut dipersoalkan, kalau benarnya Saiful hanya sekadar 'pembancuh kopi Anwar', kenapa dia dibawa Anwar melawat ke luar negara, termasuk Hong Kong, Thailand, Singapura dan lain-lain ? Istimewa sangatkah Saiful, hingga mengenepikan ahli-ahli AIC lain yang selama ini taat setia kepada Anwar seperti Najwan Hilimi, pelajar UNITEN yang juga tempat Saiful pernah belajar ?
Itulah yang diperkatakan oleh penulis buku politik terkenal, Pak Habib, Anwar hanya menjadi Ketua Umum, sudah memerlu 'pembancuh kopi' khas, kalau sudah jadi PM, apa lagi jawatan yang tidak masuk akal akan diwujudkan untuk kepentingan diri sendiri ?
Walaupun Anwar cuba memperlekehkan Saiful sebagai budak pembancuh kopinya, tetapi Saiful sendiri mengakui tugasnya bukan sekadar pembancuh kopi tetapi sebagai pembantu Ibrahim Yaacob (Ketua Staff menguruskan jadual DSAI ), mengatur pertemuan sulit untuk ahli parlimen BN yang mahu lompat parti , menyertai mesyuarat di Kondo Desa Damansara dan sebagainya. Pengakuan Saiful klik di sini.
Kalau bukan kerana road show Anwar pertahankan dirinya serta sokongan-sokongan tokoh-tokoh dari Amerika, masyarakat Malaysia tidak tahu pun Anwar merupakan 'pekerja Amerika'. Tetapi apabila, Tom Casey, Jurucakap Jabatan Negara Amerika mengesa agar kes liwat Anwar digugurkan, maka rakyat Malaysia tertanya-tanya apa kaitan Anwar dengan Amerika, sedangkan ketika Dato Harun Idris dan Dato Mohktar Hashim dikenakan pendakwaan mahkamah, Amerika tidak pernah menunjukkan sekelumit simpati pun. Bila ditanya, Amerika tidak mahu campurtangan kerana itu masalah dalaman Malaysia.
Tetapi apabila satu persatu badan yang berpengkalan di Amerika, The International Crisis Group (ICG), AccountAbility’s, Senator Joe Biden, National Democratic Institute (NDI), International Republican Institute (IRI) seperti mula menunjukkan sokongan kepada Anwar, rakyat Malaysia mula tertanya-tanya kenapa semuanya dari Amerika, kenapa tiada sokongan dari negara musuh Amerika seperti Iran, Syria, China, Cuba dan lain-lain ?
Baca artikel sebelumnya; 'Pertemuan Anwar dengan 38 Diplomat', 'Kes Liwat : Perlukan Anwar minta sokongan badan antarabangsa ?' dan 'Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?'
Malah lebih mengukuhkan lagi hubungan Anwar dan Amerika, Condoleeza Rice, Setiuasaha Negara Amerika pun turut turut membela Anwar.
Baca artikel sebelumnya; 'Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"
Namun begitu sokongan demi sokongan Amerika itu lebih membuka pekung siapakah Anwar di kaca mata Amerika, tetapi Anwar tetap didakwa di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008.
Sembilan orang pasukan peguambela Anwar
7 Ogos 2008, merupakan peristiwa penting bagi Anwar dan Saiful, kerana tarikh itu juga, kedua-duanya didakwa di Mahkamah Sekyen, Jalan Duta.
Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di mahkamah itu dan hakim memutuskan untuk meneruskan perbicaraan pada 10 September 2008. Hakim bersetuju meneruskan pendakwaan apabila Anwar diwajibkan membayar bon peribadi sebanyak RM20,000 sebagai jaminan untuk memberi komitmen terhadap kes itu.
Perbicaraan kes Anwar disambung semula pada 10 September, ketika itu pasukan peguam bela Anwar, diketuai Sulaiman Abdullah meminta masa untuk menyediakan hujah-hujah kenapa kes Anwar tidak perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Hakim bersetuju dan menetapkan 24 September ini untuk pasukan penguambela Anwar menyediakan hujah-hujahnya.
Siapa pasukan penguambela Anwar
Peguam Anwar dari Bar Council, dari kiri Sulaiman Abdullah, bekas Presiden Bar Council (2000/1), Sankara Nair, peguam peribadi Anwar,Edmund Bon dan Amer Hamzah.
Pasukan peguambela Anwar terdiri daripada Sulaiman Andullah, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheffa Koya, Mohd Razlan Jalaluddin dan Leela J Jesuthasan.
Peguambela Anwar, dari kiri Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli. Ketiga-tiganya pemegang jawatan dalam PKR. Maknanya peguam politik yang biasa berbohong untuk menarik undi. Tidakkan ini membayangkan Anwar merupakan pengamal kroni dan nepotisme yang kental, kerana dalam pemilihan peguambela pun diambil dari kalangan aktivis PKR, sedangkan masih terlalu ramai lagi peguam senior lain yang bersih dari elemen politik ?
Daripada sembilan orang yang disenaraikan di atas, tiga daripadanya adalah pemegang jawatan dan aktivis PKR, iaitu Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, Latheefa Koya, bekas Timbalan Ketua AMK PKR dan Saiful Izham Ramli, bekas exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), PKR.
Hanya dua penguam bela lama Anwar dikekalkan iaitu Sulaiman Andullah dan Sankara Nair, sedangkan tujuh yang lain merupakan peguam junior.
Peguam-peguam senior yang berpengalaman mengendalikan kes liwat Anwar 1998. Dari kiri Raja Aziz Addruse, Gurbachan Singh, Pawancheek Merican, Zainur Zakaria dan Zulkifli Nordin. Atas dasar apa mereka digugurkan oleh Anwar ? Adakah Anwar tidak berpuas hati dengan khidmat mereka, hingga Anwar tewas dalam perbicaraan kes liwat tersebut? Kenapa pula masih mengekalkan khidmat Sulaiman Abdullah dan Sankara Nair yang juga peguam lama yang menyebabkan Anwar tewas kes liwat itu. rujuk di sini
Kenapa Anwar tidak mengambil semula peguam-peguam lama yang pernah mengendalikan kes liwat tahun 2000 ? Kenapa Anwar gugurkan nama peguam Raja Aziz Addruse, Zainur Zakaria dan Gurbachan Singh sedangkan mereka merupakan peguam senior yang berpengalaman ?
Kenapa pula Anwar tidak libatkan Karpal Singh anak beranak, sedangkan peguam itu disebut-sebut sebagai peguambela yang handal ?. Benarkan Karpal tidak boleh menjadi penguambela Anwar sampai bila-bila kerana beliau bersikap prejudis kerana pernah menuduh Anwar mempunyai kes meliwat pada tahun 1998 ?
Bukankah penguambela Anwar sendiri mengakui kes liwat 2008 lebih mencabar. Kenapa mencabar, sedangkan sebelum ini Anwar bermati-matian mengatakan tiada kes ?
Manakala tiga daripada senarai penguambela Anwar yang junior terdiri daripada aktivis Bar Council. Mereka adalah Amer Hamzah, Edmund Bon dan Latheffa Koya.
Bukankah penglibatan ramai peguam Bar Council ini menunjukkan hubungan Anwar dengan badan peguam itu sangat akrab ?
Foto atas Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR dan Latheffa Koya, bekas Setiausaha AMK PKR. Foto bawah Sivara, Latheffa dan Amir Hamzah merupakan aktivis Bar Council merupakan tulang belakang penganjur Forum Memeluk Islam yang turut disokong oleh Anwar. Kalau berasaskan Zulkifli Nordin merupakan Ahli Yang Berhormat, sebab itu tidak dipilih sebagai peguambela Anwar, bagaimana pula dengan Sivarasa Rasiah ? Tetapi yang pastinya Zulkifli Nordin menentang Forum Memeluk Islam anjuran Bar Council, hingga menimbulkan rasa senang Anwar dan PKR..adakah kerana faktor ini Zulkifli digugurkan ?
Kenapa pula nama Zulkifli Nordin digugurkan daripada senarai peguambela Anwar, sedangkan sebelum ini beliau merupakan salah seorang penguambela Anwar paling setia?
Bukankah pengguguran nama Zulkifli Nordin ekoran daripada sikap peguam itu membantah Forum Memeluk Islam, anjuran Bar Council, sedangkan Anwar pula bermati-matian mempertahankan supaya forum itu diadakan.
Begitu juga dengan Zainur Zakaria, Peguam Pembela Islam (PPI) menentang keras Forum Memeluk Islam dan IFC di Malaysia. Adakah faktor ini Zainur tidak dikekalkan ?
Bukankah Bar Council dan aktivisnya termasuk Sulaiman Abdullah merupakan pengerak awal IFC di Malaysia di mana tangan-tangan Anwar tersembunyi di belakang Suruhanjaya Antara Agama-agama itu ?
Bukankah semasa Sulaiman Abdullah menjadi Presiden Bar Council, beliau menganjurkan Forum‘Kebebasan Beragama’ dan menerbitkan jurnal khas bernama INSAF serta mengadakan satu perayaan ‘Festival of Rights’ diadakan dengan tema ‘Kebebasan Beragama’. Bukankah ini usaha menggerakkan IFC di Malaysia ?
Nah, episod ini kian menarik dan membuka satu lagi lembaran mengenali siapakah Anwar. Kita tunggu dan lihat!
Artikel berkaitan :
1. Kes 1998 : Pensyarah undang-undang percaya Anwar peliwat!
2. Kisah 'coffee boy’ bernama Saiful dari kaca mata Pak Habib
3. The Truth al-Liwat Anwar - Pak Habib
kzso - kita tunggu 16hb September 2008, 24hb September 2008 dan 26hb September 2008 ini.