NUFFNANG

Wednesday 11 November 2015

[harap najib dan zahid (anak didik anwar) tidak kena auta macam paklah dan kj (peminat tegar #1 anwar...]...RAWATAN DI LUAR NEGERI - ANWAR GIGIT JARI !

[harap najib dan zahid (anak didik anwar) tidak kena auta macam paklah dan kj (peminat tegar #1 anwar...]...RAWATAN DI LUAR NEGERI - ANWAR GIGIT JARI !

Seperti dijangka, wayang murahan keluarga dan pro-Anwar yang menuntut Anwar Ibrahim, banduan peliwat untuk mendapat rawatan di luar negeri adalah tidak masuk akal. Segalanya termaktub di dalam Akta Penjara 1957 di bawah Seksyen 37.
Anda baca :  
Banduan yang sakit

37. (1) Dalam hal di mana seseorang banduan yang dikurung dalam penjara mengalami sakit yang serius yang penjara itu tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi bagi rawatan banduan itu, Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara terkanan selepasnya yang bertugas, boleh, atas perakuan seorang Pegawai Perubatan, membuat suatu perintah bagi pengalihan banduan itu ke sesuatu hospital kerajaan.

(2) Jika Pegawai Perubatan tidak ada untuk mengeluarkan perakuan bagi maksud subseksyen (1), Pegawai yang Menjaga, atau semasa ketiadaannya, pegawai penjara yang terkanan selepasnya yang bertugas, boleh membuat suatu perintah bagi pengalihan banduan itu ke sesuatu hospital kerajaan, tanpa perakuan seorang Pegawai Perubatan.

(3) Jika pada pendapat pegawai perubatan sesuatu hospital kerajaan bahawa adalah perlu bagi seseorang banduan yang dialihkan ke hospital kerajaan di bawah subseksyen (1) atau (2) untuk dimasukkan dan terus berada di hospital kerajaan itu, pegawai perubatan hospital kerajaan itu hendaklah menghantar suatu perakuan yang menyatakan hakikat itu kepada Pegawai yang Menjaga penjara yang darinya banduan itu telah dialihkan—

(a) semasa banduan itudimasukkan ke hospital kerajaan itu; dan
(b) semasa banduan itu dibenarkan keluar dari hospital kerajaan itu.
Segala rawatan hanyalah di hospital kerajaan. Full stop.

Tambahan pula, Jabatan Penjara berkata ketetapan rawatan di hospital kerajaan ini digunakan secara sama rata untuk semua banduan yang ketika ini berjumlah lebih 47,000 orang.

Dan seperti yang MiM nyatakan sebelum ini,tuntutan dan tuduhan melampau terhadap sistem penjagaan kesihatan sudah pasti akan menyebabkan lebih ramai lagi orang yang bertambah meluat terhadap keluarga Anwar Ibrahim.


Lebih-lebih lagi apabila sebelum ini, Nurul Izzah telah mengaku bersalah menabur fitnah jijik terhadap Raja Nong Chik, sehari sebelum mengundi PRU-13. Begitu juga dengan Wan Azizah yang didapati bersalah ke atas dua artikel berbaur fitnah terhadap Felda dan FGVH menerusi akhbar Suara Keadilan   

Realitinya, semua orang tahu tuntutan 'pembedahan perlu dijalankan di luar negara' ini hanyalah sekadar wayang murahan dan untuk membebaskan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara kerana meliwat lelaki. 

Adalah tidak masuk akal jika sistem kesihatan dan pakar-pakar perubatan tempatan tidak dapat merawat sakit bahu Anwar Ibrahim. Malah, kenyataan pro-Anwar itu sebenarnya adalah satu penghinaan yang melampau terhadap pegawai-pegawai perubatan yang selama ini menjaga kesihatan jutaan rakyat di negara ini.


Yang melampaunya ialah tuduhan melulu pro-Anwar jika Anwar dibius dan dibedah di hospital kerajaan : BACA SINI

Source : 

No comments: