Ilmuan Salafi Tentang Perhimpunan Bersih, 9 Julai
AIDCNews – 05/07/11 – Channel abuaqif menghimpunkan pandangan-pandangan ilmuan Salafi yang kesemuanya bersependapat bahawa tiada keperluan umat Islam menyokong perhimpunan Bersih, sebagaimana yang dirancang dan dikepalai tokoh bukan Islam pada 9 Julai ini, kerana perkara itu bercanggah dengan ajaran Islam.
Ustaz Fathul Bari Mat Yahya ditanya tentang hukum Islam berkenaan umat Islam yang menyokong perhimpunan Bersih 9 Julai, halal atau haram ?
“Sebenarnya, kita dah ulas panjang..kita dah cerita daripada awal kesesuaian dengan nas, maslahah dan mafsadahnya..daripada ulasan itu kesimpulannya, demonstrasi (itu) adalah haram.
“Kita tidak nafikan bahawa wasilah ini, ia ada kaitannya dengan maqasid. Jadi untuk memastikan wasilah itu benar atau tidak benar, mesti disesuaikan dengan maqasidnya (tujuan pelaksanaannya).
“Saya kurang bersetuju apabila sekumpulan kelompok apabila dia terus memberi fokus kepada tujuan sahaja. Tujuan pelaksanaan demonstrasi. Tanpa melihat kepada cara dan bagaimana Islam mengajar didik kita menegur pemerintah, memperbetulkan kesilapan pemerintah, menyatakan kesalahan dan kesilapan pemerintah.
“Jadi kalau kita berpegang kepada hukum asal, menasihati pemerintah ini hendaklah dilakukan secara tertutup. Secara tertutup itu adalah hukum asal.
Prof Madya Dr Sulaiman Noordin, bekas Pengarah Pusat Pusat Pengajian Umum UKM berpendapat perhimpunan Bersih mendorong kepada perpecahan umat Islam dan menguntungkan musuh Islam.
“Berasaskan slogan yang mereka cetuskan yang dilaungkan adalah hak asasi manusia. Kalau kita lihat daripada segi syariat, ia bukan berasaskan syariat.
“Di sini, ayat Al Quran memberi isyarat bahawa hak asasi yang pertama adalah hak asasi Allah. Selepas itu (baru) datang hak asasi bagi manusia. Bukan (semata-mata) melaungkan hak asasi manusia. (Jika sekiranya hanya pentingkan hak asasi manusia) itu datangnya dari slogan sosialis, Marxist dalam revolusi mereka yang diadakan pada abad ke -18, khasnya revolusi Peranchis.
“Hak asasi manusia dicipta oleh orang mulhid, orang yang tidak percaya kepada Allah, hak-hak Allah..Di Malaysia, terang-terang yang menjadi ketua hak asasi ini adalah seorang mulhid yang bernama Ambiga Sreenevasan yang kononnya mempertahankan demokrasi dan mempertahankan pilihanraya bersih.
“Lihat betul-betul sejarah penubuhan Bersih ini..Bersih pun ada di Filipina, di Thailand, dan di Indonesia. Di sana dinamakan ‘people power’ iaitu kekuatan rakyat. ‘People power’ (merupakan) slogan yang sama dicetuskan di Peranchis, 200 tahun dahulu.
“Yang lebih bahaya lagi pertubuhan bersih di Filipina atau Thailand dibantu oleh pertubuhan namanya NED, National Endowment for Democracy. Yang sebenarnya (NED) adalah satu pertubuhan topeng bagi CIA. NED memberi wang kepada topeng yang kedua namanya, NDI (National Democracy Instute), iaitu cawangan daripada NED.
“NDI dikepalai oleh Madeline Al Bright dan kawannya Soros dan ada tokoh-tokoh Yahudi yang lain. Rakyat Malaysia sudah tahu, bahawa dua tokoh, Madeline Albright dan Soros sokong kuat PKR (sejak dari) tahun 1990-an.
“Perkara ini didedahkan oleh seorang bekas pegawai CIA, namanya Phill Agee. Pada tahun 1967 Phill Agee menulis bukunya memberi bukti-bukti bahawa CIA menyalurkan wang kepada pertubuhan-pertubuhan NGO di negara-negara, Amerika Selatan, Afrika, Timur Tengah, dan Nusantara untuk manipulasi iaitu campurtangan dalam pilihanraya supaya membantu impian Amerika Syarikat.
“Khasnya untuk mencetus revolusi melalui demonstrasi, huru hara dalam negara itu supaya mereka dapat campur tangan. Itu yang telah berlaku dalam sejarah di Afrika, Filipina dan Thailand.
“Kononnya Bersih ini untuk menjaga kebersihan pilihanraya, tetapi siapa yang membantunya ? Mana datang kekuatannya, kalau tidak dari NED yang menjadi topeng CIA ?
“Sekarang ini NED telah diluluskan oleh parlimen (Kongres Amerika Syarikat) untuk menyalurkan wang secara terang-terangan kononnya untuk membantu hak asasi rakyat. Tetapi Amerika sendiri secara terang-terangan membantu Israel dengan wang dan alat perang mencecah billion setiap tahun untuk menegakkan negara Israel.
“Terang-terangan Israel melanggar hak asasi umat Islam selama 50 tahun tanpa tentangan daripada Amerika dan United Nation. Inilah orang yang menaja NED yang menyalurkan wang kepada NGO memelihara pilihanraya kita”, katanya.
Ustaz Idris Sulaiman, penyelidik di kedutaan Arab Saudi berpendapat demonstrasi Bersih bercanggah dengan ajaran Islam.
“Di antara pekara-perkara yang kita menyebutkan hukumnya adalah haram adalah (kerana) demonstrasi ini, ia mengajak kepada perpecahan umat Islam, sedangkan hal ini sesuatu yang jelas bercanggah dengan agama kita, Islam, di mana Islam sentiasa menuntut supaya umatnya bersatu padu.
Menurutnya seseorang yang mati akibat berdemonstrasi dan melawan pemerintah bukannya mati syahid, sebaliknya ia mati dalam keadaan jahiliah.
“Di mana mereka yang mati akibat demonstrasi, mereka dikatakan mati syahid. Sedangkan Rasulullah SAW berkata, ia telah mati dalam keadaan jahiliah. Jadi ini jelas sesuatu yang sangat bercanggah.
“Di mana mereka yang mati akibat demonstrasi, mati akibat lawan pemerintah dikatakan mati syahid. Jelas itu satu dusta, satu penyelewengan..”,katanya.
Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Al Quran dan Sunnah, UKM pula berkata asal usul demonstrasi itu sendiri bukan berasal dari Islam.
“Kalau kita melihat dalam sejarah Islam, demonstrasi bukan tidak ada. Ada. Tetapi demonstrasi yang ada itu berlaku di zaman Othman radi allahu anhu yang dikepalai oleh Abdullah bin Saba’, membawa beberapa kumpulan yang rasa tertekan atau dizalimi oleh Othman bin Affan.
“Apabila dikepung Othman radi allahu anhu mendahulukan maslahat umat Islam..Othman radi allahu anhu telah pun mengorbankan dirinya untuk menjaga nyawa-nyawa para sahabat. Itu merupakan demonstrasi pertama yang merupakan sejarah hitam dalam sejarah Islam.
“Jadi saya nak tekankan di sini, bagaimana asal usul demonstrasi dalam Islam adalah sesuatu perkara yang bukan berlandaskan Al Quran. Bukan juga kepada hadis Nabi SAW. Bukan berlandaskan sunnah khulafah ar-Rasidin, tetapi perkara ini adalah datangnya daripada Abdullah bin Saba, daripada orang Yahudi yang mengaku Islam dan menyebabkan pembunuhan Othman radi allahu anhu.
“Kalau kita ingin melihat kepada kesan demonstrasi dalam peristiwa sejarah yang saya sebutkan tadi jelas menunjukkan antara kesannya adalah pembunuhan, kezaliman..
“Walaupun mungkin niat orang yang berdemosntrasi ini adalah untuk mendapatkan satu hak, apa yang disebut sebagai hak asasi manusia, tetapi dengan perbuatan itu juga telah melanggar hak orang lain. Telah melanggar banyak lagi hak-hak masyarakat di dalam sesuatu negara”, katanya.
Dr Azwira Abdul Aziz, Pensyarah Kanan Jabatan Al Quran dan Sunnah, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis pula berkata jika terdapat bercanggahan pendapat berkenaan sesuatu perkara maka ia hendaklah kembali merujuk kepada Al Quran dan As Sunnah.
“Itu prinsip kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul. maka dalam konteks ini, kita cuba menilai kewajaran demonstrasi Bersih ini dari kaca mata Al Quran dan As Sunnah.
“Al Quran menyebut, ‘wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan juga kepada Rasulullah dan juga kepada kepada pemerintah di kalangan kamu’. Dalam ayat ini jelas Allah mewajibkan kepada kita mentaati pemerintah, disamping kewajipan mentaati Allah dan Rasul.
“Bermakna sesiapa yang tidak mentaati pemerintah, dia juga tidak mentaati Allah kerana dia mengingkari perintah Allah.
“Maka dalam konteks demonstrasi Bersih ini, pemerintah yang berada dalam kedudukan tertinggi dalam pemerintahan negara adalah Yang Dipertuan Agong (YDPA) dan juga sultan-sultan. Maka perlu kita merujuk kepada kehendak dan pendapat mereka (YDPA & Sultan) dalam hak ini, apakah mereka memperkenankan aktiviti Bersih ini ?
“Berdasarkan laporan media beberapa hari kebelakangan ini, menunjukkan betapa Sultan dan YDPA tidak merestui perkara ini. Tuaku Mizan selaku YDPA, pernah mengeluarkan ucapan melahirkan rasa kebimbangan terhadap perkara inidan beberapa individu telah ditangkap oleh pihak polis kerana cuba mempromosi perhimpunan Bersih dan didakwa di bawah dakwaan menentang YDPA.
“Dengan dakwaan itu, bermakna, para pemerintah tidak merestui dan memperkenankan perkara ini. Maka kembali kepada prinsip tadi, jika para pemerintah tidak memperkenankan perkara ini, bermakna sesiapa yang meneruskan program ini dilihat sebagai tidak mentaati pemerintah.
“Maka secara tidak langsung ia dilihat bukan sahaja menderhaka kepada pemerintah dan juga menderhaka kepada Allah SWT yang mewajibkan kita sebagai umat Islam mentaati pemerintah”, katanya.
source : AIDC
FIKIRKANLAH : DIMANAKAH ULAMA PAS SEMASA DEMOSTRASI BERSIH?
Di dalam keghairahan kita menghentam Anwar Ibrahim, Ambiga dan lain-lain, kita terlupa satu persoalan, di manakah ulama-ulama PAS semasa demonstrasi Bersih yang kotor itu berlansung? Apakah pendirian mereka berkaitan demonstrasi ini? Di manakah :
1) Dato Haron Din
2) Dato Ismail Kamus
3) Taib Azamuddin
4) Dato Mustafa Ali
5) Nasharuddin Mat Isa
6) Lain-lain ulama PAS
source : kedahkekl
Ustaz Idris – Mati Dalam Demonstrasi Bukan Syahid
AIDCNews – 11/07/11 – Ustaz Idris Sulaiman, penyelidik di kedutaan Arab Saudi menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi, bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa, sebaliknya ia mati dalam keadaan jahiliah kerana menurut ajaran Islam, berdemonstrasi melawan pemerintah, hukumnya haram.
“Hal ini (demonstrasi) adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama kita, Islam di mana Islam sentiasa menuntut umatnya bersatu padu dan melarang berpecah.
“Dalam hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud ‘barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”, katanya.
“Hal ini berbeza sama sekali dengan apa yang disebut-sebutkan dalam media massa, yang kebanyakan banyak dipengaruhi oleh orang-orang Barat, di mana mereka yang mati akibat demonstrasi, mereka dikatakan mati syahid. Sedangkan Rasulullah SAW berkata, ia telah mati dalam keadaan jahiliah. Jadi ini jelas sesuatu yang sangat bercanggah.
“Jelas itu satu dusta, satu penyelewengan kerana (bercanggah dengan) hadis-hadis yang kita sebutkan tadi”, katanya.
Untuk mendapat penjelasan selengkapnya, tontonlah video terbitan abuaqif di atas.
source : AIDC
Dr Sulaiman : Awasi Agenda Yahudi Berselindung Di Sebalik BERSIH
AIDCNews – 06/07/11 – Prof Madya Dr Sulaiman Noordin mengingatkan umat Islam di Malaysia agar berhati-hati dengan agenda Yahudi yang berselindung di sebalik NGO, BERSIH dalam meniupkan gelombang ‘people power’ (Kuasa Rakyat) untuk menimbulkan suasana ketidakstabilan di negara ini.
Menurutnya slogan yang dicetuskan oleh NGO BERSIH berasaskan hak asasi manusia yang berpaksikan pemikiran manusia, ditiru dari Revolusi Perancis yang mengunakan slogan cogan kata “Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan.”
“Kalau kita lihat daripada segi syariat (Islam), ia (slogan hak asasi manusia itu) bukan berasaskan syariat…ayat Al Quran memberi isyarat (yang jelas) bahawa hak asasi yang pertama adalah hak asasi Allah. Selepas itu (baru) datang hak asasi bagi manusia.
“Hak asasi manusia dicipta oleh orang mulhid, (iaitu) orang yang tidak percaya kepada Allah, yakni hak-hak Allah….Di Malaysia, terang-terang yang menjadi ketua hak asasi ini adalah seorang mulhid yang bernama Ambiga Sreenevasan yang kononnya mempertahankan demokrasi dan mempertahankan pilihanraya bersih”. Katanya ketika diwawancara oleh abuaqif.
Dr Sulaiman yang juga bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum UKM berkata gerakan BERSIH di Malaysia bukannya entiti yang berasingan, sebaliknya merupakan satu gerakan yang tersusun di seluruh dunia dan Asia Tenggara yang menggunakan slogan ‘people power’ dan diterjemahkan mengikut kesesuaian sosial-budaya negara tersebut.
“Lihat betul-betul sejarah penubuhan BERSIH ini….BERSIH pun ada di Filipina, di Thailand, dan di Indonesia (meskipun namanya berbeza). Di sana dinamakan ‘people power’ iaitu ‘kekuatan rakyat’.
“Yang lebih bahaya lagi pertubuhan bersih di Filipina atau Thailand dibantu oleh pertubuhan (yang) namanya NED, National Endowment for Democracy. Yang sebenarnya (NED) adalah satu pertubuhan topeng bagi CIA.
“(Selepas itu) NED memberi wang kepada topengnya yang kedua (yang) namanya, NDI (National Democracy Institute), iaitu cawangan daripada NED.
“NDI dikepalai oleh Madeline Al Bright dan kawannya Soros dan ada tokoh-tokoh Yahudi yang lain.
“Rakyat Malaysia sudah tahu, bahawa dua tokoh itu, Madeline Albright dan Soros (adalah) penyokong kuat PKR (sejak dari) tahun 1990-an”, katanya.
Menurutnya, perkara ini bukan lagi menjadi rahsia kerana telah didedahkan oleh seorang bekas pegawai CIA, bernama Phill Agee yang mendedahkan bagaimana operasi CIA menguasai sesebuah negara melalui proses manipulasi dan penyaluran wang kepada NGO untuk mewujudkan suasana tidak stabil atau revolusi dalam negara tersebut. Klik di sini
Dalam melaksanakan operasi itu menurut Phill Agee, CIA menggunakan taktik menaja topeng NGO.
Misalnya penubuhan NAMFREL di Filipina yang akan menyalurkan dana kepada NGO-NGO tempatan lain yang bertopengkan slogan hak asasi manusia.
NAMFREL bernaung di bawah badan naungan untuk kawasan Asia yang dikenali sebagai ANFREL, manakala ANFREL pula bernaung di bawah badan induk yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai IRI dan NDI yang merupakan sub-komponan kepada NED.
Begitulah modus operasi CIA yang mengunakan kaedah topeng yang berlapis-lapis supaya kegiatannya tidak dapat dikesan.
Dalam konteks Malaysia, CIA melalui topengnya NED menyalurkan kewangan kepada NDI dan IRI. NDI dan IRI ini pula menyalurkan wang kepada ANFREL dan NGO tempatan termasuk MAFREL, NIEI, SUARAM, Merdeka Centre, Malaysiakini, ICJ, SEAPA dan sebagainya.
Menurut Phill Agee, sebelum NED ditubuhkan CIA menyalurkan dana kepada yayasan Kristian Jerman seperti Konrad Adenauer Stiftung (KAS) atau Konrad Adenauer Foundation (KAF), manakala KAS atau KAF pula menyalurkan dana kepada NGO tempatan seperti IKD di Malaysia.
Phil Agee terkenal dengan bukunya, “Inside the Company: CIA Diary” yang diterbitkan pada tahun 1975. Maklumat yang ditulisnya dalam buku itu mendapat inspirasi kepada penulisan majalah, buletin yang berbentuk penyiasatan.
Pendedahan Agee ini menyebabkan Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan satu undang-undang‘Intelligence Identities Protection Act of 1982′ yang menghalang mana-mana bekas pegawai risikan CIA mendedahkan rahsia kepada umum.
Berdasarkan pendedahan Phill Agee itu, Dr Sulaiman menyoal dari mana sumber kewangan NGO BERSIH yang sudah pasti memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk menguruskan operasinya di Malaysia.
“Kononnya Bersih ini untuk menjaga kebersihan pilihanraya, tetapi siapa yang membantunya ? Mana datang kekuatannya, kalau tidak dari NED yang menjadi topeng CIA ?
“Sekarang ini NED telah diluluskan oleh parlimen (Kongres Amerika Syarikat) untuk menyalurkan wang secara terang-terangan kononnya untuk membantu hak asasi rakyat. Tetapi Amerika sendiri secara terang-terangan membantu Israel dengan wang dan alat perang mencecah billion setiap tahun untuk menegakkan negara Israel.
“Terang-terangan Israel melanggar hak asasi umat Islam selama 50 tahun tanpa tentangan daripada Amerika dan United Nation. Inilah orang yang menaja NED yang menyalurkan wang kepada NGO memelihara pilihanraya kita,” katanya.
source : AIDC
No comments:
Post a Comment