NUFFNANG

Friday 14 April 2017

[ouchhh...] ... HISHAMMUDIN BAKAL PM, BUKAN ZAHID?

[ouchhh...] ... HISHAMMUDIN BAKAL PM, BUKAN ZAHID?


HARI ini, Najib Razak, memberi satu lagi jawatan Menteri kepada sepupu beliau Hishammuddin Hussein iaitu Menteri Tugas-Tugas Khas.

Jika benar RAMALAN bahawa Pilihanraya Umum akan diadakan September ini, iaitu selepas Sukan SEA, ia bermakna Hishammuddin diberi jawatan baru LIMA BULAN sebelum PRU-14.

Ia memberi gambaran bahawa melantik Hishammuddin merupakan KEPERLUAN MENDESAK buat Najib.

Dan ianya memberi beberapa gambaran dan menimbulkan beberapa persoalan.
Gambarannya:

1. Timbalan beliau, Ahmad Zahid Hamidi, GAGAL dalam membantu Najib menguruskan negara dan Najib memerlukan Hishammuddin untuk memperlihatkan "ketokohan Malaysia" kepada dunia luar dan menjadi Timbalan Komander PRU.

2. Kesetiaan Zahid kepada Najib masih menjadi persoalan.

3. Zahid mempunyai kelemahan ketara dan dilihat bukan calon pengganti yang sesuai kepada Najib baik di mata rakyat mahupun di persada antarabangsa selepas penampilan Zahid di PBB.

4. Najib yakin hanya Hishammuddin yang boleh menjadi jaminan "safety net" dan melindungi Najib apabila bersara nanti.

5.  Dalam masa 5 bulan ini, Hishammuddin diberi masa untuk memperkenalkan diri beliau kepada dunia untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri selepas Najib.

Cerita Hishammuddin calon PM dan bukan Zahid, sudah lama berlegar di akar umbi.

Politik Umno mudah. Mudah dibaca. Caranya sama sahaja.

Perlantikan Hishammuddin ini umpama satu pergerakan dalam permainan catur atau chess.

Hanya menunggu masa untuk "check mate" lawan.

Silap langkah, Zahid keseorangan semasa PRU nanti. Silap percaturan, kesemua calon PRU orang Najib. 

Kesudahannya, Zahid memerlukan belas kasihan Najib untuk kekal dalam Kabinet.

Itu sudah menjadi lumrah dalam Umno era ini.

Hari-hari mendatang akan menjadi detik getir buat Zahid. 

Zahid orang politik. Siang berpolitik, malam berpolitik. Pandai-pandai lah Zahid memaksimakan ilmu politiknya.

Teringat Jelapang akan era Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir merupakan boss No 1 dalam Kabinet. No 2 ada Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Tetapi ada lagi orang yang lebih berkuasa dari Timbalan Perdana Menteri iaitu Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin sehinggakan Daim dikenali sebagai orang No 1.5 (satu setengah).

Apakah Hishammuddin menjadi orang No 1.5 (satu setengah) di era Najib?

No comments: