NUFFNANG

Sunday 22 November 2015

[jangan baca yaa..artikel meloyakan untuk dibaca]...Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya

[jangan baca yaa..artikel meloyakan untuk dibaca]...Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya


A Kadir Jasin
RAMAI warga Internet anggap bahas seorang diri Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, (Encik) Arul Kanda Kandasamy (AKK), pada 11 November lalu sebagai auta.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Cerita ini panjang dan saya cuba kisahkan dalam bahasa dan cara paling mudah dengan harapan pembaca yang kurang faham hal perniagaan boleh faham.

Mula-mula sekali, saya tak akan ikut tuduh AKK auta pasal apa yang auta kepada sesetengah warga Internet mungkin kebenaran mutakhir kepada ramai ahli dan penyokong Umno.

Tapi saya percaya ramai juga ahli dan penyokong Umno yang tak percaya. Agaknya kerana itulah makin ramai yang gesa Presiden merangkap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, letak jawatan.


Ahli dan pemimpin Umno khusuk dengar AKK
Saya ajak para pembahas dan pembaca pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Kita kena ingat, ceramah korporat AKK itu ditujukan khusus kepada orang yang tak faham hal perniagaan korporat dan kewangan canggih.

2. Janganlah kita pandang rendah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT yang tak faham “high finance” (kewangan canggih) dan tak tahu apa bendanya bon dan sukuk, saham dan derivatives, kewangan luar pantai dan mengubahan wang haram (money laundering).

3. Orang lulus universiti pun tak tahu kalau mereka tak belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan perniagaan korporat.

4. AKK tahu, orang yang belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan korporat pun kalau mereka tak amal kewangan, perancangan korporat dan perakaunan tak akan faham kaedah-kaedah pembiayaan yang 1MDB amalkan. Jadi dia boleh berdolak-dalik, selindung di sebalik jargon dan retorik untuk kabui mata orang ramai.

5. AKK hanya boleh bercakap mengenai ringgit dan sen dan bertanggungjawab ke atas 1MDB hanya apabila dilantik jadi Presiden dan PUK 1MDB pada 5 Januari lalu. Itu pun dia terpaksa mengaku siasatan ke atas 1MDB telah dedahkan masalah pentadbiran. Sama ada ada unsur jenayah atau tidak itu bukan kuasa AKK untuk tentukan.

6. Dia tak berhak dan tak berkedudukan untuk cakap mengenai “politik” 1MDB. Dalam hal 1MDB ini, politik lebih penting daripada perniagaan dan yang boleh jawab atau wajib jawab adalah Perdana Menteri tapi dia tak jawab.

7. 1MDB adalah permainan korporat (corporate play) Mohd Najib. Dialah yang ubah Terengganu Investment Authority (TIA) jadi 1MDB pada tahun 2009.

8. Kisahan popular (popular narrative) mengenai 1MBD di kalangan ahli Umno adalah ia ditubuhkan untuk mencari dana bagi membiayai Umno, khususnya masa pilihan raya.

9. Jalan cerita ini mula disedari dan jadi terkenal apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku (asalnya Teuku) Adnan Mansor beberapa bulan lalu sifatkan 1MDB sebagai angsa bertelur emas. Ikut cerita itu, Mohd Najib tak mahu Umno dan Barisan Nasional bergantung kepada derma korporat untuk biayai parti dan kempen pilihan raya. Kononnya dia tidak mahu bergantung dan seterusnya terhutang budi kepada tauke Cina, Melayu dan India.

10. Yang jadi masalah 1MDB adalah syarikat milik negara, dibiayai oleh dana pembayar cukai dan sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ia bukan syarikat milik Umno macam Utusan Melayu Berhad atau syarikat wakilan (proxy) macam Media Prima Berhad.

11. Ini saja sudah cukup untuk buktikan kepada orang ramai yang faham undang-undang iaitu penubuhan 1MDB dengan tujuan buat duit untuk Umno dan Barisan Nasional adalah melanggar undang-undang.

12. Malah  “derma” yang dilabelkan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu pun bercanggah dengan prinsip kerana 1MDB tak buat untung manakala kerugian dan hutangnya yang sangat besar. Bagi tahun perniagaan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB rugi RM665.36 juta dengan hutang lebih RM42 bilion.

13. Cara 1MDB berniaga pula banyak tak tepati piawaian dan peraturan bersabit perakaunan dan kewangan seperti yang dah didedahkan oleh Bank Negara berkaitan penghantaran modalnya ke luar negara. Tugas AKK adalah halalkan yang haram dan sahkan yang salah.

14. Kalau 1MDB sebuah perniagaan biasa dan berurus niaga ikut lunas-lunas korporat, ia tentulah tak alami kesukaran untuk mengaudit akaunnya. Tetapi boleh dikatakan setiap tahun 1MDB terlewat serah akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa kali tukar juruaudit luarnya. Untuk tahun kewangan 2014/15, 1MDB masih belum hantar laporan kepada SSM dan terpaksa minta tangguh enam bulan.

15. Kisahan yang kata Mohd Najib tak guna duit negara untuk kepentingan sendiri bukanlah hujah pembelaan diri. Dalam undang-undang jenayah, niat yang baik tak halalkan cara yang salah. Maksudnya, walaupun tujuan Mohd Najib betul tapi cara yang dia guna salah maka dia tetap salah.

16. Dolak-dalik berkenaan siasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB dan sebuah lagi syarikat Kementerian Kewangan bernama SRC International kukuhkan lagi syak wasangka bahawa ada banyak perbuatan salah yang nak disembunyi.

17. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi (AZH) dilapor berkata lima orang yang dikehendaki berkaitan penyiasatan1MDB/SRC International tak dapat dikesan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Kita terkejut pasal kita tak dengar pula Malaysia minta Interpol kesan watak-watak ini. (Nik Faizal Nik Ariff Kamil, (Datuk) Suboh Mohd Yassin, Jho Low, Casey Tang dan Jasmine Loo). Yang kita tahu adalah Malaysia minta Interpol tangkap Clare Rewcastle Brown, Pengarang Sarawak Report, tapi ditolak oleh Interpol.

18. Maaf cakaplah kalau saya kata, sekiranya AZH nak yakinkan khalayak Umno, Felda dan PPRT berkenaan watak-watak tersebut, boleh jadi lebih masuk akal kalau dia kata, lima orang itu tak boleh dikesan pasal kena sembunyi orang bunian.

19. Yang banyak orang dah tahu ialah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dah “berjumpa” dengan sesetengah atau semua watak-watak yang AZH rujuk itu. Malah seorang wakil Jho Low kata, tauke Cina Malaysia dari Pulau Pinang itu terus berhubung dengan SPRM. Nampak macam AZH tak berapa tahu atau cuba kelam-kabutkan lagi keadaan.

20. Yang kita tahu, SPRM dah jumpa dengan peguam Nik Faisal (cucu Allahyarham Tan Sri Nik Kamil, bekas Speaker Dawan Rakyat) tapi dia hanya sekadar bagi kenyataan bertulis dan enggan disoal siasat. Kalau betul maka jalan ceritanya samalah dengan apa yang dikatakan oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali dalam temu ramah dengan Malaysian Insider iaitu bagi kenyataan bukan soal siasat.

21. Kenyataan Mohamed Apandi dan apa yang kita dengar terjadi dalam pertemuan SPRM dengan Nik Faisal bagi gambaran bahawa watak-watak itu sedang diajar (coach) oleh orang tertentu untuk buat kenyataan yang serupa (corraborative statement) mengenai apa yang sedang disiasat. Tak susah nak teka siapa dia.

22. Namun saya yakin tak semua watak-watak yang dikehendaki itu, misalnya Jho Low, Tang dan Loo, sanggup jadi kambing korban semata-mata untuk selamatkan Mohd Najib. Mereka tentu sedar yang Mohd Najib tak akan berkuasa selama-lamanya sedangkan mereka sendiri masih muda dan hanyalah pelakon tambahan dalam drama 1MDB.

23. Saya berpegang kepada kesimpulan saya sebelum ini iaitu kalau Mohd Najib tak buat salah dan nak bersihkan namanya, dia patut arah Mohamed Apandi bawa kes SRC International ke mahkamah. Di sana dia boleh buktikan dia tak bersalah dan dianiaya. Lepas itu dia boleh saman semua orang yang aniaya dia.

24. Dia dan peguam-peguam dia kena berhenti berdolak-dalik berkenaan ancaman nak saman surat khabar Amerika, Wall Street Journal (WSJ). Dolak-dalik mereka hanya kukuhkan andaian mereka takut nak sanggah dakwaan WSJ.

25. Rasa-rasanya Mohd Najib termasuk perangkap sendiri bila dia ancam saman WSJ. Tujuan awal dia nak tunjuk berani kepada khalayak di Malaysia, kononnya dia tak bersalah dan apa yang WSJ lapor itu bohong dan fitnah semata-mata.

26. Sekarang dia tersepit. Kalau dia teruskan saman, boleh jadi lebih banyak rahsia akan keluar. Tapi yang dia paling takut ialah kedudukan anak tirinya, Riza Abdul Aziz, yang menetap di Amerika. Riza adalah anak (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Masor dengan suami pertamanya. Mohd Najib juga tentu takut Jho Low pecah di mulut. Besar kemungkinan SWJ akan sepina Riza dan Jho Low sebagai saksi.

27. Di gelanggang politik pula, Mohd Najib terus dicaci dan dihina. Dalam parti akar umbi seperti Umno, peranan cawangan sangat penting. Tindakan terbuka beberapa buah cawangan gesa Mohd Najib letak jawatan PM dan Presiden parti adalah cacian dan penghinaan yang sangat teruk.

Nota Kaki: Puan Puti Seno adalah gelaran anugerah tertinggi suku Minangkabau Sumatra yang beliau terima tahun lalu iaitu “Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang”.

Wallahuaklam.


No comments: