BERAPA ORANG YANG SANGGUP MEMBACA SAMPAI HABIS.
*Zaman Yang Paling Ditakuti Rasulullah SAW*
*Orang Yang Tak Sedarkan Diri*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
“Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang
berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)
*Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik*
@Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada
pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ”
(HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]
*Menjual Agama Kerana Dunia*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
“Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain
dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud
dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka
lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah
SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu?
Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu,
Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di
kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun
akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)
*Pendusta Dan Pengkhianat*

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan.
Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan
dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang
amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba
membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya
“Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab
“Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus
orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)
*Kefasikan Berleluasa*
@Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat)
seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman
pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir,
atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada
keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya
dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)
*Penindasan Terhadap Umat Islam*
@Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia
akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan
mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat
bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab
“Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih
pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu
daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke
dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya
“Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab
“Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)
*Namanya Saja Islam*
@Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda
Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada
lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari
Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah,
tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat
makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah,
dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)
*Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini*
@Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah
umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi
sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun
kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah
Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab
“Siapa lagi?” (HR Muslim)
*Ulama Tidak Dipedulikan*
@Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan
mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman
di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun
sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam,
lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)
*Ulama Agama Semakin Berkurang*
@Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan
mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia.
Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para
ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih
orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu
ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat
dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)
*Golongan Anti Hadis*
@Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang
lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu
disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata
“Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang
dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami
haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa
yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa
yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
*Berbangga-Bangga Dengan Masjid*
@Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
“Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan
bangunan masjid” (HR Abu Daud)
*Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah*
@Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu
orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak
mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)
*Penyakit Umat Islam Masa Kini*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah
menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya
“Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?”
Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah,
1.Terlalu sombong,
2.Terlalu mewah,
3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin,
4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi,
6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)
*Perangkap Riba*

“Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat
dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara
langsung, dia akan terkena debunya” (HR Ibnu Majah)
*Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw,
“Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada
mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun
haram” (Riwayat Muslim)
*Banyaknya Sumber Galian*
@Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke
hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas
zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh
Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata
“Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita
” Lalu Nabi SAW menjawab “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian,
dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat ”
(HR Baihaqi)
*Khamar*
@Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum
khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil
diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan
menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah
mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)
*Banyaknya Perzinaan*
@Dari Anas r.a. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu
sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya
setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda
kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak
kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki
akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)
*Berpakaian Tetapi Telanjang*

”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya
belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang
mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul
orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,
lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala
mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan
masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya.
Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan
yang sangat jauh (HR Muslim)
*Perilaku Manusia Masa Kini*
@Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab
kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah
banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik,
anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat
berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)
*Anak Menjadi Tuan Kepada Ibunya*
@Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang),
…kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW ” Maka khabarkan
kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang
ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail
berkata “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya” maka
Nabi SAW menjawab “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau
melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi
miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk
membuat binaan” (Riwayat Muslim)
*Peperangan Demi Peperangan*
@Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda
“Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah
dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya
“Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab
“Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya
tiga kali. (HR Ibnu Majah)
*Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan*

“Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq)
menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas.
Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah
sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang.
Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah
orang yang selamat itu” Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat
suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu
kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir
di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut”
(HR Bukhari Muslim)
[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan
emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum ]
*Waktu Terasa Pendek*
@Daripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek,
maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti
seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti
satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api” (HR Tirmizi)
*Hilangnya Sifat Amanah*
@Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …”Kemudian jadilah
orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang
suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya
di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang
yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang
ramai mengatakan “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah
indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam
hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan
biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)
*Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan*
@Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda “Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian,
sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa,
apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan
dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah.
Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak
ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya
satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia,
di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat
berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan
kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga”
(HR Ibnu Majah)
*Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata “Pada suatu hari ketika
Nabi SAW sedang berada dalam suatu majlis dan berbicara dengan
orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) lalu
dia bertanya kepada Rasulullah SAW “Bilakah akan terjadi hari Kiamat?
” Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata
“Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan
itu tidak disenanginya” Sementara yang lain berkata “Sesungguhnya
beliau tidak mendengar pertanyaan itu” Sehingga apabila Nabi SAW
selesai berbicara, beliau bersabda “Di mana orang yang bertanyakan
mengenai hari Kiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut
“Ya! Saya wahai Rasulullah” Maka Nabi SAW bersabda “
Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat”
Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan
mensia-siakan amanah itu?” Nabi SAW menjawab “Apabila urusan
diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan
hari Kiamat” (HR Bukhari)
*Kebinasaan Umat Islam*
@Daripada Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW),
beliau berkata,”(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam
rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH,
celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang
sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding
Yakjud dan Makjud seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari
dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu
mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu
bertanya “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan
di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu
Nabi SAW bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
*Punca Kebinasaan Seseorang*
@Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
“Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan
dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya
dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua
ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber
pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan
sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah
terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi
kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai
isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi
kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak
ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak
keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya
” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan
engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya
dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia
telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan
menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)
*Perselisihan Yang Banyak*
@Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata
“Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang
menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya,
lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang
terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami”
Lalu baginda pun bersabda “Aku berwasiat akan kamu supaya
sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat
(kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya
seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya
daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak.
Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan
sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah
yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan
yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham
dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan,
kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat”
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
*Golongan Yang Selamat*
@Daripada ‘Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
“Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan,
maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang
tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah
menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan
masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga.
Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan
berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu
golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan
masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?”
Nabi SAW menjawab “Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)
*Orang Asing*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW
“Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali
asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” (HR Muslim)
*Kepayahan Orang Yang Beriman*
@Daripada Anas r.a. Berkata Rasulullah SAW bersabda ”Akan datang
pada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh
di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang
bara api. (HR Tarmizi)
*Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan*
@Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk
bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang
Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar
selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat
kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana
mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu
(kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang
nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang
Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan
di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda “Bagaimanakah
keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan
satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain
pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan
yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana
kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat
“Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik
daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian
sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah
lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda
“Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan
kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)
*Golongan Yang Sentiasa Menang*
@Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW
bersabda “Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa
menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu
waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang.
(HR Bukhari)
Sumber : peribadirasulullah.wordpress.com
BERAPA ORANG YANG AKAN MEMBERI KOMEN DALAM BAHASA
YANG PALING SOPAN, IKHLAS..

No comments:
Post a Comment