NUFFNANG

Sunday, 2 April 2017

Polis Cegah Bahas Dr Mahathir-Nazri

Polis Cegah Bahas Dr Mahathir-Nazri


A Kadir Jasin


BETULLAH macam kata Mohamed Nazri Abdul Aziz Malaysia sudah jadi negeri polis (police state).

Lebih kurang macam Korea Utara.

Apa polis kata, jadi.

Polis kata batal, batal.

Maka batallah bahas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Dalam notis muka depan Sinar Ahad hari ini, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mohon maaf atas pembatalan itu.

Memang payah bila polis terlalu berkuasa
Saya setuju dan simpati dengan beliau. Menang payah bila polis bertindak seolah-olah mereka ada kuasa mutlak.

Selepas polis bagi kebenaran bersyarat benarkan bahas itu diadakan di Shah Alam, tiba-tiba semalam polis hantar surat kata kebenaran asal dibatalkan.

"Pelik, dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! " kata Hassamuddin dalam mesej Tweeter beliau.

Surat polis yang dilampirkan oleh Hussamuddin mengatakan pembatalan dibuat kerana bantahan penduduk di kawasan berkenaan.

"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menerima bantahan daripada penduduk sekitar kawasan tersebut.

"Setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam, dengan ini kelulusan permit perhimpunan aman bertarikh 31 Mac 2017 adalah dibatalkan," kata surat itu.

Alasan sajalah. Penduduk apa? Ini kawasan perindustrian!

Sebab sebenar adalah melindungi Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, sahabat beliau Jho Low dan anak Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz.

Polis tahu yang Najib dan konco-konco pemakan dedak beliau akan dilondehkan sekali lagi jika bahas diteruskan.

Najib serta para pemakan dedak beliau ada terlalu banyak bangkai untuk disembunyikan dan mereka tahu Nazri tidak mampu atau tidak akan pertahankan.

Daripada sudut lain, saya setuju tak perlu bahas sebab semua kemungkaran dan kebejatan Najib serta pemerintahannya sudah diketahui oleh rakyat jelata yang celik dan berakal.

Wallahuaklam.

7 comments:

sukasamasuka said...
Datuk.

Hal kecil saja ni Datuk...jalan kaki saja ke Singapura...buat kat situ...invite all international media for 60 minutes "Breakfast Talk"...speakers Tun and Nazri...habis cerita.
Zalman A said...

Salam Datuk

This was a forgone conclusion.

If Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil had to run away from Everything2Hide, likewise his macai would not be able to handle questions.

Here is one example.

a) To move RM2.6 billion across countries, it moves electronically. And leaves a trail.

b) At least 3 countries have forensic proof that this travelled from Cayman Islands to NY to Singapore to the Ambank account of Si Mappadulung.

c) If there is forensic proof that it came from Saudi Arabia, why didn't the gomen simply send this evidence to all these countries and hence shut them up? After all, Zahid claims he saw it. Or you can request it from Saudi.

Neither MO1 (Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone) nor Nazri can answer these questions, or about 60 others.

That's why MO1 had to cancel the event.
Salim Shuib said...
Apa kata panggil beberapa tokoh pribumi, pkr, dap, ngo-ngo dan buatkan video pembahasan isu imdb. Upload ke youtube atau blog blog suci. Edarkan melalui whatsapp dsb. Buat lah beberapa siri seperti isu di singapura, isu switzerland, isu mamat di thailand tu.. isu syarikat virgin island, surat penipu arab, isu jho low, isu doj dsb... cukup untuk sampai pru 14
Zalman A said...

Pemimpin PAS sepatutnya mengkaji karakter Najib dari sejarah nya.

Sekarang bila Najib terang2 menyatakan tidak membentang dan tidak menyokong usul RUU355, beranikan sesiapa dalam PAS mengatakan Najib terkeluar agama, tergelincir aqidah, dan bila mati kelak, dikebumikan di jirat Cina? Istiharkah lah, semua hendak dengar.

Malah, sebagai reaksi menyelamatkan air muka, ustaz Nik Abduh kata dia faham kedudukan PM.

Saya sudah beritahu- yang memberi title tuan guru, tok guru, murrabbi adalah mereka sendiri dan sesama mereka. Gelaran dan title berjela dan hebat, tapi akal tidak sama panjang dan bijak.

Sejak 2009 menjadi PM, karakter Najib yang sebenar terserlah. Dari teriakan bahawa zaman kerajaan besar sudah berlalu, Najib menunjukkan bahawa dia semakin draconian dan diktator. Undang2 yang menzalimi rakyat biasa seperti POCA, POTA, SOSMA dan mutakhir sekali National Security Council Act di ujudkan oleh Najib untuk menekan rakyat.

Tidak seorang pun pemimpin PAS bercakap mengenai penangkapan dan pemenjaraan Siti Noor Aishah dibawah akta2 ini.

Dalam tahun 2012, Najib menyenaraikan FGV yang bermaksud merampas asset dari FELDA dan peneroka. Nasib peneroka terumbang ambing kerana asset tangible mereka seperti tanah dan kilang, jentera ditukar kepada saham yang intangible. Nasib peneroka diperjudikan dalam pasaran saham.
Ianya menunjukkan Najib cuai menjaga nasib peneroka.

Skendel 1MDB menunjukkan bahawa Najib seorang yang menggunakan kuasa untuk mencuri wang, menipu dan berbohong dan tidak amanah, tidak jujur. Duit RM4 billon dari KWAP lesap.

Projek2 di jalankan dengan harga yang di inflasikan berlipat ganda.


http://sakmongkol.blogspot.my/2017/03/ada-hati-tidak-mahu-faham-ada-telinga_31.html
Mali Muyung said...
Betul Dato. Kalau minyak naik depa kata ma c rendah jika d bandingkan dgn negara lain. Knapa budaya debat tidak d bandingkan dgn negara lain?
Malaysia negara sedang membangun tapi para pembesarnya mentaliti negara ketiga.
Sedih.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
buyong said...
Kalau Nazri diam tak bersuara, memang dia pondan.

No comments: