NUFFNANG

Sunday 1 May 2011

Trio Datuk T tidak gentar / Dua Datuk T terima ugutan lapor polis / Penyokong patut desak Anwar sumpah laknat / Menanti pengakuan Anwar / Anwar patut sumpah nafi tuduhan / Apa Kata Bekas Mufti Negeri Perlis..... (Tentang Sumpah Mubahalah)

Trio Datuk T tidak gentar



Rahim Tamby Chik menunjukkan kertas yang disebarkan kepada orang ramai pada sidang akhbar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.



KUALA LUMPUR 30 April - Meskipun dicemuh, dihina dan diugut oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dan selepas Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat semalam, namun trio Datuk T menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan segala bentuk tekanan tersebut.

Sebaliknya, bagi trio berkenaan iaitu Shazryl Eskay sendiri, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, apa yang berlaku membuatkan mereka bersemangat untuk terus menegakkan kebenaran.

Mengecam tindakan provokasi dan huru-hara yang dicetuskan segelintir penyokong PKR sewaktu sumpah laknat Shazryl Eskay di ruang solat Masjid Amru Al-As di sini semalam, trio itu melontarkan persoalan kepada pihak terlibat mengapa perlu takut dengan tindakan mereka.

Menurut Shazryl Eskay, apa yang dilakukan penyokong parti berkenaan di masjid itu cukup memalukan.

"Saya sedih kerana kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku. Kami pergi dengan niat baik dan telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa masjid untuk melakukan sumpah laknat.

"Kami bukan cabar dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami ajak dia bersumpah laknat bersama. Selepas Anwar tidak hadir, orang lain janganlah kacau. Kami ke masjid bukan untuk bergaduh.

"Tak patutlah berlaku. Selain Islam, kita sebagai orang Melayu, ada adat dan budaya hormat-menghormati. Amalan gangster janganlah ditunjukkan dalam masjid," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Anwar yang juga Penasihat PKR merupakan pelaku dalam rakaman video aksi seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Shazryl Eskay berkata, sebelum melangkah masuk ke ruang solat masjid berkenaan untuk melakukan sumpah laknat, Allah memberi sumber kekuatan biarpun tahu beliau dan dua lagi rakannya akan 'dihimpit' dengan segala cemuhan dan tentangan.

"Sebelum pergi, kami ada terima panggilan supaya membatalkan hasrat (bersumpah) kerana berlaku kekecohan. Tetapi kami nekad dan tetap pergi. Kami tidak gentar dengan Anwar dan sesiapa sahaja yang cuba menghalang," tegas beliau.

Mengenai ugutan yang diterima, Shazryl Eskay berkata: "Ia tidak perlu dilayan. Saya tidak mahu sebut apa bentuk ugutan tersebut. Apa pun yang berlaku, ini adalah perjuangan kami dalam menegakkan kebenaran."

Sementara itu, Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Bangi turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan provokasi yang dilakukan penyokong Anwar di masjid tersebut.

Tindakan sedemikian katanya, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan parti berkenaan terlalu menumpu kepada melahirkan penyokong yang fanatik, taksub dan tidak boleh menerima hakikat.

"Kenapa usaha menegakkan kebenaran ditakuti? Sepatutnya usaha itu dipermudah dan tidak ditentang. Saya malu kerana masjid dijadikan 'sarkas politik' oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tindakan terbabit perlu dikecam.

"Kepada Pas, saya mengalu-alukan tindakan mereka untuk membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai," katanya.

Abdul Rahim berkata, laporan polis telah dibuat selepas menerima ugutan pihak tidak dikenali yang mengancam untuk mencederakannya dan ahli keluarganya beberapa minggu lalu.

source : utusan




Dua Datuk T terima ugutan lapor polis 


2011/05/01

pix_gal0
BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali. 

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka.
“Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu. 

“Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama,” katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang. 

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru. 

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin. 

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam. 

Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan. 

“Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah,” katanya

source : bharian


Penyokong patut desak Anwar sumpah laknat

KUALA LUMPUR 30 April - Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya membuat 'kecoh' untuk memaksa pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat dan bukannya menghalang pihak lain daripada berbuat demikian.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, cubaan menghalang Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat semalam memperlihatkan bahawa penyokong PKR takut dan menolak kepada kebenaran.

"Lagi pun yang akan menanggung akibat daripada sumpah laknat itu nanti ialah Eskay (Shazryl Eskay), bukannya Anwar. Jadi kenapa mereka perlu takut dan mahu menghalang sampai begitu sekali," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan penyokong PKR yang cuba menghalang dan membuat kecoh semasa Shazryl Eskay mahu membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam.

Shazryl Eskay yang ditemani bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat sumpah laknat bahawa beliau dan Anwar berada dalam paparan rakaman video aksi seks yang kini sudah tersebar di Internet.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyokong PKR kerana apa yang berlaku semalam jelas mengganggu ketenteraman awam.

Apa yang lebih memalukan kata beliau, perbuatan biadap itu berlaku di dalam masjid hanya semata-mata mahu mempertahankan seorang pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

"Kita berharap pihak berkuasa tidak hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh terhadap pihak-pihak yang menggunakan hukum rimba sehingga menyusahkan pihak lain," katanya.


source : utusan



Menanti pengakuan Anwar

BANYAK perkembangan menarik sepanjang minggu ini. Paling mendapat perhatian ialah mubahalah atau sumpah laknat oleh Shazryl Eskay Abdullah, bekas rakan karib, Anwar Ibrahim di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumpah itu dilakukan bagi membuktikan Anwar adalah pelaku di dalam video seks melibatkan seorang pelacur.

Biarpun dihalang oleh sekumpulan penyokong Anwar dan ahli PKR, beliau tetap meneruskannya.

Eskay bersama Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim menghadapi detik yang cemas dalam kejadian semalam angkara ahli PKR termasuk bukan Islam merempuh masuk ke dalam masjid untuk mengagalkan upacara sumpah laknat itu.

Awang tidak faham kebodohan para penyokong Anwar terutama segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR.

Untuk apa menghalang upacara itu kerana Islam membenarkan umatnya berbuat demikian jika perlu?

Kalau Anwar dan sesiapa dalam PKR mahu bersumpah laknat juga tidak wajar dihalang.

Sudahlah pemimpin PKR itu takut bersumpah laknat, janganlah menghalang orang lain bersumpah.

Mana-mana orang Islam tidak boleh membenarkan keadaan di mana orang yang mahu menegakkan kebenaran, dimusuhi sedangkan orang yang melakukan maksiat serta penipuan dijulang.

Ini budaya songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam. Awang pun tidak tahu berapa lama lagi para penyokong Anwar yang taksub ini akan terus tertipu.

Dalam kejadian kelmarin, jika pun Anwar mengarahkan mereka membuat kacau, janganlah sampai mencemari kesucian masjid. Ada penyokong PKR dari kalangan bukan Islam memekik melolong di dewan solat.

Sebenarnya suasana seperti itulah yang mahu Anwar cetuskan sebagai usaha menyelamatkan dirinya.

Beliau akan mengheret masyarakat atas isu moral yang beliau sendiri terjebak.

Orang tertentu yang ‘berseronok’ melakukan maksiat, orang lain dan rakyat pula yang mahu dijadikan perisai.

Awang dapat tahu, lebih banyak demonstrasi dan bantahan liar akan diadakan oleh PKR selepas ini untuk menaikkan suhu politik negara.

Kepada Eskay, Awang bersyukur atas keberaniannya untuk menegakkan kebenaran.

Dalam SMS beliau kepada beberapa kenalan ketika suasana kecoh di masjid semalam, Eskay memberitahu, beliau akan tetap bersumpah laknat biarpun berdepan dengan ancaman maut.

Ketika Anwar asyik memberi helah untuk tidak bersumpah dan enggan memberikan sampel DNA (bagi satu kes yang lain), Eskay menampakkan keyakinannya.

Itulah juga keyakinan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Bekas pembantu peribadi itu turut membuat sumpah laknat meskipun dicemuh oleh penyokong Anwar.

Bagi insan kerdil seperti Saiful, terasa amat getir mencari keadilan tetapi digagahi jua.

Awang tabik.

Video seks versi penuh perlakuan seks seorang pemimpin pembangkang mirip Anwar Ibrahim sudah beredar di pasaran. Awang bukanlah mahu mendahului pihak berkuasa dalam membuat penilaian.

Tetapi berdasarkan reaksi ramai terhadap rakaman versi penuh, rata-rata mengaitkannya dengan Anwar dan bukannya orang lain.

Rakyat adalah hakim terbaik.

Lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, rakyat semakin bijak dan berani dalam membuat penilaian.

Anwar harus menerima hakikat ini. Beliau boleh membuat penafian tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Apatah lagi terdapat laporan memetik sumber polis baru-baru ini bahawa Anwar adalah orang yang melakukan seks dalam video berkenaan.

Ini berdasarkan kajian forensik yang dilakukan di Korea Selatan.

Walaupun kenyataan rasmi mengenainya belum diumumkan tetapi banyak petunjuk semakin jelas bahawa Anwar adalah orangnya.

Keengganan beliau melakukan sumpah laknat, misteri kehilangan jam Omega, tiada kemas kini dalam interaksi twitter beliau dan penjelasan yang meragukan, makin tidak memihak kepada beliau.

Persoalannya sampai bila Anwar mahu menafikannya?

Lagi lama beliau berbuat demikian, ia akan memberi kesan amat buruk kepada beliau, keluarga serta partinya.

Apatah lagi, desas-desus beliau dikatakan mempunyai skandal bersama beberapa lelaki dan wanita termasuk isteri seorang pemimpin, terus menjadi bualan hangat.

Ambillah iktibar daripada ramai tokoh yang pernah terjebak dalam skandal seks sama ada dengan wanita mahupun yang sejenis.

Chua Soi Lek (kini Presiden MCA) tidak mengambil masa yang panjang untuk membuat pengakuan.

Beliau malah meminta maaf.

Isterinya memaafkan beliau dan hari ini, Soi Lek kembali di persada kuasa parti itu.

Awang masih ingat bagaimana pemimpin DAP, Karpal Singh pernah memuji tindakan Soi Lek.

 Pada hari ini, Karpal sepatutnya meminta Anwar mencontohi Soi Lek.

Di luar negara, Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton turut mengaku selepas skandal seksnya bersama Monica Lewinsky terdedah.

Clinton memohon maaf dan menyifatkannya sebagai kesilapan moral yang teruk.

Atas pengakuan itu, isterinya, Hillary memaafkan beliau.

Seorang lagi, Gabenor New York, Eliot Spitzer membuat pengakuan terlibat skandal seks dengan pelacur walaupun pada mulanya menafikan.

Isterinya turut memaafkan beliau selepas pengakuan itu.

Perdana Menteri, John Major pernah menggemparkan negara itu apabila mengakui mempunyai hubungan cinta terlarang dengan seorang bekas menteri Kabinet wanita.

Major terselamat kerana isterinya, Norma memaafkan beliau.

Awang percaya, jika Anwar membuat pengakuan, Wan Azizah tidak akan menghadapi masalah untuk memaafkan suaminya itu yang pernah disifatkan sebagai anugerah Allah.

Mengaku, bertaubat dan memohon maaf atas perbuatan yang terkutuk akan dapat membantu dalam proses membersihkan jiwa seseorang. Sebagai orang Islam, Anwar patut lebih tahu hal itu.

Di Barat, ia bukan sekadar tuntutan agama malah menjadi pegangan nilai.

Pernah beberapa menteri di United Kingdom di bawar era Tony Blair meletakkan jawatan selepas skandal seks sejenis (gay) didedahkan pada 1998.

Ron Davies misalnya mengakui bahawa dia adalah gay.

Seorang lagi yang mengaku gay ialah Menteri Pertanian ketika itu, Nick Brown.

Satu lagi kisah yang menarik melibatkan Menteri New South Wales, Australia, David Campbell setelah kecenderungan seks luar tabiinya terdedah.

Campbell akhirnya mengakui beliau telah berselindung mengenai naluri songsangnya selama 25 tahun.

Kesemua politikus yang terlibat skandal itu cukup budiman.

Mereka tidak sedikitpun menyalahkan kerajaan atau musuh-musuh politik.

Apatah lagi untuk menuduh pihak lain melakukan konspirasi.

Banyak lagi tokoh dan personaliti dunia seperti bintang golf, Tiger Wood dan pengacara David Letterman tampil berani membuat pengakuan terlibat skandal seks.

Harga diri mereka adalah pada keberanian untuk mengakui perbuatan.

Tetapi ada juga beberapa kes tokoh yang tidak mahu membuat pengakuan walaupun terdapat bukti kukuh.

Salah seorang daripadanya ialah bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana, yang pernah menjadi paderi Kristian.

Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat pegawai peribadinya Jefta Dube pada 1998.

Banana kemudiannya didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh.

Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser namun tetap tidak mengaku terlibat dalam semua pertuduhan walaupun bukti sangat jelas.

Ramai pemerhati melihat, Banana melepaskan kesempatan untuk mendapat sedikit rasa hormat daripada rakyat dan generasi terkemudian.

Awang tidak pasti yang mana satu jalan yang Anwar pilih - sama ada akhirnya akan mengaku atau terus bersandiwara menafikan sehingga penghujung hayat.

sumber : utusan 

kzso - anwar mahu mengaku?  kan dia dah nafikan... camana nak mengaku?





Anwar patut sumpah nafi tuduhan
Oleh Nazura Ngah dan Mohd Anwar Patho Rohman 

2011/05/01

Kes babit video seks aibkan masyarakat Islam, perlu diselesai segera: Mufti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan, bukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang patut berbuat demikian, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. 

Ketika dihubungi di Makkah semalam, Juanda berkata memadai bagi Anwar bersumpah dengan berkata ‘Wallahi tuduhan itu palsu’.
Beliau berkata, dalam hukum Islam, kaedah yang diamalkan dalam kes jenayah seperti ini ialah pendakwa perlu membukti pertuduhan dan yang kena tuduh bersumpah menafikan tuduhan.
“Datuk Shazryl Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah orang yang kena tuduh (Anwar) bagi menafikan tuduhan itu,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. 

Juanda turut berkata, beliau mahu kes membabitkan video seks berkenaan diselesaikan dengan segera kerana ia memalukan umat Islam. 

“Mahkamah Syariah perlu proaktif memutuskan hal ini dengan segera untuk menutup aib umat Islam, bukan menjadi penonton saja. Semua pihak perlu menjaga imej Islam,” katanya. 

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau tidak ditemui atau dihubungi Anwar bagi mendapatkan nasihat berhubung sumpah laknat untuk membuktikan ketua pembangkang itu bukan pelaku dalam video seks. 


Sebaliknya, beliau tidak menolak kemungkinan Anwar menggunakan kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa portal berita untuk tidak bersumpah laknat seperti dilakukan Shazryl Eskay, kelmarin. 

Beliau turut menafikan ada menzahirkan kata-kata simpati terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 

“Saya tidak pernah dihubungi atau ditemui Anwar untuk mendapatkan pandangan saya mengenai sumpah laknat, mungkin dia berpandu kepada kenyataan saya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Harussani antara tokoh agama yang didakwa Anwar memberi nasihat kepadanya untuk tidak bersumpah laknat, malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menasihatkan beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di mahkamah syariah. 

Dalam ucapan di Dewan Kampung Bukit Seputeh, malam kelmarin, Anwar mendakwa beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkannya selain Harussani dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya. 

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan upacara sumpah laknat Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As kelmarin mendapat kebenaran pihaknya dan juga jawatankuasa kariah masjid itu. 

Ketua Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali menegaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak atau individu Islam hendak mengadakan upacara seumpama itu di dalam masjid bawah kawal seliaan mereka. 

“Ada 140 masjid di dalam Wilayah Persekutuan dan mereka boleh pilih masjid mana mereka hendak adakan majlis itu. Pada mulanya mereka memilih Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta untuk adakan majlis itu, dan kita benarkan.

“Selepas itu mereka ubah fikiran dan memilih Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul. Kita benarkan. Sumpah laknat boleh dibuat di dalam atau di luar masjid. Tetapi lebih baik di dalam masjid sebab menyebut nama Allah,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. 




source : bharian



Apa Kata Bekas Mufti Negeri Perlis..... (Tentang Sumpah Mubahalah)


Dalam klip video ni juga, ada ulasan dari ustaz asri mengenai sumpah muhabalah mubahalah dan hukum hudud yang kerap di mainkan oleh pas, aku tak pasti la korang dah tengok ke belum video ni, tapi bagus untuk kita tengok macam mana gelabahnya anwar bila orang suruh dia bersumpah kalau betul dia tak liwat saiful.


No comments: