NUFFNANG

Thursday 8 October 2015

TUN M MENGAKU MAHU BEKAS TPM JADI PM MELALUI UNDI TAK PERCAYA ?

TUN M MENGAKU MAHU BEKAS TPM JADI PM MELALUI UNDI TAK PERCAYA ?


Akhirnya Tun M mengaku bahawa pilihannya untuk menjadi calon PM jika Najib dijatuhkan adalah seorang bekas TPM .

Kalau ikut yang pernah menjawat jawatan itu ialah Muhyiddin Yassin dan Anwar Ibrahim . Tetapi disebabkan Anwar dipenjara dan tidak lagi menjadi ahli Parlimen maka Muhyiddin adalah calon pilihannya .

Dengan cara apa mahu jatuhkan Najib dan melantik baru PM ?? 

Seperti yang Tun M selalu sebut iaitu  melalui cara undi tak percaya di Parlimen . (klik di sini ) , Ini rancangan jahat beliau menjelang sidang Parlimen yang akan dibuka pada 19 Oktober ini . 

Kalau begini punya desperado Tun M mahu jatuhkan PM melalui undi tak percaya ia ibarat mahu menjatuhkan UMNO melalui bantuan undi tak percaya oleh pembangkang . 

Jika Muhyiddin akan menjadi PM ,  percayalah ia hanya sekadar  PM  proksi kepada Tun M dan hanya akan mengikut segala telunjuknya bagi mentadbir negara. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat bekas timbalan perdana menteri menjadi pemimpin yang mengetuai negara. 

 Diwawancara majalah The Diplomat, Dr Mahathir, 90, bagaimanapun tidak menamakan pemimpin itu jika beliau bermaksud Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang pecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Julai lalu.

 Ditanya wartawan, Joyce Lee mengenai pemimpin mana yang beliau fikirkan akan menjadi perdana menteri, Dr Mahathir menjawab: "Saya rasa biasanya ia mungkin bekas timbalan presiden Umno.

source : generasi pejuang bangsa

No comments: