NUFFNANG

Thursday, 21 April 2016

PANAS BERAPI! APABILA BOS BTN MENCERITAKAN TENTANG ISU RASIS! MESTI BACA

PANAS BERAPI! APABILA BOS BTN MENCERITAKAN TENTANG ISU RASIS! MESTI BACA

Isu rasis di kalangan masyarakat di Malaysia wujud apabila tiba musim pilihan raya, kata Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Ibrahim Saad.

Menurut beliau, telah terbukti tahap rasisme di negara ini semakin rendah jika dibandingkan dengan tahun 1970-an dan 1980-an.

Sehubungan itu katanya, perkara itu boleh dikawal dan dihapuskan.

"Datang masalah (rasis) ini bila pilihan raya. Apabila ada sekumpulan yang ingin menambat kuasa dengan menggunakan isu-isu sensitif.

"Saya fikir masyarakat Malaysia sudah cukup matang, dengan ilmu yang ada terdedah kepada media maya yang cukup pantas.

“Tapi malangnya kita cenderung mengambil yang negatif," katanya ketika menjadi ahli panel di forum “Sampai Bila Mahu Rasis?” anjuran Sinar Harian di Shah Alam, hari ini.

Forum yang dihoskan oleh personaliti Astro Awani Nazri Kahar itu turut membariskan fello utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Dr Raja Rajeswari Seetha Raman dan Pengasas Multriracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong.

Terdahulu, Teo mengatakan rasis akan tetap wujud kerana fitrah manusia dilahirkan berpuak-puak dengan kaum tertentu.

Bagaimanapun Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa rasis tidak boleh dihapuskan.

"Yang ada di depan ini terdiri daripada pelbagai kaum, tetapi boleh berbincang secara terbuka dan saya fikir kalau suhu (rasis) itu semakin rendah," katanya.

Mengulas lanjut mengenai peranan orang politik yang mungkin mempengaruhi masyarakat dalam isu tersebut katanya, pemimpin politik tidak boleh disalahkan.

"Kita hormat orang politik sebab orang politik kerjanya mencari pengaruh, tetapi kita orang biasa ini yang diperlukan undi kita hendaklah bijak memilih mana yang baik dan mana yang buruk.

"Jangan salahkan orang politik sebab orang politik yang dapat pengaruh, tapi kita pilihlah yang paling baik untuk negara kita yang akan datang," jelasnya.

Tambah beliau sejak Malaysia merdeka sehingga hari ini, masyarakat didedahkan dengan banyak maklumat untuk membuat pilihan terbaik.

"Kita tidak kata tahun 2020 lima tahun lagi, tapi kita patut fikir 50 tahun akan datang.

"Apa yang kita hendak bina sebenarnya akan datang, sebab yang kita hendak bina itu untuk generasi akan datang.

"Kita telah pun menikmati apa yang direncanakan 50 tahun dahulu oleh nenek moyang kita. Yang menuntut kemerdekaan ini dengan darah dan air mata.

“Hasil pengorbanan itu kita berada di sini," jelasnya.
 
PK; Ini aku kutip dari Malaysiakini, aku dengan kenyataan Ketua Pengarah BTN ni, sesungguhnya Dato Ibrahim memang bagus dan dia telah mengatakan sesuatu yang dah lama aku nak cakap, aku pun dah letih jadi racist la. Tiba masanya kita menjadi lebih realistik, sebab ada juga manusia yang menjarit kata Hidup Melayu tapi makan dengan orang Cina. 
 
So tak perlu kita nak jadi munafik lagi dan lets be a truly Malaysian. Setuju?

source : parpukari

No comments: