NUFFNANG

Friday, 2 September 2016

[pak mokhtar sudah merasa semua era pm...tunku, tun razak, tun hussein, tun mahathir, pak lah, najib...TAPI era yang tidak boleh dilupakan ialah...] ... Pak Mokhtar mengenang zaman yang lepas

[pak mokhtar sudah merasa semua era pm...tunku, tun razak, tun hussein, tun mahathir, pak lah, najib...TAPI era yang tidak boleh dilupakan ialah...] ... Pak Mokhtar mengenang zaman yang lepas


Pak Mokhtar sudah tua.

Umur sudah 89 tahun. Anak banyak. Cucu lagi banyak. Cicit pun ada.

Sesekali mereka balik menjenguknya, riang dan gembira orang tua ni.

Sepanjang masa dia hanya duduk di kampong bersendirian dengan cucu yang menjaganya. Isteri dah lama meninggal.

Selalunya dia duduk atas pangkin tepi sawah melihat pandangan yang hijau dan indah sambil pemikirannya jauh mengembara.

Masa mudanya kerja polis hutan.

Berdepan komunis. Hari ini, sudah tidak ada lagi polis hutan.

Sepanjang bertugas, dia melalui sejarah pembinaan sebuah negara baru bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Kemudian bergabung dengan Sabah dan Sarawak menjadi Malaysia.

"Assalamualaikum ... tengok apa tu Tok?," tanya seorang anak muda yang datang mendapatkanya.

Anak muda ni penuntut Universiti yang sedang bercuti. Cucu jirannya.

"Mualaikum salam. Takde apa-apa ... ko cuti?", jawabnya.

"Saja balik. Di kampus kecuh. Malas nak terlibat ...

"Tok mesti sedang fikir sesuatu. Cuba kongsi dengan saya," anak muda tu bertanya lagi.

"Aku memerhatikan anak bujang si Leman sedang kerja", jawab Pak Mokhtar.

"Eloklah dia berusaha kan, Tok?" Kata anak muda itu.

Pak Mokhtar hanya mengangguk-angguk.


"Dari rakan-rakan saya di Universiti yang tunjuk perasaan tapi isu pun tak faham untuk ceramah. Ada pula paksa-paksa orang ikut dia ..."

Orang tua tu hanya berkata, "Jiwa muda. Biarlah dia mencari ...

"Jika tersalah, sempat baiki."

Anak muda tu cuba menyungkil pengalaman hidup Pak Mokhtar.

"Masa era zaman Atok ada tunjuk perasaan ke Tok?"

Pak Mokhtar hanya menganggok mengiyakan.

"Pada umur 89, Atok pasti dah lalui macam-macam. Zaman era siapa yang Atok lalui yang tidak boleh dilupakan?"

Dicapai bungkusan plastik berisi rokok daun dibelah kirinya. Diambil satu yang sudah digulung lalu dibakar.

Asap pertama disedut dan ditiup. Segumpul asap keluar ...

"Zaman konfrantasi lawan Sukarno ... Atok merasa. Zaman komunis pasti merasa. Masa tu Atok dengan polis hutan.

Diambil sedutan kedua....

"Zaman era Tunku Abdul Rahman, merasa. Era Tun Razak, era Hussein Onn, Mahathir, ... Dolah Badawi, dan era Najib sekarang, Atok merasa.

"Era yang Atok paling tak boleh lupa ye?"

"Ye Tok." Anak muda tu mengiyakan tak sabar nak tahu.

"Yang Atok paling payah tak lupa tetap Erra Fazira ...."

Terkejut anak muda tu. Hanya terdaya kata, "Atok kenakan saya ni ..."


Wow! Eh ... salah orang

No comments: