[misteri?]....Mueller dan Penyakit Biasa Kenamaan Malaysia
Kecoh kononnya perletakan jawatan Christoph Mueller di MAB adalah berpunca daripada isu peribadi. Terlalu peribadi kata Mueller. Mueller patut tahu, di Malaysia ini tidak ada yang terlalu peribadi.
Semua dinding di Malaysia boleh bercakap. Jadi, tak ada lah susah sangat untuk tahu bakal mantan CEO MAS itu ada masalah dengan isteri; dan seorang wanita lain.
Sebenarnya, Mueller kena tahu ini, isu terkantoi ada girlfriend ini bukanlah dosa besar kepada rakyat Malaysia. Benda biasa. Kalangan orang yang ‘atas-atas’ ini memang biasanya ada wanita simpanan. Apa yang peliknya.
Bukan sedikit Ahli Parlimen, Ahli Korporat yang mempunyai girlfriend. Ramai. Sesetengah itu tak boleh dikira. Hampir setiap negeri ada teman istimewa. Pergi ke Sarawak ada. Pergi ke Sabah ada. Pergi ke Johor ada.
Tapi orang Malaysia (pemimpin politik, khusuanya) pandai simpan. Mereka punya cover line cukup dahsyat.
Itu belum masuk mereka yang pakai cap dan rambut palsu sebab nak melampias nafsu di Jakarta. Itu pun ramai dan majoritinya masih menjawat jawatan tinggi. Tak perlu resign sebenarnya.
Mueller kena tahu, rakyat Malaysia sangat tenang dan gentleman dalam isu melibatkan wanita ini. Tak ada hal.
Ada yang terkantoi dengan cctv pun, masih mampu menang pilihanraya umum dan pilihanraya parti. Ada yang terkantoi dengan lelaki pun, masih dipuja setengah gila.
Mueller patutnya tak perlu resign. Jangan takut dengan isu macam ini. Kecil sangat. Kalau kencing berbilion pun boleh kami maafkan, apalah sangat kalau ada isu yang kecik macam ini.
Selesaikan tugas. Terus enjoy duit yang diberi Khazanah Nasional. Teruskan aktiviti biasa.
Aduhhh…takkan lah kerana benda kecik macam ini nak resign…
Melayu Mudah Lupa la Bro Mueller. Lu takut apa pasai?
Source gelagat anwar
No comments:
Post a Comment