Raja Iblis Al A'war rupanya hasut Bapak Pandi Kutty !
Artikel yang menarik yg PB jumpa di internet dan ingin kongsikan bersama ialah mengenai 5 Raja Iblis yang terkenal dan hebat pengaruhnya.
Lihat kepada Iblis yang bernama Al A'war ini dan kebetulan juga seorang manusia di Malaysia ini bernama Anwar Ibrahim yang sedang berdepan tuduhan meliwat Saiful dan video berzina dengan seorang China Doll . Nama pun sudah nak sama Al Anwar = Al A'war ....hahaha
Bapa Pandi Kutty tewas dengan hasutan dan pujukan Raja Iblis ini lah yang bernama Al-A'war yang sentiasa menyuruh melakukan zina!
Zina adalah perbuatan keji lagi terkutuk yang amat dimurkai Allah swt ! malah Allah swt menegah hambanya dari menghampiri zina .
Apakah kita sanggup melindungi atau mempertahankan si pelaku zina ini atau lebih dasyat menobatkannya sebagai Perdana Menteri ? Apa hukumnya pula?
Dipetik dari buku 'Iblis, Syaitan & Jin' disusun oleh Hj. Abd Rahman
Sulaiman - Malaysia.
Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir.
Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.
Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.
1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.
2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.
3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.
4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.
5) Iblis yang bernama Zalanbur .Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment