NUFFNANG

Monday, 18 July 2011

Dari KY Jelly Hingga Ke Karipap… Semua Dicerita Habis../ Tuduhan Biseksual, Anwar Tidak Bersedia Saman Ezam / TEMPO Interaktif – Ezam Sahkan Anwar Ibrahim Seorang Biseksual / Ezzam M. Noor Serang Anwar dengan Isu Biseksual


SD Johari : Saiful Cerita A To Z Kepada Ezam, KY Jelly, Karipap…


AIDCNews – 17/07/11 – “Semua dicerita (Saiful kepada Ezam) dari A to Z. tentang KY Jelly, karipapnya, macam-macam, segala-galanya diceritakan pada malam itu”, kata SD Johari Yassin, mengesahkan bahawa beliau turut berada semasa saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berjumpa dengan Senator Ezam Mohd Nor, pada lewat malam, 27 Jun 2008, sehari selepas kejadian didakwa aktiviti liwat itu berlaku.
“Saya yakin (dengan cerita Saiful). Memang menyakinkan. Menimbulkan kegerunan kat kita. Cerita betul ke cerita tipu ni kita boleh rasa….Kita boleh tahu. Rasa menyirap darah. Rasa macam…kita dapat rasa. Kesungguhan dia bercerita, cara kekesalan dia yang berlaku sebagainya. Kita dapat rasa…” katanya menggambarkan pertemuan itu di tempat letak kereta dekat dengan persinggahan Plaza Tol Rawang.
Berikut disediakan transkrip wawancara AIDC dengan SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan
AIDC : Difahamkan Ezam ada berjumpa Saiful pada malam 27 haribulan. Adakah saudara juga ada masa itu?
SD Johari : Masa tu kita baru balik dari program ceramah di Batu Kurau, Perak. Memang kita berjumpa dengan Saiful. Saya ada dalam tu. Ghani, Azwanddin pun ada tapi mereka duduk dalam kereta. Memang Ezam berjumpa dengan Saiful di Tol Rawang.
Siapa yang telefon Ezam untuk berjumpa?
Yang telefon Rahimi.
Rahimi?
Rahimi ni staff lama dalam PKR. Rahimi ni kenal Ezam. Masa Ezam dalam PKR, Rahimi dah ada.
Rahimi dah jadi Pegawai Khas Anwar?
Pegawai dalam parti. Saiful ni baru. Jadi, untuk Saiful contact direct dengan Ezam, dia tak kenal Ezam. Jadi, Rahimi lah yang menghubungi Ezam. Rahimi hubungi Ezam minta untuk bawa berjumpa dengan Saiful. Rahimi contact person lah.
Rahimi memang ada berhubung dengan Ezam, sebelum-sebelum ini?
Sebelum ini, tak ada. Dia sebagai pegawai parti, pasal dia bukan sebagai penjawat jawatan dalam parti, dia pegawai pejabat. Biasanya dia tak ada urusan dengan Ezam.
Dia just hubungi Ezam pasal dia kenal Ezam dan dia contact Ezam untuk Saiful. Pasal Saiful minta untuk berjumpa dengan Ezam.
Sehari sebelum ataupun beberapa jam sebelum Saiful pergi buat medical checkup. Kata kononnya ini ada konspirasi, Ezam yang plan semua, atur, maknanya, benda itu tak wujud. Konspirasi? You nak atur dalam beberapa jam dan dengan segala-galanya yang berlaku, tak sempat mana pun.
Cuma, apa yang berlaku malam tu, apa yang Saiful cerita pada Ezam. Apa yang berlaku sebenarnya.
Kenapa yang Saiful nak jumpa sangat Ezam ni?
Macam yang Ezam sebut dalam program-program ceramah beliau, Saiful dah berjumpa dengan Najib. Dulu, Anwar kata, oh betullah ini konspirasi pasal Saiful jumpa dengan Najib di pejabat beliau. Tapi pasal apa Saiful jumpa? Ezam sebut, Saiful pun mesti sebut.
Tapi Saiful kecewa. Bila dia jumpa Najib, Najib kata you buat sendiri. Dia tak nak bantu. Saiful suarakan kemarahan dia pasal Najib tak nak bantu. It is not because pasal Najib tak nak bantu, tapi Najib tak nak dikatakan terlibat.
Walaupun Najib tak terlibat, Anwar masih kata Najib terlibat. Sebab itu, Najib kata you buat sendiri. Polis kata, buat report sendiri. Maknanya, tak ada arahan spesifik. Kata, ok kita akan ambil kes you ni, I bawa you pergi sini, bawa you pergi medical checkup, tak ada. Pandai-pandai Saiful lah dia nak pergi hospital mana, swasta ke, apa ke, Saiful buat sendiri.
Sebab itu Saiful pergi sampai dua tiga hospital. Tak ada perancangan pun. Saiful budak biasa, budak muda. Dia rasa buat medical checkup, dia pergi hospital lah, hospital swasta.
Dia tak tahu bahawa bila dia nak mengaku dia kena liwat, nak bawa laporan itu untuk ke mahkamah, bahawa report yang sah adalah daripada hospital kerajaan. Jadi, dia pergilah hospital swasta.
Tak ada guideline?
Tak ada siapa bagi guideline. Tak ada siapa yang suruh. Tak ada siapa yang ajar dia dan sebagainya.
Jadi, pada malam dengan pertemuan Ezam itu, Ezam baru balik ceramah di Perak. Tengah malam juga atau pagi jumpa?
Ceramah di Perak. Pasal dia minta jumpa malam tu juga. Dia hubungi awal. Rahimi hubungi sekitar jam 7 petang. Masa tu kita baru bertolak dari Shah Alam. Baru bertolak dari Shah Alam, dapat call daripada Rahimi yang nak jumpa Ezam malam tu juga.
Jadi, kita dalam perjalanan ke Batu Kurau, program di Perak. Jadi, memang tak boleh jumpa malam tu. Tapi dia kata nak jumpa malam tu juga. Jadi, kita kata, pukul 3 atau 4 pagi lah baru boleh jumpa.
Sebelum itu pun, Ezam hantar orang untuk check siapa Saiful ni. Pasal Ezam tak kenal Saiful ni.
Masa apabila nak jumpa tu, Ezam check dulu?
Dia check dulu. Hantar satu orang untuk check siapa Saiful ni. Apa cerita sebenarnya. Jadi, selepas Ezam dihubungi semula, kata you kena jumpa orang ini malam ini juga. Dan Ezam confirm, baru jumpa.
Masa perjumpaan itu, apa Saiful bercerita?
Semua cerita dari A to Z. tentang KY Jelly, karipapnya, macam-macam, segala-galanya diceritakan pada malam itu.
Reaksi Ezam pula, adakah dia terkejut?
Memang dia terkejut. Ezam pada awalnya pun memang dia rasa agak khuatir, takut ini track(perangkap) yang Anwar pasang. Dia tak kenal Saiful ni. Ezam pun baru keluar parti, baru masuk UMNO pada masa itu. Jadi dia tak yakin.
Tapi, selepas dia hantar orang, Saiful terangkan sendiri cerita jumpa Najib dan sebagainya, baru dia rasa ada keyakinan.
Apatah lagi bila Ezam kata, dia nak atur Saiful jumpa dengan ulama-ulama Pas. Tiga orang ulama Pas. Ezam dah call pun. Dan Saiful setuju nak jumpa.
Tapi semua tu tak sempatlah. Pasal plan dia, selepas Saiful pergi medical checkup, balik tu jumpa ulama Pas. Tapi, bila Saiful dah buat medical checkup di hospital kerajaan, bila doktor dapat report, polis terus dipanggil…
Terus polis pegang..
Terus polis pegang. Jadi, Ezam tak ada excess lagi untuk bawa Saiful jumpa dengan ulama Pas.
Lepas itu langsung tak ada jumpa?
Tak ada.
Jumpa dengan bapa Saiful ke?
Selepas itu…mungkin lama selepas itu, saya ingat mungkin adalah. Yang itu saya tak ikut.
Saudara tengok sendiri wajah Saiful bercerita, adakah menyakinkan saudara bahawa ini cerita betul atau tidak?
Saya yakin. Memang menyakinkan. Menimbulkan kegerunan kat kita. Cerita betul ke cerita tipu ni kita boleh rasa.
Boleh tahu kan?
Kita boleh tahu. Rasa menyirap darah. Rasa macam…kita dapat rasa. Kesungguhan dia bercerita, cara kekesalan dia yang berlaku sebagainya. Kita dapat rasa.
Reaksi Rahimi pula ketika itu macam mana?
Rahimi cuma bawa lah. Bawa untuk pertemukan Saiful dengan Ezam. Dia sebagai moderator lah.
Sebab tu kalau you tengok, baru-baru ini Rahimi timbul, Rasid timbul. Dan kalau kita tengok perjalanan kes baru-baru ini yang Akuan Bersumpah. Selepas Saiful buat laporan polis ataupun buat medical checkup, Anwar panggil Rahimi dan Rasid ke Quality Hotel.
Kalau kita sebagai manusia biasa, pasal apa dia panggil dua orang ini? Pasal apa? Mesti adasomething. Dua orang ini, adakah dia pun sama macam Saiful? Kalau dua orang ini tak ada apa-apa, pasal apa kau nak panggil? Jadi, itupun satu questionmark juga. Pasal apa kena kurung dua orang ini?
Selepas satu orang buat report polis, medical checkup, dua orang ini pula kau panggil kat Quality Hotel dan kau kurung. Sebab apa? Rasanya, cerita ini belum selesai lagi. Kita tunggulah kalau ada pendedahan-pendedahan daripada Rahimi ke, daripada Rasid ke.
Bermakna, Rahimi sendiri yang mengatur pertemuan dengan Ezam, akhir sekali dipanggil oleh Anwar?
Saya rasa disebabkan dia cuma mengatur pertemuan Ezam dengan Saiful. Tapi, saya ingat Rahimi dan juga Rasid juga ada sejarah yang sama ke? Terlalu ramai orang lain, mengapa dua orang ini yang dipanggil masuk bilik, dikurung.
Sedangkan pada masa itu, tidak ada pun keterangan di mahkamah yang mengatakan Rasid dan sebagainya. Tapi selepas Saiful buat laporan polis, terus Anwar pergi ambil Rahimi dan Rasid?
Akuan Bersumpah itu ada disebutkan juga, bahawa mengaku dia pun tidak diliwat. Pasal apa?
Rasid?
Rasid kan. Suruh mengaku dia juga tidak diliwat. Siapa yang minta ni? Siapa yang tuduh kata Rasid kena liwat ni? Pasal apa sekarang ini kau buat Akuan Bersumpah, kata bersumpah bahawa saya tak kena liwat. Pasal apa dan untuk apa?
Tak ada siapa lagi tuduh Rasid masa itu.
Tak ada siapa pun kenal Rasid lagi?
Tak kenal lagi. Tak timbul lagi cerita itu pun. Tapi, you ambil satu tindakan precaution untuk langkah berjaga-jaga untuk dia mengaku, bersumpah bahawa dia tak kena liwat. Untuk apa? Yang keluar ni Saiful. Kenapa Rasid dan Rahimi dipanggil dan dikurung?
Sedangkan masa itu, kes pun belum dibicarakan?
Tak ada. Tak ada orang sebut pun Rahimi..Rasid. Itu satu questionmark. Pasal apa dia ambilprecaution awal, kurung budak ini, suruh buat Akuan Bersumpah tak kena liwat. Pasal apa?
Timbul satu persoalan, kenapa Rahimi dan Rasid muncul sekarang ini?
Muncul sekarang, sebab sebenarnya dia tak perlu muncul sekarang pun. Yang memunculkan dia sebab adanya Akuan Bersumpah itu.
Akuan Bersumpah tu bukannya daripada kita. Bukannya kita nak tuduh Rasid, Rahimi. Yang buat preparation ni dia. Pihak Anwar sendiri. Panggil peguam, Latheffa Koya dan sebagainya. Terapkan Akuan Bersumpah palsu. Minta diaorang tandatangan untuk mengaku diaorang tidak diliwat. Siapa yang tuduh diaorang ini?
Pasal apa yang you all terlalu sibuk nak…kenapa tak panggil yang lain-lain? Kenapa dua orang ini yang kau kurung dalam bilik di Quality Hotel, paksa tandatangan Akuan Bersumpah setelah Saiful buat laporan bahawa dia telah diliwat. Adakah dua orang ini juga mengalami nasib yang sama?
Banyak persoalan-persoalan yang masih belum dijawab?
Saya rasa, orang Keadilan kena fikirlah. Kena fikir, kena tengok, kena study. Kalau kita cari kebenaran, saya rasa kebenaran itu tak jauh. Cuma, kalau kita menolak terus, ia tak akan sampai kepada kita.
source : AIDC



Tuduhan Biseksual, Anwar Tidak Bersedia Saman Ezam

AIDCNews – 16/07/11 – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak akan menyaman bekas Setiausaha Politiknya, Ezam Mohd Nor yang menuduhnya sebagai seorang biseksual kerana mendakwa beliau tidak boleh menang jika dibicarakan di mahkamah Malaysia serta mendakwa tuduhan itu dibuat oleh individu yang diupah oleh pihak UMNO.
“Itu kenyataan dari orang-orang yang sudah dibeli oleh UMNO. Kalau saya bawa dia (Ezam) ke mahkamah, tidak mungkin saya menang dengan sistem kehakiman di Malaysia.
“Orang-orang seperti itu, upahnya tinggi dan dilindungi. Kerana tuduhan itu, dia diangkat menjadi senator. Apakah kita harus melayannya? Yang saya heran masih ada media yang masih memberi ruang terhadap orang seperti itu”, kata Anwar kepada TEMPO Interaktif, di Jakarta, kelmarin. Klik di sini
Tempo Interaktif, media milik Goenawan Mohamad, salah seorang sahabat akrab Anwar di Indonesia telah mewawancara Ezam Mohd Nor, 5 Mei lalu, tetapi menyiarkan wawancara itu pada Khamis, 16 Julai [klik di sini versi terjemahan dan asal] selepas mengetahui Anwar telah berangkat ke Jakarta pada Jumaat, 15 Julai.
Kedatangan Anwar ke Jakarta disambut oleh wartawan Tempo Interaktif di Soekarno–Hatta International Airport. Mungkin mereka sudah membuat temu janji lebih awal dengan Anwar.
“Tapi dia (Ezam) mengaku anda (Anwar) pernah menggoda dia?”, soal Tempo Interaktif. “Itu pertama kali yang dibuat. Maknanya semasa digoda (dulu), sepuluh tahun dia masih melayan saya. Itu gila”, jawab Anwar.
Anwar turut ditanya berkenaan perancangan seterusnya dalam usahanya selepas BERSIH yang diakuinya sedang menyusun satu grand design yang lebih besar iaitu merampas kuasa dan menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia melalui tekanan-tekanan demosntasi dan rusuhan di jalanan.
Ikutilah sedutan wawancara Anwar dengan Tempo Interaktif itu :
Tempo (T): Apakah sekarang momentum (sesuai) untuk menggulingkan Najib?
Anwar (A): Kita harus lihat bahawa demonstrasi BERSIH itu dalam keadaan yang cukup terbatas. Seluruh Kuala Lumpur dikepung, orang ramai tidak dibenarkan masuk, tapi masih dapat masuk sekumpulan orang yang sebegitu ramai.
Majoritinya Melayu muslim, sebahagian orang-orang penting dari etnik Cina, India, golongan profesional, peguam.
Kita menuntut pilihanraya yang adil dan bersih. Nampaknya Najib masih menolak dan mengambil tindakan keras. Sekarang (mereka) nafi, (mereka) kata kita hanya pura-pura. Padahal, pengawal saya cedera parah di mukanya (sambil menunjuk ke wajahnya), sudah dibedah tiga hari lalu. Begitu ramai yang ditahan, termasuk anak saya.
Kalau kita beritahu mahu berunding, mereka menolak. Disuruh kita gunakan parlimen, (sedangkan) parlimen itu hanya digunakan sebagai rubber-stamp saja. Jadi, kita harus teruskan (demontrasi ini) kerana (kita sudah) tidak ada pilihan.
T: Bilakah demonstrasi seterusnya ?
A: Itu belum kita putuskan. Tetapi, melihat pada kali pertama sejak 1998 di mana media internasional membuka mata. Kali ini, 100 juta ringgit yang dibelanjakan (untuk menciptakan citra Malaysia yang baik) itu nampaknya kecundang.
T: Bererti momentum ini harus dipelihara?
A: Iya, saya setuju. Cuma kalau di media Malaysia diputar belit semuanya. Saya dituduh menjadi petualang, pengkhianat, saya dituduh sebagai agen asing.
T: Apakah anda mengadakan demonstrasi itu inspirasi dari Tunisia dan Mesir ?
A: Benar, tapi kita masih ikut jalur undang-undang kerana suasana dan situasinya berbeza. Saya berpendapat kalau boleh kita memilih cara lebih sesuai dengan iklim politik Malaysia. Tidak bermakna (lagi) mengikut pilihan raya dengan sistem yang ada sekarang.
T: Apakah anda merasa Pemerintah Malaysia meremehkan pengaruh anda lantaran anda masih bebas ke luar negara ?
A: Saya telah difitnah dengan tuduhan-tuduhan jahat dan fitnah jahat di mahkamah, difitnah dengan berita aib setiap hari di media, digantung di parlimen enam bulan tanpa beri ruang kepada saya bela diri.
Mereka menggunakan undang-undang untuk menjatuhkan hukuman atas kes sodomi yang direkayasa. Cara begitu sama dengan difitnah. Najib akan gunakan cara seperti Mahathir.
Kalau meremehkan saya, dia (Najib) tidak serang saya tiap-tiap hari. Dia tidak (akan) belanjakan jutaan ringgit untuk kempen besar-besaran (untuk memalukan saya). Dia sudah fobia.
T: Apakah ada demonstrasi selanjutnya dalam bulan ini?
A: Sepatutnya harus disegerakan. Itu sudah menjadi konsensus.
T: Apakah perlu seorang mati terkorban untuk menguatkan lagi demonstrasi anti-Najib ini ?
A: Sudah ada seorang yang mati kerana sesak nafas ditembak dari dekat. Namanya Baharuddin. Saya pergi ke perkuburannya. Kami ditembak dari dekat dengan gas pemedih mata. Saya terpaksa gunakan oksigen ketika di hospital.
T: Ada perancangan melaporkan kekejaman pihak polis dan FRU Malaysia kepada Dewan Hak Asasi Manusia ASEAN atau PBB?
A: Kalau ASEAN sukar ambil tindakan, negara demokratis seperti Indonesia, Filipina, dan Thailand harus ke depan dalam soal ini, jangan tunggu Eropah dan Amerika.
T: Jadi, bakal melapor ke Dewan Hak Asasi Manusia PBB?
A: Kita ada mesyuarat pada hari Selasa (19 Juli 2011) untuk memutuskannya.
T: Apakah ada sokongan secara pribadi dari pemimpin negara lain terhadap anda kekecohan pasca-demonstrasi lalu?
A: Ada telefon terus kepada saya dari beberapa pemimpin di negara muslim, Eropah, dan Amerika. Dalam soal hak asasi mereka konsisten. Presiden Obama juga memberikan sokongan, tapi dalam kes awal.
source : AIDC


TEMPO Interaktif – Ezam Sahkan Anwar Ibrahim Seorang Biseksual

TEMPO Interaktif, Jakarta- Ezam M. Noor, ahli politik berasal dari Malaysia itu memilih memutar balik hidupnya. Dari menjadi ‘orang kanan’ bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, menjadi ‘lawan’ dari garis politik Anwar.
Bekas anak buah Anwar Ibrahim tidak hanya menyeberang ke UMNO, parti berkuasa di Malaysia tetapi juga turut menyerang Anwar.
Tak hanya itu, Ezam kini menjadi Senator. Posisi politik Ezam ini membuat beberapa media Malaysia (pembangkang) melabelnya sebagai ‘pengkhianat’. Tapi Ezam mengaku mempunyai alasan untuk itu. “Semua yang terjadi memang turning point kepada saya,”  katanya kepada Yosep Suprayogi, Andree Priyanto dan Poernomo G. Ridho dari Tempo yang menemuinya dalam satu perbualan di Jakarta, Khamis, 5 Mei 2011 lalu.
Dalam percakapannya itu, Ezam menceritakan bagaimana kisah pelarian dan penahanan dirinya semasa menjadi orang kanan Anwar Ibrahim, menyebabkan sikap dan pilihan politiknya berubah. Termasuk niatnya mendedahkan beberapa rahsia ‘kotor’ tentang bekas bosnya, Anwar Ibrahim.
“Saya melakukan ini untuk memberitahu masyarakat siapa Anwar sebenarnya, jika tidak, walaupun saya tidak mati, tapi hati saya tidak tenang,” kata Ezam.
Ezam, lelaki kelahiran Klang, Selangor, 24 April 1967 ini adalah Setiausaha Politik Anwar. Saat menjadi SETPOL Anwar, Ezam mengaku bekerja dari bawah ke atas. Tidak ada hubungan kekeluargaan.
Namun, semua itu berubah ketika Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dipenjara kerana tuduhan korupsi dan hukuman melakukan seks luar tabie.
Selama Anwar dipenjara, Ezam mendekati keluarga Anwar. “Saya merasa harus melindungi keluarganya,” ujarnya. Saat itu, Ezam mengaku rapat dengan isteri Anwar, Wan Azizah, juga dengan anak-anaknya.
“Bahkan ibu saya juga rapat, Kak Wan – isteri Anwar – memanggil ibu saya bonda,” katanya.
Ketika Anwar keluar penjara tahun 2004, Ezam mengaku semakin dekat dengan keluarganya. Namun kebelakangan selepas itu hubungan itu renggang, setelah Ezam mendakwa menjumpai beberapa bukti, bahawa tuduhan seks luar tabie bukanlah sekadar isu yang dilancarkan oleh pihak lawan politiknya.
“Sejak itulah titik turning pointnya” ujarnya. “ Saya akhirnya yakin, itu adalah benar, pada mulanya, saya sama sekali, tidak percaya.”
Setelah tujuh hari berfikir dan tidak boleh tidur, Ezam pun mengambil keputusan. Pada tahun 2006, dia berhenti dari jawatannya sebagai Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat, parti yang dia bangunkan bersama Anwar Ibrahim.
“Ketika itu, saya bersara berpolitik,” ujarnya.
Ezam lalu memilih menubuhkan NGO, Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi (GERAK). Ketika Malaysia mengadakan Pilihan Raya Umum tahun 2008, dia memilih untuk mengajar di United Kingdom. Dia mengaku bersara berpolitik. Tetapi kebelakangan itu, dia terjun lagi ke dunia politik dan membuat strategi yang mengejutkan kawan-kawannya. Ezam, menyeberang ke UMNO, parti berkuasa di Malaysia, parti yang dahulunya menjadi lawannya.
Berikut ini adalah hasil wawancara Tempo dengan Ezam M. Noor.
Tempo (T): Katanya anda bersara politik, jadi kenapa aktif kembali ?
Ezam (E): Ya itu tadi, bila mati pun saya tidak tenang, saya harus beritahu siapa Anwar sebenarnya. Bila dia benar-benar jadi PM, ini bahaya buat negara. Kerana faktor peribadinya, dia boleh melakukan perkara-perkara aneh dengan kuasanya dan saya tidak mahu perkara itu terjadi.
T: Menurut anda, apakah Anwar masih bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri?
E: Terlalu bercita-cita. Dia hanya mengejar itu, maka kredibilitinya merosot, teman-teman ramai yang kecewa. Popularitinyanya di Malaysia juga terus merudum.
T: Agak-agaknya berapa lama lagi kejatuhan Anwar?
E: Saya tidak tahu, ini beginning of the end. Tapi, dia seorang yang sangat bersemangat.
T: Menurut anda, apa yang membuatkan Parti Keadilan Rakyat yang didirikan Anwar merosot?
E: Ada dua perkara, pertama kes sodomi dan kedua soal politik. Dia terlalu bercita-cita jadi Perdana Menteri dan fokusnya ke sana. Sebanyak 90 peratus pengasas parti keluar, bererti ini ada sesuatu yang tidak kena.
T: Anda berulangkali menyatakan soal tuduhan seks luar tabie terhadap Anwar Ibrahim. Sejauh manakah kebenarannya?
E. Ya, itu benar
T: Bagaimana anda yakin itu bukan rekayasa ?
E: Pertama, saya mencurigai ketika isterinya, Wan Azizah, terlalu cemburu apabila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi turning point, dan (selepas itu) saya membuka, mengkaji semula kesnya, dan setelah itu saya yakin dia melakukan perkara itu.
T: Mengapa anda hanya baru tahu selepas itu ?
E: Kerana selama ini, saya hanya mengenali satu sisi dari Anwar, dia pemimpin yang hebat dan itu membutakan saya.
T: Anda setiausaha politiknya ketika dia menjawat Timbalan Perdana Menteri, tak kan tidak tahu ?
E: Ya saya profesional, saya ketika itu, hanya staf, tidak mengenali peribadi atau keluarganya lebih dekat. Tetapi, apabila mengenali Anwar secara dekat, saya melihat sisi Anwar yang lain. Dia juga cukup pandai menutup kes itu dan hanya melakukannya dengan orang-orang dekatnya saja.
T: Jadi mengapa hakim Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar?
E: Kalau saya baca lagi keputusannya, dari tiga hakim, dua membebaskan, satu tidak. Tetapi, ketiga-tiganya sepakat bahawa telah terjadi aktiviti sodomi, masalahnya atas dasar suka sama suka, jadi tidak boleh dihukum. Tapi, sodomi itu terjadi.
T: Bagaimana dengan dua kes yang baru muncul, ada soal sodomi dan skandal video seks dengan pelacur perempuan ?
E: Sodomi itu kembali terungkap setelah ada pengakuan dari seseorang yang bernama Saiful, dan kemungkinan kali ini dia akan terhukum kerana pihak polis menjumpai bukti sperma Anwar. Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenalinya, pasti yakin itu Anwar, dapat dilihat dari sosok tubuhnya
(Terjemahan AIDC. Artikel asal klik link di atas)
source : AIDC

Ezzam M. Noor Serang Anwar dengan Isu Biseksual

Anwar Ibrahim. AP/Mark Baker


TEMPO InteraktifJakarta-  Ezzam M. Noor, politisi asal Malaysia itu memilih memutar balik hidupnya.   Dari menjadi ‘orang dekat’ eks Wakil Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, menjadi ‘lawan’ dari garis politik Anwar.   Bekas  anak buah Anwar Ibrahim tak hanya menyebrang ke UMNO, partai berkuasa di Malaysia tapi juga menyerang Anwar.
Tak hanya itu, Ezzam kini menjadi senator dari UMNO.  Posisi politik Ezzam ini membuat sejumlah media Malaysia bahkan mencap Ezzam sebagai ‘pengkhianat’.   Tapi Ezzam mengaku punya alasan untuk itu. “ Semua yang terjadi memang jadi turning point bagi saya” katanya kepada  Yosep Suprayogi, Andree Priyanto, dan Poernomo G. Ridho  dari  Tempo yang menemuinya dalam sebuah percakapan di Jakarta, Kamis 5 Mei 2011 silam.
Dalam  percakapannya itu, Ezzam menuturkan bagaimana kisah pelarian dan penahanan dirinya semasa mejadi orang dekat  Anwar Ibrahim membuat  sikap bahkan pilihan politiknya berubah.  Termasuk niatnya membeberkan sejumlah tudingan ‘kotor’ tentang bekas bosnya, Anwar Ibrahim. "Saya melakukan ini untuk memberi tahu publik siapa Anwar sebenarnya, bila tidak mati pun saya tidak tenang," kata Ezzam.
Ezzam, lelaki kelahiran Klang Selangor, 24 April 1967 ini adalah Sekretaris Politik Anwar.  Saat menjadi sekretaris Anwar, Ezzam mengaku bekerja  layaknya atasan dan bawahan. Tak ada hubungan kekeluargaan.
Namun, semua itu berubah ketika Anwar dicopot dari jabatan Wakil Perdana Menteri dan dipenjara karena tuduhan korupsi dan tindak pidana asusila.
Selama Anwar dipenjara, Ezzam mendekati keluarga Anwar. "Saya merasa harus melindungi keluarganya," ujarnya.  Saat itu, Ezzam mengaku dekat dengan istri Anwar, Wan Azizah, juga dengan anak-anaknya. "Bahkan ibu saya juga dekat, Kak Wan--istri Anwar--memanggil ibu saya bunda," katanya.
Ketika Anwar keluar penjara tahun 2004, Ezzam mengaku semakin dekat dengan keluarganya. Namun belakangan hubungan itu merenggang, setelah Ezzam mengklaim menemukan sejumlah tanda, kalau tudingan asusila bukanlah sekedar isu yang dilancarkan lawan politiknya.  “ Sejak itulah jadi titik turning point” ujarnya. “ Saya akhirnya yakin itu benar, semula saya sama sekali tidak percaya”
Setelah tujuh hari berpikir dan tak bisa tidur, Ezzam pun mengambil keputusan. Pada 2006, dia berhenti dari jabatannya sebagai Ketua Pemuda Partai Keadilan Rakyat, partai yang dia bangun bersama Anwar Ibrahim. "Ketika itu saya kapok berpolitik," ujarnya.
Ezzam lalu memilih membuat LSM Gerakan Demokrasi dan Antikorupsi. Ketika Malaysia mengadakan pemilu tahun 2008, dia memilih mengajar di Inggris. Semula ia mengaku kapok berpolitik. Tapi belakangan, dia terjun lagi dan membuat manuver yang mengagetkan kawan-kawannya. Ezzam, menyebrang ke UMNO.  partai berkuasa di Malaysia, partai yang dahulu menjadi lawannya.
Berikut ini adalah hasil wawancara Tempo dengan Ezzam M. Noor.

Tempo (T): Katanya Anda kapok politik, kok mau terjun lagi?
Ezzam (E): Ya itu tadi, bila mati pun saya tidak tenang, saya harus kasih tahu siapa Anwar sebenarnya. Bila dia benar-benar jadi PM, ini bahaya buat negara. Karena faktor pribadinya, dia bisa berbuat hal-hal yang aneh dengan kuasanya dan saya tidak ingin ini terjadi.

T: Menurut Anda, apakah Anwar masih berambisi jadi perdana menteri?
E: Sangat. Dia hanya mengejar itu, maka kredibilitas dia turun, teman-teman banyak yang kecewa. Popularitas dia di Malaysia juga terus turun. 

T: Kira-kira kejatuhan Anwar berapa lama lagi?
E: Saya tidak tahu, ini beginning of the end. Tapi, dia orang yang sangateager.

T: Menurut Anda, apa yang membuat, Partai Keadilan Rakyat yang didirikan Anwar turun? 
E: Ada dua hal, pertama kasus sodomi dan kedua soal politik. Dia terlalu berambisi jadi perdana menteri dan fokus ke sana. Sebanyak 90 persen pendiri partai keluar, berarti ini ada sesuatu yang salah.
T:  Anda berulangkali menyatakan soal tuduhan asusila terhadap Anwar Ibrahim. Seberapa kebenarannya? 
E. Ya, itu benar

T: Bagaimana Anda yakin itu bukan rekayasa?
E: Pertama saya merasa ketika istrinya, Wan Azizah, terlalu cemburu bila Anwar dekat dengan laki-laki. Ini menjadi turning point, dan saya membuka, mempelajari kasusnya, dan setelah itu saya yakin dia berbuat hal itu. 

T: Mengapa Anda baru tahu belakangan?
E: Karena selama ini saya mengenal satu sisi dari Anwar, dia pemimpin yang hebat dan itu membutakan saya. 

T: Anda sekretaris politiknya ketika dia menjabat Wakil Perdana Menteri, kok bisa tidak tahu?
E: Ya saya profesional, saya ketika itu hanya staf, tidak mengenal pribadi atau keluarganya lebih dekat. Tapi, begitu mengenal dekat, saya menjadi melihat sisi Anwar yang lain. Dia juga cukup pandai menutupi kasus itu dan hanya melakukannya dengan orang-orang dekatnya saja. 

T: Lantas mengapa hakim federal membebaskan Anwar?
E: Kalau saya baca lagi putusannya, dari tiga hakim, dua membebaskan, satu tidak. Tapi, ketiganya sepakat bahwa telah terjadi sodomi, masalahnya dasarnya suka sama suka, jadi tidak bisa dijerat. Tapi, sodomi itu terjadi. 

T: Bagaimana dengan dua kasus baru yang muncul, ada soal sodomi dan skandal video seks perempuan?
E: Sodomi itu kembali terungkap setelah ada pengakuan dari seseorang yang bernama Saiful, dan kemungkinan kali ini dia terjerat karena polisi mengantongi bukti sperma Anwar. Soal video seks juga jelas, bagi yang menonton dan mengenal baik, pasti yakin itu Anwar, terlihat dari gestur tubuhnya

(Kepada Tempo, Anwar Ibrahim belakangan membantah keras pernyataan Ezzam. Anwar menyebut, komentar Ezzam  adalah pernyataan dari orang-orang yang sudah dibeli oleh UMNO.  Anwar juga menyatakan, sulit membawa Ezzam ke mahkamah kaena sistem di Malaysia mahkamah tidak mungkin akan memenangkan saya.
Anwar juga menyatakan Ezzam dan sejumlah orang lainnya dibayar dengan upah tinggi untuk membuat tudingan fitnah. Karena itu, Ezzam diangkat menjadi senator. “Apakah kita harus layani? Yang saya herankan masih media masih memberi ruang terhadap orang seperti itu.”)

source : tempo interaktif internasional

No comments: