NUFFNANG

Wednesday, 13 April 2016

PANAS BERKARI! KEMANAKAH PERGINYA PERUNTUKAN BLOGGERS DAN FACEBOOKERS? SATU PENDEDAHAN YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH CYBERTROOPERS UMNO!

PANAS BERKARI! KEMANAKAH PERGINYA PERUNTUKAN BLOGGERS DAN FACEBOOKERS? SATU PENDEDAHAN YANG WAJIB DIKETAHUI OLEH CYBERTROOPERS UMNO!

Baiklah setelah aku punya nama dipetik oleh Jalil Backer dalam FB beliau tempohari, kononnya aku membela ramai akaun fakers. Dia mintak sesiapa yang boleh buktikan maka Jalil akan memberi 10k cash. Banyak duit kan bagi seorang peniaga kedai kopi Gloria Jeans kan? Nak tau tak cuba tanya dia berapa SALE kat kedai dia tu? Banyak ke? Apa formula beliau boleh bertahan berniaga hingga kini walau kedai beliau ini lebih lalat dari manusia.

Baiklah aku tak berminat nak cerita pasal cuci mencuci di kedai kopi tetapi hari ini, aku blogger Parpukari nak dedahkan satu rahsia yang mungkin ramai tidak perasan. Rahsia tentang kekayan Johari Ishak dan Jalil Backer yang membuat keuntungan melalui Akmar Hisham Mokhles. Harus diingat DS Najib Razak menjadi PM sejak dari tahun 2009 lagi dan sayarikat mereka ini memang sudah lama beroperasi. Nama syarikat mereka ialah Integratif Media Sdn Bhd.

Rami yang tidak perasan atau sedar perniagaan apakah yang mereka jalankan. Johari Ishak ni walaupun berekelulusan SPM pangkat 3 tetapi beliau pandai menggunakan peluang yang ada serta mempergunakan pengaruh nbos kesayangan mereka iaitu Khir Toyo untuk menyelinap masuk kemana-mana yang mereka boleh. Bila anda layari portal rasmi Integratif Media maka anda boleh lihat resume kerja mereka disana. KLIK SINI

Takpa la itu perniagaan mereka bukan? Tetapi yang membuatkan aku marah adalah bilamana mereka mengaitkan aku dengan banyak benda yang aku sendiri pun tak faham. Mereka kata aku makan duit MB Perak, makan duit pegawai MB, makan duit isteri PM, makan duit Tun M, makan duit KJ and the list go on. Sampai mereka sendiri pun tak tahu siapa mereka nak petik, nasib baik mereka tidak memetik Barrack Obama. Haishhh.

Mereka juga mengatakan aku makan duit peruntukan bloggers Perak. Dei macha, aku sejak dari awal tak pernah masuk campur urusan blogger Perak, sila refer pada PCT atau Perak CyberTroopers. Mereka ada team mereka sendiri yang aku tak pernah masuk campur. Aku adalah blogger jalanan yang lone ranger sebab itu mereka (MyKMU) susah nak kawal aku atau nak picit telor aku. Inilah yang membuatkan mereka meroyan macam dubuk termakan daun karapoley!

Baiklah sekarang aku akan persembahkan kepada anda semua, pengamal media atau ahli2 UMNO yang bertungkus lumus kerja untuk parti. Apakah anda semua mendapat peluang perniagaan seperti mereka ini? Hanya kerana mereka ada pegawai media PM yang paling lahanat dalam Malaysia ni maka mereka mempergunakan dia sehabis mungkin.


















Ini baru separuh belum semuanya. Ada jugak yang kita tak dapat kesan seperti Sarawakiana dan lain-lain portal. Aku kenal mereka ini. Tanyalah mereka berapa ramai staff yang menjaga kesemua portal ini? Kalau malas nak tanya aku ceritakan beberapa. Untuk Suara Babi TV, sebuah portal yang suka mencuri kerja orang tu dijaga oleh makhluk asing bernama Bob Rawi dan budak terencat akal Safwan. Manakala Felda Voice, satu portal yang sepatutnya menjga nama baik Felda pula dijaga oleh seorang makhluk yang kita sendiri pun tak pasti jantinanya.

Mereka ni mengggunakan staff yang sama untuk menjaga kesemua portal mereka. Jadi mari kita buat kiraan mudah, tak perlu ada masters dari Universiti Malaya bagai, cukup dengan LCE sahaja kita sudah boleh kira.

Satu portal ambil la contoh dibayar 50,000.00 x 20 = 1,000.000.00 sebulan.

Itu contoh ok, mungkin ada yang lebih dan ada yang kurang, aku tidak menuduh, mungkin untuk menampakkan mereka ni berjaya dalam kerjaya maka mereka bukak la kedai kopi atau apa saja kedai dan pejabat untuk menunjukkan yang mereka ini ada perniagaan sendiri. Very smart move, only that kita kawan-kawan semua tahu bagaimana situasi perniagaan mereka. Ini aku baru cerita tentang portal yang aku kira dalam 20, mungkin ada lebih lagi. Kena siasat la.

Macamana pulak dengan event yang dianjurkan oleh PMO yang selalu diberi kepada Integratif Media ataupun Sahabat Bina Negara, sebuah NGO bawah telunjuk Jalil Backer dan Johari Ishak. Setiap tahun ada macam-macam event dan yang paling popular adalah event berbuka puasa bersama PMO yang dianjurkan oleh MYKMU dan Akmar Hisham Mokhles. Masih ingat lagi program Wasatiyah bersama PM? Himpunan penulis Maya? Himpunan Multaqha dan macam-macam lagi la.

Terbaru Soaldiriti bersama PM, dimana Akmar, Jalil dan Jebon telah merancang untuk memgumpul pemain media maya yang baru dan tidak berapa dikenali untuk dikenalkan kepada PM dan macam biasa si Jebon aka Johari Ishak akan berkata ini semua askar dia. Kesian PM kena tipu lagi dengan mereka ini. Mana perginya pemain media maya yang terdahulu? Yang berjuang bermati-matian hingga sanggup keluarkan duit mereka sendiri untuk berjuang pertahankan PM? Siapa yang membela nasib mereka?

Cukupkah sekadar mendapat 500 ringgit sebulan kepada orang yang mereka boleh kawal saja? Dengan mempunyai latar belakang yang amat jijik mudah bai mereka untuk mengawal para cytro upahan mereka. Kalau orang macam aku, memang susah la sebab aku ni menjaga maruah aku dan tidak suka bergelumang dengan lubang taik seperti mereka ini semua. Apa inikah kualiti yang MyKMU dan Akmar mahu hidangkan kepada PM? Ini bukan aku kata tapi dalam FB sejak kebelakangan ini, ada akaun Fakers yang banyak mengeluarkan cerita dan salah laku mereka. Nafikan la kalau tak betul ok.

Apa jadi dengan para pejuang media maya yang lain? Yang siang malam sanggup dimaki hamun oleh kawan dan lawan hanya kerana pertahankan PM yang mereka kasihi? Cuba la ambil bahagi-bahagikan portal yang mereka kuasai itu kepada setiap kumpulan pejuang maya, aku rasa semua akan hidup bahagia dan dapur mereka pasti berasap. Takde lagi kita nak dengar yang nak lompat tebing untuk bunuh diri dan diselamatkan oleh jam, takde lagi kena buat fake ID wanita supaya nampak dia ni laku masih ada yang mahukan dia. Dan bermacam lagi kisah pilu para bloggers dan facebookers!

 Kalau la MyKMU share rezeki ini dengan semua para bloggers dan facebookers, aku percaya pasti ramai yang menyokong Pm hingga ke hari ini, ada juga yang kecewa dengan PM sebab setelah diberitahu tentang salahlaku Akmar Hisham Mokhles, PM masih meletakkan beliau di dalam pejabat PMO dan masih memberi banyak ruang dan peluang untuk Akmar kayakan saudara dia Jalil Backer dan balaci murahan Johari Ishak.

Belum lagi aku cerita tentang bab iklan! Jalil Backer ni, kalau ada sesiapa yang dia tak suka, maka dia akan menggunakan taktik kotor, iaitu melalui ugutan dan biasany akan menelefon siapa yang beliau rasa yang membiayai si penentang itu. Dalam kes aku pun sama, dia call sana sini untuk mengetahui aku kerja mana, ambik duit kat mana bagai. Bagaimana aku dapat dana semua, berapa banyak aku kahwin la, berapa biji kerata aku pakai dan bermacam-macam lagi. Apabila gagal, mula dia menyerang pada penyumbang iklan pulak.

Padahal banyak iklan yang mereka kaut dan sahabat bloggers lain tidak berkesempatan untuk merasa income dari iklan-iklan. Senang cerita macam ni, apa saja mereka buat kita tak boleh pertikai. Kalau pertikai Jalil dan Jebon akan menggunakan pengaruh Akmar dalam PMO dan MIO untuk kerjakan kita semua. Serta mempergunakan kekeraasan gangster pun merea ni boleh buat sekiranya kita tetap berkeras. Sesungguhnya setelah mengenali mereka dengan begitu lama aku tahu mereka ni sangat jijik kelakunya. Mereka sanggup buat apa sahaj demi mencapai matlamat mereka!

Kali ini mereka silap! Aku Parpukari akan buat apa saja untuk pastikan KEDUBUKAN mereka ini terbongkar. Aku ahu seluruh alam maya, sahabat-sahabat bloggers dan facebookers semua tahu yang mereka ini adalah GATEKEEPER PMO yang akan menyebat dan menghalang apa saja kertas kerja yang dihantar oleh anda semua. Tanyalah Rafi Awang Kechik tu, ketua Nadi Rakyat dan ramai lagi.

Cukuplah buat masa ini. Aku nak menanti sekiranya apa yang aku dedahkan ini tidak betul. MAKA SAMANLAH AKU WAHAI AKMAR HISHAM MOKHLES! Akan aku tunggu mu di pintu Mahkamah!

Yang ikhlas berjuang.

source : PARPUKARI

No comments: