NUFFNANG

Friday 16 September 2016

[panasss, gempaq dan bikin kem najib berpeluh dingin...!]...Dr Mahathir Serah Petisyen Rakyat Kepada Yang di-Pertuan Agong

[panasss, gempaq dan bikin kem najib berpeluh dingin...!]... Dr Mahathir Serah Petisyen Rakyat Kepada Yang di-Pertuan Agong


A Kadir Jasin


 
MUTAKHIR, 19 September

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Amerika Syarikat hari ini waktu Malaysia.

Allahyarham dilaporkan telah membuat amanat supaya dikebumikan di AS sekiranya dia ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Amanat terakhir arwah itu disampaikan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

POSTING ASAL
 


DULI Yang Maha Mulia Sari Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong petang semalam menerima menghadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Istana Anak Bukit, Alor Star.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]


Majlis itu diadakan bagi membolehkan Dr Mahathir mempersembahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Ke Bawah Duli. Pertemuan itu berlangsung lebih sejam.

Deklarasi Rakyat yang dilancarkan 4 Mac lalu telah menerima lebih 1.4 juta tanda tangan.

Ia antara lain mendesak pengunduran Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Tun Abdul Razak dan mereformasikan sistem politik serta institusi negara.

Gerakan Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia juga sedang mencuba menghadapkan petisyen yang sama kepada semua Raja-Raja.

Wallahuaklam.

No comments: