NUFFNANG

Thursday, 19 May 2011

Anwar sekeluarga dicabar oleh Ezam!! / Gemparrr..!!! Nik Aziz letak jawatan, Husam jadi MB Kelantan lepas muktamar..???!!! / SAH... Nik Ajis Letak Jawatan MB Kelantan Lepas Muktamar..

Anwar sekeluarga dicabarN MUSTAPHA

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:
  • Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

  • Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

  • Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

  • Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

  • Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.
    Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

    “Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

    “Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

    Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

    Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

    “Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan 
    air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.

    source : utusan


    Gemparrr..!!! Nik Aziz letak jawatan, Husam jadi MB Kelantan lepas muktamar..???!!!


    Memang panassss..!!! Memang gahhhh..!!! Nik Aziz akan letak jawatan sebagai MB selepas muktamar PAS awal Jun ini? Perggghhh..!!! Habis tu siapa ganti dia? Alamakkk..siapa pulak kitorang nak belasah lepas ni? Tok Guru Fatwa Songsang nak letak jawatan pulak dahhhh...

    Saya agak terkejut dengan pendedahan rakan blogger DET di SINI, mengenai perletakan jawatan Nik Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Lebih dari 20 tahun memundurkan Kelantan, Pok Nik akhirnya mengalah jua? Eloklah tu dari terus menongkat langit...Nik Aziz sudah lama tidak relevan untuk PAS!

    Dari terus menyesatkan umat Islam seluruh negara, lebih baik berhenti. Dari terus membuat fatwa songsang, lebih baik berhenti. Dari terus membuat dosa dan memecah belahkan umat Islam, lebih baik berhenti. Sewajarnya, Pok Nik duduk saja dirumah ajar cucu makan budu dan baca A-Quran..itu pun kalau layak dan kena tajwid makhrajnya...

    Jadi siapa pengganti Pok Nik? Nik Abduh? Tak mungkin! Anak Nik Aziz yang sorang tu pro-UG, awal-awal lagi Husam Musa dah "tanam" dia hidup-hidup. Hinggakan Nik Aziz sendiri pernah "pukul" anaknya itu setelah di"hasut" Husam. Husam dilayan bagai anak kandung Nik Aziz, manakala Nik Abdul bagai "anak pungut"!

    Menurut DET, Pok Nik bakal diganti oleh Husam, "anak emas"nya. "Banyak perkara yang sudah Husam cover Pok Nik", dedah DET di blognya. Entah apa yang di"cover", DET tak sempat nak korek! Yang pastinya, DET positif bahawa Husam bakal ganti Pok Nik!

    Kepada warga Kelantan, saya ucapkan tahniah kerana bakal mendapat MB baru. Kali ini, bukan ulama lagi. MB kali ini mewakili Erdogan tulen, yang sejak lama menjadi boneka Anwar Ibrahim. Selepas muktamar ini, meskipun zahirnya PAS yang memerintah Kelantan, namun batinnya, PKR sudah berkuasa sepenuhnya pada awe-awe dan mek-mek Kelate semuo..!!!

    Hati-hati, Erdogan ni suka "main belakang", "tikam belakang", "yes man", "seleweng duit sana sini", "kronisme", "nepostisme", "tipu sana sini", "kuat fitnah sana sini", "fatwanya pun bersandarkan pluralisme", dan yang paling parah diorang ni pernah gelar Nik Aziz sebagai "wali selipar"..!!!


    SAH... Nik Ajis Letak Jawatan MB Kelantan Lepas Muktamar..

    Dalam perbualan aku dengan seorang balachi kanan khalid samad petang semalam, memang sah nik ajis akan letak jawatan sebagai mb kelantan lepas muktamar ini, asalnya perbualan aku dengan balachi khalid samad ni berkisar kepada cerita kongsi yang sedang main kat wayang sekarang ni, lepas tu melalut sampai ke team selangor jual game dan macam mana kurang ajarnya penyokong kelantan sesah penyokong selangor dengan pedang samurai yang tengah lepak minum dengan couple dia burger king seksyen 13 shah alam, tetiba si balachi ni kata...

    Balachi: lepas ni umno pening la bro....
    det: pesal pulak umno pening,
    Balachi: tuan guru dah nak berundur dah, 
    det: berundur pi mana?
    Balachi: letak jawatan mb laa... 
    det: ohhh ye ke bile?
    Balachi: ada laa... 
    det: ala kau ngan aku pun nak main sorok-sorok...
    Balachi: lepas muktamar la... 
    det: ko serius ke bro?
    Balachi: betul.. aku tau la boss aku (khalid samad) yang bagi tau 2-3 hari sudah...
    det: then pe pasal ko kata umno pening?
    Balachi: la kan umno jadikan tuan guru bahan kutuk, macam-macam korang kutuk tuan guru, berdosa beb... 
    det: (sengeh je) siapa ganti tok guru kau tu nanti?
    Balachi: aku dengar husam... 
    det: mane boleh main dengar-dengar bro...
    Balachi: tapi aku kompom husam laa, pasal bos aku pernah cerita yang dia pernah dengar tuan guru mintak husam jangan bertanding timbalan presiden pasal dia nak berundur dahh..
    det: kau yakin...? husam boleh naik jadi mb...?
    Balachi: tuan guru sayang dia bro, banyak benda yang dia cover tuan guru
    det: cover ape...?
    Balachi: dia mula tersentap (dia dah terlepas cakap)
    det: cover ape bro...?
    Balachi: tak de pe la...

    sembang kami tamat kerana hujan dah mula turun... si balachi ni cepat-cepat lari ke moto dia terus start dan jalan, salam dengan akun pun tak sempat.

    No comments: