NUFFNANG

Thursday, 26 November 2015

[pas parti eksterimis, ganas, terrorisma!? adussss!!] ... Ikut Sedar Mulut Nya Saja APabila Berkata....Berat Berat Dia Ni

[pas parti eksterimis, ganas, terrorisma!? adussss!!] ... Ikut Sedar Mulut Nya Saja APabila Berkata....Berat Berat Dia Ni

"Pas adalah punca berlakunya politik ekstrimis, ganas dan terorisme sebagaimana yg kita lihat berlaku didalam peristiwa AlMakminah di sauk dan peristiwa berdarah kg Memali Baling.
Amalan politik takfir yg dianuti oleh pas juga telah bawa peristiwa kafir mengkafir terhadap ahli umno yg berbangsa melayu dan beragama islam.

Oleh itu kami penganut agama PAN menyeru rakyat malaysia yg cintakan syiah agar bersama agama PAN menolak hudud dan memperjuangkan LGBT dan Liberalisme Dalam islam. 

Tuesday, 24 November 2015

[terima kasih najib bin razak!]...Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion akibat jualan Edra Global Energy … hanya kerana tidak mampu membayar hutang.

[terima kasih najib bin razak!]...Aset 1MDB susut dari RM52 billion kepada RM34 billion akibat jualan Edra Global Energy… hanya kerana tidak mampu membayar hutang.

Semalam diumumkan bahawa sebuah syarikat dari China telah membeli anak syarikat 1MDB bernama Edra Global Energy pada harga RM9.83 billion.
A: Dulu masa sekolah menengah, saya juara debat B: Dulu masa di kolej, saya dapat CGPA 3.80
A: Dulu masa sekolah menengah, saya juara debat
B: Dulu masa di kolej, saya dapat CGPA 3.85
Edra Global Energy adalah syarikat yang memiliki stesen-stesen janakuasa (IPP) yang suatu ketika dulu dipunyai oleh syarikat Genting milik keluarga Lim Goh Tong, syarikat Tanjong Energy milik Ananda Krishnan dan syarikatJimah Teknik milik kerabat Negeri Sembilan.
Kesemua syarikat-syarikat di atas di miliki oleh rakyat Malaysia.
1MDB membeli aset-aset di tersebut dengan harga lebih kurang RM18 billion di dalam tahun 2012/2013. Pembelian tersebut di biayai oleh hutang.
Oleh kerana 1MDB tidak diurus dengan baik oleh lembaga penasihat dan pengarah, dan Najib Razak sendiri akhirnya mengakui bahawa model perniagaan 1MDB telah gagal (walaupun berbulan-bulan sebelumnya beliau berkata 1MDB adalah syarikat yang terbaik di dalam alam semesta), aset aset tersebut terpaksa dijual untuk menampung pembayaran balik hutang.
Oleh kerana penyata kewangan 1MDB lewat dikeluarkan lagi pada tahun ini, kita tidak mengetahui berapakah sebenarnya nilai aset IPP tersebut. Bagi memudahkan pemahaman pembaca, kita anggaplah bahawa nilai aset tersebut adalah sama dengan harga pembelian, iaitu lebih kurang RM18 billion.
Jumlah aset 1MDB pada tahun kewangan 31 Mac 2014 adalah lebih kurang RM52 billion ringgit. Oleh kerana kita tidak mengetahui jumlah sebenar keseluruhan aset 1MDB pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015, maka kita guna kan dahulu angka RM52 billion tersebut. Najib Razak sendiri suka menggunakan angka tersebut untuk membuktikan betapa berjayanya 1MDB mempunyai harta sebanyak itu.
Akan tetapi akibat penjualan Edra Global kepada syarikat asing, aset 1MDB telah menyusut sebanyak RM18 billion kepada RM34 billion!
Walaubagaimana pun, untuk menyedapkan hati rakyat, 1MDB dan kuncu kuncunya berkata bahawa hutang 1MDB akan berkurangan akibat penjualan tersebut. Mereka malu untuk mengatakan bahawa apabila menjual syarikat Edra Global Energy maka aset mereka juga akan berkurangan.
Najib Razak adalah Perdana Menteri pertama yang tidak malu untuk mengatakan bahawa kehilangan berbillion billion harta negara adalah bagus dan 1MDB sebenarnya berada di landasan yang betul untuk mengurangkan hutang-hutang mereka.
A: Oh ini kah dia berniaga cara glokal dan blue ocean strategy Dato Sri? B: Ya, ya.. baguskan? Hahahaha
A: Oh ini kah dia berniaga cara glokal dan blue ocean strategy Dato Sri?
B: Ya, ya.. baguskan? Hahahaha
Jurucakap beliau, Arul Kanda pernah berkata bahawa aset-aset 1MDB hanya akan tinggal sebanyak RM10 billion sahaja selepas selesai pelan jualan lelong harta mereka yang dikenali sebagai pelan rasionalisasi. Sangat hebat mereka ini.
Najib Razak juga adalah Perdana Menteri pertama Malaysia yang berjaya menukar peraturan pemilikan industri strategik tanahair di mana Suruhanjaya Tenaga telah memberi pengecualian kepada Edra Global untuk menjual 100% hakmilik sahamnya kepada syarikat asing.
Pelupusan syarat tersebut adalah semata-mata untuk 1MDB menyelesaikan hutang-hutang mereka.
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa kesan penubuhan 1MDB adalah:
a) kesemua syarikat syarikat milik rakyat Malaysia akhirnya jatuh ke tangan negara asing
b) rakyat Malaysia melalui 1MDB sia sia terpaksa membuat hutang sebanyak RM18 billion
c) rakyat Malaysia melalui 1MDB sia siamembeli syarikat syarikat IPP pada harga lebih tinggi dari pasaran iaitu sebanyak RM18 billion
d) rakyat Malaysia dijanjikan tarif eletrik lebih rendah apabila pembelian dilakukan dalam tahun 2012 tetapi tarif eletrik naik 15% dalam tahun 2014
e) industri strategik tanahair iaitu penjanaan kuasa elektrik boleh dimiliki 100% oleh negara asing
Jika 1MDB tidak pernah ditubuhkan maka kesan yang mungkin rakyat rasai adalah:
a) apabila tamat tempoh konsensi, IPP tersebut boleh dibeli oleh TNB pada harga yang jauh lebih rendah
b) syarikat Malaysia tidak perlu berhutang sebanyak RM18 billion untuk membelinya
c) syarikat milik Malaysia tidak perlu jatuh ke tangan pihak asing dengan lesen konsensi diperbaharui dengan begitu lama sekali
d) para menteri dan pengampu tegar tidak kedengaran begitu bodoh setiap kali bercakap untuk mempertahankan 1MDB
e) industri penjanaan kuasa eletrik tidak perlu diliberalisasi untuk tujuan menyelamatkan 1MDB
Hasil jualan RM9.83 billion bukannya untuk kebaikan rakyat Malaysia. Ianya tidak boleh digunakan untuk membina 2 lagi KLIA atau 8 lagi KLCC atau beratus-ratus sekolah dan hospital.Ianya juga tidak mungkin digunakan untuk membayar konsensi tol pada tahun depan. Ini kerana wang tersebut akan digunakan untuk membayar hutang.
Rakyat tidak dapat apa-apa untung darinya. Sepatutnya kerugian harta berbillion ringgit seperti ini perlu diiringi oleh pemecatan mereka yang terlibat secara langsung. Tetapi malang sekali, orang lain pula yang kena pecat.
Terima kasih Najib Razak!
Source : jebatmustdie

[tian chua tiada hormat kepada tpm dan menteri kdn?] JUMPA ANAK PENCEROBOH, TIAN CHUA UGUT TIMBALAN PERDANA MENTERI?

[tian chua tiada hormat kepada tpm dan menteri kdn?] JUMPA ANAK PENCEROBOH, TIAN CHUA UGUT TIMBALAN PERDANA MENTERI?


"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini saya minta menteri (Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu)."
 – Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

Siapa cabar siapa. Siapa ingatkan siapa!

Dah terbalik kot. Tidak pernah berlaku Menteri Dalam Negeri dicabar dan diminta menarik balik kenyataan, selain mengugut untuk melakukan sesuatu tindakan.

Cabaran itu membayangkan seolah-olah Menteri berkenaan yang juga Timbalan Perdana Menteri melakukan pembohongan besar dan bersifat fitnah.

Kesombongan Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Chua Tian Chang) terserlah apabila meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan yang menuduh dirinya sebagai ‘dalang’ pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.


Beliau selanjutnya mengugut akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini beliau hanya mahu menteri (Dr Ahmad Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu).

Malah dengan angkuhnya Tian Chua menyatakam beliau bersedia untuk dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu itu yang turut dihadiri beliau.

"Kita tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Tian Chua mengakui mereka ke Manila bagi membawa isu hak asasi manusia dan isu kebebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tian Chua membuat kenyataan itu gara-gara Dr Ahamad Zahid menuduh Chua mengaturkan mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel

Timbalan Perdana Menteri mengatakan Tian Chua adalah orang di belakang (pertemuan) yang telah mengatur pertemuan itu.

“Tian Chua orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil 'Kesultanan Sulu' yang kononnya mahu tuntut semula wilayah kesulatan itu hingga ke Sabah.”

Bagi Tian Chua, tuduhan itu adalah liar dan tidak berasas.

Ahli Parlimen Batu itu membidas pendedahan bahawa beliau menjadi dalang yang mengaturkan pertemuan pemimpin parti itu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas, Jacel Kiram, baru-baru ini.

Selain itu,  Tian Chua juga berkata Dr Ahmad Zahid sepatutnya menjawab tujuan sebenar pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang didakwa kerap bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III sebelum ini.

"Jika Zahid menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara, sepatutnya dia meminta pemerintah Filipina tangkap kumpulan Kiram dan hantar ke Malaysia untuk menghadapi dakwaan," ujarnya.

Tian Chua turut membela Nurul Izzah dengan mengatakan anak bekas Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim itu  tidak pernah merancang melakukan pertemuan itu.

"YB Izzah telah menyatakan kesal kerana tidak berhati-hati dan terlepas menyemak senarai tetamu," katanya lagi.

Bagi Dr Ahmad Zahid, beliau tidak akan menarik balik dakwaan bahawa Ahli Parlimen Batu, Tian Chua itu terlibat mengatur pertemuan dengan jurucakap tentera Sulu, Jacel H Kiram di Manila baru-baru ini.

Menteri Dalam negeri itu menegaskan polis akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden PKR itu.

"Tian Chua jangan nafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan aturkan pertemuan dengan Jacel.

Dr Ahmad Zahid tidak mahu Tian Chua menafikan perbuatannya melalui media sebaliknya menjawab kepada polis apabila diminta beri kenyataan dan (buat) penafian di mahkamah bahawa beliau tidak terlibat.

Menteri Dalam Negeri berkata, hanya Tian Chua sahaja tahu apa yang berlaku kerana beliau individu yang bertanggungjawab dalam penganjuran majlis tersebut.

Isu ini jika tidak dilakukan dengan baik akan memberikan kemenangan moral kepada pembangkang – PKR dan DAP – selain mengesahkan bahawa tindakan dua pemimpin pembangkang itu betul.

Malah, kemenangan di pihak Tian Chua akan meletakkan imej Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada tahap yang memalukan kerajaan Barisan Nasional.

Jadi dalam menggendalikan kes ini, polis dan pihak berwajib perlu menjamin imej kerajaan dijaga dan dianggap di pihak yang memang.

Sebarang unsur ‘kekalahan’ atau ‘kebenaran kata-kata Tian Chua bahawa Dr Ahmad Zahid sememangnya membuat tuduhan liar dan tidak berasaskan’ akan meletakkan pemimpin UMNO itu pada tahap yang begitu rendah.

Selain itu, apa tindakan pihak berluasa terhadap kata-kata ugutan oleh Tian Chua yang beliau akan melakukan ‘tindakan lanjut’ terhadap Dr Ahmad Zahid? 

[izzah and tian chua...] 'Sorry' no cure!

[izzah and tian chua...] 'Sorry' no cure!

You are saying that you don't know Jacel Kiram?

Gosh, Tian Chua. You must be kidding. Nurul also was not aware that the lady beside her in the photograph is Jacel?

[panass gunung berapi! senarai bilangan semakin meningkat setiap hari...] ... KETUA CAWANGAN MAHU NAJIB LETAK JAWATAN

[panass gunung berapi! senarai bilangan semakin meningkat setiap hari...]  ... KETUA CAWANGAN MAHU NAJIB LETAK JAWATAN



BERITA baik untuk Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Umno. Kini Ketua-ketua Cawangan BANGKIT memberontak - mendesak Najib meletakkan jawatan.

Nampaknya peluang semakin cerah untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.


24 Oct: 13 Ketua cawangan di Negeri Sembilan mendesak NAJIB berundur.

17 Nov: 14 ketua cawangan di Sepang mendesak Najib meletakkan jawatan

21 Nov: 34 Ketua cawangan dari 5 negeri mendesak Najib meletakkan jawatan

23 Nov: 7 ketua cawangan di Puchong mendesak Najib meletakkan jawatan

23 Nov: 81 ketua cawangan di Johor mendesak Najib meletakkan jawatan

23 Nov: 200 ketua cawangan bercadang mengadakan sidang akhbar untuk mendesak Najib meletakkan jawatan


Bagi kita, ketua-ketua cawangan setakat boleh mendesak dan mendapat sedikit publisiti sahaja kerana bos-bos mereka (Ketua-Ketua Bahagian) amat MENYAYANGI Najib.

[panass berapi!!] RAHSIA DAP MENGAMOK DI P PINANG DAN SELANGOR

[panass berapi!!] RAHSIA DAP MENGAMOK DI P PINANG DAN SELANGOR

    

DAP mengamok serentak di Pulau Pinang Dan Selangor!!! 

Di Pulau Pinang 5 ADUN PKR menolak Bajet DAP dengan cara sinis iaitu berkecuali. Dalam bahasa politik disebut menyokong UMNO. Lalu mengamoklaj Lim Guan Eng dengan menuduh PKR bersekongkol dengan UMNO.

Di Selangor, DAP turut mengamok dengan mendesak Azmin Ali meletakkan jawatan kerana menyokong PAS. Dalam Rahsia politik disebut " Azmin Sokong PAS , PAS Sokong UMNO, bermakna Azmin jua turut pro-UMNO".

Kedua-dua pergerakan politik PKR ini telah dihidu oleh hidung Lim Guan Eng dengan begitu tajam. 

DAP kini kelihatan mahu berdiri sendiri. 

Source : mymassa

[tpm dan menteri kdn sudah hilang hormat? ] JUMPA ANAK PENCEROBOH, TIAN CHUA UGUT TIMBALAN PERDANA MENTERI?

[tpm dan menteri kdn sudah hilang hormat? ] JUMPA ANAK PENCEROBOH, TIAN CHUA UGUT TIMBALAN PERDANA MENTERI?


"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini saya minta menteri (Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu)."
 – Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

Siapa cabar siapa. Siapa ingatkan siapa!

Dah terbalik kot. Tidak pernah berlaku Menteri Dalam Negeri dicabar dan diminta menarik balik kenyataan, selain mengugut untuk melakukan sesuatu tindakan.

Cabaran itu membayangkan seolah-olah Menteri berkenaan yang juga Timbalan Perdana Menteri melakukan pembohongan besar dan bersifat fitnah.

Kesombongan Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Chua Tian Chang) terserlah apabila meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan yang menuduh dirinya sebagai ‘dalang’ pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.


Beliau selanjutnya mengugut akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini beliau hanya mahu menteri (Dr Ahmad Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu).

Malah dengan angkuhnya Tian Chua menyatakam beliau bersedia untuk dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu itu yang turut dihadiri beliau.

"Kita tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Tian Chua mengakui mereka ke Manila bagi membawa isu hak asasi manusia dan isu kebebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tian Chua membuat kenyataan itu gara-gara Dr Ahamad Zahid menuduh Chua mengaturkan mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel

Timbalan Perdana Menteri mengatakan Tian Chua adalah orang di belakang (pertemuan) yang telah mengatur pertemuan itu.

“Tian Chua orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil 'Kesultanan Sulu' yang kononnya mahu tuntut semula wilayah kesulatan itu hingga ke Sabah.”

Bagi Tian Chua, tuduhan itu adalah liar dan tidak berasas.

Ahli Parlimen Batu itu membidas pendedahan bahawa beliau menjadi dalang yang mengaturkan pertemuan pemimpin parti itu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas, Jacel Kiram, baru-baru ini.

Selain itu,  Tian Chua juga berkata Dr Ahmad Zahid sepatutnya menjawab tujuan sebenar pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang didakwa kerap bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III sebelum ini.

"Jika Zahid menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara, sepatutnya dia meminta pemerintah Filipina tangkap kumpulan Kiram dan hantar ke Malaysia untuk menghadapi dakwaan," ujarnya.

Tian Chua turut membela Nurul Izzah dengan mengatakan anak bekas Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim itu  tidak pernah merancang melakukan pertemuan itu.

"YB Izzah telah menyatakan kesal kerana tidak berhati-hati dan terlepas menyemak senarai tetamu," katanya lagi.

Bagi Dr Ahmad Zahid, beliau tidak akan menarik balik dakwaan bahawa Ahli Parlimen Batu, Tian Chua itu terlibat mengatur pertemuan dengan jurucakap tentera Sulu, Jacel H Kiram di Manila baru-baru ini.

Menteri Dalam negeri itu menegaskan polis akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden PKR itu.

"Tian Chua jangan nafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan aturkan pertemuan dengan Jacel.

Dr Ahmad Zahid tidak mahu Tian Chua menafikan perbuatannya melalui media sebaliknya menjawab kepada polis apabila diminta beri kenyataan dan (buat) penafian di mahkamah bahawa beliau tidak terlibat.

Menteri Dalam Negeri berkata, hanya Tian Chua sahaja tahu apa yang berlaku kerana beliau individu yang bertanggungjawab dalam penganjuran majlis tersebut.

Isu ini jika tidak dilakukan dengan baik akan memberikan kemenangan moral kepada pembangkang – PKR dan DAP – selain mengesahkan bahawa tindakan dua pemimpin pembangkang itu betul.

Malah, kemenangan di pihak Tian Chua akan meletakkan imej Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada tahap yang memalukan kerajaan Barisan Nasional.

Jadi dalam menggendalikan kes ini, polis dan pihak berwajib perlu menjamin imej kerajaan dijaga dan dianggap di pihak yang memang.

Sebarang unsur ‘kekalahan’ atau ‘kebenaran kata-kata Tian Chua bahawa Dr Ahmad Zahid sememangnya membuat tuduhan liar dan tidak berasaskan’ akan meletakkan pemimpin UMNO itu pada tahap yang begitu rendah.

Selain itu, apa tindakan pihak berluasa terhadap kata-kata ugutan oleh Tian Chua yang beliau akan melakukan ‘tindakan lanjut’ terhadap Dr Ahmad Zahid? 

Sunday, 22 November 2015

[exposed!! what 1mdb wanted to hide!!!] Reasons why 1MDB’s Edra Energy IPO failed to be listed..

[exposed!! what 1mdb wanted to hide!!!] Reasons why 1MDB’s Edra Energy IPO failed to be listed..

Some people tried to lie their way out by giving flimsy reasons and by blaming other people for 1MDB’s failure in listing its IPP assets, the Edra Energy Group for the past 2 years.
But there were specific reasons why the listing  did not come through since 2013.
The sock puppet of Najib Tun Razak, Arul Kandain his recent press conference with the media stated that the proposed IPO targeted in November 2013 did not materialise because they have just bought the IPPs in 2012 and needed time to harmonise the group; therefore they discovered that the November 2013 deadline was unrealistic.
That was just a bogus excuse.
After losing RM5 billion cash in their first business venture with that dodgy Petrosaudi company in 2009 and gaining nothing in return except for some worthless units, 1MDB needed to raise money fast by venturing into the energy sector. That initial RM5 billion was obtained through shariah bond guaranteed by the Government but by they year 2011, they did not get any cash returns for it, only units. Hence they were unable to reuse that investment to buy other assets.
So how did they buy the IPPs? By getting another USD3.5 billion loan! This time it was guaranteed by an arab company called IPIC. Consequently, they then have the cash (new debt) to spend freely again.
But they bought 3 old IPPs above market prices and thought that they could raise enough cash to cover the first hole (PetroSaudi failed investment)and the second hole they just created (that USD3.5 billion loan) through the IPO listing of their IPPs.
Right from the beginning, as soon as they had purchased those IPPs in 2012, they had announced that an IPO will take place in 2013. This was their own target and presumably, it was made after a diligent business plan and financial model been deliberated. For a multi billion company making plans without being cognisant of their own capabilities and future direction is surely not an efficient way to run it. They might end up like a failed business model! (which they are)
Hello everyone! I am here to make a fool of myself! But I don't care since my salary is huge!!
Hello everyone! I am here to make a fool of myself! But I don’t care since my salary is huge!!
The Malaysian taxpayers was swindled about USD1.83 billion by that joint venture with PetroSaudi and surely 1MDB will not make the same mistakes again. But stupidity has no limit.
The real reason why they failed to list Edra Energy was because they had failed to sign and submit their 2013 audited accounts on time.
The real fact is, their auditor (KPMG) had refused to sign off the financial statements because of the USD1.83 billion fiasco made for the PetroSaudi joint venture.
1MDB’s financial year ends every 31st March and financial statements must be signed off within the next 6 months (30th September is the deadline).
KPMG could not determine and confirm the value of those mythical units and their audit partners were not comfortable enough to proceed in giving the audit report an unqualified opinion. Having a qualified audit report would have been a disaster for a multi billion debt laden company like 1MDB.
1MDB failed to submit their accounts on time, the draft prospectus for the IPO could not be lodged on time and the November 2013 deadline for the IPO listing was not met.
By year end 2013, 1MDB sacked KPMG and appointed Deloitte. As an effort to get their new auditor to sign the accounts, Deloitte actually had to dedicate 6 pages in the audit reportabout “Critical Accounting Judgements and Key Sources of Estimation Uncertainty” – regarding the dodgy units and other issues, presumably to cover the audit firm.
Note that in June 2015, the Finance Minister II claimed that the termination of KPMG was a normal process of audit rotation. We had claimed that he was lying on national TV, and the new revelation from investigative documents have revealed that indeed they were sacked.
Since the Prime Minister is also the top boss of 1MDB, they got a 6-months extension by the CCM to submit their accounts. This should have raised red flags across the financial market and indeed people are getting worried about the debt laden 1MDB and its going concern.
This was entirely 1MDB’s fault. The USD1.83 billion cash is gone and it has caused a domino effect in 1MDB’s other businesses.
Their second target mentioned by Arul Kanda was November 2014.
This joker (who could not even differentiate between cash and assets), mentioned that 1MDB needed to buy more assets before they could do a listing.
This was just another bogus attempt to fool the public and we are amazed how the media did not even question him further on this ridiculous statement. Having RM18 billion worth of IPP assets is not enough for it to be listed? If 1MDB had wanted to buy more IPP assets before it could be listed, then at what point should they stop buying assets? At RM20 billion? RM40 billion?
If you had planned to buy more assets before listing them, then why did you announced to list it in November 2013 initially?
The real reason why they failed to have an IPO in November 2014 is because they have failed to meet the deadline in submitting their audited financial statements again! They had to lodge prospectus in September 2014 but failed to do so.
Deloitte wanted evidence from 1MDB about the value of those units which 1MDB could not provide. As a solution, 1MDB and Deloitte met halfway by getting a third party – IPIC to guarantee those units that was borne from the PetroSaudi joint venture fiasco.
This is akin to putting your RM1,000 into an ASB unit trust account but after some time, you can’t be sure if RM1,000 is still there, you simply had to get a third party to guarantee it!
On top of that, those units were classified as third class assets. In other words, assets where their market value cannot be absolutely determined.
Their audited accounts was only available in November, a delay of two months. Also, they had to buy back the 49% option given to IPIC’s subsidiary called Aabar before they could even list Edra Energy.
Note that in both occasion, the delays were not caused by brickbats or the opposition or even by Tun Dr Mahathir.
It was entirely due to the stupidity and inefficiency of 1MDB top management which precipitated in the failure of their IPO plans.
The fact that they tried to blame everyone else for their inability to repay debts, the loss of USD1.83 billion and the potential decrease of RM52 billion in assets to RM12 billion is shocking.
Arul Kanda even gave an absurd answer as to why 1MDB amassed so much debts just to buy assets. He said:
“it creates a certain discipline in the company, and allowed the government to use its funds for other purposes, such as development for the people.”
Pray tell what kind of discipline has 1MDB shown since 2009? From evidence, we can safely say that 1MDB has no discipline at all. They lost and bungled their first investment venture, but learned no lessons out of it, took another huge loan and then failed to recoup any returns for it.
In the end, the people had to fork out money for 1MDB and lost nearly everything they originally had. Why is 1MDB and the people in it so stupid?
Why can’t you people be honest for once, stop blaming other people, stop issuing stupid statements and then resign honorably?
Too dumb to be a good, honorable person?
The thing is, people had predicted that 1MDB will become financial disaster (losing up to RM40 billion of assets just to pay debts is indeed a disaster).
Below is what Tony Pua (of all people) had written about 1MDB back in 2012:
What is of greater concern however, is the manner which 1MDB is financing its business and operations, which is funded entirely by debt guaranteed by the Federal Government.
The last time it took a RM5 billion debt, it invested RM4.2 billion in a speculative PetroSaudi Joint Venture with PetroSaudi International company for an oil exploration project. However, within 6 months, 1MDB converted its 40% investment in the joint venture into an 11-year loan to a company whose “track record” stretched back only to 2005.
The PetroSaudi stunt left 1MDB with very little cash for its new projects awarded without tender, by the Federal Government – the 160ha Bandar Malaysia in Sg Besi and the RM26 billion Kuala Lumpur International Financial District. Hence as it stands, 1MDB is already in need to secure further financing to develop these 2 mega projects.
Now, with the new RM8.5 billion investment in Tanjong Energy, there is absolutely no question that 1MDB will be the most leveraged company in Malaysia, with the risk entirely bourne by the tax-payers. With absolutely not expertise or experience in oil and gas, property development and now, the power generation sector, 1MDB is setting itself up to become Malaysia’s mother of all bail-outs. If it happens, it will be a disaster of epic proportions to our financial sector which will trigger possibly the worst economic crisis the country has ever faced.
The Prime Minister and Finance Minister, Datuk Seri Najib Razak must present an official ministerial paper to Parliament when it sits in the session commencing next week.Brakes and risk management measures must be put in place to prevent the country from falling headlong into financial disaster.
Source : jebatmustdie 

[jangan baca yaa..artikel meloyakan untuk dibaca]...Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya

[jangan baca yaa..artikel meloyakan untuk dibaca]...Cerita Arul Kanda Untuk Yang Percaya


A Kadir Jasin
RAMAI warga Internet anggap bahas seorang diri Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, (Encik) Arul Kanda Kandasamy (AKK), pada 11 November lalu sebagai auta.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Cerita ini panjang dan saya cuba kisahkan dalam bahasa dan cara paling mudah dengan harapan pembaca yang kurang faham hal perniagaan boleh faham.

Mula-mula sekali, saya tak akan ikut tuduh AKK auta pasal apa yang auta kepada sesetengah warga Internet mungkin kebenaran mutakhir kepada ramai ahli dan penyokong Umno.

Tapi saya percaya ramai juga ahli dan penyokong Umno yang tak percaya. Agaknya kerana itulah makin ramai yang gesa Presiden merangkap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, letak jawatan.


Ahli dan pemimpin Umno khusuk dengar AKK
Saya ajak para pembahas dan pembaca pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Kita kena ingat, ceramah korporat AKK itu ditujukan khusus kepada orang yang tak faham hal perniagaan korporat dan kewangan canggih.

2. Janganlah kita pandang rendah orang kampung, orang Felda dan orang PPRT yang tak faham “high finance” (kewangan canggih) dan tak tahu apa bendanya bon dan sukuk, saham dan derivatives, kewangan luar pantai dan mengubahan wang haram (money laundering).

3. Orang lulus universiti pun tak tahu kalau mereka tak belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan perniagaan korporat.

4. AKK tahu, orang yang belajar ekonomi, kewangan, perakaunan, perbankan dan korporat pun kalau mereka tak amal kewangan, perancangan korporat dan perakaunan tak akan faham kaedah-kaedah pembiayaan yang 1MDB amalkan. Jadi dia boleh berdolak-dalik, selindung di sebalik jargon dan retorik untuk kabui mata orang ramai.

5. AKK hanya boleh bercakap mengenai ringgit dan sen dan bertanggungjawab ke atas 1MDB hanya apabila dilantik jadi Presiden dan PUK 1MDB pada 5 Januari lalu. Itu pun dia terpaksa mengaku siasatan ke atas 1MDB telah dedahkan masalah pentadbiran. Sama ada ada unsur jenayah atau tidak itu bukan kuasa AKK untuk tentukan.

6. Dia tak berhak dan tak berkedudukan untuk cakap mengenai “politik” 1MDB. Dalam hal 1MDB ini, politik lebih penting daripada perniagaan dan yang boleh jawab atau wajib jawab adalah Perdana Menteri tapi dia tak jawab.

7. 1MDB adalah permainan korporat (corporate play) Mohd Najib. Dialah yang ubah Terengganu Investment Authority (TIA) jadi 1MDB pada tahun 2009.

8. Kisahan popular (popular narrative) mengenai 1MBD di kalangan ahli Umno adalah ia ditubuhkan untuk mencari dana bagi membiayai Umno, khususnya masa pilihan raya.

9. Jalan cerita ini mula disedari dan jadi terkenal apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku (asalnya Teuku) Adnan Mansor beberapa bulan lalu sifatkan 1MDB sebagai angsa bertelur emas. Ikut cerita itu, Mohd Najib tak mahu Umno dan Barisan Nasional bergantung kepada derma korporat untuk biayai parti dan kempen pilihan raya. Kononnya dia tidak mahu bergantung dan seterusnya terhutang budi kepada tauke Cina, Melayu dan India.

10. Yang jadi masalah 1MDB adalah syarikat milik negara, dibiayai oleh dana pembayar cukai dan sebahagian hutangnya dijamin oleh kerajaan. Ia bukan syarikat milik Umno macam Utusan Melayu Berhad atau syarikat wakilan (proxy) macam Media Prima Berhad.

11. Ini saja sudah cukup untuk buktikan kepada orang ramai yang faham undang-undang iaitu penubuhan 1MDB dengan tujuan buat duit untuk Umno dan Barisan Nasional adalah melanggar undang-undang.

12. Malah  “derma” yang dilabelkan sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu pun bercanggah dengan prinsip kerana 1MDB tak buat untung manakala kerugian dan hutangnya yang sangat besar. Bagi tahun perniagaan berakhir 31 Mac 2014, 1MDB rugi RM665.36 juta dengan hutang lebih RM42 bilion.

13. Cara 1MDB berniaga pula banyak tak tepati piawaian dan peraturan bersabit perakaunan dan kewangan seperti yang dah didedahkan oleh Bank Negara berkaitan penghantaran modalnya ke luar negara. Tugas AKK adalah halalkan yang haram dan sahkan yang salah.

14. Kalau 1MDB sebuah perniagaan biasa dan berurus niaga ikut lunas-lunas korporat, ia tentulah tak alami kesukaran untuk mengaudit akaunnya. Tetapi boleh dikatakan setiap tahun 1MDB terlewat serah akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan beberapa kali tukar juruaudit luarnya. Untuk tahun kewangan 2014/15, 1MDB masih belum hantar laporan kepada SSM dan terpaksa minta tangguh enam bulan.

15. Kisahan yang kata Mohd Najib tak guna duit negara untuk kepentingan sendiri bukanlah hujah pembelaan diri. Dalam undang-undang jenayah, niat yang baik tak halalkan cara yang salah. Maksudnya, walaupun tujuan Mohd Najib betul tapi cara yang dia guna salah maka dia tetap salah.

16. Dolak-dalik berkenaan siasatan dan pendakwaan ke atas 1MDB dan sebuah lagi syarikat Kementerian Kewangan bernama SRC International kukuhkan lagi syak wasangka bahawa ada banyak perbuatan salah yang nak disembunyi.

17. Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi (AZH) dilapor berkata lima orang yang dikehendaki berkaitan penyiasatan1MDB/SRC International tak dapat dikesan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Kita terkejut pasal kita tak dengar pula Malaysia minta Interpol kesan watak-watak ini. (Nik Faizal Nik Ariff Kamil, (Datuk) Suboh Mohd Yassin, Jho Low, Casey Tang dan Jasmine Loo). Yang kita tahu adalah Malaysia minta Interpol tangkap Clare Rewcastle Brown, Pengarang Sarawak Report, tapi ditolak oleh Interpol.

18. Maaf cakaplah kalau saya kata, sekiranya AZH nak yakinkan khalayak Umno, Felda dan PPRT berkenaan watak-watak tersebut, boleh jadi lebih masuk akal kalau dia kata, lima orang itu tak boleh dikesan pasal kena sembunyi orang bunian.

19. Yang banyak orang dah tahu ialah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dah “berjumpa” dengan sesetengah atau semua watak-watak yang AZH rujuk itu. Malah seorang wakil Jho Low kata, tauke Cina Malaysia dari Pulau Pinang itu terus berhubung dengan SPRM. Nampak macam AZH tak berapa tahu atau cuba kelam-kabutkan lagi keadaan.

20. Yang kita tahu, SPRM dah jumpa dengan peguam Nik Faisal (cucu Allahyarham Tan Sri Nik Kamil, bekas Speaker Dawan Rakyat) tapi dia hanya sekadar bagi kenyataan bertulis dan enggan disoal siasat. Kalau betul maka jalan ceritanya samalah dengan apa yang dikatakan oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali dalam temu ramah dengan Malaysian Insider iaitu bagi kenyataan bukan soal siasat.

21. Kenyataan Mohamed Apandi dan apa yang kita dengar terjadi dalam pertemuan SPRM dengan Nik Faisal bagi gambaran bahawa watak-watak itu sedang diajar (coach) oleh orang tertentu untuk buat kenyataan yang serupa (corraborative statement) mengenai apa yang sedang disiasat. Tak susah nak teka siapa dia.

22. Namun saya yakin tak semua watak-watak yang dikehendaki itu, misalnya Jho Low, Tang dan Loo, sanggup jadi kambing korban semata-mata untuk selamatkan Mohd Najib. Mereka tentu sedar yang Mohd Najib tak akan berkuasa selama-lamanya sedangkan mereka sendiri masih muda dan hanyalah pelakon tambahan dalam drama 1MDB.

23. Saya berpegang kepada kesimpulan saya sebelum ini iaitu kalau Mohd Najib tak buat salah dan nak bersihkan namanya, dia patut arah Mohamed Apandi bawa kes SRC International ke mahkamah. Di sana dia boleh buktikan dia tak bersalah dan dianiaya. Lepas itu dia boleh saman semua orang yang aniaya dia.

24. Dia dan peguam-peguam dia kena berhenti berdolak-dalik berkenaan ancaman nak saman surat khabar Amerika, Wall Street Journal (WSJ). Dolak-dalik mereka hanya kukuhkan andaian mereka takut nak sanggah dakwaan WSJ.

25. Rasa-rasanya Mohd Najib termasuk perangkap sendiri bila dia ancam saman WSJ. Tujuan awal dia nak tunjuk berani kepada khalayak di Malaysia, kononnya dia tak bersalah dan apa yang WSJ lapor itu bohong dan fitnah semata-mata.

26. Sekarang dia tersepit. Kalau dia teruskan saman, boleh jadi lebih banyak rahsia akan keluar. Tapi yang dia paling takut ialah kedudukan anak tirinya, Riza Abdul Aziz, yang menetap di Amerika. Riza adalah anak (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Masor dengan suami pertamanya. Mohd Najib juga tentu takut Jho Low pecah di mulut. Besar kemungkinan SWJ akan sepina Riza dan Jho Low sebagai saksi.

27. Di gelanggang politik pula, Mohd Najib terus dicaci dan dihina. Dalam parti akar umbi seperti Umno, peranan cawangan sangat penting. Tindakan terbuka beberapa buah cawangan gesa Mohd Najib letak jawatan PM dan Presiden parti adalah cacian dan penghinaan yang sangat teruk.

Nota Kaki: Puan Puti Seno adalah gelaran anugerah tertinggi suku Minangkabau Sumatra yang beliau terima tahun lalu iaitu “Darjah Kebesaran Kerabat Yang DiPertuan Gadih Minang”.

Wallahuaklam.