NUFFNANG

Friday 25 March 2016

[najib and the gang!...] ...Pecat Tun M dari jawatan umpama ‘membunuh diri’

Pecat Tun M dari jawatan umpama ‘membunuh diri’

Ia hanya akan membolehkan Dr Mahathir bebas untuk menjelajah bagi meneruskan perjuangannya.
VIDEO INSIDE
sanusi
KUALA LUMPUR : Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid berpendapat, langkah memecat Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan yang masih dipegangnya di Yayasan Kepimpinan Perdana dan Proton diibaratkan seperti mahu `membunuh diri’.
Beliau berkata, tindakan itu akan membolehkan bekas Perdana Menteri itu ‘bebas untuk menjelajah’.
“Pada pendapat saya, Mahathir tak peduli pun, tak rugi pun (dipecat). Kalau beliau tidak mempunyai apa-apa posisi, dia bebas menjelajah.
“Sekarang beliau terpaksa kerja. Mahathir ini, jenis orang yang suka bekerja, kalau awak bagi dia kerja, dia kerja. Memecat Mahathir dari posisi yang dipegang umpama bunuh diri kerana beliau mempunyai tujuh hari untuk `berjalan’,” katanya dalam satu wawancara bersama Free Malaysia today di pejabatnya kelmarin.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai langkah yang akan terjadi sekiranya kerajaan memecat Dr Mahathir daripada jawatan yang ada kaitan dengan kerajaan yang masih disandangnya itu.
Awal bulan ini, kerajaan bertindak memecat jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas kerana penglibatannya dalam Deklarasi Rakyat.
Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Kedah itu turut percaya pemecatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas akan memberikan impak yang negatif kepada badan berkaitan kerajaan tersebut.
Katanya, mana-mana individu yang menggantikan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Petronas tidak mampu melakukan apa yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu kerana beliau telah melakukan banyak sumbangan kepada syarikat berkenaan.
“Pastikan sahaja, penggantinya tidak memberikan konsesi milik Malaysia kepaada negara lain,” ujarnya.
Sanusi turut ditanya pihak yang dikhabarkan akan menjadi Pengerusi Petronas iaitu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.
“Secara tradisi, Pengerusi Petronas ialah bekas Perdana Menteri dan hanya ada dua bekas Perdana Menteri lepas ni Pak Lah paling layak.
“Mungkin selain Pak Lah, Najiblah yang paling layak jika dia diturunkan,” sindirnya.

source : fmt

No comments: