NUFFNANG

Thursday 29 October 2015

[psssst...]AZMIN ALI AKAN DIPECAT?

[psssst...]AZMIN ALI AKAN DIPECAT?

Di antara sebab Khalid Ibrahim dipecat sebagai Menteri Besar Selangor ialah:
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek LebuhrayaKIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu - sumber
Lebuhraya KIDEX dibatalkan, Khalid Ibrahim dipecat tetapi ironinya, tiga lebuhraya di Selangor telah diluluskan pula oleh Menteri Besar yang mengganti Khalid Ibrahim seperti yang dilaporkan dalam media.  

Ini yang dilaporkan :  
Isu kenaikan tol baru-baru cuba dipolitikkan oleh pembangkang. Namun mereka terjerat dalam permainan mereka sendiri apabila terbongkar isu Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor telah meluluskan pembinaan tiga lagi lebuhraya di Selangor.

Malahan Ketua pembangkang iaitu Wan Azizah memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Azmin Ali berhubung berhubung perkara tersebut. Ketika sesi pembentangan Belanjawan Selangor pada Jumaat ini kelak, Azmin akan diminta memberikan penjelasan.
“Saya akan tanya dengan lebih rapi apa yang sebetulnya berlaku. Jumaat akan ada Belanjawan Selangor. 
“Saya akan minta dia jelaskan kepada parti. Saya nak tahu status,” kata Dr Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini
Untuk makluman, sebelum ini Wan Azizah menjadi bahan lawak apabila beliau didapati memberikan jawapan yang tidak masuk akal. Apabila wartawan bertanyakan pendapat beliau mengenai Pan Borneo, Wan Azizah menjawab yang beliau tidak tahu pula yang jalan keretapi dikenakan tol.

Berbalik kita kepada isu tol, hakikatnya pembangkang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan tol yang dibuat dalam manifesto pilihan raya sekiranya mereka memenangi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat sendiri bersetuju dengan pembinaan tiga lagi lebuh raya yang melalui jajaran negeri itu. Tiga tol itu adalah Lebuh Raya Damansara- Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang masih dalam pembinaan.

Sebahagian besar, syarikat konsesi lebuh raya pada 15 Oktober lalu, mengumumkan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara. Atas alasan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini, kerajaan negeri Selangor menolak kenaikan itu, di mana 12 daripada lebuh raya itu adalah di Lembah Klang.

Menteri Besarnya Mohamed Azmin Ali turut mengarahkan dua syarikat milik kerajaan negeri yang mempunyai pegangan saham minoriti dalam dua lebuh raya di negeri itu untuk hadir ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Dua syarikat berkenaan – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (PKS) – diarahkan supaya menjelaskan kenaikan kadar tol baru itu.

Satu lagi pembohongan pembangkang telah berjaya dibongkarkan. Bangkai gajah tidak akan mampu ditutup – PRU14.tv
Wan Azizah baru mahu 'dapatkan penjelasan' daripada Azmin Ali?

Persoalan besar ialah jika benar, kita juga tertanya-tanya, siapakah yang membocorkan berita 'tiga lebuhraya di Selangor diluluskan' ini? Lawan atau pihak dalaman PKR yang anti-Azmin Ali?

Dan jika benar Azmin Ali PKR luluskan tiga lebuhraya di Selangor ini tanpa pengetahuan kepimpinan PKR, bukankah beliau layak untuk menerima nasib yang sama seperti Khalid Ibrahim? 

source : dr mim

No comments: