NUFFNANG

Thursday, 12 November 2015

[#najibiscrackingup...nak tahu apa] Kegagalan Najib Razak

[#najibiscrackingup...nak tahu apa] Kegagalan Najib Razak

Minggu lepas Perdana Menteri akhirnyamengaku bahawa 1MDB adalah satu perniagaan yang gagal.
Walaupuhttps://jebatmustdie.wordpress.com/2015/11/11/kegagalan-najib-razak/n Perdana Menteri kita adalah seorang billionaire (kerana lebih RM2.6 billion terbukti dijumpai di dalam akaun peribadi beliau), dan beliau merupakan ketua penasihat 1MDB, syarikat tersebut ternyata gagal untuk mencapai misi yang patut dicapainya.
Setelah berbulan-bulan sebelum ini Perdana Menteri memaklumkan kita semua bahawa aset 1MDB melebihi liabiliti, dan cuba menipumengatakan 1MDB tidak pernah kerugian lagi, ternyata semua kata-kata tersebut adalah kosong semata-mata. Ianya tidak lebih hanyalah untuk meyedapkan hati sendiri sahaja.
Ini kerana, rakyat sudah bijak mengkaji dan berfikir bahawa tiada apa yang boleh dilakukan oleh Perdana Menteri dan konco-konconya untuk ‘mewangikan’ bangkai yang busuk seperti 1MDB.
Kini setelah ternyata tiada apa bukti yang boleh ditunjukkan untuk menidakkan kebenaran, mereka beralih kepada hujah bahawa pelan rasionalisasi 1MDB sedang menunjukkan kejayaan.
Amat berbeza sekali tujuan 1MDB ditubuhkan dan tujuan pelan rasionalisasi tersebut. Pada asalnya 1MDB kononnya akan meningkatkan ekonomi Malaysia dengan terbinanya Bandar Malaysia, dan turunnya kadar letrik negara kerana pembelian IPP serta penyenaraiannya di dalam bursa. Pendek kata, 1MDB akan memakmurkan Malaysia dengan pembangunan ekonomi yang mampan tanpa menggunakan hutang kerajaan yang besar.
Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Oleh kerana penyelewengan telah berlaku dan wang berbilion telah hilang, maka tujuan 1MDB ditubuhkan telah bertukar kepada proses pembayaran balik hutang yang lebih banyak bertimbun. Maka bermulalah proses menjual semula aset aset yang telah dibeli melalui hutang, supaya wang yang akan diperolehi digunakan untuk membayar balik hutang-hutang tersebut. Tersenyum lah para pemberi hutang dan bank-bank yang berkaitan.
Rakyat Malaysia akan kehilangan aset-aset tersebut kepada pihak swasta dan pihak luar; hanya kerana Perdana Menteri dan konco-konconya di dalam 1MDB tidak tahu bagaimana hendak berniaga. Mereka cuma tahu menghilangkan wang sahaja. Hinggakan tidak cukup untuk membayar pinjaman mahupun bunga pinjaman. Tanah yang sepatutnya tanah kerajaan yang dikhaskan untuk pembangunan bumiputera juga mungkin akan terjual kepada pihak asing.
Bahkan wang rakyat berjumlah RM950 juta telah diberi oleh kerajaan untuk menolong 1MDB melangsaikan bunga pinjaman. Alangkah baiknya wang tersebut dapat diguna untuk membayar konsesi tol supaya rakyat tidak payah menampung kenaikan harga tol yang tinggi. Ini tidak, wang tersebut hangus cuma untuk membayar kepada peminjam sahaja.
Disebabkan Perdana Menteri pada mulanya cuba menipu rakyat dengan mengatakan semua berkenaan 1MDB adalah baik-baik sahaja akan tetapi bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru selamanya. Oleh itu sememangnya kita boleh isytihar bahawa kepimpinan Perdana Menteri ini adalah yang terburuk di dalam sejarah Malaysia.
Semasa isu RM2.6 billion mula dibocorkan kepada umum oleh suratkhabar Wall Street Journal, Perdana Menteri telah memfitnah Tun Dr. Mahathir dengan mengatakan bahawa bekas perdana menteri itu telah bersekongkol dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau melalui tuduhan yang tidak betul.
Fitnah tersebut terbukti tidak benar apabila bukti bukti yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa memang betul Perdana Menteri telah menjadi seorang billionaire di dalam tahun 2013. Dari mana atau untuk apa wang tersebut tiba tiba muncul, tidak pula diberitahu. Bahkan ramai di dalam Umno yang terperanjat dan siasatan pun dimulakan. Malangnya, beliau telah memecat orang-orang yang sedang menyiasat bukti-bukti tersebut.
Pandangan dunia mengenai Malaysia
Pandangan dunia mengenai pemimpin Malaysia
Perdana Menteri juga berkata bahawa punca Tun Dr Mahathir marah kepada beliau kerana kononnya Perdana Menteri tidak mahu menjadi proksi.
Akan tetapi, oleh kerana umum sudah mengetahui bahawa Perdana Menteri tidak tahu mentadbir negara dengan betul dan ternyata lebih cuba melindungi kroni-kroni beliau seperti Jho Low dan juga lebih mementingkan orang yang tidak cerdik tapi cuma tahu menjadi setia membabi buta sahaja, maka adalah lebih baik jika Perdana Menteri ini mempunyai proksi.
Mengapa? Supaya dia dapat dipimpin tangan dan diperbetulkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik (seperti melambatkan penyiasatan ke atas dirinya, meletakkan orang-orang yang mengampu dan melindungi beliau), dan akhirnya cukup pandai untuk meletakkan Malaysia di landasan yang betul.
Daripada mengikut telunjuk Amerika dalam hal TPPA atau menjadi pak turut kepada Jho Low dalam hal 1MDB lebih baik jika beliau menjadi proksi kepada penasihat-penasihat yang lebih bagus dan tidak berkepentingan. Sebenarnya Perdana Menteri patutnya menjadi proksi kepada seluruh rakyat Malaysia. Dengarlah dan lihatlah reaksi rakyat Malaysia terhadap kepimpinannya. Buat apa mendengar reaksi dari tukang ampu dan tukang kipas di kalangan menteri kabinet?
Mereka cuma tahu menjaga periuk nasi diri sendiri sahaja; bukannya untuk rakyat. Pangkat ‘wakil rakyat’ itu hanya pada nama sahaja. Mereka cuma wakil kepada perut masing-masing.
Langkah seterusnya untuk Perdana Menteri lakukan adalah dengan segera mengakui bahawa ekonomi Malaysia sedang goyah dan kadar matawang ringgit tidak sebagus dulu. Usahlah beliau dan menteri-menteri kabinet membuat ucapan yang kedengaran amat tolol dan terpekik pekik mengatakan ekonomi Malaysia adalah utuh dan kuat.
Kita tidak mahu dipimpin oleh para pemimpin yang buta tuli terhadap realiti dan hanya tahu menyelamatkan diri sahaja.
Amat malang bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai Perdana Menteri yang suka membuat ucapan yang tidak benar dan tidak berani berdepan dengan masyarakat umum. Dua kali beliau lari dari majlis yang beliau patut hadiri.
Beliau seringkali mengatakan tidak pernah menggunakan wang RM2.6 billion untuk tujuan peribadi tetapi di mana buktinya? Mana butiran perbelanjaannya? Mana resit-resit bayaran apabila ianya dikatakan digunakan untuk memerangi ISIS dan Yahudi? Setakat cakap menghabiskan air liur sahaja mana mungkin orang yang ada otak akan percaya.
Perdana Menteri sepatutnya duduk di atas landasan moral yang tinggi (moral high ground), di mana sebelum rakyat tertunggu-tunggu berbulan lamanya, beliau terlebih dahulu sudah menerangkan dan memberi bukti secukupnya. Beliau tidak patut berdolak dalih atau menyalahkan orang lain. Inilah yang wajib ada pada orang yang bermoral tinggi. Bukannya diam menikus apabila Majlis Raja Raja menasihati beliau. Atau lari bertempiaran dari majlis-majlis yang beliau patut hadiri.
Perdana Menteri yang bermoral tinggi patutnya sudah lama meletakkan jawatan kerana apabila jawatan sudah tidak dapat dipertahankan lagi, maka lebih baik berundur daripada jawatan tersebut terus dicemuh, dihina dan dikecam masyarakat. Kerusi perdana menteri sepatutnya tidak boleh kehilangan rasa hormat.
Perdana Menteri bukannya tahap seorang kriminal yang menyorok dari tindakan undang undang walaupun seringkali mendabik dada mengatakan beliau pahlawan bugis yang pantang berundur bila sauh dilabuhkan untuk berlayar. Jika tidak mahu berkelakuan seperti Perdana Menteri yang gagal untuk bermoral tinggi, adalah lebih baik melepaskan jawatan dan terus berdepan dengan ujian undang-undang.
Itulah sebaik-baik pilihan agar Umno dan Barisan Nasional dihormati semula oleh masyarakat tempatan dan luar negara.
Terima kasih.
Source : jebatmustdie

No comments: