NUFFNANG

Wednesday 25 May 2011

PANAS ! Kenyataan Anwar Ibrahim Yang Paling Low Class & Mengarut Sekali !! /

PANAS ! Kenyataan Anwar Ibrahim Yang Paling Low Class & Mengarut Sekali !!


MiM tersenyum sinis dengan saranan dangkal lagi menyesatkan oleh Penasihat Ekonomi Selangor merangkap Bekas Menteri Kewangan Malaysia merangkap Ketua PKR, Anwar Ibrahim.
Bercakap pada ceramah bersempena lawatan beliau ke negeri Sabah semalam, Anwar mengecam peranan kerajaan yang gagal memberi manfaat kepada negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan untak menikmati keselesaan harga minyak rendah.

Video : Bekas Menteri Kewangan yang dangkal penilaiannya.

Ini katanya berikutan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak mempunyai kepentingan mengumpul dana kerajaan berbanding mengurangkan beban rakyat. "Kita kena banding minyak dengan harga pengeluar minyak. Brunei, Arab Saudi, Qatar Venezuela dan Iran. Semuanya rendah bila dibandingkan," ujar beliau.
Tentu ramai yang termakan dengan isi ceramah Anwar Ibrahim. Tetapi MiM ingin maklumkan bahawa kebanyakan daripadanya hanya mengarut sahaja!

Banyak perkara yang tidak beliau nyatakan apabila membandingkan harga minyak dengan beberapa negara pengeluar minyak seperti di atas.
 Di sini MiM nyatakan satu persatu fakta yang kontra dengan kenyataan dangkal Anwar Ibrahim.

Rakyat perlu tahu bahawa negara Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 28.9 juta orang hanya mengeluarkan kira-kira 693,700 tong sehari.

Mari kita bandingkan dengan negara-negara yang menjadi contoh kononnya Malaysia mesti contohi.


1. Arab Saudi adalah pengeluar minyak paling utama di dalam dunia. Negara tersebut mengeluarkan kira-kira 10,121,000 tong minyak sehari. Jika dibandingkan, pengeluaran minyak negara Malaysia hanyalah 6% daripada pengeluaran negara Arab Saudi. Manakala populasi negara tersebut kurang sedikit(27,136,977) daripada negara Malaysia.

2. Negara Iran adalah pengeluar minyak keempat terbesar di dunia. Mengikut statistik terbaru, negara Iran mengeluarkan kira-kira 4,250,000 tong minyak sehari.Dan jika dibuat perbandingan, pengeluaran minyak negara kita hanyalah 16%daripada negara Iran. Populasi negara itu ialah kira-kira 77,000,000 orang.

3. Negara Qatar pula mengeluarkan kira-kira 1,213,000 tong minyak sehari.Pengeluaran minyak Malaysia hanya 57% daripada total keseluruhan pengeluaran negara Qatar. Penduduk di negara itu hanyalah 5% (tahun 2020 : 1,696,563)daripada populasi negara Malaysia. 


4. Negara Venezuela adalah pengeluar minyak kesebelas terbanyak di dalam dunia. Negara tersebut mampu mengeluarkan kira-kira 2,800,000 tong sehari (Malaysiahanya 24% daripada total pengeluaran Venezuela). Manakala populasi negara itu hampir sama dengan Malaysia iaitu 29,105,632 . 

5. Negara jiran, Brunei pula mengeluarkan kira-kira 200,000 tong minyak sehari.Tetapi kita perlu tahu bahawa populasi penduduk di negara tersebut ialah 401,890 orang (1.3% daripada populasi negara Malaysia) dan keluasan negara hanyalah5,765km persegi hampir sama saiz dengan negeri Sembilan (6,686km persegi)


Jika kita rujuk kepada statistik di atas,

1. Ternyata bahawa saranan bekas Menteri Kewangan merangkap Penasihat Ekonomi Selangor itu hanyalah mengarut semata-mata. 


2. Jika kita merujuk kepada perbandingan pengeluaran minyak Malaysia dengan di negara Arab Saudi (6%), Iran (16%), Venezuela (24%) dan juga populasi negara Qatar (5% daripada Malaysia) dan Brunei (1.3% daripada populasi Malaysia) kita boleh simpulkan bahawa perbandingan yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim ternyata tidak adil dan berbau pembohongan.

Dan rasa-rasanya kita boleh katakan bahawa kenyataan Anwar Ibrahim di atas merupakan kenyataan tentang topik ekonomi yang paling low class dan mengarut yang pernah Anwar nyatakan.

MiM hairan pemimpin yang mempunyai pengalaman luas itu boleh merendahkan kredibiliti beliau untuk menyarankan satu perkara yang tidak masuk akal dan menyerlahkan kedangkalan beliau di dalam soal ekonomi negara dan dunia.


Malah, MiM bersimpati kepada mereka yang tertipu dengan dakwaan Anwar Ibrahim itu termasuk mereka yang menonton berita di atas dan laporan berita yang tersebar luas di dalam portal dan blog-blog pro-pembangkang.

Apakah kita tidak sedar lagi?

source : M.i.M.


No comments: