NUFFNANG

Monday 16 November 2015

(amaran keras buat umat Melayu-Islam sebelum Tanah Melayu tercinta dijajah...bersatulah! berpadulah! demi agama, bangsa dan tanahair!!] ... DAP Perlukan Pengundi Lebih Dari 200 Ribu dan Sokongan 50% Undi Melayu Untuk Menang PRU14

(amaran keras buat umat Melayu-Islam sebelum Tanah Melayu tercinta dijajah...bersatulah! berpadulah! demi agama, bangsa dan tanahair!!] ... DAP Perlukan Pengundi Lebih Dari 200 Ribu dan Sokongan 50% Undi Melayu Untuk Menang PRU14

Oleh rmf
DAP Perlukan Pengundi Lebih Dari 200 Ribu dan Sokongan 50% Undi Melayu Untuk Menang PRU14Cuba kita bayangkan pada PRU13 yang lalu, bagaimana majority luar biasa telah dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang dan juga Selangor.
Dari manakah datangnya pengundi yang begitu banyak sekali.DAP secara berleluasa memindahkan para pengundi dalam usaha untuk mencipta kemenangan lebih besarpada pilihan raya akan datang. Itulah yang didedahkan oleh
Blog SelangorDaily (www.selangordaily.com).
Blog itu berkata, selain pemindahan pengundi-pengundi lama dari kawasan-kawasan yang sudah pasti akan dimenangi oleh DAP, parti pembangkang itu juga giat memindahkan pengundi-pengundi baru ke kawasan-kawasan yang boleh memberikan kemenangan kepada mereka secara giat.
Maka tidak hairanlah, kawasan-kawasan seperti Sementa, Lembah Jaya, Kajang dan sebagainya menyaksikan lebih ramai pengundi Cina pada PRU-13 (Pilihan Raya Umum ke-13) nanti. Itulah juga sebabnya, apabila SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melakukan pembersihan dan pengaturan semula, pihak yang paling kuat memekak adalah DAP.
Pakatan  pembangkang sedar bahawa sokongan daripada rakyat, khususnya pengundi Melayu semakin berkurangan dan seandainya dibiarkan berterusan tanpa helah pemindahan pengundi maka pembangkang terutama PKR akan berkubur manakala DAP pula hanya akan kekal sebagai sebuah parti kecil-kecilan seperti sebelum 2008.
DAP merupakan pelopor kepada teknik pemindahan pengundi. DAP tahu, kawasan-kawasan di mana mereka menang besar seperti di Ipoh Barat, Ipoh Timur, Tanjung, Petaling Jaya Selatan dan sebagainya menyediakan lebihan pengundi yang tidak diperlukan pun.
Daripada membazirkan pengundi-pengundi tersebut, adalah lebih baik mereka dipindahkan ke kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dirampas oleh DAP.
Perlu juga kita lihat bagimana  keputusan Pas yang mahu bertanding di 60 kerusi daripada keseluruhan kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang, menyusut tujuh kerusi berbanding jumlah yang ditandingi parti itu pada 2008.
Katanya, persoalannya apakah tujuh kerusi yang dilepaskan itu untuk diserahkan kepada sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP yang pernah berura-ura mahu meletakkan calonnya di kawasan majoriti Melayu.
Rakyat harus ingat sekiranya DAP memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya pada PRU-14 nanti, ia masih belum cukup bagi parti itu menubuhkan kerajaan atau membuat pindaan Perlembagaan dengan majoriti dua pertiga. Dengan itu kaedah menindahkan pengundi dilakukan secara senyap.
Sekarang ini, rakyat secara jelas melihat strategi DAP hanyalah untuk memindahkan kuasa daripada UMNO/BN kepada DAP/PR. Pas sedikit demi sedikit dianggap sebagai sebuah parti yang bukannya berjuang untuk agama, tetapi lebih cenderung kepada perasaan cemburu serta dendam lama terhadap UMNO.
Dalam statistic yang telah dikeluarkan oleh roketkini, kita akan dapat membuat perkiraan bahawa DAP sekarang sedang memberikan tumpuan kepada  kawasan kawasan yang kalah tipis dan berusaha untuk memindahkan pengundi kesana bagi menguat dan memenangi kerusi tersebut.
DAP juga mendapat manfaat apabila menjadi anggota PR dan perlu terus bergerak dalam kerangka kerja PR yang berasaskan kerjasama dan saling kebergantungan untuk memenangi lebih banyak kerusi.
Daripada segi jumlah kerusi parlimen dan negeri yang dimenangi, DAP telah melangkah jauh sejak 1999.
Daripada hanya memenagi 10 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN di Semenanjung Malaysia pada PRU 1999 serta 11 kerusi Parlimen dan 15 DUN pada PRU 2004, DAP terus melonjak jauh dengan memenangi 26 kerusi Parlimen dan 72 kerusi DUN pada PRU 2008.
Jumlah kerusi yang dimenangi DAP terus meningkat pada PRU 2013 dengan 31 Parlimen dan 91 DUN di Semenanjung Malaysia.
Peningkatan jumlah kerusi yang dimenangi DAP pada 2008 dan 2013 berlaku di kawasan yang gagal dimenangi DAP sebelum itu iaitu di kawasan yang pengundi Cina kurang daripada 60%.
Contohnya, pada 1999 hanya satu daripada 10 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Nibong Tebal, Pulau Pinang, 47% pengundi Cina) dan hanya satu daripada 11 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Bachang, Melaka, 45% pengundi Cina).
Pada 2004, tidak ada satu pun kerusi Parlimen yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% dan hanya satu daripada 15 kerusi DUN yang dimenangi DAP mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60% (Sekinchan, Selangor, 57% pengundi Cina).
Keadaan berubah pada 2008 apabila 11 daripada 26 kerusi Parlimen (42%) yang dimenangi DAP mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Tiga daripada 11 kerusi Parlimen ini (Puchong, Seremban, Bakri) mempunyai lebih 40% pengundi Melayu.
Daripada 72 kerusi negeri yang dimenangi DAP pada 2008, sepertiga (24 kerusi) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Dua daripada 24 kerusi ini mempunyai pengundi Melayu lebih daripada 40% (Sekinchan dan Bachang).
Walaupun PR belum dibentuk menjelang PRU 2008, DAP jelas mendapat manfaat daripada penyelarasan dengan PAS dan PKR bagi mengelak pertembungan tiga penjuru, selain kerjasama menerusi beberapa gerakan, termasuk Bersih 1.0.
Kerjasama rasmi menerusi PR telah membantu DAP memenangi lebih banyak kerusi pada 2013.
Daripada 31 kerusi Parlimen yang dimenangi DAP itu, 16 (52%) mempunyai kurang daripada 60% pengundi Cina. Malah, sembilan daripada 15 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 2).
Banyak kerusi Parlimen yang gagal dimenangi DAP pada 2008 tetapi berjaya direbut pada 2013 merupakan “kerusi campuran”, termasuk Kluang (49% Cina), Gelang Patah (52% Cina) dan Kulai (56% Cina).
DAP juga berjaya memenangi kerusi Parlimen Raub yang majmuk (49.7% Melayu dan 40.3% Cina). Ini adalah pencapaian besar DAP daripada banyak segi.
Daripada 91 kerusi DUN yang dimenangi DAP, hampir separuh daripadanya – 44 kerusi (48.4%) – mempunyai pengundi Cina kurang daripada 60%. 15 daripada 45 kerusi berkenaan mempunyai kurang daripada 50% pengundi Cina (lihat Jadual 3).
Lebih penting daripada itu, DAP memenangi tiga kerusi negeri yang merupakan kerusi majoriti Melayu, iaitu Derga, Kedah (56% Melayu), Mentakab, Pahang (52% Melayu) dan Duyong, Melaka (50.3% Melayu).
DAP tidak mungkin dapat meningkatkan bilangan kerusi yang dimenanginya tanpa peningkatan sokongan orang Melayu, hasil kerjasama dalam PR, khususnya bagi kerusi yang jumlah pengundi Melayunya agak besar.
Kerjasama dan saling bergantungan dalam PR inilah yang akan terus mengukuhkan DAP dan memperbaiki pencapaiannya pada PRU ke-14.
Lihat jadual peningkatan dan keperluan pengundi oleh DAP
Source : rmf7

No comments: