NUFFNANG

Thursday 21 January 2016

BULI GURU RASIS : 3 GURU MELAYU SRJKC PAI CHEE DIPINDAHKAN ..

BULI GURU  RASIS : 3 GURU MELAYU SRJKC PAI CHEE DIPINDAHKAN ..

Kita tentu terkejut dengan isu yang berlaku di SRJKC Pai Chee, Mersing, Johor.

Kenyataan DS Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia:
Susulan isu SJKC Pai Chee, penyelesaian positif. 
1. Satu pasukan khas ditubuhkan utk menyiasat kes ini.
2. GB ditempatkan sementara di PPD sehingga siasatan selesai. 3 org guru Melayu yg terlibat akan digerakkan keluar dr sekolah terbabit.
3. Laporan penuh dijangka siap dalam tempoh 3 hari bermula dr tarikh siasatan awal.
Kita berharap agar isu ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana pendedahan guru Melayu ini sangat berat. Yang lebih merisaukan kita ialah ianya berlaku dalam profesyen perguruan.

Lim Guan Eng DAP pernah didapati bersalah kerana mulut celupar dan menghina Dato' Jaharah Hamid dengan gelaran 'Nenek Rasis'. Dek mulut celupar itu, Guan Eng DAP didenda sebanyak RM500,000.


Satu persoalan yang panas dalam media sosial sekarang ialah apakah benar guru besar SRJKC ini penyokong DAP, parti yang berdepan dengan isu besar iaitu anti-Islam dan anti-Melayu? BACA SINI

Di bawah pula adalah aduan polis yang ditulis oleh Cikgu Salina:

Pada 13/1/2016 jam lebih kurang pukul 12.20 tengah hari bapa ** ** ** (Murid yang memaki saya pada 5 HB Januari 2016) bernama Ng See How telah datang menyerang saya sambil membaling buku-buku dan alatan mengajar saya di bilik guru. Ng See How memarahi saya sehinggalah Cikgu Choong Wai Kit menariknya dan cikgu Ong Sok Hui menenangkannya.

Hal ini disaksikan oleh empat orang guru iaitu Cikgu Tan Bee Yong, Cikgu Teoh Siew Hong, Cikgu Teo Huay Lee dan Cikgu Phua Aai Lin. Sebelum ini iaitu pada 5hb Januari 2016. Murid tersebut (Ng Lee Zee) telah memaki saya (Dalam bahasa Cina tanpa sebab) semasa sesi P&P dijalankan. 
Saya telah melaporkan kejadian ini kepada guru kelas tetapi sehingga pukul 1.00 Tengahari (Pada hari tersebut) tidak ada sesiapapun (Guru Besar, Guru Kelas atau GPK) yang datang berbincang dengan saya mengenai hal ini. Saya membuat laporan ini kerana bimbang akan keselamatan saya memandangkan saya diserang di dalam bulik guru di sekolah. 
Saya tidak berpuas hati kerana pihak sekolah tidak melindnugi saya sebagai salah seorang guru di sekolah tersebut.

Pada 19hb November 2015, Guru Besar SJKC Pai Chee iaitu Cikgu Ang Swee Hoon pernah menghalau saya dan dua orang guru lagi iaitu Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida dengan mengatakan bahawa masyarakat Cina Pai Chee tidak mahu guru-guru Melayu (Kami) mengajar di SJKC Pai Cgee. 
Guru Besar juga telah menemui PPD dan meminta supaya kami dikeluarkan dari SJKC PAi Chee atas sebab-sebab guru-guru Melayu tidak pandai mengajar dan tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah. 
Saya membuat laporan ini kerana merasakan diri saya dan dua orang Guru Melayu (Cikgu Syuhadah dan Cikgu Zuraida) tidak selamat lagi berada di sekolah SJKC Pai Chee.
Dan jika kita baca laporan polis cikgu tersebut, isunya berbau perkauman yang melampau dan perlu penyelesaian yang tegas termasuk memecat pihak yang bersikap rasis melampau ini.

Kita tidak mahu konflik perkauman yang melampau di negara ini. Cukuplah dengan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 oleh parti DAP.

No comments: