NAJIB PERLU BERHENTI JADI MR.CLEAN!
Walaupun secara rasminya, BERSIH 2.0 gagal menepati sebagaimana yang dijanjikan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, namun dalam kegagalan itu, sebenarnya Pakatan Rakyat meraih keuntungan yang sangat besar. Keuntungan yang dimaksudkan ialah, indikasi menunjukkan sokongan terhadap Pakatan Rakyat, kalaupun tidak bertambah, tetapi masih lagi utuh. Dengan hanya SMS, blog, portal, Twitter, Facebook dan panggilan telefon, mereka masih mampu mengumpulkan ramai manusia di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur untuk menunjuk perasaan.
Kalau hendak menyedapkan cerita, boleh sahaja bercerita yang kerajaan sebenarnya telah berjaya mengekang pengaruh Pakatan Rakyat kerana gagalnya Pakatan Rakyat mengumpulkan 300,000 orang sebagaimana yang diuar-uarkan. Namun hakikatnya, demonstrasi yang ternyata tidak mampu dikekang, membuktikan bahawa segala usaha yang dijalankan selepas PRU12, sebenarnya kurang memberi impak di sebalik cerita-cerita indah tentang kerajaan dan Najib Abdul Razak.
Ramai yang melihat Najib Abdul Razak sedang mengulangi perangai Abdullah Badawi yang lambat bertindak dan lambat membuat keputusan. BERSIH 2.0 adalah bukti yang sangat nyata. Walaupun blog-blog pro-UMNO-BN telah mulai memerangi BERSIH 2.0 berminggu-minggu sebelum 9 Julai, namun kerajaan hanya kelam-kabut membuat keputusan pada dua minggu terakhir. Pun begitu, dalam keadaan kelam-kabut itu, kerajaan sekadar memberi amaran, peringatan dan nasihat tanpa tindakan yang lebih konklusif untuk mematahkan demonstrasi 9 Julai sekaligus mengurangkan kerugian yang dialami oleh sektor ekonomi di pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Luahan tidak puas hati tentang keputusan yang diambil oleh Najib yang dilihat terlalu mementingkan populariti, banyak tertumpu kepada salah seorang menterinya yang juga merupakan sepupunya iaitu Hishamuddin Hussein Onn yang ditugaskan menjaga Kementerian Dalam Negeri.
Pelbagai cadangan telah diberikan. Pelbagai desakan telah dibuat, malangnya Menteri KDN sekadar tersenyum, ketawa berdekah-dekah dan paling lebih pun, sekadar memberi amaran keras tanpa sebarang tindakan.
Najib dan pentadbirannya perlu berhenti daripada berpura-pura jadi MR.CLEAN. Najib perlu bertindak tegas bukan sahaja terhadap para perusuh tetapi lebih-lebih lagi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat yang sangat aktif dengan hasutan BERSIH mereka. Malah Najib juga perlu bertegas apabila berhadapan dengan media-media antarabangsa.
Setidak-tidaknya Najib perlu mencontohi Tun Dr.Mahathir dalam menangani masalah provokasi yang dibuat oleh media asing. Tun Dr. Mahathir tidak pernah memperlihatkan ketakutannya terhadap media-media besar dunia, termasuklah TIMES, WSJ dan sebagainya. Bahkan pernah suatu ketika, Tun Mahathir tidak membenarkan sebarang media asing membuat liputan atau menemubualnya.
Dan kerana itulah, banyak media asing terpaksa membuka cawangan operasi mereka di Malaysia, termasuklah Bloomberg Asia yang beroperasi di Menara Berkembar Petronas dalam usaha untuk mengambil hati Tun Mahathir. Namun apabila Tun Dr. Mahathir turun jawatan selaku Perdana Menteri, media-media asing ini kembali semula ke tempat asal mereka. Dan sikap mereka juga kembali seperti asal.
Sekarang, kita dapat melihat bagaimana media-media asing sudah mula memainkan peranan mereka untuk melihat kekacauan dan kekecohan berlaku di Malaysia dengan membesar-besarkan sebarang cerita yang berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pentadbiran Najib juga dilihat TIDAK BERANI berhadapan dengan media asing ini kerana bimbang reputasi serta nama Najib dikotorkan oleh media-media tersebut di peringkat antarabangsa.
Sampai bila sebenarnya Najib akan terus berlagak sebagai MR.CLEAN dan benar-benar menjalankan peranannya sebagai memenuhi aspirasi sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah meletakkan UMNO sebagai parti tulang belakang pemerintah dan Najib sendiri sebagai Perdana Menteri?
Sampai bila sebenarnya Najib akan benar-benar melakukan tindakan tegas yang tidak popular demi rakyat dan keselamatan negara?
source : perak today
kzso - udah-udahler tu dato' ser najib...cukuplah sepupu dato' seri iaitu hishammuddin kerismudinpondan jadi silembut..dato' seri jadilah pm yang adil tetapi tegas! janganlah ikut cara paklah yg kelihatan lembut dan flip-flop. ambillah ketegasan, tun razak! tun dr ismail! tun hussein onn! dan tun dr mahathir! tatkkan nak lantik isteri dato seri jadi menteri dalam negeri baru ader berani nak ambil tindakan...
No comments:
Post a Comment