NUFFNANG

Wednesday 27 January 2016

Apandi & Najib Tidak Boleh Terus Perbodohkan Rakyat, Hukum (ALLAH) Tetap Berjalan....

Apandi & Najib Tidak Boleh Terus Perbodohkan Rakyat, Hukum Tetap Berjalan....




Mahathir: Bagaimana wang 'beku' boleh dipulangkan? 

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa
Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan
diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.

“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.

“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?”
soalnya dalam tulisan di blognya hari ini.

Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura yang merupakan
sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada
AS$681 yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Pada 22 Julai tahun lalu, Reuters melaporkan bahawa pihak polis Singapura telah
membekukan dua akaun bank susulan siasatan terhadap dakwaan salah urus
kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.

Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam
negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa
perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

"Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun
sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.

"Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah
daripada Arab Saudi.

"Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab.
Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan,"
katanya lagi.

Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang
sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima
arahan daripada Apandi.

"Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah
berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.

"Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling
korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas," kata Mahathir lagi. -mk
Najib terlepas pendakwaan tapi tidak selamat secara politik, kata penganalisis

Undang-undang mungkin berpihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak berhubung derma RM2.6 bilion tetapi beliau tidak menang dalam
mahkamah awam, kata penganalisis politik, susulan skandal itu tercemar
dengan tanda wujudnya campur tangan politik.

Penganalisis berpendapat, pengumuman peguam negara berhubung
pembebasan Najib daripada salah laku jenayah ketika menerima wang
ke dalam akaun bank peribadinya dan lebih RM4 bilion pinjaman kepada
syarikat milik Kementerian Kesihatan, SRC International Sdn Bhd tidak
akan membantu perdana menteri mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

Lebih pula, penjelasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam,
Najib memulangkan wang yang diberikan kepadanya sebelum Pilihan Raya
Umum ke 13 (PRU) pada Mei 2013, tidak termasuk AS$61 juta yang tidak dikira,
kata penganalisis Dr Lim Teck Ghee.

Kemerosotan kepercayaan juga akan berterusan hingga PRU14 akan datang
yang dijangka pada 2018 tetapi apabila tiba masanya nanti, ia juga mungkin
tidak menjadi isu lagi kerana pengundi Malaysia cepat lupa, katanya.
Tidak percaya dan campur tangan

Salah satu masalah besar membabitkan 2 skandal itu, terutama derma
RM2.6 bilion, ialah bagaimana ia “tidak boleh dipercayai” sejak awal,
kata pakar politik Prof James Chin dari Tasmania University Australia.

Rasa tidak percaya bermula daripada cara pentadbiran Najib memberi
respons terhadap tuduhan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun bank
peribadi Najib.

“Majoriti rakyat tidak percaya bagaimana seseorang boleh beri dia RM2.6 bilion.
(Jika ia benar-benar RM2.6 bilion) kita masih ragu-ragu, siapa yang
sempurna akalnya akan derma RM2.6 bilion?” kata Chin kepada The
Malaysian Insider.
Penjelasan mengenai perkara itu, secara berdolak-dalik memandangkan
Najib enggan memberikan penjelasan secara terbuka di Parlimen, juga
menambah lagi rasa tidak percaya rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pada
3 Ogos, wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah.
Tetapi pengakuan itu hanya dibuat selepas hampir sebulan The Wall Street
Journal (WSJ) mula-mula melaporkannya pada 2 Julai tahun lalu mengenai
aliran wang ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Laporan WSJ berdasarkan kepada dokumen dibocorkan penyisasat Malaysia
yang menyiasat syarikat pelaburan diilhamkan Najib, 1Malaysia Development
Bhd (1MDB).


Dan hanya semalam – 6 bulan selepas itu – Apandi mengenal pasti
pendermanya sebagai “keluarga Diraja Arab Saudi” dan berkata Najib
memulangkan semula AS$620 juta daripada AS$681 juta yang diberikan,
pada Ogos 2013.

Ini membangkitkan persoalan di mana AS$61 juta itu hilang.

“Sukar untuk menerimanya atau penjelasan lain. Keseluruhan cerita tidak
masuk akal; perinciannya juga tidak cukup,” kata Lim.
Jika rakyat percaya pun penjelasan Apandi, masih timbul persoalan sama
ada rakyat Malaysia akan suka atau tidak dengan pembabitan kuasa asing
dalam politik negara, kata Lim.

Masalah utama lain ialah kredibiliti siasatan itu sendiri.

Pasukan petugas khas peringkat tinggi yang menyiasat skandal itu
dibubarkan, bekas peguam negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) yang dipandang tinggi disekat ketika siasatan mereka sedang
rancak dijalankan.
Lebih teruk lagi, pegawai SPRM dipindahkan dan disiasat polis atas
alasan membocorkan maklumat.
Perpindahan itu kemudiannya ditarik balik selepas menerima tekanan
masyarakat umum.
“Kami ada banyak soalan tidak berjawab selain cubaan mematahkan
siasatan, bukannya pendedahan penuh dari awal.
“Masyarakat akan melihat keputusan peguam negara sebagai satu lagi
usaha menutup kesalahan,” kata Lim.
Adakah pengundi akan ingat?
Malam tadi, beberapa jam selepas pengumuman Apandi, Najib
menggelarkan keseluruhan kisah itu sebagai “gangguan yang tidak perlu”
dan menggesa rakyat Malaysia meneruskan kehidupan.
Ini membawa kepada soalan paling penting – sama ada penurunan
kepercayaan itu akan akhirnya menenggelamkan beliau dan Barisan Nasional
(BN) pada 2018.
Chin berkata, beliau tidak percaya pengurangan kepercayaan akan
mendatangkan akibat secara politik atau ia akan menjejaskan sokongan
kepada gabungan pemerintah pada PRU akan datang.
“Jika Najib boleh ketepikan semua tuduhan undang-undang dan menutup
1MDB, semua skandal ini tidak akan jadi isu lagi menjelang 2018,” kata Chin.
Lim bersetuju masyarakat awam cepat lupa tetapi berhujah sokongan
di kalangan pengundi bandar akan tetap hilang.
Wan Saiful Wan Jan dari Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi
(Ideas) berpendapat masyarakat mudah lupa masih boleh dipertikaikan
kerana isu itu bukan mudah dibuang.
Ini kerana jika Najib mengakui memperoleh sumbangan RM2.6 bilion
pada 2013, persoalan pada 2018 ialah berapa banyak pula beliau
terima pada PRU14, kata Wan Saiful.
“Keputusan peguam negara ini bukan situasi yang memenangkan
Najib. Kes itu mungkin sudah ditutup, tetapi bagi masyarakat, ia belum lagi. -TMI

ULASAN GB

Peguam Negara nampaknya "menyalahgunakan kuasany" untuk melepaskan
dan mebersihkan Najib. Tiba-tiba beliau dilantik sebagai ahli lembaga pengarah
Tabung Haji. Semua melihat ia sebagai imbuhan kepadanya kerana membantu
Najib.

Apandi, Najkib atau siapa saja - anda boleh melakjukan sesuka hati anda. Tapi jangan
lupa, ada hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan.

Najib dan Apandi boleh bersubahat untuk menipu rakyat tetapi Allah itu Maha Tahu
dan Maha Melihat. Tak ingatkah apa yang menimpa menteri yang bernama Jamaluddin
Jarjis? >Kita sekadar ingin mengingat dan menyedarkan Najib agar jangan keterlaluan
melalui peristiwa betapa Allah juga Maha Tinggi dan Maha Berkuasa, dan kita juga 
ingin mendengar kot-kot ada penafian dari Najib mengenainya atau jika ada 
pengakuan Najib bahawa beliau tidak takut dengan peringatanNya itu.

Najib Terkena Cacar Balik Dari Hanoi

PM dinasihatkan berehat selepas tanda awal cacar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan kepada Bernama menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda
awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan.
Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang
baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan
Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri
semua majlis awam dan rasmi.
"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," katanya. -
BERNAMA 1/11/2010


Najib Dan Rosmah Kemalangan Di Senawang

Kereta yang dinaiki oleh Dato Seri najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah
Mansor terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Senawang, Ayer Keroh.
Kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi lebuhraya tersebut.
Jangan salah faham ya..

Ini kisah yang berlaku pada tahun 1988 semasa Dato Seri Najib menjawat
Jawatan Menteri Belia Dan Sukan. Sekadar mengimbau sejarah yang
ramai tidak mengetahuinya.





Ini bukan fitnah! Kita sekadar mengingatkan kepada mereka yang lupa. 
Jangan sampai nanti kamu-kamu menuduh rakyat tidak pernah menegurmu
dan menuduh Allah tidak pernah menurunkan peringatanNya.


Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum
 datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi 
kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang 
alasan untuk menafikan (kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka 
berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai 
pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan 
(apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Adakah mrk fikir rakyat malaysia terlalu bodoh utk menerima penjelasan sebegitu rupa..
mmg ada bbrp totok umno yg bodoh spt wan rosli tp xramai.bbrp kerat shj tp pengumuman 
apandi ali seolah-olah rakyat malaysia ni semua sama pemikiran mcm wan rosli...Wan Rosli pun 
dah lama senyap mungkin dh mula sedar kot..bagusla kalo sedar walaupun lambat....Sama2 lah
 kita menanggung bala bencana akan dtg akibat undian kita sendiri....

No comments: