NUFFNANG

Sunday 2 April 2017

SIAPA YANG KENA APRIL FOOL

SIAPA YANG KENA APRIL FOOL

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, 
PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membuat 
kenyataan bahawa 1MDB telah membayar kesemua hutang jangka 
pendek dan jangka panjangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua 
tahun lalu. Kenyataan ini sengaja dibuat untuk mengelabui mata 
rakyat seolahnya 1MDB telah terlepas daripada segala bebanan 
hutangnya.

Apa yang tidak dijelaskan oleh Najib ialah berapakah baki keseluruhan 
hutang dan tanggungan 1MDB pada masa ini? Pada tahun 2014, 
keseluruhan hutang dan tanggungan 1MDB berjumlah RM42 bilion 
dan meningkat kepada RM50 bilion pada tahun 2016.

Najib juga tidak menjelaskan jumlah semasa komitmen bon  1MDB 
yang ditanggung oleh kerajaan. Komitmen ini biasanya dikelaskan 
sebagai tanggungan kontinjen oleh kerana bon tersebut dijamin 
kerajaan. Najib gagal menjelaskan adakah 1MDB mempunyai sumber 
kewangan sendiri yang mencukupi untuk membayar kesemua hutang 
piutang ini tanpa bantuan daripada kerajaan.

Antara tanggungan 1MDB yang dijamin oleh kerajaan ialah bon sukuk 
berjumlah RM5 billion yang akan mencapai tempoh matang pada tahun 
2039, bon sukuk berjumlah RM2.4 billion untuk Bandar Malaysia dan 
pinjaman daripada PERKESO berjumlah RM800 juta yang perlu dijelaskan 
keseluruhannya pada tahun 2022.

Selain itu, 1MDB juga mempunyai komitmen untuk melangsaikan 
USD3 billion dollar bon antarabangsa yang akan matang pada tahun 
2023 dan sejumlah USD6.48 billion dollar komitmen hutang dalam 
pertikaian dengan International Petroleum Investment Company 
(IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS.

Bagaimana hutang-hutang ini akan dibayar oleh 1MDB? Dari manakah 
1MDB akan menjana sumber pendapatannya untuk membayar 
kesemua hutang ini setelah aset-aset strategiknya dijual dan wang 
miliknya berjumlah berbilion ringgit dilaporkan hilang?

Najib juga menyebut dalam kenyataan bertulisnya kepada Parlimen 
bahawa 1MDB telah menjelaskan hutangnya dengan Marstan 
Investments N.V berjumlah RM2 billion pada bulan April tahun lalu. 
Apakah identiti syarikat ini dan siapakah pemiliknya? Apakah kaitan 
syarikat ini dengan Marstan Investments N.V LLC, sebuah 'shell company' 
yang ditubuhkan di Nevada pada tahun 2007 dan dibatalkan 
pendaftarannya pada bulan Mei 2013?

Bagaimana pula dengan wang 1MDB yang dinyatakan secara jelas 
dalam Laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat telah 
dimasukkan ke dalam akaun Malaysian Official One dan orang-orang 
yang rapat dengan Najib? Ini termasuk:

(a) Sejumlah USD700 juta yang dimasukkan ke akaun Good Star 
Limited milik Jho Low di RBS Coutts Bank, Switzerland pada 
30 September 2009. Menurut Laporan DOJ sejumlah USD400 juta 
daripada wang ini telah digubah secara haram ke Amerika Syarikat 
dan digunakan untuk kepentingan Jho Low dan rakan-rakannya.

(b) Sejumlah USD330 juta lagi wang 1MDB yang dimasukkan ke 
akaun Good Star Limited milik Jho Low antara 20 Mei dan 25 Oktober 
2011. Berdasarkan rekod perbankan JP Morgan Chase, antara bulan 
Februari dan Jun 2011, sejumlah USD24.5 juta telah dimasukkan 
ke satu akaun di Riyadh Bank milik seorang 'Putera Raja Saudi' dan 
sejumlah USD20 juta daripada wang ini telah dipindahkan ke akaun 
milik Malaysian Official One di AmBank Private Banking, Kuala Lumpur.

(c) Antara bulan Mei dan Disember 2012 Sejumlah USD1.1 bilion 
wang 1MDB yang diperolehi menerusi terbitan bon untuk membiayai 
pembelian Tanjong Energy dimasukkan ke akaun Blackstone milik 
Eric Tan Kim Loon, seorang rakan Jho Low, di Standard Chartered 
Bank Singapura. Sejumlah USD473 juta daripada wang ini telah 
dimasukkan ke akaun Vasco Investment Services milik Khadem 
Al-Qubaisi di Bank Rostchild, Luxemborg, USD66.6 juta dimasukkan 
ke akaun milik Mohamed Al- Husseiny di BHF Bank, Frankfurt dan 
USD30 juta dimasukkan ke akaun milik Malaysian Official One di 
AmBank Private Banking, Kuala Lumpur.

(d) Antara bulan Jun dan November 2012, sejumlah USD238 juta 
wang 1MDB telah dipindahkan daripada Akaun Aabar-BVI Switzerland 
kepada akaun milik Riza Aziz, anak tiri Najib. Wang ini telah 
digunakan oleh Riza untuk membiayai penerbitan filem lucah 
“Wolf of the Wall Street” dan membeli hartanah mewah di Amerika 
Syarikat dan United Kingdom.

(d) Pada tahun 2013, sejumlah USD1.26 bilion daripada USD3 bilion 
hasil bon yang diterbitkan untuk melabur dalam Abu Dhabi Malaysia 
Investment Company (ADMIC), iaitu syarikat usahasama antara 
1MDB dan Aabar, telah dipindahkan secara haram ke akaun Tanore 
Finance Corporation milik Tan Kim Loon. Antara 21 dan 25 Mac 2013 
sejumlah USD681 juta atau RM2.6 bilion telah dipindahkan daripada 
akaun ini ke akaun milik Malaysian Official One di AmBank Private 
Banking, Kuala Lumpur. Daripada jumlah ini, sejumlah USD620 juta 
telah dipulangkan semula ke Akaun Tanore pada 26 Ogos 2013. 
Menurut Laporan DOJ, wang ini telah digunakan oleh Jho Low dan 
Eric Tan untuk membeli lukisan-lukisan mahal dan kepentingan 
di dalam Park Lane Hotel, New York. 

Saya ingin bertanya kepada Najib, adakah ini wang yang dikatakan 
telah dipulangkan kepada “penderma Arab Saudi” ketika saya 
mengajukan soalan tentang ke mana perginya baki wang 
RM2.6 bilion dalam akaun beliau dua tahun lalu?

Nampaknya, lebih banyak persoalan yang mesti dijawab oleh Najib. 
Sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga 
Penasihat 1MDB yang mempunyai kuasa penuh dalam membuat 
keputusan mengenai setiap komitmen kewangan 1MDB, beliau 
bertanggungjawab untuk membuat penjelasan secara menyeluruh, 
jujur dan telus kepada rakyat.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

1 April 2017

6 comments:

  1. Gali....gali jangan tak di gali. Kalau tak cukup digali, timbus kemudian gali balik ye.
    Kumpul.... kumpul semuanya... jadikan modal PRU 14.
    Reply
  2. Salam. Bro . HUTANG Yang bakal dibawa mati oleh seluruh rakyat Malaysia yang hidup dan bakal menjadi hutang kepada janin yang baru masak.
    Reply
  3. Maaf tuan admin lari tajuk.....saya baru terbaca dalam sinar harian yang dialog antara Tun dan Nazri telah dibatalkan.

    Dan sebagai seorang pro Tun saya amat bersgukur dengan perkembangan ini.Sejak dari awal2 isu dialog ini diwar2kan saya sudah berpendapat yang dialog inj tidak perlu....lebi2 lagi disaat2 seperti sekarang,dimana Tun sendiri terlalu sibok dengan tugas2 sebagai pengurusi BERSATU.Lagi pun pada pandangan saya dialog ini hanya sia2 dan membuang masa.

    Lagi pun yang nyata kita sudah tahu siapa siNazri itu yang sebenar.....seorang bapok yang penakut yang suka bercakap besar!!...jadi selepas ini kalau Nazri berani bercakap besar lagi dengan Tun tak payahlah kita semua marah.....sebaliknya sama2lah kita pakat2 ketawa berdekah2 ,sebab kita semua dah tahu siNazri tu sebenarnya seorang yang amat panakut...dia bercakap besar tu sekadarkan untuk memujuk hatinya yang amat takut dan gentar terhadap Tun.Dan satu perkara lagi yang kita semua kena tahu ialah Nazri tu sebenarnya BODOOOO!!......
    Reply
  4. Nazri Aziz ni asik nak berdebat saja... takde kerje lain agaknya. Balik Pdg Rengas selesaikan masalah habuk kilang cina ytl dulu.. Org kampung dah nak mati tu 24 jam sedut habuk simen, kawasan yg dulu sesuai diduduki oleh manusia kini beruk2 pun dah cabut lari, tiada lagi bergayut2 kat gunung pondok... Kita juga nak tanya, apa peranan MB Perak... bersihkan juga kawasan udara kat sana.. Kepada PM tolonglah tukar pondan ni dengan calon MP lain for the next election...
    Reply
  5. Dlm isu pencemaran udara dan kerosakan besar2an alam sekitar Pdg Rengas, nenek Rafidah Aziz juga perlu mengambil tanggungjawab... jgn nak lepas tangan, sepatutnya bawa projek2 high kualiti kat Pdg Rengas bukan kilang simen cina Ytl, apa peranan MB Perak dalam menyelesian isu ini masih menjadi tanda tanya??????????????????????????????????????????????
    Reply
  6. MB perak sibuk angkut sampah..Kul 5pg dah bangun.

No comments: