Konspirasi menutup salahlaku Najib Razak
Sejak beberapa bulan yang lalu, seakan terdapat satu konspirasi besar untuk menutup salahlaku jenayah Perdana Menteri.
Tun Dr Mahathir sudah menulis dengan panjang lebar mengapa rakyat Malaysia mahukan dia letak jawatan.
Blog ini juga sering kali telah membidas Perdana Menteri akibat penyalahgunaan kuasa yang telah banyak beliau lakukan agar tidak kehilangan kuasa.
Walaupun Tun Dr Mahathir mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dengan memberi berpuluh puluh sebab sebagai pemangkin untuk menyingkirkan Najib Razak, rakyat Malaysia tidak perlu pelbagai sebab untuk itu.
Bagi majoriti rakyat Malaysia, penipuan yang dilakukan oleh Najib Razak apabila berita kemasukan RM2.6 billion terbongkar sudah cukup bagi Perdana Menteri kehilangan moral untuk menduduki kerusi tersebut. Di dalam video di bawah, Najib Razak tidak mengaku menerima wang berbillion-billion di dalam akaun peribadinya.
Malah konspirasi yang dilakukan oleh juak juak Najib Razak amat memualkan dan nampak bodoh apabila satu demi satu alasan yang diberi terbongkar sebagai penipuan.
Di bawah adalah satu coretan dari seorang rakyat Malaysia yang sudah hilang kepercayaan terhadap Najib Razak:
DERMA – coretan dari Reza ZainalKatalah awak seorang PM sebuah negara dan awak dapat derma politik drp satu individu berjumlah RM1 billion.Pertamanya awak akan insist yg duit itu kena masuk akaun parti pasal seribu juta adalah wang yang terlampau banyak.
Katalah penderma mahu awak masukkan kedalam akaun persendirian jugak.Ok, awak bersetuju TETAPI awak akan inform majlis tertinggi parti atau sekurang-kurangnya Timbalan President tentang duit itu supaya Timbalan Presiden selaku Timbalan Perdana Menteri tahu.Oleh kerana Malaysia bukan negara BAPAK awak, awak akan memaklumkan derma itu kepada Bank Negara dan SPRM supaya mereka tahu.Dan demi menjaga maruah dan integriti parti, surat kebenaran BN dan SPRM telah diperolehi sebelum awak menggunakan wang itu.Lepas itu perbelanjaan duit itu hendaklah diaudit Bendahari parti.Ini semua langkah kalau IKHLAS dan berniat baik.Tetapi apa yg berlaku pada duit so-called derma RM2.6 billion PM..??Pertamanya bukan dia yang memecahkan berita tetapi akhbar asing yg melaporkan tentang duit 2.6 billion itu.Keduanya, Timbalan Presiden Parti UMNO selaku TPM pun tak tahu langsung mengenai duit itu.ZERO KNOWLEDGE.Kalau PM tetiba meninggal dunia, macam mana..??Takkan balu PM mewarisi duit derma yg sebegitu banyak..?Lepas itu PM (saya ade video) menafikan yg dia mempunyai duit sebegitu banyak di dalam akaun peribadinya di Malaysia.Saya sukar mempercayai mana-mana pembesar UMNO tahu mengenai duit itu termasuk TPM sekarang kerana mereka semua bercanggah mengenai duit itu.TPM sekarang cakap duit adalah derma sekumpulan penderma, AG cakap seorang individu, ade cakap utk lawan ISIS dan ade cakap utk lawan DAP.Semua tak boleh pakai.Lepas itu kes dah meletop barulah SPRM nak menyiasat.Inilah di antara sebab-sebab saya TIDAK BOLEH menyangka baik Perdana Menteri saya.Sebab ia melanggar banyak check and balance yang wajib dilaksanakan dan terutamanya ia tak masuk akal fikiran orang yang berfikir.Sekian.
Ada juga rakyat Malaysia yang memberi beberapa faktor mengenai kegoyahan Najib Razak dan para pengampunya terhadap Deklarasi Rakyat..
“KAMI TAK GENTAR DEKLARASI MAHATHIR”Tapi kalau tak gentar, kenapa cybertroopers (cytro) UMNO kini galak menggunakan angle (sudut) berikut:1. Tun Mahathir kononnya ‘bersetongkol’ (pinjam perkataan Azalina) dengan musuh musuh agama, pejuang LGBT, kumpulan menggalakkan murtad, anti Melayu dan sebagainya.2. Menampilkan ‘smear tactics’ dengan mengungkit kembali segala ‘kesalahan’ yang dilakukan Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Ini termasuk memperlecehkan pencapaian individu seperti Syed Saddiq yang kononnya “bukanlah pandai sangat pun”.3. Syed Saddiq dihalang memberi ceramah di universiti.4. UMNO mempertingkatkan operasi cytro di bawah kelolaan Dato’ Ahmad Maslan yang merupakan Ketua Biro IT UMNO.5. Memperbanyakkan serangan ‘ad hominem’ (menyerang individu dan bukannya argumen individu tersebut) terhadap Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato Sri Mukhriz dan individu/organisasi yang menyokong seperti Syed Saddiq dan Challenger.6. Cytro memaki hamun dan penggunaan perkataan lucah. Kali terakhir saya lihat begini banyak maki hamun dan perkataan lucah oleh cytro UMNO ialah ketika Pakatan Rakyat (R.I.P) lantang bergerak dengan bantuan RBA dan seumpamanya.7. Bertindak agresif menggunakan sentimen melampau dan menghasut dalam rancangan menganjurkan demonstrasi ‘Baju Merah’. Cuba baca posting yang berkaitan. Perkataan ‘rusuhan’, ‘darah’, ‘belasah’ dan segalanya yang nak menunjuk ‘brawn over brains’ a’la ahli gusti WWE.8. Menggunakan ‘fear tactics’ seperti mendedahkan bagaimana PM hampir diculik, Melayu akan merempat di negara sendiri, ekonomi negara akan hancur, rusuhan kaum akan berlaku dan seumpamanya.9. Terkini 11/3/2016: Tun Mahathir ditamatkan perkhidmatan sebagai Penasihat PetronasDalam kesembilan poin berkenaan, amat sedikit atau hampir tiada langsung disentuh KANDUNGAN Deklarasi Mahathir. Hanya segelintir saja blogger pro-UMNO yang saya nampak mengupasnya. Itupun tidak begitu diviralkan oleh cytro UMNO yang lebih gemar ‘lari topik’ dengan menggunakan poin poin di atas.Jadi betulkah hangpa tak gentar ni? Ceciter. Ceciterp.s. The attached photo is satirical. Sekadar menjawab satu foto perbandingan yang tersebar sehari dua ini, memaparkan foto Tun Mahathir-Kit Siang dan foto Najib-Hj Hadi beserta caption ‘PILIHLAH MANA YANG PATUT’. So I thought of joining the fun by posting an alternative comparison (2016)
Akhir kata, di dalam sebuah negara demokrasi (nampaknya bukan Malaysia), rakyat berhak menentukan samaada Perdana Menteri itu masih layak atau tidak untuk terus menjadi Perdana Menteri.
Rakyat tidak perlu menunggu pilihanraya umum untuk mendapatkan Perdana Menteri yang baru. Sesungguhnya jika rakyat terpaksa menerima Timbalan Perdana Menteri baru yang tidak dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya (kerana Timbalan Perdana Menteri yang lama yang dipilih rakyat telah dipecat), mengapa pula kita semua terpaksa menunggu sehingga pilihanraya untuk menukarkan Perdana Menteri yang sekarang ini?
Oleh itu, modal dan alasan bahawa kita patut guna pilihanraya untuk menukar Perdana Menteri tidak boleh digunapakai sama sekali. Jika terpaksa menunggu di saat itu, besar kemungkinan, kerajaan BN juga harus ditukar, bukan semata-mata Perdana Menteri sahaja. Ini kerana, jika ingin menukar Perdana Menteri sewaktu pilihanraya, maka parti pimpinannya harus kalah terlebih dahulu. Mungkin ini juga kehendak juak-juak Najib Razak, yang terlampau bodoh untuk melihat gambaran yang lebih besar.
source : jebatmustdie
No comments:
Post a Comment