NUFFNANG

Friday 18 March 2016

[memalukan! pm malaysia paling pengecut!]...Mohd Najib Lari Dari Wartawan

[memalukan! pm malaysia paling pengecut!]...Mohd Najib Lari Dari Wartawan


A Kadir Jasin



 KALAU kita mendalami peristiwa “serang hendap” wartawan Badan Penyiaran Australia (ABC) terhadap Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak, pada 12 Mac lalu di Kuching dan tahu latar belakangnya, kita tidak akan terperanjat.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Wartawan Linton Besser dengan lantang bertanya mengenai dakwaan duit ratusan juta dolar dalam akaun peribadi Perdana Menteri. [Boleh tonton di sini.]

Sebenarnya itulah cara yang masih ada bagi wartawan mendapatkan maklumat terus daripada Mohd Najib, melainkan wartawan itu daripada media arus perdana (MAP) tempatan.

Itu pun, dalam temu ramah khas yang diatur lebih awal penemu ramah diberi taklimat apa yang haram, wajib, sunat dan makruh ditanya. Soalan perlu dikemukakan lebih awal.

Temu ramah televisyen pula akan dirakam dan disunting sebelum disiarkan. Kalau ada isu yang sensitif, yang dijemput melakukan temu ramah bukan wartawan tetapi profesional bidang berkenaan. Terketar-ketar si penemu ramah bertanya soalan pra-rancang.

Ahli ekonomi Charon Mokhzani temu ramah Najib
 Dulu, pada zaman yang disifatkan oleh media propaganda Mohd Najib sebagai tidak bebas dan autokratik, khususnya era Tun Dr Mahathir Mohamad, wartawan bebas tanya soalan. Sidang akhbar menjadi darah daging media massa.

Habis sangat soalan tak dilayan atau wartawan kena herdik. Saya pernah diherdik di hadapan khalayak di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada tahun 1981 oleh Allahyarham Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie aka King Ghaz kerana dituduh “menyerang hendap” beliau - lebih kurang macam krew ABC lakukan terhadap Mohd Najib.

Lepas itu dengan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Allahyarham Tun Ismail Mohammad Ali, juga pada tahun 1981.

Alhamdulillah, akibat daripada peristiwa itu kedua-dua mereka menjadi kawan baik saya hingga ke hujung usia mereka. King Ghaz mengajar saya mengenai politik, perang saraf dan diplomasi. Ismail mengajar saya ketelusan dan amanah, perbankan dan pelaburan.

Najib Elak Wartawan

Sekarang tidak ada cara lain “menemu ramah” Mohd Najib selain menyerang hendap. Ketakutan telah menyebabkan beliau mengelak bersemuka dengan wartawan.

Menurut beberapa orang pengarang MAP, Mohd Najib sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar. Ada tidak pun ketika lawatan rasmi ke luar negara. Itu pun hanya dengan para pengarang yang mengiringi beliau.

Untuk pengesahan, saya menghantar pesanan ringkas berikut kepada salah seorang setiausaha akhbar beliau: “Assalamualaikum. Apoplogies. Needs official confirmation. MSM editors told me, PM has not been holding PC or talk to reporters on the sideline. For my blog. Tq. A Kadir Jasin.”

(Assalamualaikum. Mohon maaf. Perlu pengesahan rasmi. Pengarang MAP memberitahu saya, PM tidak lagi mengadakan sidang akhbar atau bercakap kepada wartawan selepas majlis. Untuk blog saya. Tk. A Kadir Jasin.)

Tidak ada jawapan daripada beliau.

Mohd Najib dan pengawas media beliau takut kalau-kalau ada wartawan yang berani bertanya soalan menakutkan berkenaan skandal 1MDB, RM42 juta wang SRC International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

Kemungkinan hal itu berlaku amat kecil kerana pengarang MAP sudah pun diberi taklimat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh ditanya. Manakala wartawan MAP pula tahu kalau mereka bertanya soalan sensitif mereka pasti akan dikenakan tindakan dan laporan mereka tidak akan disiarkan.

Kisah Zaman Dulu

Teringat saya kepada saat-saat terakhir Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera sebagai Perdana Menteri pada tahun 1969/70.

Walaupun menghadapi kempen dari dalam dan luar Umno untuk memaksa beliau meletakkan jawatan, Tunku tidak pula menyisihkan diri daripada wartawan.

Sebaliknya wartawan yang menyisihkan diri daripada beliau. Kalau sebelum itu sidang akhbar dan lawatan beliau dilaporkan oleh pengarang dan wartawan kanan, apabila kempen menjatuhkan beliau terjadi, pengarang dan wartawan kanan diarahkan agar tidak lagi memberikan beliau keutamaan.

Walaupun dipulau Tunku tidak lari dari wartawan
Sebaliknya prioriti liputan diberikan kepada Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Gerakan Negara (NOC).

Tetapi Tunku tetap Tunku. Sama ada kepada pengarang dan wartawan kanan atau pemberita kadet beliau memberi layanan yang serupa – mesra, tanpa kasta dan penuh lawak jenaka.

Waktu itu saya pemberita kadet di Bernama dan banyak membuat liputan kegiatan beliau di Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang. Kemanusiaan dan rendah diri Tunku tidak ada tolok bandingnya. Moga-moga rohnya diberkati.

Kesimpulannya, kalau mahukan komen terus daripada Mohd Najib kenalah jadi warga MAP atau lakukan serang hendap terhadap beliau macam yang dilakukan oleh wartawan ABC.

Berkenaan respons lisan dan fizikal PDRM terhadap serang hendap ABC itu, saya serahkan kepada para pembahas dan pembaca mengadilinya. Hanya perlu tonton video YouTube yang saya pautkan.

Wallahuaklam.


No comments: