NUFFNANG

Friday 4 December 2009

Siapa Ahli Parlimen PAS Yang Terlibat Dengan Skandal ?

Siapa Ahli Parlimen PAS Yang Terlibat Dengan Skandal ?



Ada satu blog baru yang memang anti pada PAS galak menceritakan bahawa mereka akan mendedahkan skandal pemimpin parti itu. Jika kita baca keseluruhan artikel blog Screw Kuat, pemimpin itu adalah orang yang penting di PAS Pusat, Ahli Parlimen di Kelantan, berimej seperti 'Rock Star' dan sentiasa membawa kegemparan di politik tanah air.

Jadi ada lima nama ahli parlimen Kelantan yang menjawat jawatan penting di PAS Pusat iaitu :

TIMBALAN PRESIDEN : YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
NAIB PRESIDEN : YB SALAHUDDIN AYUB
BENDAHARI PAS PUSAT : YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
KETUA PNGRAH PILIHANRAYA : YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
AHLI JAWATANKUASA KERJA : YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR

Jadi siapa di antara mereka yang terlibat?

Adalah ditakuti imej PAS akan terjejas dengan pendedahan ini jika terbukti benar dan akan untung jika telahan ini adalah rekayasa. Tapi sudah nama politik, jika kita gagal menjaga imej kita sendiri, orang lain akan membantu memusnahkan kita. Kita pegang kata Menteri Besar yang sangat popular dan juga sabda Rasullullah "Berkata Benar Walaupun Pahit".

Baca dulu laporan Screw Kuat seperti di bawah :

PREVIEW: SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART III

Pagi tadi Tukang Screw sempat ke Parlimen jumpa kawan-kawan lama dalam PAS. Tiba-tiba terpacul si polan yang Tukang Screw nak dedahkan skandal seksnya ni menghulurkan tangan macamlah Tukang Screw ni 'rock star' macam dia. Dalam hati "macam tau-tau aje aku nak telanjangkan dia". Jadi apa yang Tukang Screw terbayangkan apabila melihat wajah si polan ni ialah imej-imej seks yang pelbagai dan terlampau. Hahahahaha. Apapun hujung minggu ini Tukang Screw akan mengumpulkan bukti-bukti daripada saksi-saksi hidup sebelum terus ngap si polan ini. Kat Parlimen kau sebok dengan isu royalti minyak Kelantan yek...


SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS PART II

Tukang Screw mendapat kunjungan yang 'agak ramai' dan komen-komen yang cukup baik berhubung isu skandal seks terlarang pemimpin PAS ini. Apa yang Tukang Screw cuba beritahu ialah satu skandal yang bukan dibuat-buat semata-mata untuk menarik perhatian. Ada yang mahukan rakaman video atau gambar semasa 'projek' itu sedang dijalankan. Itu memanglah nampak sangat 'mala fide' nya dalam isu ini. Janganlah buka keaiban orang sampai macam tu sekali dan Tukang Screw tidak berniat untuk mendedahkan secara terus personaliti yang umpama 'rock star' PAS itu. Banyak klu yang akan diberi supaya blogger lain berfikir dan meneka siapakah 'rock star' itu.

Selama ini PAS dan PKR mengajar kita untuk mendedahkan keaiban orang lain seperti kes calon BN/UMNO PRK DUN Permatang Pasir, si Rohaizad. Dahlah kalah pilihanraya, rumahtangga pulak kacau-bilau. Itu sebenarnya yang PAS mahukan supaya mereka menang pilihanraya iaitu dengan mengambil pendekatan 'character assassination'. Nasharudin Hassan Tantawi sanggup ke Kuantan untuk membuat pendedahan demi pendedahan supaya pengundi Permatang Pasir menolak calon tidak bermoral kerana pada mereka hanya PAS sahaja yang layak memerintah sebab pemimpin PAS adalah maksum dan pelbagai fatwa sesat akan dikeluarkan Nik Aziz bagi menyokong tindakan mereka. Lupakanlah soal tanggungjawab sosial sebagai saudara sesama Islam bagi memelihara nama baik dan keluarga sebab yang penting mereka mahukan pengundi atau rakyat melihat BN/UMNO sebagai pelaku maksiat yang total tanpa ada usaha dakwah untuk menarik mereka semula (kecuali UMNO masuk PAS).

Berbalik kepada calon-calon yang akan didedahkan skandal seksnya itu, apa yang Tukang Screw dapat beri bayangan atau klunya ialah si polan tersebut adalah wakil rakyat dari Negeri Serambi Mekah yang kononnya kuat pegangan agamanya dan bakal masuk syurga dengan menafikan hak orang lain masuk syurga. Si polan ini juga merupakan antara tulang belakang PAS Pusat kerana tanpa dia tiadalah kegemparan di Malaya ini!

Mengapa Tukang Screw hanya memberi sedikit klu? Jawapannya mudah, kalau didedahkan sepenuhnya ianya umpama satu fitnah yang besar dan orang akan menjawab bahawa Tukang Screw hanya mencari publisiti murahan di sebalik gelora yang sedang melanda PAS sekarang. Tukang Screw sanggup bertanggungjawab di dunia dan akhirat tentang tuduhan ini! Apapun, Tukang Screw hanya mahukan si polan ini kembali ke pangkal jalan, bertaubat sebab anak bini menanti di rumah dengan setia dan redha dengan pengorbanan suaminya terhadap parti (pasal tak tau lagi skandal suaminya) sebelum Tukang Screw telanjangkan skandal si polan ini.

Mungkin waktu sekarang bukan masa yang sesuai untuk dibuat pendedahan, kerana impaknya agak kurang. Ditakdirkan PRK Kota Siputeh dijalankan, sama-samalah kita berkampung di sana dan Tukang Screw akan dedahkan di sana biar banjir Kota Siputeh dengan skandal seks terlarang pemimpin utama PAS Pusat! Mungkin si polan tidak akan mengenali Tukang Screw tapi kita jumpalah di Padang Mahsyar nanti (macam Isa Samadlah pulak). Bagi penyokong-penyokong PAS, terimalah dengan redha bahawa manusia ini tidak sempurna dan ingatlah janji Allah jika kita selalu membuka keaiban manusia di muka bumi ini dengan caci maki, mengeji dan mengumpat, Allah akan buka keaiban kita!


SKANDAL SEKS PEMIMPIN PAS...

Berita gempar lagi panas!!!!! Tukang Screw akan dedahkan satu skandal seks terlarang melibatkan salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang pastinya meletup-letup sampai ke Parlimen nanti. Kalau dulu Chua Soi Lek, sekarang kita tengok plak siapa yang kena!

Tukang Screw agak terkejut mendengar pendedahan skandal paling panas tahun ini. Masya Allah! Tak terfikir Tukang Screw bahawa si polan ini mempunyai skandal seks sebab di pentas-pentas ceramah cukup bagus cerita pasal agama, hentam keburukan pemimpin UMNO yang kononnya menggalakkan maksiat. Tapi si polan tu terlupa bahawa dia juga manusia dan punya nafsu serakah.

Apapun Tukang Screw akan dedahkan dalam masa terdekat sebab kena juga buat siasatan terperinci (macam CSI pulak). Kepada yang berkenaan ingatlah, jangan selalu buka keaiban orang lain sebab Allah akan buka keaiban kita walau di dalam perut unta sekalipun kita menyorok! Moralnya tiada Islamnya PAS kalau sendiri pun sebok nak buat maksiat!

source : neutral daily

No comments: