NUFFNANG

Sunday 13 March 2016

NAJIB TERDESAK, KINI KU LI TEMPAT MENGADU

NAJIB TERDESAK, KINI KU LI TEMPAT MENGADU


Menurut Tengku Razaliegh Hamzah, Najib Razak BERTEMU beliau 2 hari lalu.

Berikut komen Ku Li mengenai pertemuan tersebut:

“Saya beritahu dekat dia (Najib), kita (Ku Li dan Najib) kena buat sesuatu dan dia mesti menjawab soalan-soalan ini supaya kita dapat ‘matikan’ segala spekulasi dan tohmahan yang mungkin akan menjejaskan kehidupan rakyat... Kerana dia kini berada di puncak pemerintahan negara. Najib kata dia ada cadangan untuk menyelesaikan masalah terbabit tetapi dia tak beritahu saya semua sekali. Parlimen juga akan membincangkan hasil laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara. Kita tidak tahu sejauh mana laporan itu kerana masih dirahsiakan dan jawatankuasa akaun Parlimen masih menyelidiki laporan yang sampai kepada mereka. Saya percaya kalau ini boleh menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh rakyat dan pihak luar negara saya rasa akan meredakan sedikit keadaan ini. Tetapi kalau kita tidak memberi jawapan yang boleh mematikan atau memadamkan spekulasi ni saya rasa susah juga kita nak menghadapi masalah ini.” 
 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ku-li-yakin-najib-dapat-selesai-kemelut-negara-1.199812

KESIMPULAN JELAPANG

1. Najib sudah dipinggirkan oleh orang lama dan berpengaruh di dalam Umno diketuai Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, hanya kepada Ku Li Najib dapat mengadu. Yang memegang jawatan sekarang hanya menunggu KESEMPATAN. Sudah menjadi adat di dalam Umno, hari ini 188 Ketua Bahagian menyokong, ESOK MUNGKIN TINGGAL KOSONG.


2. Najib di dalam ketakutan. Takut kepada laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen.


3. Najib buntu. Tidak ada jawapan kepada isu sekarang. Jika benar seperti kata Najib beliau ada cadangan untuk menyelesaikan masalah, sudah lama isu ini diselesaikan. Sehingga hari ini kesemua isu melibatkan Najib dijawab dengan cara PUTAR BELIT dan pembohongan.

4. Najib takut kepada imej buruk beliau di luar negara. Bagi Jelapang, imej Najib sudah tidak penting dan telah lama buruk. Yang amat penting sekarang ialaj imej negara di mata dunia dan Islam. Berdekad negara dihormati dunia, ketika masalah kewangan, ketika konflik Bosnia, tetapi hari ini Malaysia hanya menjadi bahan kejian dan tertawa.

5. Najib terdesak.

No comments: