NUFFNANG

Friday, 8 July 2011

video hishammuddin kerismudinpondan kena jawab / Kata Ada Alibi, Kenapa Nak Pecat Hakim ? / video Anwar Kantoi yang Anu arr dan penyokong dan penentang beliau perlu lihat dan jawab / BERSHIT-2 TETAP HARAM

Video Hishammuddin kerismudinpondan perlu lihat dan jawab! - Masyarakat tahu agenda sebenar pembangkang dalam demo Jijik 2.0 -



Kata Ada Alibi, Kenapa Nak Pecat Hakim ?


Kalau ikut cakap Anwar, semuanya fitnah. Mula-mula dia mengaku tidak kenal Mohd Saiful, kemudian ditunjukkan bukti Mohd Saiful berada di belakangnya, Anwar mengaku kenal sikit-sikit, tetapi tidak rapat. Saiful hanya sukarelawan, kata Anwar.
Dia ubah topik dengan menafikan dia yang ambil Saiful bekerja dengannya.
Hujah ini pun dipertikaikan ramai pihak, jika Anwar tidak ambil Saiful bekerja dengannya, jadi siapa yang ambil Saiful ?
Rahimi Osman yang ambil Saiful dan bayar gaji kepadanya ? Ini lagi tidak logik, sebab Rahimi sendiri diambil bekerja oleh Anwar, selepas Rahimi berhenti kerja, Saiful masih lagi bekerja dengan Anwar.
Sebab itu, Senator Ezam Mohd Nor pernah berkata, “macam mana pembantu khas kepada pembantu khas saudara (merujuk kepada Saiful), boleh saudara (Anwar) bawa ke Hong Kong, Singapura, Dubai, merata (tempat)”. Klik di sini
Kata bekas peguam bela kes liwat I Anwar, Zulkifli Noordin, bukan soal siapa yang ambil, tetapi soal yang lebih penting adalah macam mana air mana Anwar boleh berada dalam lubang dubur Saiful.
“Anwar menyatakan air mani itu diplan, persoalannya siapa yang nak plan air mani yang baru dalam dubur Mohd Saiful ?
Menurutnya, seandainya Anwar yakin, air mani lelaki Y yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful itu bukan miliknya sepatutnya beliau tampil memberi DNAnya secara sukarela untuk membuat perbandingan.
“Malahan sebenarnya ini adalah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan kesuciannya bahawa dia tak bersalah.
“Dahlah sumpah tak nak. Sumpah, walaupun Mufti Perlis cadangkan supaya bersumpah, (tetapi) dia kata Syeikh Yusof Qaradawi tak beri, sekarang DNA, dia kata ‘syeikh’ Karpal (pula) tak bagi”,katanya. Klik di sini
Itu soal kenal atau tidak Saiful, belum lagi masuk bab masuk atau tidak kondomium dan berada di unit 1151 Kondominium Desa Damansara, antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang.
Bab ini pun lucu juga. Mula-mula Nurul Izzah mengaku bersama keluarga mereka. Kemudian Sivarasa mengaku ada bersama mesyuarat PKR.
Last-last, Anwar terpaksa mengaku, dia berada di kondomium itu dari jam 2 petang hingga 5 petang, itu pun kerana ketua staffnya, Ibrahim Yaakub membuat pengesahan tersebut di mahkamah. Klik di sini
Lagi lucu, masa mula-mula Saiful buat laporan polis pada 28 Jun 2008. Anwar yang mendengar laporan itu terus terkincit-kincit lari berlindung ke kedutaan asing.
Kata blogger pro PAS, Penarik Beca : “Anwar juga mendakwa mempunyai alibi. Kalau dah gitu, awat yang terkincit-kincit lari ke kedutaan Turki? Jangan la buat perangai yang menyebabkan orang tertanya-tanya”
Masa itu, orang ramai tidak tahu pun, sebelum Anwar berlindung ke kedutaan asing, dia telah mengarahkan dua lagi saksi, Rahimi Osman dan Rasid Rosidi dikurung di Hotel Quality.
Kalau Anwar tidak kenal Saiful dan tidak meliwat pembantunya itu, kenapa Anwar arahkan Rahimi (individu yang mula-mula Saiful ceritakan dirinya kena liwat) dan Rasid (individu yang mula-mula membawa Saiful ke kondominium Desa Damansara) dikurung dan buat pengakuan bersumpah palsu ? Klik di sinisini dan sini
Selepas Anwar keluar dari Kedutaan Turki, khabarnya, Anwar terus pergi ke Quality Hotel untuk memburuk-buruk Saiful kepada kepada Rahimi. Macam-macam Anwar burukkan Saiful kepada Rahimi.
Last-last Anwar mengaku juga bahawa dia yang bawa Saiful ke Singapura dan Hong Kong, sebab dia tahu Saiful telah menceritakan segala-galanya kepada Rahimi.
Rahimi bertanya, “Datuk Seri liwat dia (Saiful) ?”. Anwar tidak mengaku dengan berkata, “No I didn’t fuck him!
Bila Saiful beri keterangan di mahkamah yang menyata Anwar menyebut kepadanya, “Can ifuck you today”, mengesahkan kepada Rahimi bahawa perkataan ‘fuck’ memang sebati dengan Anwar seperti makan karipap.
Dan ini juga semacam satu isyarat yang saling berkaitan, Rahimi mendengar perkataan itu keluar dari mulut Anwar terlebih dahulu di Quality Hotel, sebelum dia mendengar perkataan yang sama diucapkan oleh Saiful di mahkamah.
Ini semua kata-kata luar sedar dan jika direnungi semula, ia akan menemui jawapan yang lahir dari lubuk hatinya.
Semua cerita-cerita ini hanya cerita dalaman. Anwar tidak memberitahu para penyokongnya. Anwar terpaksa beritahu Rahimi untuk menyakinkan Rahimi supaya bersama-samanya, kerana dia tahu bekas Setiausaha Sulitnya itu banyak menyimpan rahsia-rahsia peribadinya.
Dalam diam-diam, rupa-rupanya Anwar merancang sesuatu untuk mengetahui apakah yang dilakukan oleh Saiful selepas pada 28 Jun 2008, sebelum dan selepas bekas pembantunya itu membuat laporan polis.
Anwar upah penyiasat persendirian untuk menyiasat kejadian lanjut pada 28 Jun itu. Khabarnya, Sankara Nair, Sivarasa dan Soh Chee Wen terlibat dalam misi mendapatkan maklumat itu.
Akhirnya, Anwar dapat tahu, Saiful ke Hospital Pusrawi, sebelum ke Hospital kerajaan Kuala Lumpur. Dia juga dapat tahu, Saiful tidak diperiksa di hospital swasta itu, lalu Anwar meminta orang-orang ‘mencuri’ dokumen Hospital Pusrawi itu.
Setelah berjaya memperolehi ‘dokumen’ itu, khabarnya Anwar arahkan supaya diserahkan kepada blogger upahannya, Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk dimuatkan dalam lamannya.
Dalam masa sama, Anwar muncul bersama ketua peguam bela, Sulaiman Abdullah mengadakan sidang media menggesa pihak polis menghentikan siasatan dan menggugurkan pertuduhan itu, walaupun ketika itu kesnya belum lagi disebut di mahkamah.

Saya, Azizah dan keluarga tentunya terkesan juga dengan tuduhan..tohmahan..fitnah yang baru. Tapi Alhamdulillah, dengan bahan bukti yang baru ini memberi kelegaan yang besar kepada kita.
“Kita sedia maklum pendedahan laporan Hospital Pusrawi yang membuktikan tanpa ragu bahawa tuduhan terhadap saya ternyata bermotif politik dan tidak berasas sama sekali.” kata Anwar.
Ketika itu, rakyat masih terpinga-pinga kerana polis belum mengumumkan hasil siasatan dan tiada apa-apa pertuduhan di mahkamah, namun Anwar telah melangkah ke depan dengan mengeluarkan dokumen dari Hospital Pusrawi.
“Apa yang telah disebut dalam laporan oleh doktor di Pusrawi dan kenyataan ini memperkuat pendirian kita, bahawa kita tidak bersalah, difitnah dan dikhianati.
“Dan selanjutnya, sepertimana yang dijelaskan oleh peguam saya, Hj Sulaiman Abdullah tadi, langkah yang wajar mengikut peraturan undang-undang dan alasan kukuh adalah untuk menghentikan siasatan mengemukakan laporan polis kepada JAKSA Agung ataupun Peguam Negara.
“Dan selanjutnya mengatakan tidak ada langkah selanjutnya, maknanya (kes) ini dibatalkan serta-merta.
Saya tidak nampak kemungkinan lain.. (saya ada) alibi atau semua dalam masalah ini telah selesai. Tetapi bukti ini, (laporan Pusrawi) hanya ya .. itu telah berakhir”, kata Anwar.
Kebijaksanaan Anwar memanipulasikan fakta, seolah-olah Dr Mohd Osman, dari Hospital Pusrawi itulah yang memeriksa dan menganalisis kes liwat Saiful, walhal hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Pengurus Besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmod Wan Yaakub mengesahkan Mohd Saiful pernah mengunjungi hospital itu, tetapi bukan menjalani pemeriksaan berkaitan dengan liwat dan doktor yang menjalani pemeriksaan bukan doktor pakar dalam bidang tersebut.
“Dr Mohd Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan Hospital Pusrawi yang memeriksa pesakit tersebut (Saiful) berkenaan, tidak memeriksa pesakit berkenaan berkaitan dengan sodomi”.
Katanya Dr Mohd Osman hanya doktor biasa yang bertugas di bahagian kemalangan dan kecemasan dan bukannya doktor pakar.
Sehubungan dengan itu apabila Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, Dr Mohd Osman tidak menjalani pemeriksaan lanjut dan mengesyorkan pemeriksaan selanjutnya di hospital pakar, HKL.
“Ramai orang tidak tahu maksud TRO iaitu To Rule Out yang bermaksud untuk mengenepikan. TRO bukannya diagnosis muktamad tetapi diagnosis yang memerlukan lebih banyak ujikaji dijalankan. Dan kerana itu, si mangsa (Saiful) disuruh ke GHKL (Hospital Besar Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut”, kata Dr Novandri Hassan Basri, seorang doktor muda dari Pulau Pinang yang mengikuti kes ini dengan penuh minat. Klik di sini
Setahun kemudian selepas pihak pendakwa memberikan beberapa salinan laporan DNA dari HKL, senarai saksi dan rakaman CCTV, Sulaiman Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembela kes liwat Anwar. Klik di sini
Lebih menarik lagi, walaupun sebelum ini, kononnya Anwar berpegang teguh dengan kekuatan hujah ‘dokumen Pusrawi, namun dalam hujah penggulungan, ketua peguamnya, Karpal Singh tidak memasukkan hujah tersebut untuk membuktikan Anwar tidak bersalah dan tidak perlu dipanggil membela diri. Klik di sini
Malah hujah alibi yang Anwar war-warkan selama ini, juga tidak dimasukkan dalam penghujahan bertulis untuk mengecualikan Anwar dari membela diri. Klik di sini
Hari ini, menjelang Anwar dipanggil membela diri pada 6 Jun nanti, peguamnya, Sankara Nair membuat satu lagi permohonan baru yang pernah dibuat sebelum ini, iaitu mahu menggugurkan hakim, Mohd Zabidin Mohd Diah. Klik di sini
Sebelum ini dalam Suara Keadilan, Anwar dengan beraninya kononnya akan heret Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah ke mahkamah, namun menjelang masa dia dijadualkan membela diri, sekali lagi Anwar terkincit-kincit mahu melarikan diri dari pembelaan itu dengan mencipta isu baru, gugurkan hakim.
Apabila Anwar pohon gugurkan hakim, harapannya kes itu akan ditangguhkan lebih lama lagi, kerana dia sudah tahu, jika permohonan itu ditolak, dia akan rayu lagi ke Mahkamah Rayuan. Ditolak, rayu lagi ke Mahkamah Persekutuan.
Anwar sudah tahu permohonannya akan ditolak, sebab itu dia mengemukakan permohonan untuk mengelakkan dirinya memberi keterangan, kerana dibimbangi rakyat akan mengetahui kes sebenar yang disembunyikan selama ini.
source : AIDC


Anwar – ‘Bukan Saya Ambil Saiful’


AIDCNews – 20/05/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau mengambil Mohd Saiful Bukhari Azlan, seorang pemuda yang didakwa telah diliwat olehnya.
“Jika Saiful yang dimaksudkan, beliau telah dipilih oleh staff lain dan hanya pekerja sementara”, kata Anwar ketika menjawab soalan pengunjung dalam interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live semalam.
Kenyataan Anwar itu menjawab soalan dari ‘Ily’ yang berbunyi, ” Saudara memang menjadi sasaran serangan. Mengapa saudara tidak berhati-hati dalam memilih pegawai saudara atau sahabat sejak serangan liwat kali pertama”.
Dalam kes liwat pertama yang dibicarakan pada tahun 1999, Anwar didakwa bersubahat dengan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja meliwat Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Azizan merupakan bekas pemandu peribadi isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Ketika Azizan mendakwa diliwat dia masih lagi sebagai pemandu Azizah.
Perbicaraan yang mengambil masa selama satu tahun empat bulan itu, mendapati Anwar bersalah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, Datuk Ariffin Jaka menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun kepada Anwar dan penjara enam tahun dan empat kali sebatan kepada Sukma Darmawan.
Namun begitu, pada 2 September 2004, Anwar berjaya dilepaskan dari Penjara Sungai Buloh , setelah Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar dengan keputusan majoriti 2-1, walaupun pada prinsipnya ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Anwar itu mempercayai aktiviti liwat di Tivoli Villa, sebuah apartment yang dimilki oleh Sukma itu benar-benar berlaku. Klik di sini dan sini
Rahimi Perkenalkan Saiful Kepada Anwar
Dalam kes liwat kedua, yang bermula pada 7 Ogos 2008, Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Dalam keterangan Mohd Saiful di mahkamah pada 3 Februari 2010, dia mengakui kemasukannya di pejabat Ketua Umum PKR dicadangkan oleh kawan baiknya, Mohd Rahimi Osman yang ketika itu merupakan pegawai khas Anwar.
“Pada awal Mac 2008, saya dijemput oleh rakan saya Rahimi untuk bekerja dengan Anwar Ibrahim.
“Saya masuk (ke pejabat Anwar) seminggu sebelum pilihanraya umum, saya mulakan tugas sebagai sukarelawan, sebagai sukarelawan banyak kerja yang saya buat seperti atur jadual perjalanan ceramah pilihanraya. Kadang kala saya ikut beliau ke ceramah-ceramah di sekitar negara. Pada yang sama saya bantu rakan saya Rahimi iaitu Pegawai Khas Anwar”, kata Mohd Saiful.
Mohd Saiful juga mengakui, pada mulanya dilantik sukarelawan, namun selepas dua bulan dia dilantik sebagai pembantu peribadi Anwar oleh Ketua Umum PKR itu.
“Dalam lebih kurang dua bulan dari awal Mac hingga hujung April, selepas itu saya dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai pembantu peribadi (PA)”, katanya lagi. Klik di sini
Saiful Pembantu khas Anwar, Dibawa Ke Luar Negara
Berkenaan tugas-tugas sebagai pembantu khas Anwar, Mohd Saiful menjelaskan;
1- Mengatur pertemuan sulit Anwar seperti pada ketika itu untuk berkomunikasi dengan agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti.
2- Uruskan dan membantu En Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff dalam mengatur jadual Anwar.
3- Membuat filing document sulit seperti akaun-akaun bank.
4- Mengawal selia hand phone peribadi Anwar, setiap pagi Anwar beri hand phone untuk semak SMS dan highlight SMS yang penting.
Mohd Saiful juga turut memberitahu mahkamah bahawa dia turut dibawa Anwar ke luar negara dengan bayaran elauan tertentu ketika dia disoal berapa gajinya yang dibayar Anwar secara bulanan.
“Yang rasmi (gaji bulanan saya) dibayar oleh Kak Jun iaitu RM 1000 (tetapi) yang tidak rasmi seperti elaun bergantung kepada trip-trip yang saya pergi. Sebagai contoh ke Singapura dibayar USD 1000 dan Hong Kong HKD 10,000″,katanya.
Dalam keterangan di mahkamah pada 5 Februari 2010, Mohd Saiful menceritakan secara terperinci proses pemgambilannya bekerja di pejabat Ketua Umum.
“Pada awal Mac, Rahimi ada telefon untuk datang ke pejabat beliau yang juga pejabat Anwar Ibrahim di Seksyen 16 Petaling Jaya. Tujuan untuk berborak kerana lama tidak berjumpa, tetapi sedang berborak, Rahimi tanya pada masa itu saya sudah kerja atau ada apa-apa aktiviti.
“Saya katakan tidak saya tidak buat apa-apa aktiviti pada masa tersebut. Dia tanya sama ada minat membantu pejabat Anwar, kerana menurut Rahimi pada ketika itu terdapat kekurangan staff. Kerana staff seperti YB Sim, Nurul Izzah dan Nik Azmi bertanding pilihanraya. Rahimi berseorangan yang memikul beban mereka semua.
“Selepas berborak, saya 50-50 setuju dan tidak setuju, Rahimi jemput ke bilik mesyuarat pejabat di mana beliau kata ada mesyuarat dengan Anwar Ibrahim mengenai program ceramah pilihanraya.
“Jadi kami duduk di bilik tersebut kemudian Anwar masuk bilik, itu adalah kali pertama saya jumpa Anwar. Jadi Rahimi perkenalkan saya kepada Anwar dan cerita pasal program ceramah pilihanraya.
“Saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa terus mesyuarat, selepas selasai mesyuarat, Anwar kata “I appreciated your help for helping us” sebagai isyarat terima saya sebagai sukarelawan.
Dr Osman Saran Saiful Ke HKL
Berkenaan dengan Dr Mohd Osman Abd Hamid dari Hospital Pusrawi, Mohd Saiful mengakui pernah menemui doktor itu sebelum pergi ke Hospital Kerajaan, Kuala Lumpur (HKL)
Namun menurut Mohd Saiful dalam keterangannya di Mahkamah pada 4 Februari 2010, doktor itu memberhentikan pemeriksaannya apabila dia memberitahu diliwat.
“Dr Osman nasihati saya dua perkara, pertama hospitalnya (Pusrawi) tiada kelengkapan untuk forensik, kedua laporan hospital swasta tidak boleh dijadikan bukti di makamah.
“Dr Osman nasihatkan untuk jalani pemeriksaan di HKL”, katanya.
“Jika anda berada dalam mesyuarat ketika masa yang didakwa (anda) meliwat Saiful kenapa anda tidak memanggil semua saksi-saksi yang bersama anda itu ? Jika anda mempunyai alibi yang kuat, kenapa anda tidak menggunakannya”, soal SugarBarbie.
Anwar tidak menjawab persoalan alibinya yang didakwa bersamanya dalam mesyuarat itu, sebaliknya beliau menuduh pendakwaan berniat jahat dan menyalahkan pihak pendakwa yang tidak memanggil saksi-saksi yang bermesyuarat bersamanya dan Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari hospital Pusrawi.
“Pendakwaan berniat jahat. Itulah sebab kenapa saksi-saksi penting tidak dipanggil. Contohnya mereka yang terlibat dalam mesyuarat dan Dr Osman. Persoalan ini akan dibangkitkan semasa saya membela diri”, kata Anwar.
Karpal Yakin Anwar Tiada Alibi
Dalam keterangan Mohd Saiful di mahkamah, dia telah menjelaskan pada 26 Jun 2008 terdapat dua peristiwa pada masa berlainan dan di unit berbeza dalam kondominium yang sama.
Menurut Mohd Saiful, pada jam 12 – 2.00 petang, Anwar bermesyuarat dengan kawan-kawan di Unit 1152. Manakala pada jam 2.45 – 4.30 petang, Anwar bersamanya di Unit 1151. Klik di sini
Pihak pendakwa mempunyai hak untuk memanggil mana-mana saksi yang dianggap relevan untuk membuktikan kejadian liwat itu berlaku.
Saksi-saksi ahli mesyuarat Anwar tidak dipanggil kerana mereka berada di unit lain (1152), sebelum kejadian liwat itu berlaku. Semasa pertuduhan liwat ke atas Anwar di Unit 1151, antara jam 2.45 – 4.30 petang, saksi-saksi mesyuarat Anwar sudah keluar dari kondominium itu.
Sebagaimana saranan Dr Mohd Osman sendiri, beliau tidak memeriksa untuk kes liwat Mohd Saiful kerana tiada peralatan forensik serta keterangan dari hospital swasta tidak diterima sebagai bukti di mahkamah, maka berasaskan premis itu pihak pendakwa tidak memanggil doktor swasta itu memberi keterangannya di mahkamah.
Karpal Singh, Ketua Peguam Bela Anwar semasa sesi soal balas ke atas Mohd Saiful juga gagal membuktikan Anwar mempunyai alibi untuk membuktikan anak guamnya (Anwar) tidak berada di tempat kejadian di Unit 1151, pada masa yang didakwa.
Justeru itu, tidak menghairankan dalam hujah penggulungannya yang menentukan masa depan Anwar, Karpal menggugurkan hujah alibi kerana tidak mempunyai bukti kukuh, sebaliknya, berkeras mengatakan kejadian liwat itu atas dasar suka sama suka, sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ketika membebaskan Anwar pada 2 September 2004. Klik di sini
source : AIDC


Zul Noordin : DNA Air Mani Anwar Dalam Dubur Saiful?


AIDCNews – 26/03/11 – Bekas peguam bela kes liwat I, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan kenyataan yang tidak masuk akal yang dikemukakan oleh Ketua Umum PKR itu bahawa air mani yang terdapat di dubur mangsa, Mohd Saiful Bukhari telah diplan oleh pihak-pihak tertentu.
“Anwar menyatakan air mani itu diplan, persoalannya siapa yang nak plan air mani yang baru dalam dubur Mohd Saiful ?”, kata Zulkifli Noordin ketika diinterview oleh channel youtube Roslay Raffie.
Menurutnya, seandainya Anwar yakin, air mani lelaki Y yang ditemui di dalam dubur Mohd Saiful itu bukan miliknya sepatutnya beliau tampil memberi DNAnya secara sukarela untuk membuat perbandingan.
“Malahan sebenarnya ini adalah peluang terbaik Anwar untuk membuktikan kesuciannya bahawa dia tak bersalah.
“Dahlah sumpah tak nak. Sumpah, walaupun Mufti Perlis cadangkan supaya bersumpah, (tetapi) dia kata Syeikh Yusof Qaradawi tak beri, sekarang DNA, dia kata ‘syeikh’ Karpal (pula) tak bagi”, katanya lagi.
Menyentuh isu konspirasi kerajaan untuk menjatuhkannya yang dibangkitkan oleh Ketua Umum PKR itu, bekas peguam bela kes liwat 1 itu berkata perkara itu perlu dirujuk kepada premis asal pertuduhannya, iaitu Anwar didakwa meliwat pekerjanya, Mohd Saiful, di Kondo Desa Damansara.
“Saiful ni adalah kakitangannya. Dia yang temuduga. Dia yang pilih. Dia yang gajikan. Dia yang meletakkan posisi Saiful dalam pejabatnya.
“Baru beberapa minggu Saiful bekerja di pejabatanya, dia telah bawa Saiful ke Hong Kong, Bangkok, Singapura. Rakyat akan tanya siapa yang bayar tambang Saiful. Siapa yang bayar gaji Saiful. Tak akan kerajaan kot”, katanya
Zulkifli berkata seandainya Anwar mendakwa bahawa Mohd Saiful bukan dibayarnya sebaliknya dibayar oleh pihak kerajaan, maka sewajarnya Ketua Umum PKR itu perlu diperiksa mentalnya.
“Malahan kami semasa dalam PKR pun, saya ingat lagi, kami bangkitkan soalan, siapa yang biaya perjalanan Saiful mengikut dia ni ? Atas kapasiti apa ?”, katanya lagi.
source : AIDC 

Ketua Staf, Ibrahim Yaacub Sahkan Anwar & Saiful Berada di Kondo

AIDCNews – 14/03/11 – Walaupun peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha supaya Ibrahim Yaacub yang dipanggil sebagai saksi pendakwa berbohong, tetapi perkara itu tidak berlaku, malah Ketua Staff Anwar turut mengesahkan dua perkara penting yang menjadi kunci terhadap prosiding ini
Pengesahan pertama, Ketua Staff Anwar itu mengakui Mohd Saiful Bukhari Azlan merupakan pekerja di pejabat Ketua Umum dan kedua mengesahkan Mohd Saiful dihantar ke Kondominium Desa Damansara untuk menghantar dokumen kepada Anwar.
Sebelum ini blog gelagat anwar melaporkan ketika peguam-peguam Anwar ‘berpesta’ di Shangri La Hotel, telah menelefon Ibrahim Yaakub yang bakal hadir sebagai saksi supaya melakukan sesuatu dalam keterangannya yang boleh menyelamatkan Anwar. Klik di sini
Namun keterangan Ibrahim Yaacub pada 9 Mac 2011 tidak membantu Anwar, sebaliknya mengesahkan lagi dakwaan yang dibuat sebelum ini.
Bekerja Di Pejabat Anwar, Seksyen 16
Mohd Yusof : Anda adalah Ketua Staff Anwar Ibrahim ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Pada tahun 2008, adakah anda juga Ketua Staff Anwar ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Di mana pejabat anda pada Jun 2008 ?
Ibrahim : Seksyen 16, Petaling Jaya
Mohd Yusof : Pada Jun 2008, adakah anda mempunyai pekerja bernama Mohd Saiful Bukhari bin Azlan?
Ibrahim : Dia (Saiful) bukan pekerja, dia adalah sukarelawan sementara.
Mohd Yusof : Dia bukan pekerja rasmi, tetapi dia bekerja di pejabat Anwar ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Apa tugas-tugasnya ?
Ibrahim : Dia adalah pekerja pejabat secara umum.
Kenyataan Ketua Staff Anwar itu mengesahkan keterangan yang pernah dibuat oleh mangsa, Mohd Saiful Bukhari pada 3 Februari 2010.
Malah keterangan Mohd Saiful lebih detail dan jelas.
Mohd Yusof : Boleh beritahu sejak bila bekerja pada 2008 dan dengan siapa?
Saiful : Pada awal Mac 2008, saya dijemput oleh rakan saya Rahimi untuk bekerja dengan Anwar Ibrahim.
Mohd Yusof : Pada mula bekerja dengan Anwar, apa kerja yang kamu buat?
Saiful : Saya masuk (ke pejabat Anwar) seminggu sebelum pilihanraya umum, saya mulakan tugas sebagai sukarelawan, sebagai sukarelawan banyak kerja yang saya buat seperti atur jadual perjalanan ceramah pilihanraya. Kadang kala saya ikut beliau ke ceramah-ceramah di sekitar negara. Pada yang sama saya bantu rakan saya Rahimi iaitu Pegawai Khas Anwar.
Mohd Yusof : Siapakah beliau yang kamu maksudkan?
Saiful : Beliau yang dimaksudkan adalah Anwar Ibrahim
Mohd Yusof : Berapa lama kerja sebagai sukarelawan?
Saiful : Dalam lebih kurang dua bulan dari awal Mac hingga hujung April, selepas itu saya dilantik oleh Anwar Ibrahim sebagai pembantu peribadi (PA).
Mohd Yusof : Perlantikan ini ada surat?
Saiful : Tiada
Mohd Yusof : Apa tugas-tugas sebagai pembantu peribadi?
Saiful : Tugas-tugas saya merangkumi:
1- Mengatur pertemuan sulit Anwar seperti pada ketika itu untuk berkomunikasi dengan agen atau ahli parlimen yang terlibat dalam parti.
2- Uruskan dan membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staff dalam mengatur jadual beliau.
3- Membuat filing dokumen sulit seperti akaun-akaun bank.
4- Mengawal selia hand phone peribadi beliau, setiap pagi Anwar beri hand phone untuk disemak SMS dan highlight SMS yang penting.
Mohd Yusof : Selain Ibrahim Yaacob siapa lagi yang bekerja dengan Anwar ?
Saiful : Tidak ingat sebab selalu bertukar
Mohd Yusof : Jika boleh ingat pada bulan Mac atau April?
Saiful : Hanya saya, Rahimi Osman, Nathanielle Tan dan Aasil Kazi Ahmad (warganegara AS)
Mohd Yusof : Adakah Anwar mempunyai pemandu?
Saiful : Ada ramai, yang saya kenal adalah Mokhtar, seorang lagi nama samaran iaitu Botak, Kahar. Saya panggil pemandu Anwar sebagai Pak Sani.
Mohd Yusof : Adakah anda dibayar gaji sebagai PA?
Saiful : Ya
Mohd Yusof: Berapa gaji?
Saiful : Yang rasmi dibayar oleh kak Jun iaitu RM 1000 yang tak rasmi seperti elaun bergantung kepada trip-trip yang saya pergi (bersama Anwar). Sebagai contoh ke Singapura-USD 1000 dan Hong Kong HKD 10,000.
Mohd Saiful juga memberi keterangan tambahan pada 5 Februari 2010.
Mohd. Yusof : Adakah Rahimi yang ambil kamu bekerja jadi sukarelawan?
Saiful : Pada awal Mac, Rahimi ada telefon untuk datang ke pejabat beliau yang juga pejabat Anwar Ibrahim di Seksyen 16 Petaling Jaya. Tujuan untuk berborak kerana lama tidak berjumpa, tetapi sedang berborak, Rahimi tanya pada masa itu saya sudah kerja atau ada apa-apa aktiviti. Saya katakan tidak saya tidak buat apa-apa aktiviti pada masa tersebut.
Dia tanya sama ada minat membantu pejabat Anwar, kerana menurut Rahimi pada ketika itu terdapat kekurangan staff. Kerana staff seperti YB Sim, Nurul Izzah dan Nik Azmi bertanding pilihanraya. Rahimi berseorangan yang memikul beban mereka semua.
Selepas berborak, saya 50-50 setuju dan tidak setuju, Rahimi jemput ke bilik mesyuarat pejabat di mana beliau kata ada mesyuarat dengan Anwar mengenai program ceramah pilihanraya. Jadi kami duduk di bilik tersebut kemudian Anwar masuk bilik, itu adalah kali pertama saya jumpa Anwar. Jadi Rahimi perkenalkan saya kepada Anwar dan cerita pasal program ceramah pilihanraya.
Saya terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa terus mesyuarat, selepas selesai mesyuarat, Anwar kata “I appreciated your help for helping us” sebagai isyarat terima saya sebagai sukarelawan.
Mohd. Yusof : Anwar tanya latar belakang dan kelulusan kamu?
Saiful : Saya terus terang saya bekas pelajar Universiti dan bekas wakil pelajar.
Mohd. Yusof : Kamu minat kerja dengan Anwar ?
Saiful : Saya memang peminat Anwar, saya jadikan Anwar idola
Hakim : Kamu berminat?
Saiful : Saya berminat
Mohd. Yusof : Kenapa minat?
Saiful : Saya minat sebab Anwar berkarisma dan idola saya dari kecil.
Kenyataan Mohd Saiful turut disokong oleh kenyataan individu yang membawanya bekerja bersama Anwar, Rahimi Osman.
Saya (Muhamad Rahimi Osman merupakan bekas Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim (‘DSAI’). Saya berkhidmat dengan DSAI pada tahun 2007 hingga pertengahan 2008. Saya bertanggungjawab menyelenggara semua program DSAI semasa kempen Pilihanraya Umum ke 12 (‘PRU 12’).
Semasa berkempen di Kelana jaya, saya terserempak dengan rakan sekolah saya, Saiful Bukhari bin Mohd Azlan (‘Saiful’). Kami bertanya khabar dan saya tanya kepada dia apa yang dia lakukan di sini, saya dengar dia menyokong BN di Facebook. Dia menjawab,”aku dah fed-up dengan side sana”.
Gembira kerana dia ingin membantu dan menyokong Parti Keadilan Rakyat (‘PKR’), saya kemudiannya keluar minum teh dan berbual-bual dengan Saiful pada malam itu. Sebelum inisemasa di sekolah Saiful memang penyokong kuat DSAIDia bersama arwah emaknya selalu berdemonstrasi di jalanraya pada tahun 1998. Esoknya, saya menjemput dia ke pejabat DSAI di Seksyen 16.
Kami berbual di dalam bilik mesyuarat di Pejabat tersebut. Kemudiannya DSAI masuk dan saya kenalkan dia kepada Saiful. Dia berborak sebentar dengan Saiful dan kemudiannya kami terus berbincang mengenai kempen-kempen PRU 12.
Semasa PRU 12, Saiful ditugaskan untuk membantu saya. Dia membantu saya untuk memasukkan jadual yang saya sudah buat ke dalam komputer dan menghantar kepada petugas-petugas PRU 12 yang berkenaan.
Hari-hari terakhir PRU 12, DSAI memberikan RM4000 kepada saya dan menyuruh saya memberikan RM2000 kepada Shafiq (salah seorang pembantu sukarela) dan RM2000 kepada Saiful. Saya serba salah, Shafiq telah membantu selama 3 bulan tanpa sebarang bayaran, tetapi Saiful cuma baru membantu selama beberapa hari sahaja.
Selesai PRU 12, Saiful cuma datang ke pejabat sekali sekala mengikut waktunya sendiri kerana dia menganggap bahawa dia cuma staff separuh masa atau sukarelawan sahaja di pejabat itu. Saya menguruskan semua jadual DSAI seorang diri. DSAI meminta dan menekan saya untuk memanggil Saiful semula ke pejabat sebagai staff tetap. Saya buat sepertimana yang disuruh.
Saya berjumpa dengan Saiful dan memintanya datang ke pejabat untuk bekerja sepenuh masa. Saiful beritahu saya dia serba salah kerana dia pernah kenal rapat dengan Khairil Anas, Pegawai Khas Dato’ Seri Najib. Khairil Anas membantu Saiful dengan memberikan surat sokongan untuk Saiful meminta biasiswa sekolah penerbangan.
Saiful takut dia akan dilabel sebagai agen dan perisik memandangkan ada beberapa orang rakan lama Saiful yang berkhidmat secara sukarelawan dalam PKR tidak senang melihat Saiful rapat dengan pejabat DSAI.
Malam tersebut, dalam perjalanan ke KLIA untuk menghantar DSAI ke luar negara, saya telah menceritakan masalah Saiful kepada DSAI, termasuk berkenaan hubungan rapat Saiful dengan salah seorang staff Dato’ Seri Najib. Saiful turut sama dalam perjalanan tersebut tetapi menaiki kereta yang lain. DSAI nampaknya langsung tidak kisah dengan cerita dan keadaan Saiful. Sampai di KLIA beliau cuma bergurau dengan Saiful dengan berkata, “you baik-baik nanti boleh kena bom.”
DSAI terus meminta Saiful berkhidmat di pejabat seperti biasa dan Saiful bersetuju. Semasa dalam pejabat, DSAI sering memanggil Saiful masuk ke dalam biliknya untuk berbual-bual. Saya pelik kerana jarang staff-staff yang lain mendapat layanan yang begitu mesra daripada DSAI. Walaupun baru sahaja kenal, DSAI nampaknya sangat akrab dengan Saiful.
Kami bekerja seperti biasa dan hampir setiap hari selepas habis pejabat, kami akan melepak di kedai mamak sehingga larut malam. Saiful sering menerima panggilan telefon dan apabila menjawab panggilan tersebut, Saiful akan lari jauh dari meja kami. Saya pelik kerana kalau biasanya teman wanita Saiful yang telefon, dia akan jawab depan-depan sahaja. Perbualan telefon itu biasanya berlaku dalam masa setengah jam, diikuti dengan sms berpanjangan. Satu hari, saya cuba menilik caller ID, saya amat terkejut apabila melihat panggilan dan sms tersebut adalah daripada DSAI.
Saiful kemudiannya diberikan satu tugas yang membuatkan hampir semua staff senior di pejabat terkejut, iaitu mengaturkan segala mesyuarat dan pertemuan dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang kononnya ingin melompat parti pada ketika itu. Saya berasa hairan kerana Saiful yang cuma dikenali DSAI kurang sebulan diberi kepercayaan untuk membawa satu tugas yang sangat penting dan sangat sulit.
Tambahan pula ada kisah mengenai rapatnya Saiful dengan pegawai khas Dato’ Seri Najib. Saiful selepas itu mula sibuk terbang ke Sabah, Singapura, Bangkok dan Hong Kong. Boleh dikatakan, tiada satu pun staff di pejabat tahu atau mempunyai maklumat tentang pertemuan-pertemuan itu. Tugas saya cuma mengosongkan jadual DSAI pada hari-hari tertentu untuk ‘mesyuarat sulit’.
Tidak berapa lama selepas itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti dari pejabat DSAI memandangkan keadaan pejabat mula stabil dan saya menyerahkan tugas-tugas saya kepada Ibrahim Yaacob, Ketua Staff dan dibantu oleh Saiful sendiri.
Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin menumpukan kepada perniagaan saya yang telah tinggalkan semenjak aktif dalam kerja-kerja politik. Saya memandang bahawa perniagaan saya adalah jaminan masa depan jangka panjang daripada terus bekerja dalam politik.
Kenyataan Rahimi ini telah didedahkan oleh laman web Selangordaily. Klik di sini dan sini
Anwar, Saiful Ke Kondo
Ibrahim Yaacub dalam keterangannya juga turut mengesahkan kehadiran Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful ke Kondominium Desa Damansara.
Mohd Yusof : Pada 26 Jun 2008, adakah anda bekerja di Seksyen 16, PJ ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Bagaimana dengan Saiful?
Ibrahim : Ya. Dia juga datang.
Mohd Yusof : Bagaimana dengan Anwar Ibrahim ?
Ibrahim : Dato’ Seri datang lebih awal.
Mohd Yusof : Pada hari itu, adakah Anwar mempunyai apa-apa mesyuarat ?
Ibrahim : Ya. Mesyuarat diadakan di apartment Hasanuddin di Damansara. Saya tahu tempatnya, tetapi saya tidak boleh beritahu alamatnya.
Mohd Yusof : Adakah anda tahu apakah jenis mesyuarat itu ?
Ibrahim : Perbincangan Tengahari dengan teman-teman bersama Prof. Ariff.
Mohd Yusof : Sekarang, adakah awak ingat pukul berapa beliau (Anwar) bertolak untuk menghadiri mesyuarat tersebut ?
Ibrahim : Lebih kurang 11.45 pagi hingga 12 tengahari
Mohd Yusof : Pada hari itu, selepas Anwar bertolak, adakah beliau menelefon anda untuk bertanyakan sesuatu ?
Ibrahim : Ya, beliau menelefon kira-kira jam 12.15 tengahari hingga 12.30 tengahari, mengatakan beliau tertinggal satu sampul (dokumen) di atas mejanya.
Mohd Yusof : Dan adakah beliau memerlukan (dokumen) itu untuk mesyuaratnya ?
Ibrahim : Ya
Mohd Yusof : Jadi apa yang awak lakukan ?
Ibrahim : Saya agak sibuk, jadi satu-satunya individu yang berada di pejabat adalah Saiful, dan saya menyuruh dia menghantar dokumen itu kepada Datuk Seri Anwar.
Mohd Yusof : Adakah Saiful melaksanakan arahan anda ?
Ibrahim : Setakat yang saya tahu, dia meninggalkan pejabat, ya dengan sampul (dokumen) itu.
Mohd Yusof : Adakah dokumen itu dibawanya seperti itu sahaja atau diletakkan dalam mana-mana beg ?
Ibrahim : Saya beri kepadanya dokumen itu dalam sampul, di mana dia letaknya, saya tidak pasti.
Mohd Yusof : Adakah anda tahu, bagaimana dia menyampaikan dokumen itu kepada Anwar ?
Ibrahim : Dia memandu.
Mohd Yusof: Adakah anda tahu apa jenis kereta yang dia pandu ?
Ibrahim : Saya tidak pasti modelnya, tetapi jenis MPV, berwarna maroon
Keterangan Ketua Staff Anwar ini menyokong keterangan Mohd Saiful pada 3 Februari 2010.
Mohd Yusof : Bila Anwar Ibrahim minta kamu ke sana (Kondominium) ?
Saiful : Ada beberapa kali tetapi kali terakhir adalah pada 26 Jun 2008 di pejabat beliau.
Mohd Yusof : Itu kali terakhir?
Saiful : Ya.
Mohd Yusof : Sebelumnya?
Saiful : Hari sebelumnya pada 25 Jun 2008
Mohd Yusof : Pada 25 Jun 2008 bila masanya?
Saiful : Pada pagi selepas selesai mesyuarat staff
Mohd Yusof : Pada 26 Jun?
Saiful : Pagi juga dalam 10.30 pagi.
Mohd Yusof : Masa itu di pejabat?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Di pejabat mana?
Saiful : Seksyen 16, Kelana Jaya.
Mohd Yusof : Jika diingatkan apakah Anwar Ibrahim beritahu pada 26 Jun 2008, jam 10.30 pagi?
Saiful : Anwar ingatkan saya kembali supaya datang ke kondo tersebut dan kedua beritahu tentang mesyuarat dengan Prof Ariff pada jam 12 di Kondo Desa Damansara di rumah En Hassanuddin.
Mohd Yusof : Kondo di mana?
Saiful : Unit lain 1152
Mohd Yusof : Kondo siapa?
Saiful : En. Hassanuddin sahabat baik Anwar Ibrahim
Mohd Yusof : Anwar ada beritahu kenapa beliau nak kamu ke sana?
Saiful : Ada. Untuk bincang jadual kerja
Mohd Yusof : Anwar akan berada di sana?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Beritahu anda sepatutnya berada di sana pada pukul berapa?
Saiful : Sepertinya 2.15 ptg
Mohd Yusof : Kondo Desa Damansara, tahu di mana letaknya?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Unit kepunyaan Hassanuddin pun tahu?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Bagaimana boleh tahu?
Saiful : Saya pernah ke sana beberapa kali dan diberitahu oleh Anwar bahawa kedua-dua unit tersebut kepunyaan Hassanuddin.
Mohd Yusof : Mesyuarat di unit mana?
Saiful : Unit 1152
Mohd Yusof : Pada 26 Jun, ada pergi ke kondo seperti diminta?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Pukul berapa tinggalkan pejabat?
Saiful : Saya bertolak lebih kurang 1.45 petang
Mohd Yusof : Masa kamu tinggalkan pejabat, adakah kamu berlenggang atau ada bawa apa-apa ?
Saiful : Bawa satu dokumen yang saya tak pasti (isi kandungannya) tetapi diserahkan oleh ketua staff En. Ibrahim Yaacob untuk diserahkan kepada Anwar.
Mohd Yusof : Dokumen ini dibawa macam itu saja atau ada bekas?
Saiful : Saya letak dalam beg fail, warna hitam.
Mohd Yusof : Dokumen diberikan oleh Ibrahim kepada kamu untuk apa?
Saiful : Diserahkan kepada Anwar
Mohd Yusof : Bila Ibrahim Yaacob beritahu anda untuk diserahkan pada Anwar ?
Saiful : Kira-kira 10-15 minit sebelum saya bertolak
Mohd Yusof : Bagaimana kamu ke kondo?
Saiful : Saya menaiki van fiat dengan no pendaftaran WPK 5925
Mohd Yusof : Van atau mpv?
Saiful : Saya panggil van, van warna merah, fiat
Kejadian semasa Mohd Saiful bertemu Anwar di Kondominium Desa Damansara telah diulas secara terperinci sebelum ini. Klik di sini
Saiful Letak Jawatan
Ibrahim Yaacub juga turut mengesahkan Mohd Saiful meletakkan jawatannya pada 27 Jun 2008 melalui email.
Mohd Yusof : Sekarang, apakah Saiful masih bekerja di pejabat itu ?
Ibrahim : Tidak. Dia telah berhenti. Kalau tidak silap saya, dia telah menghantar surat perletakan jawatan pada 27 Jun 2008 melalui email.
Mohd Yusof : Adakah dia memberi alasan kenapa dia mahu berhenti ?
Ibrahim : Ya. sebenarnya, dia email kepada Dato’ Seri Anwar dan Dato’ Seri beri salinan kepada saya. Dia berkata dia tidak sesuai dan tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.
Mohd Yusof : Setelah menerima email peletakan jawatan ini, adakah terdapat usaha untuk memujuknya kembali mengekalkan tugasnya ?
Ibrahim : Dia berkata dia mahu berhenti sebab dia mahu menjadi pilot, dan kerana dia berhasrat untuk meletakkan jawatan, jadi biarkan sahaja. Jadi tidak ada usaha dibuat untuk memujuknya kembali bekerja.
Kenyataan Ketua Staff Anwar berkenaan dengan peletakan jawatan Mohd Saiful pada 27 Jun 2008 melalui email menyokong keterangan mangsa sebelum ini.
Namun keterangan Ketua Staff Anwar berkenaan tiada usaha pemujukan supaya Mohd Saiful mengekalkan jawatannya bercanggah dengan keterangan mangsa sebelum ini, pada 5 Februari 2010.
Mohd Yusof : Ada Anwar tahu niat kamu letak jawatan?
Saiful : Saya hantar email ke Anwar pada 27 Jun, Jumaat waktu pagi. Selang beberapa jam kemudian, Anwar telefon dengan nada marah dan suruh saya jumpanya di pejabat seksyen 16, Petaling Jaya.
Mohd Yusof : Ada jumpa Anwar ?
Saiful : Ada. Saya takut tetapi saya pergi juga jumpa Anwar.
Mohd Yusof : Dalam pertemuan itu apa jadi?
Saiful : Anwar tanya kembali apa saya nak, saya nyatakan sebab-sebab seperti dalam email iaitu kurang disiplin, lewat ke pejabat dan Anwar selalu marah saya. Keduanya, saya kurang berkelayakan dan takut dipertikaikn kerana saya diberikan keistimewaan dari staff yang berkelayakan. Sebagai contoh, saya ada bilik sendiri di pejabat baru di Tropicana City Square. Hasrat sebenar saya adalah saya tidak rela diperlakukan sedemikian lagi seperti dalam pertuduhan.
Karpal Singh : Objek to the word “lagi”.
Mohd Yusof : I have no objection. Seperti pertuduhan
Hakim : Perkataan “lagi” merujuk kepada masa seperti pertuduhan, proceed.
Mohd Yusof : Apa reaksi Anwar ?
Saiful : Anwar agak kesal dan pujuk saya agar tidak letak jawatan. Beliau suruh saya lebih berdisiplin. Beliau juga buat counter offer di mana Anwar beritahu, beliau ingin menaja pelajaran saya tidak kira ke mana di samping dapat gaji dan elaun yang penuh
Mohd Yusof : Setuju dengan tawaran?
Saiful : Depan AI saya takut nak bantah, tetapi saya tidak ada minat. Jadi pada masa itu saya setuju. Setelah selesai, Anwar ada reply email, beliau tulis “terima kasih kerana sudi sambungkan perkhidmatan” dan beberapa perkara lain yang saya tidak ingat.
Kenyataan Mohd Saiful turut disokong oleh kenyataan Mohd Rahimi Osman.
Selepas saya berhenti kerja, saya masih juga datang ke pejabat di waktu lapang untuk membantu dan saya juga sering berjumpa dengan Saiful. Dalam masa yang sama, Saiful sering mengadu bahawa dia berasa tertekan tetapi tidak memberitahu saya apa sebabnya dia tertekan. Bila ditanya mengapa, Saiful akan terus beralih topik
Pada satu hari, Ibrahim Yaacob menelefon saya untuk mencari di mana Saiful. Menurut Ibrahim, Saiful tidak datang ke pejabat dan tidak dapat dihubungi ketika itu. Katanya Saiful juga sudah mula menunjukkan tidak minat untuk bekerja dan tidak berdisplin. Saya kemudiannya menelefon Saiful tetapi tidak dapat untuk dihubungi. Saya mengambil keputusan untuk pergi ke rumahnya.
Sesampai di rumah Saiful, saya memanggil dan menunggu selama 20 minit sebelum adiknya, Tati keluar dan mengatakan Saiful sedang tidur. Tati menjemput saya masuk dan memanggil Saiful. Saya mulanya menegur Saiful kerana tindakannya memonteng kerja, Saiful cuma diam dan kemudian memberitahu saya bahawa ada perkara penting yang nak dibincangkannya.
Saiful teragak-agak dan nampak serba salah, kemudian dia menceritakan kepada saya bahawa selama ini dia telah diliwat oleh DSAI. Saya berasa amat terkejut dan cuma berdiam diri. Saya masih dalam keadaan tidak percaya tetapi Saiful nampaknya jujur. Dia memberitahu saya bahawa sudah banyak kali dia diliwat oleh DSAI. Itulah sebenarnya ‘mesyuarat-mesyuarat sulit selama ini’. Kami berpakat untuk berjumpa kembali di sebelah malam, saya inginkan cerita yang lebih lanjut mengenai perkara itu.
Malam itu, Saiful menceritakan kepada saya segala insiden yang telah berlaku di mana dia diliwat, bagaimana dia diliwat sehingga saya tidak sanggup untuk mendengarnya. Saiful juga serba salah dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa.

source : AIDC


Kenapa Anwar arah tahan Rahimi dan Rashid di Hotel Quality ?



Oleh CyberTrooper, AIDCclub
Dulu Rahimi Osman bukan figur penting. Ketika saya menulis dua artikel mengenai Rahimi; ‘Misteri lelaki bernama Rahimi Osman’ [klik di sini] dan ‘Ke mana Rahimi Osman disembunyikan..?’ [klik di sini], ramai yang tertanya-tanya, siapakah Rahimi Osman ?
Sekarang semakin ramai yang tahu tentang Rahimi. Sehari dua ini, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan lain-lain blog menjadikan isu Rahimi sebagai topik utama. Saya ada maklumat tersendiri yang belum keluar dalam mana-mana media tentang ‘inside story of Rahimi’, tetapi sesetengahnya tidak dapat ditulis kerana bakal dibicarakan di mahkamah.
Sekarang mari kita soroti kisah Rahimi dikurung pada 28 Jun 2008, satu tarikh paling penting kepada Anwar kerana pada tarikh itu bekas pembantu kesayangannya, Mohd Saiful Bukhari membuat laporan polis diliwat oleh Anwar, sehingga memaksa Anwar terkincit-kincit berlindung di kedutaan asing.
Kisah Anwar dan Saiful pada tarikh itu telah banyak terdedah. Bagaimana pula dengan kisah Rahimi ?.
Setelah meletup berita Saiful buat laporan polis, sudah tentu Rahimi menjadi fokus. Bertalu-talu telefon yang diterimanya. Bukan dari Ibrahim Yaakub (Ketua Staff Anwar di pejabat Seksyen 16, PJ), bahkan ramai lagi.
“Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel”, kata Rahimi seperti dilaporkan Malaysiakini.
“Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah,” katanya lagi.
Dakwanya, sebelum ke Quality Hotel, dia berada di Hospital Kuala Lumpur bersama Saiful Bukhari, pakciknya, staff-staff dan doktor serta ramai pihak polis termasuk daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman dan sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.
“Jadinya, kenapa pula kata Latheefa bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel?
“Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.”
Cerita Rahimi ini senada dengan keterangan Saiful di mahkamah.
Rahimi Osman ketika bangkit buat sidang media pada 6 Oktober lalu berkata dia telah dipaksa oleh Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli (kedua-duanya bekas peguam liwat Anwar) menandatangani dua pengisytiharan bersumpah di Quality Hotel pada 28 Jun 2008 yang menuduh Datuk Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor sebagai konspirator liwat untuk menjatuhkan Anwar.
“Saya dipaksa menandatangani dua pengisytiharan berkanun pada Jun 2008 tentang Anwar dan Saiful. Perisytiharan itu adalah tidak benar kerana saya tidak menulisnya”, kata Rahimi.
“Saya dipaksa menandatanganinya kerana saya berasa takut tentang keselamatan diri saya. Pada masa itu terdapat ratusan penyokong-penyokong Anwar di sekitar Quality Hotel,” katanya lagi.Klik di sini
Rahimi dikurung di Quality Hotel
Di Quality Hotel pada tarikh tersebut, terdapat kursus kepimpinan PKR yang dipengerusikan oleh Anwar. Hampir kesemua pimpinan PKR hadir, termasuk Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin, Wee Chee Keong dan lain-lain.
Sebaik sahaja Anwar mendapat SMS Saiful buat laporan polis, muka Anwar berkerut kerisauan, dia segera keluar dari bilik mesyuarat. Wan Azizah tahu sesuatu yang besar telah berlaku ke atas suaminya, dia juga turut keluar dari mesyuarat tersebut. Begitu juga dengan Zul Noordin, peguam peribadi Anwar. Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin dan Wee Chee Keong turut menyusul kemudian.
Anwar menuju ke lif, diikuti dengan Wan Azizah dan Zul Nordin untuk naik ke bilik tingkat 10. Ketika dalam lif, Zul Nordin bertanya kepada Anwar ’apa hal ni?’ Anwar menjawab dengan keadaan risau ‘Saiful buat report diliwat dia’.
Ketika di bilik tingkat 10, Hotel Quality, Wan Azizah masih lagi melepaskan geramnya kepada Anwar. Zul Noordin, Tian Chua, Saifuddin Nasution dan Wee Chee Keong menjadi saksi melihat dengan mata kepala mereka sendiri gelagat Wan Azizah memarahi Anwar.Klik di sini
Video ini mengambarkan kecelaruan minda Wan Azizah ketika ditanya wartawan di Hotel Quality, 28 Jun 2008.
Berbalik tentang kes Rahimi pula, sebaik sahaja, dia sampai di Hotel Quality, dia dibawa oleh Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) ke tingkat 10, menemui Anwar.
Anwar kemudiannya menarik Rahimi ke sebuah bilik secara berdua dan bertanyakan kepadanya apakah yang diberitahu Saiful kepadanya. Rahimi menceritakan segalanya apa yang diberitahu Saiful kepadanya berkaitan kes liwat yang dilakukan oleh Anwar, termasuk di Kondominium Desa Damansara, Hong Kong, Bangkok dan Singapura.
Anwar sangat cemas ketika itu dan menyuruh Rahimi tutup mulut, tidak memberitahu sesiapa meskipun kepada polis.
Anwar juga mengarahkan Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli ‘menguruskan’ Rahimi. Di situlah Rahimi terpaksa menandatangani akuan bersumpah yang telah disediakan oleh kedua peguam Anwar itu.
Selepas selesai tandatangan, Rahimi pohon untuk pulang ke rumahnya, tetapi kedua peguam Anwar tidak membenarkannya pulang sebaliknya di’tahan’ selama 5 hari, 4 malam di hotel itu dengan ditemani oleh beberapa AMK yang diketuai Chegubard.
Kenapa Rashid juga dikurung ?
Menariknya, bukan setakat Rahimi sahaja dikurung di hotel itu, tetapi terdapat seorang lelaki lain yang turut dikurung. Namanya Rashid. Kenapa Anwar arahkan Rashid juga turut ditahan ? Apa kesalahan yang Rashid lakukan ?
Siapa Rashid ?
Difahamkan Rashid merupakan tukang urut peribadi Anwar semenjak Anwar dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaik sahaja Anwar dan Rashid dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar telah mengambil Rashid bekerja dengannya sebagai tukang urut peribadi dan merangkap orang gaji.
Rashid telah diberi penginapan percuma di rumah Anwar sepertimana yang pernah dilakukan kepada adik angkat Anwar bernama Sukma Darmawan Sasmitaat Madja suatu ketika dahulu.
Menurut sumber, Rashid telah dihalau dari rumah Wan Azizah apabila ketiadaan Anwar yang ketika itu menetap di Amerika Syarikat. Apabila Anwar kembali semula ke Malaysia, Anwar telah mengambil semula Rashid sebagai pembantu peribadinya dan ditempatkan di pejabat Seksyen 16, Petaling Jaya.
Rashid menjadi subjek utama ketika peperangan di antara Ezam dan Wan Azizah baru- baru ini.
Ezam mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di antara Anwar dengan Rashid pada tahun 2005. Ketika itu, Ezam merupakan Ketua AMK PKR, manakala Anwar pula menjadi pensyarah pelawat di Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat.
Insiden berlaku ketika pertembungan perjalanan Wan Azizah dan Anwar. Wan Azizah dalam perjalanan ke Washington melawat anak-anaknya yang turut dihantar belajar ke Amerika Syarikat. Salah seorangnya, Nurul Izzah yang belajar di universiti sama tempat ayahnya mengajar iaitu Universiti John Hopkins. Manakala, Anwar ketika itu dalam perjalanan bercuti dari Washington ke Malaysia untuk menguruskan kerja-kerja parti.
Wan Azizah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Anwar semasa ketiadaannya, sebab itu dia mengirimkan SMS dan menelefon orang kepercayaannya, Ezam Mohd Nor. Azizah memang rapat dengan Ezam, dari Anwar dipenjarakan, hingga Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, Ezam lah tempat bergantung Azizah. Mereka ibarat satu keluarga.
Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.
Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.
SMS Wan Azizah : ‘siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah’.
Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain
SMS Wan Azizah : ‘selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?’.
Ezam : Tidak ada
SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!
Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat.
Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!
Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih dan karipap (kuih kegemaran Anwar) kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh ketat Azizah iaitu Rashid.
Selesai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Azizah, walaupun Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaannya.
source : AIDC

Ada benda ‘mengemparkan’ dalam laporan polis Rasid


Mohd. Rasid Mohd. Rosdi

SHAH ALAM 13 Okt. – Seorang lagi bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis hari ini, atas dakwaan beliau telah dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008.
Mohd. Rasid Mohd. Rosdi, 31, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai ada kaitan dengan kes liwat membabitkan Anwar dengan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dia turut membuat akuan bersumpah untuk menarik balik akuan terdahulu yang menceritakan hubungannya dengan Anwar dan bagaimana ia disediakan oleh peguam Anwar.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman, 25, membuat laporan polis berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya berkaitan kes itu dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd. Rasid dalam akuan bersumpah itu yang diedarkan kepada media mendakwa mengenali Anwar ketika menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh pada 2001 selama setahun atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Semasa di dalam penjara, dia mendakwa, telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur.
Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel hendak dikunci.
”Selepas keluar dari penjara, atas cadangan Anwar saya diberikan kerja sebagai penghantar surat di pejabat peguam beliau, Sankara Nair selama setahun. Selepas Anwar dibebaskan pada 2004, saya dipanggil untuk bekerja dengan beliau sendiri sebagai pembantu di kediamannya di Bukit Damansara.
Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,” dakwanya dalam akuan bersumpah itu.
Mohd. Rasid mendakwa, tugasnya ketika itu adalah sebagai pembantu am yang melakukan pelbagai tugas yang diamanahkan oleh Anwar.
Dakwanya, ketika bertugas sebagai pembantu am Anwar, beliau mengenai Mohd. Saiful Bukhari dan beberapa staf lain seperti Muhamad Rahimi dan Ibrahim Yaacob.
Dalam akuan bersumpah itu, Mohd. Rasid mendakwa, dia mendapat panggilan telefon daripada peguam Anwar, Saiful Izham Ramli pada malam 28 Jun 2008 tetapi tidak dijawab.
”Kemudian saya menerima panggilan daripada Anwar sendiri serta meminta saya datang ke Hotel Quality, Shah Alam. Saya pergi ke sana dihantar oleh isteri dan anak. Apabila sampai di hotel, saya melihat ramai penyokong PKR termasuk pemimpin-pemimpin parti berada di lobi.
”Dari situ, ada penyokong PKR memberitahu saya bahawa Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat oleh Anwar. Saya memperkenalkan diri dan dibawa ke lif oleh beberapa orang yang saya tidak kenali dan dibawa naik ke tingkat atas,” dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid lagi, dia turut melihat hampir 20 pemimpin parti termasuk Anwar, pengawal peribadi, peguamnya dan beberapa individu tidak dikenali.
”Saya melihat peguam Latheefa Koya sedang sibuk menyediakan satu dokumen yang saya tidak tahu apa sebenarnya. Saya bertemu dengan Anwar dan bertanyakan apa yang sedang berlaku. Anwar menceritakan kepada saya bahawa Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat.
”Anwar menyuruh salah seorang staf yang saya tidak ingat siapa, menyediakan saya sebuah bilik di hotel dan memesan kepada staf tersebut untuk mengelakkan saya daripada bertembung dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Saya telah memanggil isteri dan anak ketika itu yang sedang menunggu di dalam kereta untuk naik ke bilik bersama dengan saya,” dakwanya.
Bagaimanapun, jelas Mohd. Rasid, dia tidak dapat tidur kerana beberapa kali dipanggil oleh peguam Anwar iaitu Latheefa dan R.Sivarasa.
”Pada keesokannya, saya dipindahkan ke sebuah bilik bersebelahan dengan bilik di mana seorang lagi rakan saya, Muhamad Rahimi ditahan. Isteri dan anak saya dibenarkan pulang ke rumah tetapi saya diarahkan untuk berada di bilik tersebut. Saya tidak dibenarkan ke mana-mana ataupun kembali ke rumah saya.
”Ketika saya sedang berbual dengan Muhamad Rahimi di biliknya, dua orang lelaki masuk ke bilik dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka menyerangnya. Ketika cuba meleraikan, salah seorang daripada pengawal peribadi Anwar telah menghalang dan kemudian menolak serta menengking saya.
”Dari situ, saya dapat merasakan bahawa saya dan Muhamad Rahimi berada di dalam keadaan tidak selamat dan sedar bahawa saya perlu akur dengan apa jua permintaan mereka demi keselamatan saya, Muhamad Rahimi dan juga keluarga,” dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid, sepanjang empat atau lima hari di hotel tersebut, dia dikawal oleh dua lelaki yang tidak dikenali daripada Angkatan Muda PKR Negeri Sembilan.
”Demi keselamatan, saya memberikan sepenuh kerjasama kepada mereka. Beberapa hari kemudian, saya dan Muhamad Rahimi dibenarkan pulang tetapi sebelumnya, kami dikehendaki mengikut Latheefa ke sebuah pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Petaling Jaya dan diminta menandatangani satu dokumen akuan bersumpah yang saya sendiri tidak memahami apakah sebenarnya isi kandungan dan tujuan dokumen tersebut.
”Akuan bersumpah tersebut tidak pernah dikarang oleh saya malah Latheefa sendiri tidak menceritakan kepada saya apa sebenarnya dokumen tersebut serta tujuannya. Apabila melihat sepintas lalu, saya mendapati akuan bersumpah tersebut disediakan untuk menceritakan bahawa Anwar tidak pernah melakukan gangguan seksual kepada mana-mana stafnya termasuk saya,” dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid, walaupun tidak faham sepenuhnya dan tidak setuju dengan apa kandungan dokumen itu, dengan berat hati dia tetap menurunkan tandatangan.
”Ini kerana saya memikirkan perkara-perkara buruk yang boleh terjadi kepada saya dan keluarga jika tidak bekerjasama dengan mereka. Saya juga tidak mahu mereka menggunakan latar belakang saya untuk mengaibkan saya dan keluarga jika enggan bekerjasama.
”Lebih-lebih lagi saya diarahkan agar tidak bekerja dan juga agar tidak menonjolkan diri sehingga perbicaraan Anwar tamat,” dakwanya.
Mohd. Rasid berkata, dia telah menanggung satu perasaan tidak selamat dan takut kerana berasakan akan dikenakan hukuman jika menarik balik akuan bersumpah itu.
“Setelah melihat Muhamad Rahimi membuat laporan polis untuk menarik balik akuan bersumpahnya, timbul rasa keinsafan dalam diri dan sedikit keberanian untuk saya memperbetulkan kesilapan dahulu,” jelasnya.
Katanya, akuan bersumpah untuk menarik balik akuan bersumpah terdahulu dibuat dan disebut olehnya dalam keadaan sedar dan memahami isi kandungannya.
”Saya dibantu seorang rakan sebagai penaip dan semasa menyediakan akuan ini, saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau dipaksa.
”Saya membuat akuan bersumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa- apa yang tersebut di dalamnya adalah benar menurut Akta Akuan Berkanun 1960,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh Mohd. Rasid.
Ada ‘cerita panas’ dalam laporan polis Rasid mengenai Anwar
Oleh: ROSLAN BIAN
Siapa sebenarnya Rasid Rosdi yang tiba-tiba muncul pada Rabu dan buat laporan polis mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan sumpah oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sendiri tidak setuju dengan kandungannya hampir tiga tahun lalu.
Mungkin ramai tidak tahu siapa sebenarnya pemuda ini tetapi kemunculannya telah membuka babak baru dalam isu yang menyelubungi Ketua Umum PKR itu kebelakangan ini.
Ingat lagi… kisah panggilan telefon cemas Datuk Seri Wan Azizah Ismail kepada Ezam Mohd Noor dari Washington apabila diberitahu oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu padanya ada ‘ seorang lelaki’ di rumah mereka (waktu itu) di Bukit Damansara.
Apapun Presiden PKR itu kemudiannya menafikan pernah meminta Ezam mengawasi Anwar yang berada di rumah itu dengan lelaki berkenaan sehingga Ezam mencabarnya bersumpah depan ulama.
Panggilan telefon itu yang kata Ezam spark off beliau mula ragu mengenai perangai Anwar dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan PKR.
Agendadaily difahamkan lelaki berkenaan ialah Rasid.
Sebelum inipun sudah ada blog mendakwa wujud hubungan Anwar dengan Rasid yang bermula di Penjara Sungai Buloh ketika mereka kebetulan sama-sama menjalani hukuman di situ dahulu.
Teka teki sama ada apa dilaporkan itu betul atak tidak terjawab dengan kenyataan akhbar Rasid Rabu serta satu laporan polisnya mengakui mengenali Anwar sejak di penjara.
Menariknya, ketika mendedahkan mengenai akuan sumpah yang ditandatangani secara paksa itu, Rasid membuat satu akuan sumpah baru dan laporan polis menceritakan secara terperinci hubungan mereka.
Difahamkan ada beberapa ‘ cerita panas’ didedahkan oleh Rasid dalam laporan polisnya termasuk menghantar ‘ suatu barang’ ke kondo di Damansara yang menjadi tempat kes dakwaan kejadian liwat saiful Bukhari Azlan.
Jika benar ini antara kandungan laporan polis dan akuan sumpah terbaru Rasid di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini, ia pasti akan membuka mata ramai terhadap cubaan untuk mendakwa wujudnya konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes liwatnya.
Pengakuan Rahimi Osman,seorang lagi bekas pembantunya baru-baru ini hingga timbul insiden beberapa aktivis PKR ganggu sidang akhbarnya di sebuah restoran di Klang baru-baru ini dan Rasid pasti mengundang banyak tandatanya pada kes liwat Saiful yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang.
Cuma soalnya bagaimana Anwar nak “bersilat’ menghadapi dua orang bekas pembantunya yang tampil ‘ buka cerita’ ini.
Respons awal Anwar ketika ditanya Agendadaily selepas sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen petang Rabu mengenai laporan polis Rasid, beliau kelihatan terkejut dan bertanya bila (Rasid buat laporan).
Anwar enggan komen,katanya “tanya peguam”
source : AIDC


video Anwar Kantoi



Inilah peluang Anwar untuk saman mana-mana pihak yang 'memfitnahnya'.


Sumber:
PapaGomo


source : waadat



BERSHIT-2 TETAP HARAM
(Isu himpunan haram 09.07.2011 cuba menenggelamkan masalah besar yang dihadapi Anwar dalam kes meliwat Saiful yang akan disambung bicara 16.07.2011)

Salam 2 all.

Teman menjunjung kasih dan angkat tabik kepada Tuanku YDP Agong atas keprihatinan Tuanku untuk memastikan keselamatan, keamanan dan keharmonian kehidupan rakyat akibat agenda jahat kaum yang mahu menganjurkan perhimpunan haram 09 Julai. Titah Tuanku sangat jelas, dan cukup bijak. Tuanku tidak melarang, tetapi menasihat dan memberi panduan. Nak buat boleh, tapi jangan sampai menyusahkan rakyat Tuanku. Buatlah di tempat yang terkepung dan terkawal, lebih kurang macam dalam zoo. Sebab yang beriya-iya nak berhimpun haram ni adalah golongan yang sedara-mara mereka kat zoo pun malu nak ngaku sedara yop! Sebab dema ni kaum yang sesama sejenis dema tak balun yop ;))

BERSHIT-2 TETAP HARAM

Perkara pertama yang perlu kita sedar ialah majlis perkenan mengadap oleh Tuanku YDP Agong bukan bermakna kaum ini sudah jadi sah. Kaum yang melabel diri mereka "Bersih-2" (tapi punya niat kotor ini) sebenarnya masih berstatus tidak sah @ haram. Kerana pihak Pendaftar Pertubuhan telah mengisytiharkan mereka haram menurut undang-undang. Jadi level mereka sama dengan komunis, sama dengan Kumpulan Ayah-Pin. Oleh itu sebarang aktiviti yang dibuat atas nama itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan.

Kedua, setelah mengadap Tuanku YDP Agong, kaum ini masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan. Ambega Sreenavasan sebagai peguam patut tahu bahawa sebarang perhimpunan ditempat awam mesti mendapat permit polis berdasarkan peruntukkan Perlembagaan dan Akta Polis. Pihak polis, dan hanya pihak polis sahaja yang berhak memberi permit atau menolaknya jika didapati ianya memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.

KESELAMATAN & KETENTERAMAN TIDAK TERJAMIN

Tuntutan mereka mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka bukan sahaja perbuatan biaDAP dan angkuh, malah tidak menghormati titah Tuanku YDP Agong. Yang menjadi keprihatinan Tuanku ialah keselamatan dan keharmonian rakyat dan negara. Adakah Ambega boleh memastikan itu? Mungkin perhimpunan didalam tempat tertutup dan terkepung saperti di stadium boleh dikawal, tetapi bagaimana dengan sebelum dan selepas, diluar kawasan stadium. Kita dapat melihat dalam himpunan aman dan pesta saperti bolasepak pun boleh berlaku rusuhan dan kekacauan. Bagaimana dengan pergerakan selepas perhimpunan, adakah Ambega boleh kawal?

Apatah lagi jika dibuat di Stadium Merdeka yang terletak didalam bandar, begitu hampir dengan tempat awam saperti Bus Stand Klang, China Town Petaling Street, Jalan Hang Kasturi, Puduraya, dan hanya beberap minit berjalan kaki ke Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tempat dimana orang ramai akan turun dihujung minggu bersama keluarga dan lain-lain. Adakah Ambega boleh pastikan kaum himpunan ini tidak bertindak diluar batasan setelah mendengar ceramah maki hamun dan caci-maki didalam stadium? Pengalaman lampau membuktikan tidak. Sebab itu teman desak pihak polis supaya tidak memberikan kebenaran perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka. Sebaliknya kalau nak buat juga, buatlah di Stadium Shah Alam. Menteri Besar sudah pun memberikan tawaran menggunakan Stadium Shah Alam. Itupun negeri pemerintahan pembangkang. Ianya jauh dari tempat orang ramai, dan tidak menganggu kegiatan dan aktiviti rakyat biasa.

PAS & AMBEGA

Apa pun, yang paling patut malu dengan majlis mengadap Tuanku YDP Agong oleh Ambega ialah PAS. Cuba bayang yop, Ambega sikit pun tak pandang kepada Timbalan setia dia Matsabu. Sepatutnya Ambega wajib bawa Matsabu bersama semasa mengadap Tuanku, kerana Matsabu tanpa rasa malu beriya-iya menjadi pembantu setia Ambega. Tetiba bila time glamer nak mengadap Tuanku, nama Matsabu pun Ambega tak sebut, jauh sekali nak bawa sekali. Tinggal Matsabu terkonteng-konteng sorang-sorang bersama kaumnya yang tak abis bertakbeer nak ngikut mama Ambega, tapi akhirnya kena koner je yop.

Takkanlah kaum Anwarinas tak nampak-nampak, masih terhegeh-hegeh nak membontoti si Ambega ni. Ni lah orangnya yang kaum Anwarinas dan kaum Kunyit-2 maki hamun dulu. Siap isytihar jihad. Orang yang mendalangi IFC, menyokong murtadnya Lina Joy, penganjur forum "masuk Islam" yang jelas menghina Islam. Kini dinobatkan oleh kaum Anwarinas dan Kunyit-2 sebagai kalipah dema yop, dengan diiringi gema takbeer yang membuatkan iblis pun menangis yop! Ni kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni.

Tapi nak kata apa lagi yop, bila dah gila nak berkuasa, kalkatu pun akhirnya musnah kepada api yang dikejarnya! Nasihat teman kepada kekawan kaum Kunyit-2 dan Anwarinas, hentikanlah tindakan memperbodohkan diri ini membontoti si Ambega ni. Dia ada agenda tersendiri, buat apa mike memperlembukan diri kepada agenda dia. Kalau nak sangat, buat himpunan sendiri. Kan mike semua dah biasa buat solat hajat dan himpunan dalam stadium. Tak perlu bergantung, apatah lagi nak membontoti orang lain, tambah-tambah kapior harbi laknatullah yop.

TIADA JUSTIFIKASI TERUSKAN HIMPUNAN

Apa pun, teman sudah tidak nampak apa rasional untuk himpunan haram mahu diteruskan lagi. Ambega dan kaumnya mendakwa himpunan haram itu dibuat untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku YDP Agong. Semalam mereka dah dibenarkan mengadap Tuanku sendiri. Siap dapat makan kuih minum teh lagi. Jadi apa rasional nak dibuat lagi perhimpunan haram tersebut. Tunggu sahaja lah langkah selanjutnya yang akan dititahkan oleh Tuanku kepada mana-mana pihak yang Tuanku pertimbang wajar.

Jadi rancangan Ambega untuk meneruskan himpunan haram di stadium, dengan mengheret sekali kaum Anwarinas dan Kunyit-2 yang mangalipahkan dia jelas adalah tindakan yang sangat biaDAP dan angkuh. Siap nak mintak buat kat Stadium Merdeka lagi. Stadium keramat tempat bergemanya laungan merdeka umat Melayu dan rakyat Malaysia. Pada teman, kaum Kunyit-2 sudah tidak adalah alasan dan justifikasi untuk meneruskan lagi himpunan haram tersebut. Teman mendesak pihak berkuasa supaya jangan melayan mereka ini. Sudah pasti mereka ada agenda lain; kerana maksud mahu berjumpa Tuanku sudahpun dipenuhi oleh Tuanku YDP Agong sendiri.

BIAYA OLEH GEORGE SOROS

Teman juga mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat mengapa Maureen Aung-Thwin, pegawai tinggi Open Society Foundation yang dikuasaipenyangak matawang Yahudi George Soros yang dilapurkan berada di Kuala Lumpur 27.06.2011 - 02.07.2011 dan dikatakan menemui beberapa pemimpin pembangkang dan Bershit-2 baru-baru ini. Wanita ini adalah orang yang sama menemui kepimpinan PKR dalam tahun 1999 bagi maksud membiayai PKR untuk Pilihanraya Umum ke 10. Adakah George Soros turut terlibat membiayai himpunan haram ini? Ini sesuatu yang serius yang perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa; jangan dibiarkan anasir-anasir luar membiayai aktiviti untuk mengkhianati negara!

PEMANTAUAN AKTIVITI

Malahan teman rasa pihak polis elok teruskan pemantauan dan tindakan pencegahan dan preventif yang sedang diambil. Bukti jelas yang ditemui polis menunjukkan memang ada pihak cuba mengambil kesempatan daripada himpunan haram ini. Penemuan senjata saperti parang, bom botol dan molotov koktel jelas membuktikan niat jahat segelintir pihak yang terdesak.

Teman juga meminta pihak polis dan pihak berkuasa memantau semua masjid di dalam Kuala Lumpur dan Selangor khususnya Jumaat ini. Teman dimaklumkan ada segelintir kaum Anwarinas dan Kunyit-2 akan membuat porak peranda dengan mengadakan himpunan haram diperkarangan masjid-masjid selepas solat Jumaat untuk menyampaikan ceramah maki-hamun mereka. Mereka juga akan menyebarkan risalah dan bahan-bahan caci-maki kepimpinan dan sistem pemerintahan negara ini. Malah teman mendapat maklumat, ada pihak sedang mengusahakan khutbah di mimbar-mimbar masjid di Selangor Jumaat ini menyentuh tentang hak berhimpun dan hak memprotes. Teman berharap pihak berkuasa agama akan memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.

RUMUSAN

Apa pun, teman berpendapat isu sistem pilihanraya yang cuba dibangkitkan sebenarnya sengaja diada-adakan. Kita tidak menafikan ada beberapa perkara dalam perlaksanaan pilihanraya yang kita amalkan boleh diperbaiki lagi, sebagaimana juga dinegara-negara lain termasuk negara maju saperti Amerika, Britain, Turki dan lain-lain. Contohnya teman pernah mengusulkan didalam Dewan Rakyat supaya sistem undi pos ditambah-baik dengan membenarkan wakil calon hadir sewaktu pengiraan dan menandatangani Borang 14 sebelum dimasukkan dalam penjumlahan undi semasa hari mengundi. Teman juga pernah mengusulkan supaya amalan mengadakan pilihanraya kecil dihapuskan kerana sangat membazir dan menambahkan kegiatan politiking yang tidak berkesudahan dalam negara ini.

Tetapi semua ini boleh dibuat dengan cara yang lebih bertamaddun, tanpa perlu himpunan haram apatah rusuhan. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya sudah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan semua pihak untuk menambah baik sistem perlaksanaan pilihanraya. Jadi tidak ada sebab mengapa perlu mahu diadakan perhimpunan haram atau rusuhan yang akan menyusahkan semua rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian.
Apa pun, kaum yang melabel diri mereka sebagai “Bersih-2” (tetapi yang berniat kotor ini) tetap haram. Himpunan yang mahu dibuat juga haram selagi tidak mendapat permit. Semua justifikasi untuk mengadakan perhimpunan itu sudah tiada apabila Tuanku YDP Agong berkenan menerima mereka mengadap semalam. Dan kita khuatir ada elemen dan pengaruh asing yang mendalangi dan membiayai himpunan haram oleh segelintir mereka yang gilakan kuasa ini yop. Saperti yang pernah teman sebut, kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak haling orang gila daripada berkuasa!!!
Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
04 Sya'ban 1432
06 Julai 2011

Oleh Zulkifli Noordin



No comments: