NUFFNANG

Tuesday 19 January 2016

Tun Dr Mahathir - TUN RAZAK

Tun Dr Mahathir - TUN RAZAK


1. Adalah sukar untuk membayangkan bahawa 40 tahun telah pun berlalu sejak peninggalan Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia yang merdeka, yang dihormati dan dikasihi.

2. Tatkala menonton dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman beliau, saya tidak tahan berasa sedih. Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

3. Dia pisahkan diri dari tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan Cina. Angin perubahan bertiup kuat.

4. Adalah amat menyedihkan dia diambil pergi dari kita begitu awal.

5. Saya sudah tentunya berasa amat sedih kerana saya terhutang segala-galanya kepada beliau. Saya dipecat daripada UMNO dan orang-orang yang dipecat sebelum saya tidak pernah kembali. Kerjaya politik mereka rosak.

6. Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali ke pangkuan tetapi kemudiannya melantik saya sebagai seorang menteri penuh. Saya telah digambarkan sebagai anak emas Tun, yang menimbulkan kemarahan ramai orang kuat UMNO.

7. Sebagai seorang doktor saya perhatikan pada awal lagi bahawa kesihatan beliau semakin merosot. Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum berlepas ke UK, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa dia sedang menghidapi leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktor beliau, Dr. Macpherson. Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh “remission” (keredaan sementara penyakit atau kesakitan) akan menjadi pendek dan lebih pendek. Dia tidak akan dapat terus hidup lama. Tetapi saya tetap terkejut apabila mendengar beliau meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Beliau berkeupayaan melakukan perbezaan yang besar kepada masa depan negara ini yang beliau berjuang begitu keras untuknya.

8. Bagi saya kerugiannya adalah peribadi. Tun Hussein yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir bagi kerjaya saya.

9. Tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik untuk saya kepada Tun Hussien.

6 thoughts on “TUN RAZAK

  1.  sibotakJan 18,2016 6:19 PM
    Setiap kali Najib sidang bercakap keluar Media
    Pasti kesemua comment trehadap Najib semunya Negative
    Apa Najib tak Sedar ke beliau tidak di hormati
    Kasihan kadang kala saya lihat comment comment yg mengutuk beliau
    Bukan saja si Chedet . di Yahoo , MSN dan yg lain
    Terlihat Najib sudah dipandang Hina
    Saya juga amat kecewa akan nasib Malaysia juga nasib Najib
    Tapi Najib mesti sedar jawatan yg di penggang beliau bukan untuk berlakon
    untuk bersoronok , bukan untuk memegah , bukan untuk di sanjung di pandang tinggi
    Depan mereka Hormat belakang macam macam cacian saya dengar
    Alfateeha …Tun Abdul Razak
  2.  ayenJan 18,2016 5:07 PM
    Assalamualaikum Tun ,
    Saya anak muda yang lahir selepas pemergiaan Tun Razak merasai sumbangan dan peninggalan arwah baik dari segi ekonomi mahupun sosial . Walau masih terdapat segelintir masyarakat yang masih berfahaman perkauman , secara keseluruhan kejayaan Tun Razak menyatupadukan rakyat Malaysia tak dapat dinafikan .
    Semoga Allah merahmati rohnya . Di kesempatan ini juga , saya juga mendoakan kesejahteraan Tun serta isteri . Saya amat faham perasaan Tun ketika ini melihat segala usaha dan kepayahan Tun bersama pemimpin terdahulu seperti arwah Tun Razak semakin dirobek dan dilemahkan dari hari ke hari .
    Semoga Allah SWT Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Penyayang merahmati Negara Malaysia dan dijauhkan kita semua dari sebarang kesusahan dunia mahupun akhirat ,
  3.  waraJan 18,2016 4:16 PM
    but his son is a useless bloody fool
  4.  HajarJan 18,2016 4:09 PM
    Salam YAB dan Yang DiKasihi Tun,
    1. Tun Razak was a leader with very high level of integrity.
    2. He saw all the good qualities that Tun M has and that’s why he was determined to bring Tun M back into UMNO, and I believe that he had every intention of assisting Tun to be PM of Malaysia. His wish/doa was fulfilled by ALLAH S.W.T.
    3. Tun M was fated to become a PM who diligently followed Tun Razak’s development plan for Malaysia. Tun M also introduced PPSMI.
    4. But unfortunately, Tun Razak has a son who is almost the opposite of him. Tun Razak was very frugal, but his PM son a spendthrift. Tun Razak was a person of integrity, but DSN is a liar and also power-crazy. Tun Razak was a ‘builder’, but his son is a ‘destroyer’. Muka saja seiras.
    5. I wonder what went wrong… but I believe Tun Razak made a mistake of sending DSN to get his SECONDARY school education and degree in UK. I read somewhere that all of Tun Razak sons’ education (overseas) was funded by his father-in-law (Tun Rahah’s father).
    6. Well, “sikap AMANAH dan INTEGRITI tidak boleh diwarisi, tetapi PENYAKIT (genetik) boleh diwarisi oleh anak-cucu-cicit…”
    Terima kasih Tun.
    *** Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi Tun sekeluarga
  5.  isaysoJan 18,2016 2:57 PM
    Tun, For Fariq Islam.
    Very well said!
  6.  Fariq IslamJan 18,2016 2:25 PM
    Assalamualaikum, Tun.
    Allahyarham Tun Abdul Razak merupakan seorang pemimpin yang diberkati dan dihadiah kepada ibu pertiwi.
    Dalam era Allahyarham, Rakyat pelbagai kaum hidup aman damai, hormat-menghormati, bagaikan abang-adik. Allahyarham menghayati budaya setiap kaum untuk mewarnai kehidupan seluruh Rakyat Malaysia. Orang-orang Melayu bersembang-sembang di kopitiam orang Cina, dan begitu juga dengan orang-orang Cina yang mengunjungi kedai-kedai makan Melayu. Kita semua saling kunjung-mengunjungi dan hormat-menghormati.
    Salah satu sumbangan Allahyarham yang begitu ketara ialah memberi peluang menuntut dalam pelbagai aliran, yang telah menjadi satu faktor utama Negara kita berkembang dengan begitu pesat!
    Kami berdoa agar lahirnya seorang pemimpin mulia seperti Allahyarham Tun Abdul Razak yang dirahmati Allah SWT.

    Source : chedet

No comments: