NUFFNANG

Saturday 2 January 2016

[#najibiscrackingup tahniah kepada semua naib-naib presiden, majlis tertinggi, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan semus ahli umno atas kebijaksanaan presiden kamu!] ... Hutang RM46 Billion, Jual Bandar Malaysia RM7.41 Billion.. Najib Kata Isu 1MDB Dah Settle?

[#najibiscrackingup tahniah kepada semua naib-naib presiden, majlis tertinggi, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan semus ahli umno atas kebijaksanaan presiden kamu!] ... Hutang RM46 Billion, Jual Bandar Malaysia RM7.41 Billion.. Najib Kata Isu 1MDB Dah Settle?


Sepanjang hidup aku inilah pertama kali aku dengar Penasihat bagi sebuah Syarikat bangga bila Syarikatnya terpaksa menjual aset bagi mengurangkan hutangnya..

Semalam 1MDB mengumumkan ia telah menjual 60 peratus pegangan dalam Bandar Malaysia bernilai RM7.41 bilion kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd.

Dan Najib dilaporkan bangga dengan penjualan untuk mengurangkan hutang itu..

Yang aku tahu, Syarikat hanya akan berbangga jika hutangnya boleh dikurangkan atau dilunaskan melalui keuntungan yang diperolehinya bukannya dengan menjual apa yang ada..

Tapi entah mana Najib belajar pasal pengurusan perniagaan ni.. Najib bangga bila 1MDB yang diilhamkan olehnya terpaksa menjual pegangannya untuk mengurangkan hutang..

Baca ni..

Najib dengan bangganya menghuraikan bagaimana 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian yang akan menyaksikan hutang syarikat itu berkurangan kepada kira-kira RM40.4 bilion.

Katanya, ini mewakili sebahagian besar daripada hutang RM46 bilion yang ditanggung oleh 1MDB.

Antaranya, adalah penjualan 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

Perjanjian itu diumumkan hari ini dan Najib berkata ia akan membebaskan 1MDB dengan jumlah hutang sebanyak RM7.1 bilion ~ Malaysiakini

Hutang RM46 Billion, tapi jual pegangan dengan harga RM7.1 Billion.. Najib boleh kata ini mewakili sebahagian besar daripada hutang?

Macam mana dia kira tu?.. nampak macam nak perbodohkan rakyat saja ni..

Tapi kalau kita baca apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian ni disebut 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia bersamaan RM7.41 bilion.. bukannya RM7.41 Billion seperti yang Najib sebut tu..

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akui mencapai sasaran pelan rasionalisasinya dalam rangka mengurangkan hutang syarikat milik kerajaan itu dalam tempoh enam bulan yang dijanjikan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, ianya tercapai setelah langkah terakhir diambil hari ini dengan penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada konsortium.

"Bagi pelan rasionalisasi ini, kami telah capai apa yang kami sasarkan.

"Dan hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2015 seperti yang dijanjikan, kami telah mencapai 'final piece of puzzle' dengan menjual Bandar Malaysia dengan secara keseluruhannya jumlah pengurangan hutang sehingga RM12.35 bilion ," katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Saham di sini, hari ini.

1MDB menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia bersamaan RM7.41 bilion kepada Konsortium iaitu usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dan sebuah syarikat mega dari China.

Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Sebelum ini, 1MDB telah menjual semua asetnya terhadap Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) untuk RM9.83 bilion.

CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015.

Selain penjualan ekuiti dalam syarikat tenaga Edra, pelan rasionalisasi 1MDB termasuk pelaksanaan pertukaran hutang dengan ekuiti, dengan syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak kira-kira RM16 bilion ~SinarHarian

Aset tenaga negara Edra Global Energy Bhd dijual kepada China General Nuclear Power Corp.. firma dari luar negara..

Bandar Malaysia dijual kepada Konsortium iaitu usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri Johor dan sebuah syarikat mega juga dari China.

Tahun depan dalam Perhimpunan UMNO pakat ramai-ramai menyanyi lagu ni..

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Lepas tu pakat menangis riuh rendah.. sedih sangat konon...

 

No comments: