NUFFNANG

Saturday, 31 October 2015

[umno is dying fast under najib, zahid, hishammuddin, kj...] Zero tolerance, vendettas reign in Umno now


[umno is dying fast under najib, zahid, hishammuddin, kj...] Zero tolerance, vendettas reign in Umno now


Updated 
 
Former Umno minister Rafidah Aziz is becoming increasingly concerned about the happenings in Umno.
"Things have become personal...To the point that it all looks like there are personal vendettas in play and individuals are being focused upon for a variety of reasons, rather than upon the party and the good and interest of the members at large.
"Hurtful words have been uttered. Personal attacks have become the norm. And worst of all, there seems to be zero tolerance for any voice that hints of dissent or difference of viewpoint," she said in a Facebook post.
The former Wanita Umno chief's remarks come amid intense speculation that Umno deputy president Muhyiddin Yassin could be suspended from his position.
Rafidah warned that it would be a "terrible mistake, or a travesty even," if any leader was to only listen to the voice of personal supporters.
The supporters, she pointed out, are expected to voice out what they think the leaders want to hear.
"Very few personal supporters want to stick their necks out to say anything different. And in politics, it tends to be the norm not to question or to show dissent," she said.
These are not personal issues
Rafidah said the issues confronting the party and nation are not personal issues of leaders, and therefore the personal element must be removed from the equation.
"The issues have to do with the question of governance and are of interest and concern to the rakyat, for example 1MDB and such issues. The issues must be dealt with objectively, transparently and with integrity," she added.
Focusing on individuals, Rafidah said, would only detract from what should and needs to be done.
"A war of words will not resolve the real issues. In fact, it can only exacerbate the problem.
"Nothing should be said or done with malice or in anyone's personal interest. We are dealing with issues of national interest beyond the interest of any individual," she added.
In view of this, the former minister urged the powers that be to get down to the business of resolving issues, reminding them that words are cheap, but action speaks louder.
"And action does not mean exterminating dissent and differences of views and expression of opinion.
"It simply means taking the bull by the horns, and to expeditiously deal with the issues that are slowly dragging the country down.
"The people will be comforted knowing that the due processes of good governance still prevail and that they are strongly guided by integrity, transparency and national interest," Rafidah added.
source : mk

Thursday, 29 October 2015

[adussss...] ... SALAM TAKZIAH!! LIM GUAN ENG MAUT DALAM NAHAS JALANRAYA!!

[adussss...] ... SALAM TAKZIAH!! LIM GUAN ENG MAUT DALAM NAHAS JALANRAYA!!

Seorang lelaki yang kebetulan mempunyai nama sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Selangor, awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa terbabas, berdasarkan kesan tayar pada permukaan bahu jalan dan rumput di tempat kejadian. 

Menurutnya, mangsa yang berusia 37 tahun dan berasal dari Bandar Baru Sri Petaling itu, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala. 

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu, dibawa keluar anggota bomba. “Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya. 

Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan, bagi membantu siasatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

[psssst...]AZMIN ALI AKAN DIPECAT?

[psssst...]AZMIN ALI AKAN DIPECAT?

Di antara sebab Khalid Ibrahim dipecat sebagai Menteri Besar Selangor ialah:
• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek LebuhrayaKIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu - sumber
Lebuhraya KIDEX dibatalkan, Khalid Ibrahim dipecat tetapi ironinya, tiga lebuhraya di Selangor telah diluluskan pula oleh Menteri Besar yang mengganti Khalid Ibrahim seperti yang dilaporkan dalam media.  

Ini yang dilaporkan :  
Isu kenaikan tol baru-baru cuba dipolitikkan oleh pembangkang. Namun mereka terjerat dalam permainan mereka sendiri apabila terbongkar isu Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor telah meluluskan pembinaan tiga lagi lebuhraya di Selangor.

Malahan Ketua pembangkang iaitu Wan Azizah memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Azmin Ali berhubung berhubung perkara tersebut. Ketika sesi pembentangan Belanjawan Selangor pada Jumaat ini kelak, Azmin akan diminta memberikan penjelasan.
“Saya akan tanya dengan lebih rapi apa yang sebetulnya berlaku. Jumaat akan ada Belanjawan Selangor. 
“Saya akan minta dia jelaskan kepada parti. Saya nak tahu status,” kata Dr Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini
Untuk makluman, sebelum ini Wan Azizah menjadi bahan lawak apabila beliau didapati memberikan jawapan yang tidak masuk akal. Apabila wartawan bertanyakan pendapat beliau mengenai Pan Borneo, Wan Azizah menjawab yang beliau tidak tahu pula yang jalan keretapi dikenakan tol.

Berbalik kita kepada isu tol, hakikatnya pembangkang tidak mampu menunaikan janji untuk memansuhkan tol yang dibuat dalam manifesto pilihan raya sekiranya mereka memenangi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

Kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat sendiri bersetuju dengan pembinaan tiga lagi lebuh raya yang melalui jajaran negeri itu. Tiga tol itu adalah Lebuh Raya Damansara- Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Klang Baru (NKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang masih dalam pembinaan.

Sebahagian besar, syarikat konsesi lebuh raya pada 15 Oktober lalu, mengumumkan kenaikan kadar tol di 18 lebuh raya di seluruh negara. Atas alasan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini, kerajaan negeri Selangor menolak kenaikan itu, di mana 12 daripada lebuh raya itu adalah di Lembah Klang.

Menteri Besarnya Mohamed Azmin Ali turut mengarahkan dua syarikat milik kerajaan negeri yang mempunyai pegangan saham minoriti dalam dua lebuh raya di negeri itu untuk hadir ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).

Dua syarikat berkenaan – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (PKS) – diarahkan supaya menjelaskan kenaikan kadar tol baru itu.

Satu lagi pembohongan pembangkang telah berjaya dibongkarkan. Bangkai gajah tidak akan mampu ditutup – PRU14.tv
Wan Azizah baru mahu 'dapatkan penjelasan' daripada Azmin Ali?

Persoalan besar ialah jika benar, kita juga tertanya-tanya, siapakah yang membocorkan berita 'tiga lebuhraya di Selangor diluluskan' ini? Lawan atau pihak dalaman PKR yang anti-Azmin Ali?

Dan jika benar Azmin Ali PKR luluskan tiga lebuhraya di Selangor ini tanpa pengetahuan kepimpinan PKR, bukankah beliau layak untuk menerima nasib yang sama seperti Khalid Ibrahim? 

source : dr mim

Wednesday, 28 October 2015

Ini Yang Najib Dapat..!

Ini Yang Najib Dapat..!


Selepas memansuhkan AKTA ISA..! Setelah mendengar nasihat para punahsihat..! Akhirnya apa yang Najib dapat?

Pemantau hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) hari ini menerbitkan  laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara, sekali gus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Berjudul 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia', laporan sebanyak 145 halaman itu mendakwa Najib berulang-ulang kali memungkiri janjinya bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri akan ikrarnya bagi "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.
Najib yang seharusnya berhenti bernostalgia..! Najib perlu berpijak dibumi nyata...! Jangan terbang bergentayangan dengan kehadiran ribuan orang..! dengan sepanduk..! dengan ampuan dan jilatan..!
Sokong bawak rebah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

[failure of najibgonomics and idrisgonomics] ... Super Moronic Management Of Economy

[failure of najibgonomics and idrisgonomics] ... Super Moronic Management Of Economy

  • RHB will trim its workforce by 1,812
  • 1,812 employees represents 13.1% of its permanent workforce in Malaysia
  • rapid changes to business environment made it necessary for group to embark on transformation journey to implement our business strategies in order to ensure that the group remains relevant, competitive and resilient,” 
  • Several banks have announced job cuts this year, including CIMB involving 3,599 employees, 
  • most recently, Hong Leong Financial Group’s conventional and Islamic banking arms.
Folks, please read this part carefully :   rapid changes to business environment

This means no new customers are walking into the bank. No new loan applications, no new businesses or business expansion, nothing much is happening.

And all this is peaking AFTER the GST was implemented in April.

Bukan saya sudah cakap - everything here is racial. The biggest group that suffers from GST are the Malays, who are mostly all salary earners. 

The GST has sent the prices up by 15% - 20%. Malay people's salaries have not gone up. So they consume 15% - 20% less.

Two days ago my son picked up a regular jar of Steffi's no sugar added peanut butter. The price is higher by about RM5.00  than before !! Certainly more than 20% hike in price than say a year ago.

Chinese and Indians also earn salaries but many are in business. In business you pass the costs to the consumer. (If any of the morons are wondering why it is because otherwise business will shut down. Business and the Jabatan Kebajikan Masyarakat are different things ok. The  consumer ultimately pays the higher price.)

But when the Malays (the largest consumer base) cannot buy as much as before, then the Chinese businesses also suffer. 

So the bottom line is no new loan applications at the banks.  This is the  rapid changes to business environment    that RHB is referring to above. This is Super Moron's moronic management of the economy.

So RHB retrenches staff, CIMB retrenches, Hong Leong retrenches, everone retrenches staff.

Yo brader, apa pasal susah sangat nak faham ?

And you think the GLCs can take up the slack? 

Sunday, 25 October 2015

[#najibiscracking : artikel menarik mesti baca oleh semua ahli umno demi agama, bangsa dan tanahair!] ... 5 Lagi Sebab Mengapa Kepimpinan Rejim Najib Ini Terburuk Dalam Sejarah


[#najibiscracking : artikel menarik mesti baca oleh semua ahli umno demi agama, bangsa dan tanahair!] ... 5 Lagi Sebab Mengapa Kepimpinan Rejim Najib Ini Terburuk Dalam Sejarah


Di dalam artikel “10 Reasons Why Najib Razak And His Regime Is The Worst” yang lepas, kita sudah membincangkan 10 sebab pertama mengapa kepimpinan Dato Sri Najib Razak adalah yang paling teruk dalam sejarah Malaysia.
Berikut adalah pelbagai lagi contoh yang boleh menguatkan lagi anggapan tersebut.
Sebelum itu, dukacita dimaklumkan bahawa sebuah kaji selidik yang di jalankan dalam bulan Ogos lalu telah mendapati bahawa 4 dari 5 rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan kerajaan Najib Razak. Ini merupakan kedudukan terburuk yang pernah diraih di sepanjang pentadbiran rejim beliau.
Bagaimana ini boleh berlaku? Bagaimana majoriti penduduk Malaysia, dari peringkat Majlis Raja Raja hinggalah ke rakyat marhaen, boleh hilang kepercayaan kepada Najib Razak?
Ini kerana kerajaan ini diketuai oleh barisan kepimpinan yang tidak segan silu melakukan sesuatu perkara yang buruk secara sewenang-wenangnya.
Sebagai contoh:
1) Mereka semua adalah hipokrit
Dalam bulan Februari 2012, Najib Razak telah membuat ucapan berikut:
“Setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat mahupun negeri,hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti. Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian. Kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan..”
Kenapa pembangkang tanya soalan yang semua dah tahu jawapannya?
Kenapa pembangkang tanya soalan yang semua dah tahu jawapannya?
Akan tetapi, Najib sendiri tidak mengikut apa yang beliau cakap. Beliau sendiri berkata bahawa apa-apa sumbangan mesti masuk akaun rasmi parti, kerana ini akan mengelakkan perbuatan rasuah dan penyelewengan. Tetapi perbuatannya dengan selamba menerima ‘derma’ berbillion ringgit (RM2.6 billion) dari sumber yang tidak diketahui, malah tidak mahu dijelaskan dengan terperinci kepada umum telah mengakibatkan beliau sendiri dikecam teruk oleh masyarakat dalam dan luar negara.
Berita bahawa beliau menerima RM42 juta ringgit dari syarikat anak milik kerajaan bernama SRC International juga telah memeranjatkan semua pihak.
Seolah-olah seperti si Qarun tiba tiba mendapat harta karun yang banyak tetapi dibuat secara senyap-senyap hinggakan timbalan beliau dan semua ahli majlis tertinggi Umno pun tak tahu menahu pasal rahsia tersebut.
Ahli-ahli Umno tak malu ke ada Presiden macam ni?
Bila dah terhantuk, baru nak tengadah. Baru nak terhegeh-hegeh menerangkan pada orang ramai apabila rahsia kemasukan wang tersebut terbongkar. Punyalah kelam kabutrejim beliau nak pertahankan penerimaan wang tersebut dengan menggunakan pelbagai alasan; dari hendak pertahankan Malaysia dari ancaman Yahudi, sebagai terima kasih kerana melawan ISIS, hinggalah kerana Malaysia memegang ajaran Sunnah Wal Jamaah. Tidak masuk akal sama sekali!
Ini kerana hingga kini, Najib Razak tidak membentangkan apa-apa bukti tentang perbelanjaan yang beliau lakukan dari RM2.6 billion dan RM42 juta tersebut. Mana buktinya? Setakat cakap dengan air liur saja mana cukup. Kita rakyat Malaysia ingin tahu secara keseluruhannya baru lah kita boleh percaya bahawa Perdana Menteri tidak menggunakan sesen pun wang tersebut untuk kepentingan peribadi. Apabila siasatan dilakukan, dengan licik mereka menukar anggota penyiasat dan melambatkan siasatan.
Berani bentangkan kerana benar, takut bentangkan kerana memang dah terbelanja untuk kepentingan peribadi ke?
Sebarang usaha nak melindung kewajaran Najib menerima bertimbun-timbun wang tersebut memanglah tidak boleh diterima akal. Masakan tidak, pada awalnya Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pun dengan keras berkata, Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat.”
Pada masa kini, terbukti sudah bahawa wang tersebut memang dimasukkan di dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Hairan juga kenapa Ahmad Maslan masih lagi nak bekerja di bawah Perdana Menteri yang menurut beliau, ‘bebal yang terlalu amat sangat’?
Mengapa juga rakyat Malaysia patut dipimpin oleh Perdana Menteri seperti ini?
2) Mereka lupa sejarah
Najib Razak dan kuncu-kuncunya adalah orang yang lupa sejarah. Kita ingat pada bulan lepas bila Najib cuba perli Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan mengatakan jawatan Menteri Besar Kedah tersebut diberikan juga kepada Mukhriz walaupun ramai lagi Adun yang lebih ‘senior’ dari Mukhriz sepatutnya jadi Menteri Besar.
Macam lah Najib masa jadi Menteri Besar Pahang dalam tahun 1982 ketika berumur baru 29 tahun tidak ada Adun yang lagi senior masa tu. Siapa Perdana Menteri yang lantik dia? Ada dia nak cakap terima kasih dan ingatkan diri sendiri pasal lantikan tu?
Semalam, seorang Menteri di Kementerian Blog ada menulis dalam blog dia mengenai betapa setianya Najib ketika menjadi Timbalan Presiden kepada Tun Abdullah Badawi. Ya, Najib Razak memang amat setia, sebab itu semasa Pak Lah umum tidak bertanding dalam Perhimpunan Agung Umno, dia langsung tak berkeras menyatakan kepada orang ramai supaya Pak Lah jangan letak jawatan.
Ada dia nak berlari-lari ke arah rostrum menghalang Pak Lah dari berbuat demikian seperti mana Tan Sri Rafidah Aziz lakukan terhadap Tun Dr Mahathir 13 tahun dahulu?
Ya, pada mulanya memang Najib menyokong Pak Lah sejurus selepas pilihanraya 2008. Tapi keadaan berubah lima bulan selepas itu,apabila akar umbi dan ketua-ketua bahagian menolak Pak Lah. Menteri blogger tu tak payah lah nak cerita sejarah sekerat-sekerat. Dia bukannya ada di tempat kejadian pun.
Faktanya di sini, Najib adalah penerima manfaat terbesar (greatest beneficiary) apabila Pak Lah turun dari takhta. Tak nak secara terbuka ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin? Sebab beliau lah, akhirnya tuan Presiden boleh dapat ‘derma’ RM2.6 billion ye tak? Kalau betul lah Najib tak mahu mengkhianati Pak Lah, kenapa dia tak berdiri teguh bersama-sama Pak Lah untuk menghadapi pilihanraya umum tahun 2013?
Di sini kita boleh lihat bahawa kita boleh menukar Perdana Menteri pada bila bila masa, tidak payah tunggu pilihanraya pun. Najib sendiri melakukannya dalam tahun 2009 apabila dia menurunkan Pak Lah. Tun Mahathir pun bersara bukan sebab kalah pilihanraya. Begitu juga Tun Hussein Onn dan Tunku Abdul Rahman. Peralihan kuasa dalam Umno tidak menyebabkan kerajaan Barisan Nasional tumbang.
Idealogi yang Najib war-warkan bahawa Perdana Menteri hanya boleh ditukar jika kalah pilihanraya umum sememangnya tidak berpandukan sejarah dan mempunyai elemen kediktatoran.
Takkan nak tunggu sampai pembangkang menang pilihanraya, dan Barisan Nasional dah jadi pembangkang baru terhegeh-hegeh nak tukar Presiden Umno? Siapa dalam Umno yang akan jadi Ketua Pembangkang ketika itu? Molek sangat ke untuk di dengar, yang Presiden Umno dah jadi ketua pembangkang selepas 2018?
Menteri Blogger usahlah nak jadi kaki bodek. Buat lah kerja betul betul. Jangan jadi buta dan tuli seperti para menteri yang lain. Semuanya sudah bisu dan penakut. Kalau yang bukan bisu pun, mereka bercakap tidak masuk akal. Ketika Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal menentang penyalahgunaan SOSMA, ada menteri berkata, dulu Muhyiddin Yassin jugak yang menyokong SOSMA. Punyalah gelihati kita mendengarnya. Rakyat Malaysia sememangnya ramai yang menyokong SOSMA kerana ianya untuk menentang keganasan dan terrorisma. Yang mereka berdua dan orangramai menentang adalah penyalahgunaan kuasa undang undang tersebut.
3) Mereka semua tidak boleh dipercayai
Di dalam ucapan Belanjawan 2016 Jumaat lepas, pandai pula Najib meminta rakyat mempercayai dan memberi keyakinan kepada kepimpinan beliau:
“Kepada rakyat sekalian,… usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah… letakkanlah keyakinan,… taruhlah harapan, bahawa inilah Kerajaan yang boleh dibergantung harap, demi masa depan hari muka, anak cucu dan keturunan kita.”
vgh
Dipetik dari Facebook Suara Rakyat
Bagaimana mungkin nak percaya pada kerajaan jika seringkali cakap tak serupa bikin? Nak beritahu hal sebenar pasal ‘derma’ berbillion pun susah, ini pulak nak suruh kita percaya pada dia bulat-bulat. Ingat tak dulu bila GST mula nak diperkenalkan? Apa yang mereka berjanji pada kita semua?
Bahawa GST tidak akan membebankan rakyat, kutipan tersebut untuk membina hospital dan infrastruktur yang lain. Tidak kurang juga ada yang berkata bahawa hasil kutipan GST akan dikembalikan kepada rakyat.
Tetapi di dalam Belanjawan yang baru ini tiba tiba Najib Razak berkata: “Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya.”
Kesimpulannya, rakyat terpaksa membayar kadar tol lebih tinggi untuk menolong kerajaan membayar perbelanjaan belanjawan, GST pula dikenakan kepada rakyat untuk kerajaan mendapat duit lebih untuk membayar perbelanjaan negara, dan akhir sekali rakyat terpaksa bayar lebih mahal untuk petrol, gula dan sebagainya kerana subsidi telah dihapuskan agar kerajaan boleh berjimat supaya ada duit lebih untuk menampung dasar fiskal.
Ini melanjutkan kita kepada sebab berikutnya..
4) Rakyat pula yang kena bagi subsidi pada kerajaan!
12122567_527100527468469_4717889612404972362_nJika negara sudah dapat berbillion dari pengorbanan rakyat, mengapa janji-janji bahawa wang GST akan dikembalikan tidak boleh ditepati?
Najib sendiri berkata kutipan GST tahun ini adalah RM39 billion. Jika sistem SST tidak dihapuskan, ianya hanya boleh menjana kutipan sebanyak RM18 billion sahaja. Di situ, sudah ada tambahan pendapatan sebanyak RM21 billion.
Tak cukup dengan itu, kerajaan sudah berjimat ratusan juta kerana tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat-syarikat tol baru baru ini. Rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan tersebut. Jika kerajaan ini pandai dan bagus, dan tidak perlu menyelamatkan 1MDB dengan memberi RM950 juta kepada mereka awal tahun ini, mungkin kita semua tidak perlu terseksa membayar kadar tol yang lebih mahal sekarang ini.
Berbillion-billion ringgit juta telah dijimatkan kerana kerajaan tidak perlu menanggung kos subsidi bahan api dan gula. Tetapi mana pergi semua duit yang patutnya dah dijimatkan? Kabinet menteri semua ni ingat duit yang mereka belanja dan gaji mereka semua dapat tu sebab dipetik dari pokok-pokok di belakang Seri Perdana ke?
Dan hutang RM950 juta ‘standby credit’ tu bila 1MDB nak bayar balik pada MOF? Hutang RM42 billion tu siapa yang bakal tanggung? Nak kena jual tanah, jual balik IPP untuk langsaikan hutang? Akhirnya, tanah tergadai, aset semua jadi milik orang, tapi duit jualan semua tu diguna untuk bayar hutang saja. Bank-bank jugak yang tersenyum. Kalau duit dari hasil jualan tu masuk balik dalam perbendaharaan takpe juga. Ini tidak, orang Malaysia habuk pun tak dapat. Tanah yang dulunya milik kerajaan pun bakal jadi milik swasta atau pihak asing. Semuanya sebab nak bayar hutang bertimbun.
Patutnya kerajaan berkhidmat untuk rakyat, ini rakyat pulak yang kena menanggung beban kerajaan.
5) Kerajaan tidak tahu cermin diri
jvc
Tak tersangka-sangka, tak terduga-duga seorang PM boleh dapat duit sebanyak itu
Kalau dah tahu tak pandai nak uruskan duit negara, tolonglah kurangkan waktu bermain golf. Pergilah cari ikhtiar dan pergi ke luar negara untuk cari lebih banyak foreign direct investment (FDI) atau pelaburan langsung asing.
Atau sekurang-kurangnya letaklah jawatan. Pak Lah pun pandai letak jawatan bila tak dapat undi dua pertiga sewaktu pilihanraya. Tak payah tunggu undi tak percaya pun..
Tak usahlah mendabik data menggunakan data-data yang terpilih cuma untuk mencantikkan resume sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya, jika semuanya bagus, kerajaan patutnya tidak mengurangkan peruntukkan kepada mana mana kementerian di dalam belanjawan yang lepas.
Dan lagi satu, jika betul ikhlas dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat Malaysia, Najib patut memotong gaji beliau dan gaji para menteri untuk membuktikan kesungguhan bahawa beliau bersama rakyat.
Beliau juga berkata bahawa: “Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus inginmembuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat.” Oleh itu, buatlah dengan betul, bukan dengan menganiaya orang tidak bersalah dan melakukan pemborosan berterusan.
Seorang rakan memberi satu teori mengapa Najib Razak dan barisan pengampunya berkelakuan sebegini. Rakan tersebut berkata, ini adalah petunjuk dari Tuhan bahawa mereka yang munafik dan penipu akan dinampakkan sebagai bodoh, buta dan tuli di depan khalayak ramai. Sebagaimana ayat 9 hingga 20 dari surah Al-Baqarah:
9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
11. Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan.”
12. Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sadar.
13. Apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman. Mereka menjawab: “Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman? “Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: ” Kami telah beriman”. Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: “Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok “.
15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terumbang-ambing dalam kesesatan mereka.
16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk,maka tidaklah beruntung perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
17. Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya Allah hilangkan cahaya (yang menyinari) mereka, dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.
18. Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)
19. Atau seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap gulita, guruh dan kilat; mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya, karena (mendengar suara) petir, sebab takut akan mati. Dan Allah meliputi orang-orang kafir.
20. Hampir-hampir kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Najib Razak di dalam pembentangan belanjawannya pandai meletakkan sepotong ayat Quran dari surah al-Yusuf di akhir ucapan beliau.., mungkin surah al-Baqarah di atas perlu juga dirujuk.
Akhir kalam, nescaya dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,… yang benar tetap benar,… sejarahnya kelak menjadi bukti.
source : jenatmustdie

[mesti tengok!] ... Full Video Bicara Minda Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin : JOHOR BAHRU

[mesti tengok!] ... Full Video Bicara Minda Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin : JOHOR BAHRU



http://youtu.be/LP4hbWA5LEU

Click HERE

Saturday, 24 October 2015

[to ALL umno leaders before your grave being shit and urinated by us, our children and grandchildren! Do take action before it's too late!]...Muhyiddin calls Umno leaders 'cowards' for abandoning him


[to ALL umno leaders before your grave being shit and urinated by us, our children and grandchildren! Do take action before it's too late!]...Muhyiddin calls Umno leaders 'cowards' for abandoning him

Former deputy prime minister Muhyiddin Yassin, in his strongest statement yet, lashed out at Umno leaders, calling them cowards for not speaking up in a time of national crisis.
"I am the only one speaking up; what are the others doing?
"You are all cowards, afraid of being sacked as branch chief, division chief or MP," he was quoted as saying by Sinar Hariantoday.
Sinar Harian hosted a dialogue session for Muhyiddin in Johor Bharu today.
Muhyiddin lamented that there was now a climate of fear that people dared not speak up.
"Everyone is afraid to speak up, even though the country is in its current situation. No one is doing anything.
"Outsiders are asking me, 'what has happened'?" he said.
'I speak up not to bring down the party'
The country's economy has been faltering amid political uncertainties due to scandals plaguing Prime Minister Najib Abdul Razak.
Muhyiddin, who is still Umno deputy president, was removed as Deputy Prime Minister in July for his critical stance over Najib's handling of 1MDB, which is struggling to repay its US$11 billion debt.
Najib is also facing calls for resignation over the discovery of RM2.6 billion in his personal bank accounts,
The prime minister had denied taking public funds for personal gain, while his supporters claim the money was a political donation from the Middle East.
Muhyiddin urged Umno leaders to be more courageous by emulating the Prophet Muhammad who would not sit idly by if wrong was being committed.
"When I was in the government, I used my power to give advise and views but they were completely ignored.
"It was as if the deputy prime minister was very stupid.
"I speak up not to bring down the party but I am merely speaking the truth because I am worried about the country's future," he was quoted as saying.

Source : 

[exposed!]...Muhyiddin sahkan Putrajaya cuba suntik RM3 bilion untuk 1MDB

[exposed!]...Muhyiddin sahkan Putrajaya cuba suntik RM3 bilion untuk 1MDB


Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Putrajaya cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk 1MDB bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2015.Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Putrajaya cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk 1MDB bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2015.Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Putrajaya pernah cuba meluluskan suntikan dana sebanyak RM3 bilion untuk syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan itu bagaimanapun gagal apabila Jemaah Menteri menolak cadangan berkenaan.
"Selepas pinjam (dari) T Anandha Krishnan RM2 bilion, nak pinjam lagi RM3 bilion. Berapa bilion kita nak pinjam ni?" soal Muhyiddin merujuk kepada RM2 bilion yang dipinjamkan hartawan itu bagi membantu 1MDB menyelesaikan hutang banknya.
"Berniaga apa macam ini, pinjam atas pinjam," katanya ketika berucap pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk 'Berani kerana benar' anjuran akhbar Sinar Harian di Johor Baru hari ini.
Julung-julung kali bercakap di hadapan umum selepas pemecatannya pada Julai selain platform parti, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, syarikat itu kemudiannya hanya diberikan kredit tersedia sebanyak RM950 juta. 
"Bila timbul hal begini, bila dibangkitkan kepada jemaah menteri, mulalah saya bangkitkan, saya nyatakan pandangan dan kebimbangan saya.
"Saya sebutkan berkali-kali, saya tidak ada niat jahat. Kerana nak membantu, supaya perdana menteri mencari jalan nak selesaikan keadaan itu. Kalau tidak, jadi beban kepada kita," katanya.
"Saya tidak pernah mendoakan 1MDB jatuh. Kalau mereka jatuh, kita akan jatuh... Pandangan saya ikhlas."
Beliau berkata, setiap pinjaman yang dipinjam dari bank oleh 1MDB akan menjadi beban kepada kerajaan dan menjadi tanggungan kepada generasi akan datang.
"Ini serius. Setiap pinjaman dari bank akan jadi tanggungan beban kerajaan. Dan kita terbeban kepada rakyat, anak cucu kita, yang akan menanggungnya kalau tidak diselesaikan," kata ahli Parlimen Pagoh itu lagi. 
Beliau turut mendedahkan, pihaknya turut membuat permohonan kepada Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberikan penjelasan kepada Kabinet, namun penerangan yang diberikannya agak mengecewakan. 
"Saya minta kepada jemaah menteri, panggil Arul Kanda, berikan penerangan. Tetapi, beliau datang tidak bawa apa-apa pun.
"Bercakap dalam 10 hingga 15 minit. Sehelai kertas pun tiada," kata Muhyiddin.
The Malaysian Insider pada Februari tahun ini mendedahkan Kabinet tidak meluluskan cadangan untuk memberikan suntikan tunai sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB.
Sumber berkata, pilihan semakin sempit untuk Kementerian Kewangan kerana 1MDB tidak lagi mampu mengumpul dana sendiri dan ia memerlukan wang daripada satu-satunya pemegang saham, iaitu kerajaan.
Dalam program hari ini, Muhyiddin berkata, pihaknya juga pernah menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memecat mana-mana pegawai 1MDB yang gagal melaksanakan tugas mereka sehingga menyusahkan kerajaan.
"Saya cakap dengan perdana menteri, kalau 1MDB ini beri masalah, buang mereka. Sampai hari ini mereka tidak dibuang, saya yang kena buang," katanya.
Muhyiddin juga mendakwa, turut menasihati Najib supaya tidak lagi menjadi penasihat kepada 1MDB kerana sekiranya salah laku dikesan dalam transaksi syarikat itu, beliau akan turut menerima kesannya. 
"Saya rasa itu tidak betul. Saya kata jangan duduk situ. Kalau ada apa-apa salah laku, (Najib) akan terlibat. 
"Tapi dia duduk situ, macam mana nak siasat?" soalnya merujuk kedudukan Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-sahkan-putrajaya-cuba-suntik-rm3-bilion-untuk-1mdb#sthash.P5BFhiUf.dpuf

Source : tmi