NUFFNANG

Saturday 24 October 2015

[#najibiscrackingup more shocker to come!] UMNO Shocker : 13 Cawangan Publicly Tell Najib To Quit Now !! Syabas UMNO Teluk Kemang.

[#najibiscrackingup more shocker to come!] UMNO Shocker : 13 Cawangan Publicly Tell Najib To Quit Now !! Syabas UMNO Teluk Kemang.

13 UMNO Cawangan in Negeri Sembilan have made a public statement that they want Najib to quit as party president.   The shocking announcement was made yesterday at a Press Conference.  The spokesman for the 13 cawangan Kamarul Aznan Habibur Rahman  has said quite a few things.     This is from the Malaysian Insider  :
 
 

Ketua cawangan Umno dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman (tengah) bersama 12 lagi ketua cawangan menggesa Najib Razak supaya meletak jawatan sebagai presiden parti. – Gambar The Malaysian Insider  


Tiga belas ketua Umno cawangan dari Telok Kemang, Negeri Sembilan hari ini mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib Razak 

menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai presiden  bagi memulihkan kredibiliti parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Di bawah pimpinan ketua Umno cawangan dari Taman TKK, Kamarul Aznan Habibur Rahman, mereka berkata, tiba masanya parti itu melakukan perubahan dan ia perlu bermula daripada presiden, Najib yang juga perdana menteri.

"..lebih baik presiden berundur untuk membolehkan Umno tidak menjadi mangsa keadaan dan dihukum pengundi pada pilihan raya yang akan datang.
 
"Kebimbangan utama kami ialah, kita perlu mempunyai pemimpin yang kuat untuk mengemudi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kami tak yakin apa yang ada sekarang akan beri perkembangan positif dalam PRU akan datang," kata Kamarul 

Tiga belas cawangan Umno itu ialah dari Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli.

Kamarul berkata, pemimpin cawangan itu tidak takut sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap mereka kerana mereka di peringkat akar umbi yang meletakkan kepimpinan parti di kedudukan mereka sekarang.

"Kita perlu mengamalkan budaya yang parti itu lebih penting daripada individu dan dalam keadaan sekarang, parti itu lebih penting daripada presiden parti," katanya.

Beliau mengkategorikan ahli Umno sebagai terdiri daripada 3 jenis.

Pertama, mereka yang senyap dan tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. 

Kedua, mereka yang mendiamkan diri dan berjuang untuk perkara yang salah dan menjadi kaya.

"Dan ketiga, mereka yang berjuang untuk kebenaran dan tidak berakhir di mana-mana, seperti kami," katanya sambil menambah cawangan Umno lain di seluruh negara juga harus menyuarakan pandangan mereka.

This certainly steals the show from Najib's Budget presentation yesterday.  Obviously these 13 Cawangan UMNO leaders cannot be bothered about Najib's Budget anymore.

I believe there is more rebellion going on in Negeri Sembilan than just these 13 Cawangan from Teluk Kemang.  It looks like an open rebellion is building up in UMNO. As I said before something has to give. Meaning there has to be cracks developing somewhere. It is coming from inside UMNO. 

Syabas UMNO Teluk Kemang.

Talk on the ground is that easily HALF of ALL UMNO members will not support Najib and UMNO in the next elections.  

Looking at these 13 Cawangan in Teluk Kemang, I believe there are many, many more UMNO Cawangan who also do not support Najib.

Perhaps with this open defiance by these 13 Cawangan in Teluk Kemang, the rebellion inside UMNO will spread and Najib will be kicked out into the dustbin of history.

Tahniah dan syabas kepada Ketua Cawangan SdraKamarul Aznan Habibur Rahman dan cawangan Umno Kampung Linggi, Taman Selasih, Taman PD Utama, Taman Dato' Abdul Samad, Sua Betong, Kampung Teluk, Sungai Sekawang, Bukit Tembok, Taman Intan Duyung, Taman TKK, Kampung Pachitan, Bunga Raya dan Taman Poli.

Semoga tindakan  berani Tuan-Tuan akan menjadi teladan, contoh, pencetus dan penggerak bagi semua Cawangan UMNO bangkit untuk menyelamatkan negara kita daripada genggaman gerombolan yahjuj mahjuj.  

Allahuma solli alaikum.
 

No comments: