NUFFNANG

Thursday, 12 November 2015

[no wonder the other g25 members distance themselves from tawfik's statement on Tun Mahathir...] ... Apakah Tawfik yang terhegeh hegeh jumpa Tun (?)

[no wonder the other g25 members distance themselves from tawfik's statement on Tun Mahathir...] ... Apakah Tawfik yang terhegeh hegeh jumpa Tun (?)

Mana satu nak percaya antara cakap seorang negarawan dengan desperado mantan ahli Parlimen Benut sepenggal dan nampak macam serabut...

Kalau dia dilantik ke kabinet Najib dan dijadikan Menteri - mungkin cakapnya selepas ini "boleh pakai"...


......

Bercakap dalam satu sidang media selepas membuat ucaptama di majlis anti-rasuah, Dr. Mahathir berkata, dia tahu Tawfik membencinya sekalipun anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu berlakon menyukainya.

Tawfik adalah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir.

"Saya tahu, dia tidak suka saya. Mengapa dia datang bersama-sama yang lain menemui saya, saya tidak tahu. Secara nyata, dia mempunyai niat yang tidak elok, dan orang jenis ini, kita tidak boleh percaya. Di hadapan saya, dia sangat baik. Malah dia sangat menyokong tetapi apabila di belakang saya, lain pula ceritanya," 


kata Mahathir menceritakan pertemuannya dengan Tawfik dan Kumpulan Moderat G25. 





# Kenapa agaknya dalam keadaan Negara tengah jerebu politik, yang muncul jenis serabut, berkarat mengusutkan lagi keadaan..
Tak ada ke yang jernih sikit..

No comments: