[panasss dan gempaq!!]...Perahu Najib Semakin Karam..!
Ada juak Najib semasa merasmikan persidangan umno najib di bahagian bahagian menyeru agar ahli umno najib membocorkan perahu Tun M dan Muhyiddin..! Tapi tak sampai seminggu juak najib ni membuat seruan nampaknya perahu najib yang semakin bocor dan tenggelam..!
Percakaran terbuka nazri dan mca bukan sahaja membocorkan malah makin membelah perahu yang sedia tenggelam..!
‘Saya menteri yang berjaya, dia ada apa?’, bidas Nazri pada pemimpin MCA.
Ahli MT Umno jamin Ti Lian Ker akan tewas dalam pilihan raya akan datang kerana masih belum faham yang 'orang BN sakit'.
Datuk Seri Ti Lian Ker bongkak kerana tidak mahu terima hakikat MCA bukan lagi sandaran majoriti pengundi Cina, sebaliknya mahu mengajar Umno bagaimana untuk menang pilihan raya akan datang.
Begitu kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjawab cabaran Ahli Jawatankuasa Pusat MCA semalam.
“Dia gugur (daripada bertanding dalam pilihan raya), tetapi masih nak bercakap (seolah) orang Cina sokong dia,” katanya kepada FMT.
Semalam, Lian Ker meminta penjelasan daripada Nazri yang membidasnya sebagai ‘bongkak’.
Nazri sebelum itu berkata nasib MCA tidak akan berubah kerana cenderung tidak memberikan kerusi pilihan raya kepada calon tempatan.
Kecenderungan itu, kata Nazri, menyebabkan MCA sekadar menang tujuh kerusi Parlimen dalam pilihan raya lepas, dan kini menjadi ‘parti kecil’ dalam perikatan BN.
Lian Ker kemudiannya menyarankan Nazri supaya meninggalkan BN dan menyertai DAP – Liar Ker tertanya samada Nazri cuba memikat parti pembangkang itu.
“(Dia) Tidak mahu terima hakikat,” jelas Nazri. “Cina hari ini tolak MCA sebagai suara majoriti Cina. (Dia) Masih ingin bercakap seperti hero Cina. Itu bongkak.”
Lian Ker menjelaskan strategi ‘jaguh kampung’ yang membantu Umno memenangi undi di kawasan luar bandar menghakis sokongan pengundi bandar, terutamanya kepada MCA.
“Kalau dia bertanding di Kuantan dalam pilihan raya umum akan datang, saya jamin dia akan kalah. Sebab orang BN sakit,” jawab Nazri.
Beliau menasihatkan Lian Ker supaya berbaik dengan Umno kerana jentera yang bekerja untuk memenangkan BN di Kuantan adalah jentera Umno.
“Kalau tak berjaya macam saya, tak perlu nak ajar saya. Rekod menunjukkan saya berjaya (dalam kerjaya politik) dan saya sudah jadi menteri selama 17 tahun. Dia (Ti) ada apa?”
Sementara itu, Nazri turut mengulas saranan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyeru ahli BN supaya menggunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan pertelingkahan pendapat.
“Biarlah, itu Tengku Adnan punya hal. Saya cakap benda yang benar. Saya takkan lari daripada perbahasan,” tegasnya.
Orang BN sakit? mana tak sakit kalau terpaksa menutup lobang dan pembohongan pemimpin..! Macam mana tak sakit kalau terpaksa mencampakkan maruah diri untuk membela penyamun..!
Kalau orang BN sakit..ianya kerana pemimpin BN dah terlalu sangat sakitnya..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment