NUFFNANG

Thursday, 10 March 2016

KALAU BANGANG PUN, JANGANLAH DUA KALI...

KALAU BANGANG PUN, JANGANLAH DUA KALI...

Sebenarnya kalau tidak sebab beberapa faktor kemanusiaan, aku dah boleh ketawa terbahak bahak melihat segelintir lagi pemakan dedak yang tidak baca Deklarasi tetapi ulasan panjang lebar, melalut lari dari tajuk...

Macam Mukhriz dok cakap... "Awak nama apa ?" tapi jawapan yang dapat... "Saya dari Arab"'', tu yang Mukhriz kata bangang...ada orang bangang tersentuh hati le pula...

Baca deklrasi...
tapi dok pusing cerita kenapa Tun duduk sepentas dengan Lim Kit Siang...tu kan persaolan bangang.

Lim Kit Siang pun duduk berdepan dengan Najib di dalam parlimen...berbahas dan berhujah...adakala setuju adakala tak setuju dengan Najib.. tak ada persaolan pun ?

Kena ingat, Jho Low pun DAP juga, siapa yang duduk semeja, sekapal dan sekatil dengannya?

Pembangkang, Lim Kit Siang adalah sebahagian dari yang sah di bawah Perlembagaan Persekutuan malah lebih diterima oleh rakyat Malaysia berbanding dengan MCA.

Bersetuju dalam sesuatu perkara dengan DAP bukan satu dosa poilitik, bermuafakat dengan kapir dalam sesuatu hal untuk kebaikan rakyat lebih mulia dari tindakan pemimpin Islam yang menipu orang Islam.
Tak gitu?

Jadi tak perlulah buat kerja bangang dua kali, tak perlulah nak kaberap dosa dan penipuan pemimpin kamu dengan terpaksa fitnah Tun pula...

Tun berjuang untuk pastikan Mukhriz jadi PM... ni satu lagi tuduhan buat aku tak kering gusi melihat setakat mana bodohnya mereka berfikir....
Pertamanya kerana masih ramai yang berkelayakan.

Jangan tonjolkan nama Mukhriz... Jangan sampai ada yang tersentuh hati jika nama nama seperti Zahid, Kj, Hishamuddin, Ku Nan, Ahmad Bashah, Ahmad Maselan, Nazeri,  Salleh Keruak tidak disebut bakal PM..

Keduanya untuk jadi PM lazimnya kena jadi Presiden UMNO terlebih dahulu...
Masih banyak halangan dan rintangan dan tiada jalan pintas buat Mukhriz..

Deklarasi bukan soal Mukhriz atau Muhyiddin, tetapi undurkan Najib dan yang tolol tolol di sekelilingnya...

Secara ikhlas aku mahu Najib kekal dan menang tetapi atas kebenaran....

Jika tidak, dia akan tersungkur sendiri...faktornya bukan sebab Mahathir atau sesiapa sahaja.

Tersungkur jika tidak amanah .. Najib hanya berlawan dengan masa, bukan dengan Tun.

No comments: