NUFFNANG

Thursday 8 September 2016

Apakah Pandangan Siti Zabedah Kasim Mengenai Pindaan Akta 355 Mewakili Rakan-Rakannya Di Dalam DAP?

Apakah Pandangan Siti Zabedah Kasim Mengenai Pindaan Akta 355 Mewakili Rakan-Rakannya Di Dalam DAP?



Siti Zabedah Kasim seperti kenyataannya di dalam laman Facebook beliau tidak menyesal kerana menunjukkan jari tengahnya kepada hadirin dalam wacana rang undang-undang Mahkamah Syariah Isnin lepas. Menurut Siti, jari tengahnya ditujukan khas untuk 'Islamis jahat' dan 'si bodoh yang dicuci otak' yang hadir memenuhi ‘Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi’.
"Sudah banyak forum yang saya sertai. Saya pernah ajukan soalan yang mengesankan tetapi saya tak sangka suatu hari nanti saya akan tunjuk jari pada penonton wacana. Saya tak menyesal tunjuk jari. Bagi saya, Islamis jahat layak terima lebih daripada itu. Kasar? Biadab? Sejak bila seorang wanita tak boleh berlaku kasar dan biadab terhadap orang jahat dan si bodoh yang dicuci otak?"
Menurut Siti Zabedah, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan, salah seorang pembahas di wacana itu, cuba kelirukan penonton semasa menjelaskan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, atau Akta 355. Katanya, pembahas daripada PAS dan UMNO bertegas ia bukan rang undang-undang hudud. 

Walaupun bukan rang undang-undang hudud tetapi ada kena mengena dengan hudud. Beliau menambah, tanpa rang undang-undang menghadkan hukuman mahkamah syariah, mereka tidak akan dapat menjalankan hukuman yang tertulis dalam enakmen hudud mereka.

Takiyuddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan itu, menjelaskan pindaan bertujuan menambah kuasa mahkamah syariah berhubung kesalahan yang dinyatakan dalam Akta 1965. Siti Zabedah bagaimanapun mendakwa rang undang-undang yang dibawa ke Parlimen oleh Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang memberi kuasa tanpa batas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman hudud yang lain.

Siti Zabedah mungkin membawa suara tegas NGO COMANGO menetang sebarang perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Apakah penolakan penambahbaikan skop bidang kuasa jenayah mahkamah syariah ini turut didalangi oleh parti-parti politik bukan Islam seperti DAP? Apakah peranan BERSIH di dalam hal ini? Apakah BERSIH akan turut menuntut agar Pindaan Akta 355 ini dibatalkan semasa perhimpunan haram jalanan yang dicadang akan dibuat November ini?


No comments: