NUFFNANG

Friday 20 November 2015

[anwar... izzah what have you done?!] ... Nurul sahkan Anwar terlibat dgn serangan Sulu 2013

[anwar... izzah what have you done?!] ... Nurul sahkan Anwar terlibat dgn serangan Sulu 2013


Lihat kembali tulisan lama The Unspinner 2013 berikut ketika serangan pengganas Sulok terhadap Sabah:


Baca di http://theunspinners.blogspot.my/2013/03/panas-tian-chuasivarasa-pembawa-duit.html?m=1







Baca kronoloji yang menunjukkan penglibatan Anwar di http://theunspinners.blogspot.my/2013/03/expose-mymassa-papa-homo-cabut-ke-san.html?m=1






Ketika itu, Anwar Ibrahim kuat disyaki terlibat bersama dengan pengganas dari Sulu dalam serangan terhadap.Lahad Datu Sabah.

Sivarasa dan Tian Chua disyaki pembawa wang untuk biayai serangan. Rafizi, Nurul dan Tian Chua serta media pro PKR begitu aktif memperlekehkan urusan pihak keselamatan dan mempolitikkan keadaan

Sambung ke tulisan WakeUp Malays berikut:

------------------



Berikutan gambar mesra Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersama Puteri Sultan Sulu, Jacel Kiram yang tersebar luas di media sosial hari ini telah menimbulkan tanda tanya ramai.

Nurul Izzah digesa tampil menjelaskan tujuannya berjumpa dengan Jacel.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim menasihati Izzah supaya tidak membiarkan perkara itu tidak terjawab dan kekal sebagai spekulasi.


"Benda itu (bergambar dengan Jacel) memang sensitif. Nurul Izzah perlu sahkan gambar itu dengan memberikan penerangan. Jangan bagi orang membuat spekulasi yang tidak betul,

“Dia kena jelaskan sebab gambar itu sudah menjadi viral,” kata Shahidan sewaktu ditemui media di lobi parlimen hari ini, lapor sumber berita Berita Daily.


Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein pula meluahkan kebimbangannya jika ia bakal menggugat keselamatan negara.

“Saya tidak terima apa-apa laporan lagi berhubung perjumpaan yang disebutkan tadi melainkan pembunuhan mangsa culik oleh kumpulan Abu Sayyaf.



Baca di http://theunspinners.blogspot.my/2013/03/pengganas-sulu-guna-helah-bendera-putih.html?m=1

“Tapi saya melihat bahawa tindakan pihak tertentu yang boleh menjejaskan keselamatan dan keharmonian dan sekiranya ada rancangan atau perbincangan berhubung kedudukan kedaulatan, keselamatan dan maruah negara, jika benar, ia adalah tindakan tidak bertanggungjawab,” tegas beliau.


Usahasa mendapatkan komen daripada Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak berjaya kerana beliau enggan mengulas lanjut mengenai gambar tersebut.

“Kena tanya dia (Nurul Izzah) sebab saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya tidak berada di sana. Saya bukannya suami dia,” jawab Rafizi ringlas.

Puteri Jacel Kiram merupakan anak sulung kepada Sultan Jamalul Kiram lll yang pernah bertindak menceroboh Sabah sehingga berlaku pertumpahan darah pada tahun 2013.

-----------

Jangan sekali kita lupa mereka yang terkorban di atas kedurjanaan Anwar dan PKR berikut:




Dan yang terbaru:



No comments: